quote:Originally posted by pacman007 attee, wehh!!! siaran ulangan....
setelah sekian lama bercuti dan tertangguh mancing haruan ni, hari ini teman dianugerahkan cuaca yg agak baik. yg tak baiknya hampir senua temapt yg teman nak terai, ayor nye melimpah ruah sampai tempat nak berpijak pun had lutut… sampai masuk dalam boot getah teman. orang pakai boot PCK tak beri ayor masok, teman tadi pakai ayor bertakong dlmm boot… slosh slish slush lee teman berjalan atas darat. atas sebb yg tka dapat dielakkanm, teman terpaksa ke ‘Kolam Larangan’
ater weh;
sebenonya berapa ekor meke dapat bocat tu,yg teman kira 4ekor ada betui ke…tahniah akhirnya dapat juga meke praktik umpan tiruan itu…jangan meke casting berok lagi…
quote:Originally posted by izios ater weh;
sebenonya berapa ekor meke dapat bocat tu,yg teman kira 4ekor ada betui ke....tahniah akhirnya dapat juga meke praktik umpan tiruan itu....jangan meke casting berok lagi...
attee, wehh!!!
mmg benor lee 4 ekor teman dapat semalam, tiga bari wormhook+grub dan satu dari MiniFroggy. kesian froggy tu entah berapa kali kena hentam tapi takde hookup! mcm2 teknik teman terai, tak mau juga.
petang tadi teman pegi lagi tapi lubuk larangan tu off-limit sbb ramai ‘pelawat’.teman terai kat lopak berdekatan.
1st cast guna grub kuning terus kena sambor bawak bawah reba dan samai. teman karau sampai dekat, haruan tu bolos. yg dapat samai! bila teman nak buangkan samai, teman tengok ekor grub dah putus [V] [xx(] [:(]!!! mangkor grub pertama teman. lepas tu teman tukor grub hijau, langsung takde strike.
teman tukor pulok si froggy tapi nasib dia mcm semalam. berkali2 kena hentam sampai terbang2 tapi takde hookup. ada sekali tu udoh dapat hookup, karau sampai tepi kolam… tus… lucut lagi!!! mangkor lagi!
tukor balik grub hijau, selepas berkali2 casting, hookup sekor haruan tapi grub hilang!!! mangkor grub no. 2. pasang grub baru (hijau) ada srtike tapi takde hookup. tegh duk ralit, sekali hujan sudah mari daaaaa…
Prof, cuba tengok & rasa mata kail katak plastik tu, tajam ke tidak? Kalau kurang tajam, elok diasah dengan batu asah yang licin. Asah hala melawan mata kail (sekeliling mata kail) Ataupun katak tu terlalu besar/ikan haruannya agak kecil. Tu yg susah nak ‘solid hookup’.
kalau spek ni mike kata cute, dah tentu yg 3cm tu lagi cute!!! mintalee kome carikan utk teman sbb yg ini pun haruan2 kolam larangan teman tak buleh nak ngap!
pada kotak tu tertulis ‘Material from Japan, Designed & engineered by SureCtach China. Other Models Available: uper Froggy, Froggy, Junior Froggy’
= “Angler Team Mangkor” =
“Team Mangkor U4 - 2006”
“If you tell what people want to hear, they will listen.”
so far pukul 4.30 ptg, cuaca masih bertahan. keadaan redup dan berawan, ada tompokan awan hitam di sana-sini. kalau OK sampai 5.00 lebih teman akan ke Lembayung Resort area…
kolam larangan tak buleh sbb boss ada di kampus hari ni. baru kejap ni abih meeting dgn dia.
= “Angler Team Mangkor” =
“Team Mangkor U4 - 2006”
“If you tell what people want to hear, they will listen.”
lawatan ke kawasan Lembayung Resort tak mendatangkan sebarang hasil kerana kawasan bertapak teman digenangi ayor yg hapus boot PCK teman. hari hujan renyai2 aje tapi angin yg agak kuat melayangkan weightless PowerGrub+wormhook teman. mangkor lee tu. namun percubaan ada pagutan2 kecil dari haruan cencurut gamaknya. kawan teman si Idrus pun datang mencuba nasib, kali pertama dia mencuba wormhook+grub selepas teman racuni minda dia ttg softplastic ni. dia juga ada pagutan dan hookup tapi bila sentap, cencurut dia terbang ke kolam sebelah… ha ha haaaa… skrg Idrus yg hooked-up dgn grub ni.
dlm perjalanan balik (dekat2 7.00 ptg) teman singgah ke kampus teman sbb ada dokumen tertinggal, lantas mendapat maklumat risikan SB bahawa boss dah balik!!! peluang ni!!! teman terus ke lokasi rahsia dan mula casting grub teman. 3x pertama takde respon tapi kali ke 4 ada strike tapi terlucut… lima kali kemudian, naik sekor kecil dlm 400 gram! CnR.
tiba2 suara org mengaji dari pusat Islam mule kedengaran. dlm persiapan nak balik tu, ada sekor haruan ikut grub teman sampai ke tepi kolam tapi tak ngap. bila teman angkat grub baru dia nak sambar..missed. teman pun casting 2-3 kali lagi terus dingap oleh seekor yg agak besor..dlm 700 gram CnMDG… Catch and Masuk Dalam Guni… ada jiran berhajat.
teman guna wormhook jenama Decoy. wormhook yg haruanlover beri hari tu belum guna lagi. sayang nak guna sbb nampak very elegant dgn mata tirus berbelah tiga… TQ HL anyway!
= “Angler Team Mangkor” =
“Team Mangkor U4 - 2006”
“If you tell what people want to hear, they will listen.”
Arituh jifat bagitau teman, kalau kawasan berumput, cuba guna umpan katak(katak plastik ke,katak idop ke)
taktau la betul ke idak..kalau tak maknanya dia temberang teman aaa..hihihi
boleh tak bro semua tunjukkan cara untuk mensolidkan hookup menggunakan katak plastik river2seas . saya mencuba sewaktu pulang ke kampung tetapi satiap sambaran tidak lekat.