Ni sekadar himpunan lawak dari inbox email…
cerita no 1
Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,
sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni
menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg
niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.
Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt. Si Ali
pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami
buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan”.
Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke
surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,
“Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” Dg segera tok imam merampas mikrofon drp
Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.
Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat
takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun
x khusyuk jgk lg.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. “Tok,
tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun undur le ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin
ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!”
lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke
depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis
sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko
niii… Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni… Tapi dg
bongkaknye si Ciko berkata, “He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.
Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee…” Tok imam pun terkedu
& terpana…
Cerita no 2
Mengapa pompuan melayu jer kena histeria??
Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh
kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah
gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina
dan india. Di mana salah nya… … ..Kita ikuti percakapan antara
bomoh melayu dan syaitan.
Kes histeria di sekolah kat BSB… ..Misteri di Asrama Puteri terjawap!
Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa
dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka
merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik,
ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera,
ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang
dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik..
Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2
pengsan dibuatnya!
Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!
Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua
bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya
yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan
itu.
‘Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!’ Kenapa
gadis
melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???’
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab… ''Siapa
Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat’’
''Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, Tak
Mungkin Aku MERASUK… ‘’ ''Aduhai…
Cerita no3
Mangga
Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang
tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.
Pembeli : ‘Bang, berapa harga mangga sekilo?’
Peniaga : ‘RM7!’
Pembeli : ‘Amboi, mahal sangat… RM5 sudah la!?’
Peniaga : ‘Tak boleh dik, harganya dah cukup murah
tu!’
Pembeli : ‘Kalau tak manis, macam mana bang?’
Peniaga : ‘Kalau tak manis, tak payah bayar!’
Pembeli : ‘Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10
kilo!’
Peniaga : '#$%@%&%???..
cerita no 4
Pukul Berapa Buka?!!
Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang
pustakawan berdering.
‘Pukul berapa perpustakaan akan di buka?’ seorang
pemuda di hujung talian bertanya. ‘Jam 9 pagi encik,
apa hal yang penting sangat encik menelifon saya
tengah malam buta nie?’ tanya pustakawan tadi.
‘Tak boleh buka awal lagi ke?’ pemuda itu bertanya
lagi dengan nada kecewa. ‘TIDAK, tidak akan dibuka
sebelum pukul 9!’ si pustakawan menjawab dengan nada
yang tinggi. ‘Penting sangat ke sampai encik tidak
boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?’. ‘Siapa
kata saya mau masuk?’ kata pemuda itu kesal, ‘SAYA MAU
KELUAR!’
cerita no5
Lesen P
Ini kisah yang diceritakan oleh kawan aku daripada
Kedah, namanya Naspie. Dia kata cerita ini benar-benar
berlaku. Kisahnya begini … seorang pak cik tua yang
baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Jadi,
mengikut undang-undang, stiker berhuruf ‘P’ hendaklah
digantung pada motosikal sekiranya seseorang baru
dapat lesen motor. Pak cik tu tunggang motosikal.
Adala police road block …
Polis : ‘P’ mana pakcik?
Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah).
Polis : Pak cik nak bergurau pulak. ‘P’ mana pak cik?
Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik anging).
Polis : Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih). Pak
Cik, ‘P’ mana?
Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa
hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq.
Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku
tau (marah).
Polis : Pi pi pi pi lah … nyusah aje
Pak Cik : kan mudah camtu …
cerita no 6
Profesional Muda
Seorang profesional muda sedang membuka pintu kereta
BMW nya, tiba-tiba sebuah kereta dengan laju melanggar
pintu kereta itu hingga tercabut..
Profesional muda itu memaki hamun kereta yang laju tu
dan meratapi kereta mewahnya yang rosak tanpa pintu.
‘Tuan, lihat apa yang dilakukan orang gila tadi
terhadap kereta saya!’ katanya histeria kepada polis
yang tiba di tempat kejadian.
‘Kamu orang-orang kaya nie benar-benar materialistik,
kamu semua membuatkan aku muak!’ kata polis. ‘Kamu
begitu bimbang pada BMW kamu, kamu tak sedar ke tangan
kamu juga dah hilang sebelah?!’
‘Ya Tuhaaaaaaaannn!!!’ teriak profesional ketika ia
melihat lengannya sudah tidak ada lagi.
‘Mana jam Rolex-ku?!’
cerita no 7
Selimut
Mendengar bunyi yang kuat dari dalam bilik seorang
anak, si ibu bertanya dari luar.
‘Bunyi apa itu, Man??’
‘Selimut jatuh dari tempat tidur, Bu!’
‘Apasal bunyinya kuat sangat?’
'Di dalam selimut ada saya, Bu
cerita no 8
Buta Warna
Seorang guru yang diberi tugasan penting telah membuat
keputusan untuk meminta pertolongan daripada
pelajarnya.
Guru : Arif tolong cikgu ye kerana banyak kerja yang
cikgu kena lakukan.
Arif : Baik, cikgu.
Guru : Tolong pergi ke bilik guru, ambilkan cikgu fail
berwarna kuning di atas meja cikgu.
Arif : Fail kuning muda atau kuning terang?
Guru : Kuning muda.
Arif : Fail besar atau kecil?
Guru : Di meja cikgu hanya ada satu sahaja, fail
kuning. Ambil sahaja yang bewarna kuning.
Arif : Tadi cikgu kata kuning muda, kenapa pula sebut
kuning saja?
Guru : Fail kuning muda!.
Arif : Oh, kuning muda. Kuning muda tu macam mana
cikgu?
Guru : ???
cerita no 9
Pak Pandir membeli durian
Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah
durian… lalu dia menghampiri seorang penjual buah
durian yang merupakan orang asli tempatan…
Pak Pandir : ‘Bang harga durian ini berapa?’
Org Asli : ‘yang ini.. sepopit sebiji’
Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa
orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa
nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu
dan cuba menawarinya..
Pak Pandir : ‘Bang.. Boleh kurang sikit tak’?
Org Asli : 'Boleh aje, nak kurang berape?
Pak Pandir : ‘Lahupa.. boleh ya!’
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya
pada Pak Pandir…
Org Asli : ‘Lahupa itu berapa?’
Pak Pandir : ‘Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?’
cerita no 10
Selsema Burung
‘Doktor,’ kata seorang ayah melalui telefon, ‘Anak
lelaki saya menderita Selsema Burung.’
'Saya tahu,'jawab doktor.
‘Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat.
Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah.’
‘Tapi, doktor,’ kata ayah yang cemas itu..
‘Dia telah mencium pembantu rumah kami.’
‘Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin.’
‘Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu.’
‘Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan
benih penyakit itu.’
‘Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium
isteri saya.’
'Celaka,'jawab doktor, ‘Kalau begitu saya sudah
dijangkiti.’
cerita no 11
Minta Tolong
Seorang gadis sedang sibuk menulis di atas meja di
dalam pejabat pos. Tiba - tiba dia didatangi oleh
seorang lelaki separuh umur.
'Maaf kan saya,'kata lelaki itu. ‘Saya nak minta
tolong sedikit ni…boleh tak saudari menulis dan
menghantar poskad ini bagi pihak saya?’ Gadis tersebut
bersetuju dan meminta barang - barang tersebut. Dia
juga tidak kisah untuk menandatanganinya selepas
menulisnya nanti.
'O.k! Siap,'kata gadis tersebut tersenyum sambil
menghulurkan poskad yang telah ditulis dan
ditandatanganinya. Gadis itu pun meminta diri . Tak
sampai beberapa langkah berjalan, gadis itu berhenti
kerana dipanggil oleh lelaki tadi. Sambil senyum gadis
itu bersuara, ‘Er…ada apa-apa lagi yang boleh saya
lakukan untuk encik?’
‘Ya,’ jawab lelaki tersebut. ‘Di bahagian bawah poskad
ini tolong tuliskan : P/S - Maafkan saya kerana
tulisan ini tidak cantik.’
cerita no 12
Ubat anti-gempa
Di satu kaki lima yang sibuk di sebuah kota, terdengar
seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat
jualannya.
Penjual ubat : Mari! Mari! Abang, adik, kakak, makcik,
pakcik! Saya ingin memberitahu anda semua sesuatu.
Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa! Sekiranya
anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini!
Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau
sedikit pun! Saya telah menjualnya di merata pelosok
dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang
kesahihannya! Cubalah! Bandar ini bakal dilanda gempa
pada tepat jam 11.30 pagi nanti!!
Orang ramai yang lalu lalang di situ pun
terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang
percaya apa sahaja boleh berlaku dalam dunia hari ini,
mereka pun tanpa was-was berduyun-duyun membeli ubat
anti-gempa tersebut.
Jam sudah hampir 11.30 pagi. Semakin ramai yang
berkerumun untuk membeli ubat tersebut. Dalam
ramai-ramai itu adalah seorang pakcik yang
tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa sudah
semakin hampir. Pakcik itu dan mereka yang lain pun
terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari
merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.
Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Satu minit
berlalu…dua minit berlalu…hingga minit yang ke
sepuluh, pakcik tadi pun berteriak kepada penjual ubat
itu.
Pakcik : Eh! Dah lama dah ni! Mana gempanya? Awak tipu
kami ya?
Penjual ubat : Haa! Kan betul apa saya kata! Pakcik
tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat
saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!!
Pakcik : ???
Ikan dilaut, asam didarat,dalam periuk…