Limited Warranty?

Teman ada tanda soal dengan limited warranty… baru-baru ni teman beli joran Ugly Stik Tiger untuk pancingan laut dalam, harganya RM330 je. Ada satu pamplet disertakan menyatakan dua jenis limited warranty. Bunyinya macam ni…

Limited Warranty I:

For 70 days from the date of purchase, the Shakespere Company will replace or refund the purchase price of your Ugly Stik Series rod if you are not totally delighted with the way it feels, handle , and fishes.

Maknanya kalau tak puas hati atas apa sahaja sebab, pembelian itu boleh dipulangkan dan kita boleh dapat duit kita balik? Benarkah begitu? Persoalan teman, bagaimana nak dapatkan duit itu balik? Dengan memulangkan kepada pekedai kah atau kepada company Shakespere tu? Warranty II lebih menarik sebab diberi 7 tahun warranty. Tapi penjual kata, kalau nak baiki atas kerosakan yang dicover dalam warranty kenalah hantar ke syarikat Shakespere di US…itu akan memakan masa yang panjang dan kos penghantaran kita kena tanggung sendiri. Benarkah begitu?

Limited Warranty II:

For 7 years from the date of purchase, the Shakespere Company will replace or refund the purchase price of your Ugly Stik Series rod if it breaks, snaps or cracks while you are fishing.

This warranty does not cover damage by addition to or alteration of the product, accident, abuse, or normal wear. Damage that is determined to be of this nature may be repaired at consumer’s expense. This warranty does not extend to products which are put to commercial or rental use.

Bab normal wear ni yang teman confuse…dah namanya pun joran, kalau patah atau retak ketika berlawan dengan ikan macam mana? Adakah itu normal wear.

Teman telah membeli joran custom made jenama Thomas Stroker hasil tangan Uncle Thomas dari brother bwan, tak berapa ingat tarikhnya tetapi dalam tahun 2008. Masa teman beli, hujung gimbal macam banyak lekuk2…seolah-olah dah banyak kali digunakan orang. Tapi teman tak berapa kisah sebab bwan kata joran ni dah pernah naikkan pari 40 kg tanpa masalah. Terbang RM500 oleh joran tu…

Minggu lalu teman mengail di perairan Sikuati, hasil sederhana sahaja sebab laut yang pada hari pertama tenang telah bergelombang dengan hebat di hari kedua. Di hari terakhir, joran Thomas Stroker telah dipaksa berlawan dengan haruan tasik 5.5 kg. Entah macam mana semasa berlawan, tali braided asyik tersekat sahaja di hujung joran, lat 3 cincin dari bahagian tip joran. Bila teman periksa, teman dapati ada bahagian joran yang telah pecah.

Teman dah telefon handphone bwan, tapi asyik tak ada orang angkat…tidak dapat dihubungi. Teman rasa handphonenya rosak lagi nih… Teman call rumah beberapa kali pun tak ada orang angkat juga. Bila teman e-mail, e-mail bounce back pulak. Ni yang tension nih…Teman cuma nak tanya samada joran semahal ini ada warranty ke tak sebab harganya jauh lebih mahal dari Ugly Stik. Juga teman nak tau samada joran ini boleh dibaiki atau tidak oleh tuan yang membuatnya. Rasanya yang terkopek tu tak serius sangat…harap-harap masih boleh dibaiki dan digunakan sebab teman sayang dengan joran ni..

bro,
pasal Uncle Thomas tu bro boleh tanya dia kat section sini jika bro tanak call/e-mail dia…

http://www.fishing.net.my/forum/forum.asp?FORUM_ID=43

pasal warranty tu, biasa nya warranty dari syarikat besar ada lah tulen cuma mereka tak cover cost postage… cost postage ditanggung oleh si pembeli.. apa-apa pun elok rujuk balik pada syarikat tersebut untuk tahu lebih lanjut proses tuntutan…

the scream of langsuyr [in digital mode]…</font id=“size1”></font id=“purple”>

i fought the law - the clash/bobby fuller four
(don’t fear) the reaper - him/blue oyster cult</font id=“size1”>
silly fools - the one - satree mai lhek 1 </font id=“blue”>

Salam bro…
Waranty tuh valid utk dalam U.S jea…
teman udah tye kt Kepong Tackles dulu…
tu jea jawapan tokey Kepong Tackles

</font id=“size5”>

[IMG]http://i169.photobucket.com/albums/u238/adyputra/DAT.png[/IMG] Jangan Katakan Ikan, Kalau Orang Boleh Di Pancing, Ku Pancing Jua!!!

Thanks brother teru. Teman baru aje postingkan di forum THOMAS STROKER HANDMADE RODS dan sedang tunggu jawapan dari uncle Thomas.

Semalam teman dah hantar joran ke Kota Marine minta dibaiki…kata Robin, satu cara nak baiki ialah dengan ikat semula atau guna selotape dan gamkan untuk nampak lebih kemas dan tali tak melekat lagi. Tetapi katanya, joran dah tak kuat dan mungkin boleh patah kalau bertarung dengan ikan. Lagi pun kemasan pada batang joran akan lebih besar dari biasa.