Baru-baru ini saya ada melicinkan/polishing main gear dan pinion gear reel Abu Ambassadeur C4. Saya melicinkan lurah dan gigi gear dengan penggilap Brasso menggunakan motor 12v yg saya ubah suai. Kapas saya gunakan sebagai bahan utk menggosok.Saya juga melakukan kerja menggilap pada bahagian dalam pinion gear, bahagian tengah pinion gear dan bahagian dalam hujung pinion gear yang bersentuh dengan bush tembaga pada shaft spool. Sebelum ini saya ada melakukan tuning ke atas reel yg sama tetapi yg tidak melibatkan kerja menggilap gear. Saya rasakan memang ada sedikit pertambahan dalam kelicinan semasa mengarau gewang. Sekiranya ada forumer yg berpengalaman dalam menggilap gear, boleh kongsi di sini kerana mungkin ada caramenggilap gear yg lebih baik.
kasi taruk gambar la bang, terutama motor tu. saya pakai dremel je, boleh kepit terus putik kapas, tapi tak pernah polish gear, cuma friction ring & pinion je.
quote:Originally posted by pukau2002 kasi taruk gambar la bang, terutama motor tu. saya pakai dremel je, boleh kepit terus putik kapas, tapi tak pernah polish gear, cuma friction ring & pinion je.
Motor DIY je, malu nak taruk gambar [V]. Berapa harga alat dremel tu?.
Hazadin, memang site tu jadi rujukan saya utk buat reel tuning ni. S
saya beli seken hen je rm150 [:p] dah lah 2nd, macam tiruan plak. dalam pasaran memang banyak tiruan sekarang ni, kalau ada orang nak jual murah2 hati2 sikit. tujuan asal nak mod/potong casing komputer, tapi takda power lansung, owner asal pun jual sebab tu.
apa nak malu plak, saya dulu pakai cordless screwdriver yang saya cabut kepalanya, pastu sambung drill bit pakai electric connector block je.
quote:Originally posted by pukau2002 saya beli seken hen je rm150 [:p] dah lah 2nd, macam tiruan plak. dalam pasaran memang banyak tiruan sekarang ni, kalau ada orang nak jual murah2 hati2 sikit. tujuan asal nak mod/potong casing komputer, tapi takda power lansung, owner asal pun jual sebab tu.
apa nak malu plak, saya dulu pakai cordless screwdriver yang saya cabut kepalanya, pastu sambung drill bit pakai [electric connector block je.</font id=“size4”>
Pakai electric connector blok? Memang macam Mc Gyver [:D]