mana nak beli cacing...

Sempena musim lepas banjir ni seperti biasa xtvt mencari jenggo a.k.a mengudang akan bermula..

Saya nak tanya kat mana boleh beli cacing. Nak cangkul tak larat lah. Tak salah ada penguseha cacing dia org buat baja tahi cacing tu dan cacing tu dijual kepada kedai pancing. Saya taknak beli satu pelastik kecit yg macam selalu jual kat kedai pancing. Ingat nak beli sekali sekilo ke 2 kilo terus buat stok nengudang..

fuh ader org jual borong ker? dasat gak niaga cacing nih

..::: Mancing Ikut Musim :::...

Barang cukup? ada kaki? air cantek ? jom!

Semua orang pun nak tau kat mana ada jual cacing… lagi lagi kaki menjenggo… hehehehe…[:D][:D][:p]

kenapa la takde pengusaha cacing yang berjaya kan? silap silap boleh jadi jutawan cacing… Hmmmm…[:D]

Macam saya, biasanya upah kat bebudak kampun jer… kalau RM2.00 tu banyak dapat… kira puas la mancing petang petang… hehehehe…[:D][:p]

[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/mayongairlines.jpg?t=1191683944[/img] Hidup Mancing! Hidup Mancing! Hidup Mancing!

Jangan tak tau wooooo, pejual cacing pantai (pumpun) kat port klang collection leh sampai RM600 sehari!

selalu cacing ni penguseha baja kompos yg buat. Dia org jual tahi cacing buat baja. Cacing tu jual sambil-sambil je. Tu lah naktau ada tak sesapa kenal yg mengusehakan baja kompos ni.

Saya ada search dan jumpa dalam satu forum usahawan. Dia org bincang tentang ternakan cacing ni. Cacing ni import dari indonesia. Tu yg bertanya dalam forum ni mana tau kot-kot ada yg pernah beli ke.. dah tu sekarang musim jenggo…

KEBANYAKKAN CACING BOLEH DIBELI DIKEDAI
MENJUAL IKAN…

BERTUKAR…

Betul tu… tanya kedai jual ikan perhiasan… rasanya cacing yang dah freeze kot…[:D]

cacing beku yg ketul ketul 4 segi tu kan? jenggo mana makan tu… tak mau dia… hehehehehe…[:D][:p]

ya betulll jenggo pon ada selera gak.. cacing beku tu tak laku… KAlau kat kedai ikan ada jual cacing biasa satu plastik rm 1 - 1.5 tapi sikit sangat kene beli sampai 10 pelastik lak. Lagi satu cacing dia tak segar dan ada bau busuk mungkin sebab dia kasi makan dedak.

KAlau cacing yg dijual oleh penternak cacing ni segar bugar…

cacing di kedai akuarium x leh wat mancing jenggo. Baik beli anak gapi, kendian mandikan dia dengan dedak hong. Leh wat pancing jenggo…

Apa kata kaki pancing je jadi penternak cacaing utk supply kat kedai pancing. Di Kg Olak Lempit, Banting ada wat kursus menternak cacing tanah. Lum ada usahawan cacing. Kalo brani, cubalah…

quote:
Originally posted by coro
cacing di kedai akuarium x leh wat mancing jenggo. Baik beli anak gapi, kendian mandikan dia dengan dedak hong. Leh wat pancing jenggo....

Apa kata kaki pancing je jadi penternak cacaing utk supply kat kedai pancing. Di Kg Olak Lempit, Banting ada wat kursus menternak cacing tanah. Lum ada usahawan cacing. Kalo brani, cubalah…


cacing tanah x pe lagi bro… jgn cacing yang wat baja tuh… diorang panggil cacing rimau. aloh la… macam geli jek nak pegang…[:D][:D][:D]

atukdgreat

bro kalau area t.intan perak cacing tanah biasanya di jual kat kedai pancing sebungkus seringgit je…tu pon kalau sorang guna dari pagi sampai ptg baru habis…anak udang yg di sauk di sungai pon merupakan diet utama untuk menangkap jenggo..

salam

coro boleh bagi alamat tempat kursus dan bela cacing tu tak..

kat kampung pun dah payah cari cacing nih.

dgr citer aznir malek ada bela cacing, try r tanya dia bro wan.hehe,

p/s, senang citer bawak cangkul jer bro

http://whitesandangler.multiply.com/
kibarkan semangatmu skali,semoga ia masih membara

CACING BEKU TU MEMANG TAK LEH BUAT MANCEN JENGGO
MAKSUDNYA DISINI ADA SESETENGAH PENGUSAHA KEDAI AKUARIUM
ADA JUGA MENJUAL CACING TANAH CAM KAWASAN ULU LANGAT BATU
14 ADA MENJUAL CACING TANAH DALAM RM2.50 SEBUNGKUS…

BERTUKAR…

selalu turun menjenggo bawak umopan macam-macam adaaaa… perumpun, cacing, anak udang.. tiga umpan ni wajip. kekadang dia nak perumpun taknak cacing… kekadang dia nak anak udang.. memilih gak jenggo ni…

KAlau perumpun saya selalu beli 5 kotak, perumpun nipah yg panjang dalam 1 depa tu. Satu kotak ada 2. MAsukkan dalam baldi kesemua 5 kotak dengan sampah-sampah dia sekali, rendam bontot baldi tu dalam besen letak air nak elak semut lepastu tutup muka baldi tu ngan tawel basah letak dalam bilik air. 1 minggu sekali letak air laut sikit. Kompom boleh idup sampai abis musim jenggo dan sesilap dapat lebih sebab dia dah beranak. Dapat lah anak dia dalan 1-2 jengkal…

KAlau cacing lak kat rumah memang dah ada kotak kayu 3 kaki x 2 kaki. BAwah dia letak ahbuk papan atas letak tanah pastu carik batang kelapa sawit yg dah mati amik habuk dia letak belah atas. Musim jenggo 2 minggu dah start carik cacing pastu bela. Cacing ni pon tahan sampai abish musim jenggo. Tapi sekarang ni tak sompek nak gali tu ingat nak beli je… lagi satu taklah sakit pingang nak gali dahlah cacing susah nak cari sekarang…

quote:
Originally posted by coro
cacing di kedai akuarium x leh wat mancing jenggo. Baik beli anak gapi, kendian mandikan dia dengan dedak hong. Leh wat pancing jenggo....

Bro coro ikan gapi sama dedak hong tak pernah cuba.. boleh cuba ni.. Ikan gapi tu nak kene peram dengan dedak atau masa nak mancing baru celup je ngan dedak tu idup-idup…

wah amjelan apa macam sekarang… lama takda jumpa..

abg kapal nak cari cacing ye bang? kerawit nak tak?

[IMG]http://i88.photobucket.com/albums/k165/mayonggila/KPN-logo.jpg[/IMG] [IMG]http://i169.photobucket.com/albums/u238/adyputra/DAT.png[/IMG]

kerawit.. mana kau ke yg ternak jpon ihhihiihhi… weh jpon jom jenggo kek rompin.. den dah gian ni tido malam pon tebayang-bayang jenggo melambai-lambai..


quote:
Originally posted by kapallaut

Bro coro ikan gapi sama dedak hong tak pernah cuba.. boleh cuba ni.. Ikan gapi tu nak kene peram dengan dedak atau masa nak mancing baru celup je ngan dedak tu idup-idup…

wah amjelan apa macam sekarang… lama takda jumpa..



Yg otai tunjukkan tu dia celup je idup2 (bubuh byk2 dlm bekas dedak tuh… kira peram sekejap, bagi sebati le kot)
Selamat mencuba…