2 cekak pucuk paku - dicelur
500gm perut lembu - direbus hingga lembut
secawan kelapa parut
2 biji cili merah
6 biji cili api
2cm belacan
air asam jawa - ikut kemasaman yang disukai
gula
garam
2 sudu makan kerisik
sebatang serai - hiris halus
Cara membuatnya</font id=“black”>.
Pucuk paku dipotong sepanjang 2cm.
Kisar kelapa parut, cili, belacan dan air asam jawa.
Gaul bahan kisar bersama pucuk paku, perut lembu, kerisik
dan serai.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan.
kelapa parut boleh digantikan dengan beras goreng yang
dikisar. (orang kedah panggil gelambir)
air asam jawa boleh digantikan dengan air limau nipis.
jika tidak tambah kerisik, kerabu kita berwarna putih.
cik sally</font id=“brown”>… tu resipi pucuk paku yang pakndak cuba dapatkan.
sukatan tu agak-agak ja. katanya kalau kerabu kita warna putih
tu maknanya kerisik tidak dimasukkan.
kalau tak suka cili api boleh digantikan dengan cili kering.
bertugaslah dengan senyuman!!![:)]</font id=“limegreen”></font id=“size4”>
Bahan-bahannya</font id=“brown”>:
200gm taugeh - goreng tanpa minyak
(hingga sedikit layu)
5 batang daun selom - dipotong halus
1 cawan santan - masak terlebih dahulu
jus limau nipis dari 1 biji
2 sudu makan kerisik
air asam jawa dan garam
Bahan kisar</font id=“brown”>.
3 biji bawang merah
5 biji cili padi
1 biji cili merah
1 batang serai
2cm lengkuas
2cm halia
Cara memasaknya</font id=“brown”>:
Kisar semua bahan kisar secara berperingkat.
Gaulkan bahan kisar dengan taugeh, daun selom dan
tuangkan santan.
Masukkan kerisik, air asam jawa dan jus limau nipis,
gaul sebati.
Akhir sekali masukkan garam dan gula, gaul sebati.
bantulah mereka yang memerlukan!!![:)]</font id=“limegreen”></font id=“size4”>
terima kasih cik hanni. kerabu tu ja dah cukup, tak payah lauk
lain rasanya. ada sayur ada ikan. pakndak suka terung panjang
tu kalau bakar cicah air asam. sedappp.
berfikir sebelum bertindak!!![:)]</font id=“limegreen”></font id=“size4”>
bad… kerabu ne memang pembuka selera sebenarnya. ada sorang
tu, pakndak kenal… dah 60 umur dia. setiap tahun sepanjang
bulan ramadhan, kalau buka puasa makan nasi, mesti ada kerabu.
tak kira isteri dia buat kerabu apa, janji bedal. wajib ada
kerabu katanya.[:D][:p]
speed and quality towards excellence!!![:)]</font id=“limegreen”></font id=“size4”>
sebagai tambahan kepada resepi super duper pak ndak, sbb nak buat kerabu perlukan bakat semulajadi, walaupun bahan sama tapi hasil tak sama nanti (panduan kepada forumer yg tak biasa buat kerabu)
basic to kerabu:
balance
walaupun kita suka pedas, pahit, masam (taste org tak sama) rasa kena balance.
rangup
kerabu nih penting ada tekstur, biar kunyah ada bunyikkk!!!
mengaul jangan kasar/terlampau gaul
bahan yg telah di cincang/potong senang rosak/lembik, nanti basah sangat kerabu tuh, dan tekstur hilang
segera
kerabu tak tahan lama, disebabkan oleh bahan perasanya, jadi bila nak makan baru gaul
matching
oleh kerana kerabu nih resepi style kampung, ada baiknya resepi seluruh hidangan tersebut ngam dengan tema
banyak benda boleh di kerabukan
jgn takut untuk try bahan - bahan lain, boleh test, janji concept kena betul.
Jangan basah sangat
kalau perasa, cthnya air asam terlalu cair/banyak, kerabu punya ke best an boleh hilang disebabkan, kebanyakan perasa akan cair ke bawah
tips mudah untuk perasa:
kalau ada sambal belacan balance semalam, dah cukup cantik tuh kalau malas nak bikin lain, gaul jer dengan bahan kerabu, pas tuh balancekan rasanya dengan kepala parut dan limau nipis.
betul panduan pens</font id=“teal”> kasi tu… sebab ramai mengadu resipi tak
menjadi, walhal ikut bahan-bahan dan cara buat yang dikasi.
sebenarnya memasak ne kita kena belajar selok beloknya.
kena pandai merasa, mengagak, mengolah dan bermacam-macam lagi.
hatta cara memegang senduk atau sudip pun kena betul dan kena
pandai kontrol api dapur.[:p][:D]
speed and quality towards excellence!!![:)]</font id=“limegreen”></font id=“size4”>
khairul</font id=“brown”>… pakndak akan sediakan resipi nasi ulam tu nanti.
tapi kan khaiul, kerabu nasi ulam arwah mak pakndak buat
memang sedap dan tiada bandingan. jiran-jiran kampung pun
kata sedap. tapi kalau kita cedok resipi dia punya, buat
tak sedap macam dia buat.[:)]
toman bunga</font id=“maroon”>… kekadang pakndak buat kerabu tu tak dak daun
selom pakndak bantai boh daun salad, kekadang kobis.
memang pakndak suka cari dan masak resipi-resipi yang mudah
dan agak sedap dimakan, jimat belanja.[:D]
yakin dengan ketentuan-Nya!!![:)]</font id=“limegreen”></font id=“size4”>