Kurikulum dan Pendidikan Memancing

Saya rasa kurikulum dan pendidikan memancing patut diperkenalkan sebagai satu matapelajaran elektif bermula diperingkat rendah lagi.Pendedahan awal dapat menerapkan nilai-nilai dan ertika memancing. Kalau tak pun, sekolah-sekolah patut mengalakkan penubuhan kelab-kelab memancing, taklah kita yang dewasa saja yang ada kelab memancing. Justeru apa yang paling penting anak-anak kita akan tahu menghormati, memelihara dan memulihara alam sekitar termasuklah spesies buruan kita iaitu ikan. Setiap masa kita hanya bercerita, berbincang, berbual dan berforum mengenai dunia memancing sesama kita, namun kita lupa adakah anak-anak kita serta generasi kita yang akan datang boleh berbual, bercerita, berbincang dan berforum tentang perkara yang sama? Melentur buluh biar dari rebung, salam buat geng-geng pemancing seantero Malaysia… [:)]

Bolehlah suruh pak-pak menteri kat Kementerian Pelajaran tu consider tengok…
Cuma buat masa ni mungkin diaorang letak sebelah dulu sbb nak prepare
subjek Kontrak Sosial dulu…[:D][:D][:D]

[/img]

BiaRLaH oRaNG HaRaP-HaRaP BoLeH PeRCaYa, JaNGaNLaH oRaNG PeRCaYa-PeRCaYa TaK BoLeH HaRaP! </font id=“blue”>

Saya antara orang yang akan menyokong jika perkara ini menjadi kenyataan!



http://dinbanang.multiply.com

He he saya sebenornya dah dua tahun menghantar suarat kapada Menteri Pendidikan berhubung dengan perkara ini…surat tersebut telah pun diminitkan kapada SU Parlimen Kementerian Pendidikan untuk tindakan selanjutnya dan di salinkan kapada saya…walaubagaimanapun sehingga kini tahap tu saja lah perkembangan nya.

Dipersetujui juga pada peringkat awalan untuk kita berkerjasama dengan Brigade Sungai Puncak Niagadi seluruh selangor…he he nambak gaya nya brigade sungai pun tak berapa berapa muncul lagi…mungkin juga mereka lebeh mementingkan publisiti je.

Banyak peringkat yang menyokong dan mendokong program kita ni…masalahnya masing masing tidak mempunyai peruntukan keewangan…

Saya juga cuba melaui PIBG…banyak yang menyokong…malangnya bila berbincang tentang bajet,banyak yang mengusulkan membuat kutipan pada murid murid atau ibubapa…dalam suasana ekonomi yang suram ini saya merasakan kalau dilaksanakan juga ia akan menimbulkan ketidakpuasan hati ibu bapa dan ia juga akan membebebankan mereka…untuk sementara waktu saya sedang mencari Idea yang baik untuk melaksanakan program ini.

Mancing…Dulu,Kini dan selamanya.

kawe sokong usul ini…takut tak der kepentingan sangat…bg wakil menteri…serta publisiti..

Saya rasalah… rac4971 silap beri pandangan ni… kalau kita lihat memancing tu adalah dikatogerikan sebagai sukan… bukankah wajar diletakkan dalam bidang ko-kurikulum sahaja, dalam cabang ko-kurikulum ada sukan dan permainan, badan beruniform, persatuan dan kelab… kalau dlm kurikulum agak janggal untuk letakkan sebaris dengan matapelajaran teras diperingkat rendah. Lagipun disekolah rendah tiada m/p elektif. Bagi sekolah menengah pulak, dah banyak m/pel elektif yg disediakan, kesian lak pelajar sekolah menengah ni kena balik lewat petang kalau banyak lagi elektif yang perlu diambil.

untuk menerapkan nilai-nilai dan etika, dlm ko-kurikulum pun memang dijalankan oleh guru2.

Cuba fikirkan la..kalau nak masukkan dlm kurikulum kebangsaan pertama kementerian perlu mengubah dasar khusus bagi memasukkan kurikulum baru, kedua, Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK) pula perlu menyiapkan silibus bagi kurikulum baru ni, di sini PPK perlu memanggil tenaga pengajar yg mahir dlm sesuatu bidang itu dan mempunyai sijil yg diiktiraf, kalau tak org akan komen…apa Kem. Pendidikan Malaysia(KPM) bagi pendidikan tak da kualiti.

Yang ketiga pula, kementerian perlu memperuntukkan sejumlah bajet bagi melaksanakan kurikulum baru, iaitu belanja mengurus dgn anggaran keperluan peralatan, buku teks, kursus bagi guru dan macam2 lagi… besar tu…

Pada saya, bajet yg ada ni lebih baik digunakan ke arah meningkatkan penguasaan IT (information technolgy) dikalangan pelajar sekolah kita supaya mereka boleh menyaingi pelajar di negara maju yg lain.

Kalau dilihat dari peraturan yang sedia ada, penubuhan kelab dan persatuan memancing sekolah rasanya tiada halangan oleh pihak KPM, asalkan dibuat mengikut prosuder yang ditetapkan. PIBG boleh membantu pihak sekolah dan menjadi insuran pada guru2 yg mengendalikan kelab atau persatuan memancing sekolah, maklumlah, kalau belajar teori je dlm bilik darjah menda lak kan… takkan nak dok belajar baling umpan kat padang sekolah je… kena ler pergi ke kolam sama ada kolam berbayar atau padang pancing semulajadi, bila bawa pelajar tu pula kena la ibu bapa menandatangani kebenaran kepada pihak sekolah ng membawa anak mereka dan dlm surat kebenaran tu ada klaus ayat dimana ibu bapa penjaga tidak boleh membuat tuntutan kepada sekolah dan guru bertugas sekiranya berlaku kemalangan semasa aktiviti dijalankan. Semua sedia tahukan, bahaya di kolam dan bahaya barang pancing tu sendiri… buat ada yg lemas ka, tercangkuk mata kail kat mata ka…kan cikgu sekolah gak kena jawab dan dipersalahkan. Bahaya kan berada dimana2 walaupun kita ambil langkah yg sepatutnya. Salah sikit kang, ada parent yg report kat TV dgn paper… fobia cikgu2 dibuatnya.

Hmmmm… pi kolam bayar kena duit, beli rod n mesin pun duit… alamat bising ler parent, kalau yg faham tu ok ler… nak cari sponsor, berapa banyak yg boleh dpt? Ada ka kolam berbayar blh bagi diskaun atau bayaran kolompok jika ada pihak sekolah melanggan bg aktiviti ko-kurikulum mereka.

Tenaga pengajar?.. kalau ambil org luar…duit lagi… ada ka dr ahli Fishing. Net ni secara sukarela memberikan ceramah dan tunjuk ajar secara ikhlas dan percuma kalau ada kelab atau persatuan pemancing peringkat sekolah yang menjemput mereka. Bukan semua guru ni mempunyai kemahiran memancing yg baik, bahkan dlm satu skolah yg ramai guru perempuan lak… nak buat sukan tahunan dgn hanya 3 - 4 orang guru lelaki…huh…sian depa ni keje macam kuli, ni realiti… kalau ada kenalan guru lelaki yg mengajar di bandar besar tambahan pula di kawasan elit. tanyalah mereka…

Umum semua tahu, kutipan bayaran bagi sesuatu aktiviti di sekolah tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya, perlu ada kebenaran dari pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri juga perlu ada kebenaran bagi menggunakan tenaga pengajar luar.

Apa yg saya tulis di sini bukan bermaksud nak menentang sesuatu yang baik, bagi saya sebagai pendidik juga sukakan cabaran sebegini… Cubalah tanya pada Cikgu Zahari, Cikgu Dolah, Cikgu Shamween, Cikgu Bwan tak ke mereka ingin menurunkan ilmu memancing kepada pelajar mereka?

Harap dapat menjelaskan sedikit isu ini…

[img]http://farm4.static.flickr.com/3276/2867678162_4debcf0f2a.jpg[/img] *016-6097001*

Sebenarnya secara kecilkecilan saya dan rakan rakan dah beberpa kali melaksanakan progran ini sebagai contoh,
Ada dua buah sekolah yang sentiasa berminat dengan program ini…dah beberapa kali dilaksanakan di beberapa tempat sekitar KL…tanpa sebarang kutipan Wang…sekolah menengah dan sekolah Kebangsaan…setiap kali program dilaksanakan…bukan sahaja guru guru…malah pengetua nya juga hadir sama…tapi tak dibuat publisiti…takut banyak permintaan.
Saya juga sebagai YDP PIBG Disalah sebuah sekolah kebangsaan Di Kota Damansara telah membuat beberapa program berhubung dengan hal ini…malah MBPJ juga sentiasa memberi sokongan…DBKL juga pernah menyatakan sokongan mereka terutama jika dikaitkan dengan kempen kesedaran terhadap ikan pendatang.Mereka berkesanggupan untuk mengeluarkan permit tanpa sebarang bayaran.

Aktiviti yang telah dilaksanakan.
A.Asas memancing.
b.Alam sekitar.
c.Membawa bot.
d.Jungle survival.
e.Pertandingan memancing.

Jika dihebahkan,banyak sekolah sekolah yang berminat dan saya merasakan ianya akan mendapat sokongan dari pehak jabatan jika ianya dilaksanakan melaui saluran yang betul…tujuan utama saya ialak untuk mengatasi budaya lepak dan lain lain budaya yang merosakkan aklak remaja terutama nya remaja melayu kita.

Sebabitulah dalam program hello Malaysia…saya berani mengatakan pancing bukan lagi satu hobby ,tapi kini ianya merupakan satu jenis sukan yang perlu kta kembangkan kapada semua golongan di negara ini.

saya juga ingin menitik beratkan konsep kasih sayang didalam sukan memancing seperti yang saya perkatakan dalam forum tersebut …hasilnya saya banyak menerima email tanda sokongan walaupun peringkat awal saya mengatakannya…seolah olah mendapat senyum sinis dari pengacara.

Konsep Kasih sayang yang saya cuba terapkan.

A.Kasih sayang sesama manusia.
b.Kasih sayang dengan hidupan.
c.Kasih sayang dengan alam.

Mungkin lebehbanyak lagi yang boleh dilaksanakan atau diterapkan sekiranya program ini dapat dilaksanakan sebagai mana yang telah dilaksanakan di UPM.

Mancing…Dulu,Kini dan selamanya.

Malang sekali saya tak bertugas di daerah bang RG ni, untuk pengetahuan, saya adalah seorang guru tetapi bertugas sebagai Pegawai Akademik di Pejabat Pelajaran Daerah dalm Negeri Selangor ni. Untuk aktiviti kemasyarakatan begini saya memang menyokong 100%, tapi agak sedih dr segi penampilan NGO yg dtg utk bekerjasama dlm aktiviti pendidikan. Kalau ada kami tidak menolak utk bekerjasama menjayakan aktiviti kemasyarakatan yg ‘based on non-profit aktivities’.

Walaupun saya baru bermula balik aktiviti mancing ni, saya tak anggap memancing ni sebagai hobi, sememangnya saya mengatakan ianya salah satu cabang sukan. Tetapi apa yg saya hadapi ialah semasa menyatakan kepada org lain tentang sukan memancing ni, masih masyarakat mengganggap dan mempunyai persepsi bahawa memancing ni hanya hobi memenuhi masa, cangkuk umpan, baling dan tunggu, bila saya menjelaskan dgn panjang lebar kenapa saya katakan memancing ni sebagai sukan, jadi saya keluarkan teknik2 memancing seperti kasting, jigging dan popping…melopong dengar. Pada saya, yg pertama kita kena membuka minda masyarakat kita tentang sukan memancing, di kalangan pendidik pun tak terlepas sebenarnya persepsi mengenai sukan memancing ni.

Memang benar, kita boleh menerapkan elemen2 nilai murni dlm sukan memancing seperti yang diketengahkan oleh bang RG. Bohonglah kalau kita kata dlm sukan memancing tiada penekanan nilai murni…umum kita tahu, kenapa kita buat ‘CNR’, kenapa semasa memancing kita digalakkan menjaga kebersihan, kalau memancing berkumpulan kena ada semangat bekerja sama, bukankan ini nilai-nilai murni.

Ada baiknya kita memulakan konsep yg baik ini dari peringkat permulaan di sekolah rendah lagi. Cuma berapa ramaikah dari kita yg sanggup menjalankan aktiviti kemasyarakatan tanpa memikirkan pulangan?

Sekiranya ada pihak yg sanggup menjalankan aktiviti sebegini, insyaAllah saya sanggup luangkan masa utk membantu seberapa yg boleh dgn menunjukkan prosuder yg betul dan membantu menwar-warkan sukan memancing ni dlm daerah saya.

[img]http://farm4.static.flickr.com/3276/2867678162_4debcf0f2a.jpg[/img] *016-6097001*

saya sebagai seorang murid yang masih kat sekolah menengah sokong idea itu pun(kita perlulah mengamal mancing sebagai kurikulum atau aktiviti sekolahkan)[:D]

<<<fisho>>>

Ok jugak ..cadangan ni..bayangkan kedai pancing akan bertambah macam kedai buku…selain beg buku anak2 kta angkat joran g sekolah..silap2 bwa joran bapa..wargh..

haha..betul juga munkin jadi.

<<<fisho>>>

Hmm, baru saja Marlin dan saya bincang tentang topik pendidikan sukan memancing ini masa makan tengahari kat KLCC. Kita rasa mungkin MFN buat macam kursus sendiri pun boleh…tapi memang perlu banyak sumbangan tenaga sukarelawan dan masa.

Cuma kita bincang saja masa makan…takde confirm apa-apa. Lain kali sesiap member kerja dekat KLCC boleh jumpa lagi untuk makan tengahari bincang.

Vincent

* Team Spinboyz - U1 2004 * Team MalPro - U2 2004 * Team Lucky Craft Happy Hookers - U3 2005 * Marshall - U4 2006 * General Worker - U5 2007 * U6 2008 - Watch out it’s gonna get tougher because you guys are getting better!</font id=“size1”>

“We (MFN forumers) are a few but together we are many. We are many among the millions of anglers yet to have their voices heard” - Majulah sukan memancing untuk negara

Salam buat bro nakdesa. Saya rasa semua perkara ada kekangan, namun tiada perkara yang mustahil kalau ada kerjasama dan komitmen daripada semua pihak. Mungkin perkara ini baru di negara kita, yang pasti tiada di negara kita. Apa salahnya kita cuba memperkenalkan sesuatu kurikulum yang baru kepada anak-anak murid kita sebagai matapelajaran elektif atau boleh dimasukkan sebagai satu cabang dalam bidang ko-kurikulum. Kita boleh memberi pilihan kepada murid-murid kita sama ada nak pilih atau tidak sebab kita boleh memperkenalkannya sebagai bukan wajib. Kalau tak silap saya di negara-negara luar seperti di Jepun, US, Eropah pendidikan memancing ini sesuatu yang tidak asing lagi. Silalah lawati laman-laman web yang berkaitan. Kurikulum tersebut kita boleh sesuaikan mengikut acuan kita. Membuat sesuatu perkara yang baru memang banyak pro dan kontranya, namun alah bisa tegal biasa kalau semua pihak sama-sama mengembleng tenaga dan usaha ke arah tersebut. Kita juga boleh meminta pihak-pihak tertentu untuk menjalankan kajian dalam semua aspek berkaitan sebelum ianya diimplementasikan. Banyak contoh-contoh yang tak perlu saya sebutkan di sini bila mana sesuatu yang baru diperkenalkan, banyaklah cakap-cakap yang tidak setuju,kontra dan sebagainya, itu memang lumrah. Namun apabila sudah terbukti berjaya, barulah semua orang celik mata tumpang kejayaannya. Salam buat semua.

Rac

Memang betul, 2 .. setiap perkara yng baru n positif tetap akan dipersoalkan..itu , ini, begitu , begini, mcm2la..pendidikan seks di sekolah contohnya. Mula2 nak diperkenalkan mcm2 gak org melenting..ppsmi pun sama ..akhirnya..dilaksanakan jga.Tp seingat sya bab ikan ada dlm kajian tempatan SR.tinggal mcmana nak dipancing saja.

harap pihak yang berkuasa tentang pendidikan boleh bertindak dendan cepat.

<<<fisho>>>