Lure Untuk Haruan - LUHR

woit, adik piman aku yg tersayang… hehe.
da jumpa tak menda2 rod,reel,lure yang aku mintak nko carikan tu? apa da nko susah2 mintak orang lain ajau nko ngasting ruan tu,kt blkg umah kita dekat sawah tu je leh da start blajau cast ruan… Aku balik smnjg bulan 12,sbb nak merajalela dulu kat sabah nih, tp nt 14/12 aku ada projek ngan kawan2 pemancing longkang ke kenyior…kekeke.

Razlan,

Saya rasa haruan disitu memang antara makanannya ialah ketam sawah, selain dari katak dan ikan sepat. Selalunya, sekiranya satu jenis mangsa mempunyai bilangan yang banyak dan mudah didapati, ianya akan menjadi makanan pemangsa. Lagi satu, ada saingan iaitu ular air, yang saya rasa lebih mudah mengesan mangsa daripada haruan.

Pengalaman bertambah…
Bro Archer,
Dah recce ke Aman Perdana?
Saya main raya ke 2 tu hari, dpt 3 ekor atas 2 kg…
(timbang pakai timbang tepung maruku mak aku)
Yg curut lepas balik…
Air sebak sampai ketepi…
Problem beso die sebab byk dahan kelapa sawit…
Spinner 4 bijik terbang kat situ…
Memang best, Rabu ni off day, cadang nak masuk dlm skit, ade lagi tu…

[IMG]http://i88.photobucket.com/albums/k190/Red_Tor/PFG.jpg[/IMG] [IMG]http://i88.photobucket.com/albums/k190/Red_Tor/columbia.jpg[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/fenwick_logo.jpg[/IMG] [IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/logo%20VAT/no2.gif[/IMG] 017 - 2525 090

lan,
mazzy aku dari 3 bijik,1 da kenatelan ngan ruan… satu dah tercabut kaki ngan getah bulat penutup dia sekali,tinggal 1je yang masih survive ngan sebelah kaki… skang ni, kalo tempat open yang ruan dia tak berapa besar je aku berani guna katak getah tu,memang daya penariknya hebat tapi tak ekonomi ler… untuk target yang lebih kasar,aku byk gunakan softies je,ekonomikal dan praktikal.

Jifat,

Kebanyakkannya banyak atas pertolongan adik you dalam mencari dan menguji gewang untuk haruan. Mask Frog tu saya ada, tapi belum sempat diuji kerana masa tu tak ada tempat yang sesuai, lagipun bukan musim hujan, banyak area kering.

akapiman,

Saya rasa boleh start belajar casting haruan guna Mazzy Frog dulu, MF30. Sebabnya, saya ajar anak saya casting haruan guna lures tu. Ajar basic aje, cast retrieve ulang-ulang kali, tak lah tepat castingnya. Tapi dapat juga haruan…hairan juga saya, nak juga haruan sambar. Sebab excited sangat, selalu nak ikut saya pergi casting haruan selepas tu…so saya kena cari tempat yang selamat sikit untuk budak-budak…


Anak saya dengan haruan pertamanya…dgn MF30

jifat,

Mazzy Frog yang tiada kaki tu boleh dibaiki. Saya pernah baikinya dan gunakannya sampai hancur body. Memang kakinya senang tercabut dan pelbagai cara saya telah cuba. Setelah beberapa kali mencuba, baru sesuai menggunakan janggut spinnerbait.

PFG

Kata tempat tu scary sikit, takut juga pergi sesorang. Memang dahan kelapa sawit menjadi masalah besar disebabkan banyak duri/daun yang menyebabkan sangkut walaupun weedless. Bukan sangkut kat matakail tapi sangkut kat tali dicelah pelepah tu.

Bro Archer,
Memang scary skit pasal PATI ade dok secara tak sah kat dlm tu…
Tu hari gi ngan sepupu yg memang duk kat situ…
Tapi rase nye memang nak belasah je masuk kat situ, tak bole tahan, gigil wooo…
Ruan die saiz mega tu…
Kena la bawak parang kontot ikat kat pinggang…
Untuk mempertahankan diri…
Harharhar…
Tak bole la Bro Archer, teringat je tempat tu…
Tu yg nak repeat tu…
Harharhar…

[IMG]http://i88.photobucket.com/albums/k190/Red_Tor/PFG.jpg[/IMG] [IMG]http://i88.photobucket.com/albums/k190/Red_Tor/columbia.jpg[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/fenwick_logo.jpg[/IMG] [IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/logo%20VAT/no2.gif[/IMG] 017 - 2525 090

tul juga ea brader archer.. tapi masalahnya penyumbat getah bawah perut mazzy tu dah takde, maksud archer,masukkan rambu skirt spinnerbait dlm lubang bwh perut katak getah tu ye?

ada saya try sumbat ngan potongan selipar getah ngan tambahan bulu kilat2 fly,boleh guna,tapi tak berapa kemas buatan sebab susah nak tepatkan permukaan getah pada perut mazzy tu…

piman,
sep la kat aku katak getah mask frog tu dalam 2 bijik… ea,nanti aku bg kat sarah wet raya manyak sket,kekeke..

quote:
Originally posted by akapiman
laaa..ramai rupanya orang Paris tu ekk

bro torex
Kg Raja tu kat belah2 Tanjung Belanja tu la ye? Mentua teman dok kat Kg Pasir Gajah(kalau tak silap la)
Berdekatan dgn sekolah rendah..tapi tak pasti lak nama sekolah rendah tu
Kalau gitu, boleh la kita buat komplot haruan dgn bro packman sekali ekk..akhirnya dapat gak teman dua orang cikgu mengail hihihi[:D]

[url="http://kedaipancingakapiman.blog53.fc2.com/"][img]http://i12.photobucket.com/albums/a249/azmalya/limau.jpg[/img][/url] [IMG]http://i12.photobucket.com/albums/a249/azmalya/gkb1.jpg[/IMG] *[url="http://sofeaki.blog59.fc2.com/"]Jangan tertipu ye bro![/url]*

akak piman..
mentua org pasir gajah upanyer..
klau dari tepi sg tgok sebrang sna tu kira kg raja la..
nak buat komplot boleh..tp la ni teman koje kat kl..
kena balik kg la pulak…

ni teman guna lure surecatch…
so far 5-6 ekor la dah naik masa raya hri tu..[:D]

[IMG]http://i47.photobucket.com/albums/f155/torex_zul/Fish_and_boat.gif[/IMG] tOrEx http://torex.multiply.com/ COLOSSOMA TEAM

teknik surgery mazzy frog utk ganti kakinya guna silicone rubber skirt ni dipelopori oleh archer dan telah diajarkan kat aku tak lama dulu.mmg btl2 efektif dan rasanya lebih bagus berbanding kaki getah asal yg cepat putus dan tak tahan lasak.

tricknya adalah,kalau normal rate sinking=letak 5 urat/strands utk setiap belah (5 kiri+5 kanan) dan utk slower rate sinking=letak lebih dari 5 urat/strands utk setiap belah.tapi jgn terlalu “meriah” sbb nnt akan menyebabkan rintangan angin/wind resistance bila dicast.nak letak attractant blh tambah flashabou dlm 2-3 helai bersama2 silicone rubber skirt tadi..

credit to bro archer…

member of [The League of Tarpon]

..cAStiNG kAMu iNC..

Truster tu ialah sejenis kuih raya yang di makan bersama kari ayam pukul lapan pagi pada satu ‘Remdan’…

quote:
Originally posted by jifat
tul juga ea brader archer.. tapi masalahnya penyumbat getah bawah perut mazzy tu dah takde, maksud archer,masukkan rambu skirt spinnerbait dlm lubang bwh perut katak getah tu ye?

ada saya try sumbat ngan potongan selipar getah ngan tambahan bulu kilat2 fly,boleh guna,tapi tak berapa kemas buatan sebab susah nak tepatkan permukaan getah pada perut mazzy tu…

piman,
sep la kat aku katak getah mask frog tu dalam 2 bijik… ea,nanti aku bg kat sarah wet raya manyak sket,kekeke..


Jifat,

Saya dismantle dulu katak tu. Tinggal pemberat, matakail dan tempat pemegang keduanya. Guna skirt spinnerbait (warna ikut keratif sendiri)dalam 4 helai, pas tu ikat kat gelong pemegang tu. Guna gam ditempat pengikat supaya tak bergerak (epoxy). Biar seimbang kiri dan kanan sebagai kaki mengikut panjang yang sesuai. Buat sedikit cut pada badan katak tersebut (dekat dengan tempat getah penyumbat)untuk selitkan skirt tadi, kiri dan kanan. Pasang semula badan dan getah penutup tadi.

Skirt sebagai kai katak ini akan berbuai-buai dalam air. Lagi panjang, lagi slow sinking rate, masalah pula haruan selalu gigit kat situ. So panjangnya kena sesuaikan.

bro Archer
akhirnya bro masuk gak kat sini ekk..makaceh bro sebab bagi idea utk gunakan Mazzy Frog dulu
nanti saya balik, saya nak suruh abang saya jifat ni ajar mancing kat sawah belakang rumah kitorang nun..guna grub dan MF40 macam yang bro banyak ajar saya selama ni
Nak celen bro saya..untung2 dapat haruan lagi besar dari dia[:D]

jifat abang aku
ade lagik ke kolam kat kawasan sawah belakang rumah tu? takde nampak pon mcm ade kolam. nanti aku nak pinjam reel ngan rod ko ekk..nak beli sendiri aku tak reti daaa..banyak benar tersusun kat kedai, pening kepala nak memahamkan jenis reel dan rod tu[xx(]
ko nak gak ke Mask Frog tu? nanti aku bawak balik utk ko aaa..dgn syarat, duit raya Maisarah jangan lupa..harharharrrr

bro torex
ooOoOoo..dah dapat bayangkan Kg. Raja tu kat mana. Kira orang kampung ngan bro izios gak la ekk. ramainya org Paris kat MFN ni ye!

pstt nak tanya, haruan dgn toman tu kira adik beradik snakehead ke?

[url="http://kedaipancingakapiman.blog53.fc2.com/"][img]http://i12.photobucket.com/albums/a249/azmalya/limau.jpg[/img][/url] [IMG]http://i12.photobucket.com/albums/a249/azmalya/gkb1.jpg[/IMG] *[url="http://sofeaki.blog59.fc2.com/"]Jangan tertipu ye bro![/url]*

Salam akapiman,

Sebelum apa-apa diucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Haruan dan Toman memang antara keluarga snakehead yang terkenal di Malaysia. Kedua-duanya dibawah genus Channa. Haruan atau Striped Snakehead (Channa Striata) dan Toman atau Giant Snakehead (Channa Micropletes). Yang berkongsi sedara yang sama ialah Bujuk (Channa lucius), Haruan Palas, Toman Bunga. Ada lagi sedara-sedara snakehead yang jauh tapi yang diatas yang biasa dijumpai. Ada juga sedara snakehead nie di Jepun iaitu Northern Snakehead (Channa Argus)

Bezanya Haruan dengan Toman (selain warna dan fizikal), haruan lebih kepada tempat yang agak cetek (shallow area) dan toman lebih kepada tempat yang dalam (tasik, lombong, empangan). Haruan lebih tolerance kepada perubahan air daripada Toman. Sebab tu Haruan mudah dijumpai dimana-mana kawasan yang beriair. Walaupun kedua-duanya dari genus yang sama, Toman tidak boleh hidup sekiranya dibiarkan terlalu lama di darat berbanding dengan Haruan. Sebab tu, kalau dapat Toman kena lepaskan secepat yang boleh…

quote:
Originally posted by jifat
lan, mazzy aku dari 3 bijik,1 da kenatelan ngan ruan... satu dah tercabut kaki ngan getah bulat penutup dia sekali,tinggal 1je yang masih survive ngan sebelah kaki... skang ni, kalo tempat open yang ruan dia tak berapa besar je aku berani guna katak getah tu,memang daya penariknya hebat tapi tak ekonomi ler... untuk target yang lebih kasar,aku byk gunakan softies je,ekonomikal dan praktikal.

jipat! mazzy frog aku yang takdak kaki pun dah dapat banyak ruan, tapi kawasan yang banyak lumut boleh la, bila mazzy frog lalu celah poket air antara lumut2 tu pomm kena hentam…
ni gambar ruan dgn mf30 yang takdak kaki…


http://longkanggang.blogspot.com/
http://www.proforceaudio.com/

H/P number: 013-5026167

Besar gak tu Razlan…
Main kat mane tu?
Ke, lubuk rahsia…
Harharhar…

[IMG]http://i88.photobucket.com/albums/k190/Red_Tor/PFG.jpg[/IMG] [IMG]http://i88.photobucket.com/albums/k190/Red_Tor/columbia.jpg[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/fenwick_logo.jpg[/IMG] [IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/logo%20VAT/no2.gif[/IMG] 017 - 2525 090
quote:
Originally posted by PFG
Besar gak tu Razlan.... Main kat mane tu? Ke, lubuk rahsia.... Harharhar.... [IMG]http://i88.photobucket.com/albums/k190/Red_Tor/PFG.jpg[/IMG] [IMG]http://i88.photobucket.com/albums/k190/Red_Tor/columbia.jpg[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/fenwick_logo.jpg[/IMG] [IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/logo%20VAT/no2.gif[/IMG] 017 - 2525 090

mana ada rahsia,semua lubuk yang saya pernah pi semua saya cerita kat forum..itu dekat sungai rambai penang..[:)]

Alamak Bro Razlan,
jauh la plak…
Bole tahan beso ruan tu…
Goreng ke stim?

[IMG]http://i88.photobucket.com/albums/k190/Red_Tor/PFG.jpg[/IMG] [IMG]http://i88.photobucket.com/albums/k190/Red_Tor/columbia.jpg[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/fenwick_logo.jpg[/IMG] [IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/logo%20VAT/no2.gif[/IMG] 017 - 2525 090

tak makan laa haruan sg rambai tu…tercemar punya ikan…


http://longkanggang.blogspot.com/
http://www.proforceaudio.com/

H/P number: 013-5026167

Tercemar???
Cisss… sape yg mencemar ni…?
Abih tu, C&R je la yek…
Takpe, bole bg ruan ni jadik Monster…
Harharhar…

[IMG]http://i88.photobucket.com/albums/k190/Red_Tor/PFG.jpg[/IMG] [IMG]http://i88.photobucket.com/albums/k190/Red_Tor/columbia.jpg[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/fenwick_logo.jpg[/IMG] [IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/logo%20VAT/no2.gif[/IMG] 017 - 2525 090

Assalumualaikum,

maaf mencelah sedikit..sebenarnya saya baru seminggu menceburi bidang pancing haruan guna lure ni (sejak cuti raya)…alhamdulillah sudah 6 ekor yg dapat …itu pun pergi kedau cakap nak cari umpan tiruan utk haruan…toke tu bagi la yg jenis poper kata nya la..bentuk cam ikan…nasib baik toke tu tak tipu harga pun baru RM 9.90…

saya cadangkan ..kepada otai2 @ forumer yg mahir dan dah lama menggunakan lure utk haruan ni…meletakkan gambar lure favoret mereka dan cara penggunaannya serta penjagaan nya…sebagai panduan utk yg junior macam saya ni… sebab yg junior cam saya ni tak tau kalau main sebut je ..kalau2 ader gambar dapat la juga gambaran sedikit…

sekadar cadangan jer…

selamat hari raya…