KULIAH PASAL JIN: UST. HJ. ISMAIL KAMUS
-
Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan
telah beramal puluh ribu tahun lamanya.
-
Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah
ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu
Jin Islam dan Syaitan.
-
Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh)dan Jin Tidak Islam (Tidak
Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
-
Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan
kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka
sangat dengan asap kemenyan.Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,[:D][:D]
adik-beradik jin lah tuu (sambil berseloroh).[:p][:p]
-
Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong,laut, tempat-tempat tinggi
(KLCC), tandas dan kubur.
-
Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu
baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman,Fil 'alamin."
Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat
membaca ucapan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” Masa bila pulak jin dapat pangkat
datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit Jin !!![:D]
-
Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu
menilik-nilik nasib,pembohong…"
Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga
Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di
kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga
anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman
pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
-
Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di
waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ,waktu itu. Di larang juga buang air di
lubang-lubang (tanah).
-
Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin
suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah,
sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai… orang melayu
suka sangat menepung tawar !!![:D]
10)Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat
Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya)sebab beliau pernah jumpa orang yang di
rasuk.

MantaW</font id=“Century Gothic”></font id=“red”>CasteR
[/IMG]