MEMBUAT BALINGAN MENGGUNAKAN BAITCASTING REEL

Assalamualaikum…

sejak mula berjinak-jinak menggunakan baitcasting reel, saya banyak merujuk kepada laman web dan vcd pancing terutamanya cara balingan. susah bagi saya nak masuk semua dalam otak,terutama masalah bahasa… english hancur

di sini saya nak mintak tunjuk ajar dari otai2 yang biasa guna baitcasting reel nie tentang cara balingan yang betul untuk reel jenis ini. dan cara penyelesaian masalah terutama ketika berlaku keadaan mee hoon.

harap otai2 semua dapat membantu.

paling senang hands-on training, kalau tulis susah nak praktikkan… kalau bro. kat m’ka leh jugak kiter praktis skalik… kalau tak, kena carik otai yg bole bagi tunjuk ajar hands-on ler, kejap jer leh pick-up skill dier

cheers


* Team KAT BigMac - U4 2006 * http://binjai.multiply.com 'He who eats too many prunes, sits on toilet many moons'

[img=left]http://www.l33tsig.net/sig/binjai.png[/img=left]

saye pun tak pandai pakai baitcaster ni.. tapi, rase2nye, try atas darat.. magnetic drag kasi maxima. pastu, bagi kurang ckit samapai dah mahir.. (ini saya punya sifu ajar).. dia punya baitcaster terus buang magnetic drag trus.. kalo tak silap la…

mancing? wa rilek je…</font id=“red”>

012-5457711
why_gothic@yahoo.com

kena bnyk belatih baru bole mahir
belaja dari situ

satu tips..
baitcaster tak perlu guna bnyk kederat bahu..
bnyk pkai pergelangan tgn

[IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/logo%20VAT/no2.gif[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/PAWOfficialLogo.gif[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/logo_rapala.gif[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/fenwick_logo.jpg[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/logo%20VAT/potaijoruk1.jpg[/IMG] http://pahanganglersworld.blogspot.com Volvo Angler's Team

bro pak barau,

memang betul kena banyak berlatih.. tapi latihan macam mana? kalau kita main baling tanpa apa apa tips atau teknik, memang susah la..

boleh tolong explain sikit tak? saya ada shimano low profile baitcaster, tapi tak pernah pakai lagi. tali pun belum masuk lagi.. berapa paun tali yang sesuai..

saya baru belajar memancing ni…

aharap dapat tunjuk ajar sifu sifu MFN ni…

anak serinding saya cuba terangkan serba sedikit cara cast menggunakan baitcaster…sorry lar kalau bahasa malaysia saya gunakan berterabur…

  1. sebelum membuat balingan pastikan spool tension betul (freekan spool dan lepaskan gewang, sekiranya gewang mencecah bumi dan spool masih berpusing ketatkan spool tension sehingga apabila gewang mececah bumi spool juga berhenti)

  2. terdapat pelbagai jenis casting tetapi yang biasa di gunakan ialah side cast dan overhead cast.

overhead cast -
apabila melakukan lontaran pastikan spool menghadap pipi. seboleh bolehnya gerakkan tangan hanya berlaku di siku (kalau boleh buat permulaan kepit ketiak, jagan biarkan tangan terbuka agar lontaran seimbang. apabila lontaran telah di buat pastikan spool mengadap ke atas. apabila gewang mencecah bumi tekan spool degan ibu jari.

sidecast
lebih kurang sama dengan overhead cast, perbezaannya hanyalah permukaan spool sentiasa menghadap keatas dan lontarannya ada dari sisi.

apa apa pun buat permulaan adalah lebih baik kalau kita kepit ketiak agar bahagian atas tangan tidak bergerak ini kerana bagi beginner momentum gewang dan henjutan joran tidak sekata akan menyebabkan meegoreng tanpa telur akan berlaku.

dah lama nanti bila dah tau control ibu jari, bolehlah berlajar perbagai lagi cara cast yang lebih advance.

di harap ini dapat membantu saudara..


  • Team Siamang Gagap
  • Team X2.35

boleh tak pak barau terangkan lebih terperinci sebab kalau saya pakai pegelangan tangan lebih senang backlash banding pakai tenaga bahu. satu lagi saya cuba try teknik pitching tapi sukar la… boleh otai otai tolong ajarkan

thanks bro zlan utk penerangan detail tu…

np uncle…sebenarnya kalau dapat tunjuk depan depan lagi senang…dari tulisan ni susah sikit nak terangkan…apa apa pun saya gembira dapat membantu sedikit sebanyak untuk kawan kawan


  • Team Siamang Gagap
  • Team X2.35

bro zlan,

mana lagi baik utk baitcaster ni, mono ke braided line? (untuk low profile)…

uncle, sebenarnya nak cakap mana yang baik nih susah gak…ada orang suka braided dan ada orang suka mono..bagi saya guna braided bagus kerana dua sebab satu braided kurang regangan dan kedua kalau beehon tak mudah putus, tak seperti mono kalau behoon tali mudah terlipat dan mudah putus semasa lontaran..begitu juga diperkatakan tentang braided bila beehoon susah nak rungkaikan tapi jarang berlaku begitu kepada saya…saya rasa lagi senang merungkaikan tali bradided… semua ini berbalik kepada cara kita cast sebenarnya. kalau tempat yang banyak batu atau kayu yang permukaannya mengerutu saya prefer guna mono. tapi dek kerana kemalasan bila saya rasa nak pakai braided saya tukar tali dan begitulah seterusnya…heheheheh


  • Team Siamang Gagap
  • Team X2.35

yeahh…aku pun setuju ngan bro ZLAN…braided line the best…
sbb kalau jadik bihun atau backlash masa balingan…dia tak mudah putuihhh…

PER</font id=“red”>EGR</font id=“yellow”>INE</font id=“green”>

haaaa…tue dia peregrine…pakar masak mehoon…hehheeh…peregrine,ang kena wat cam bro zlan cakap tue…camner nak baling…
kalo nak cast…ang cast slow2 jer…guna tenaga kat wrist jer…baru smooth..

B</font id=“size6”>LACK</font id=“size4”></font id=“black”>M</font id=“red”></font id=“size6”>AMBA</font id=“size4”>

[img=left]http://www.fishing.net.my/images/album/blackmamba/tn/tn_skarapalaWinCE.jpg[/img=left]
" i’m high</font id=“blue”>…no drugs</font id=“green”>…just fish</font id=“red”>"

lagi satu kalau guna braided, tali senang basah, bila basah ia mudah melekat dan tidak senang terburai kalau dibanding ngan mono. Kalau guna braided elakkan guna braided poundage kecil seelok-eloknya 15lb keatas kerana sebab utama bila tali stuck atau tersangkut dan lure berat..nescaya tali tu putus ..lure hilang bergitu saja. Cuba cari braided yg proven ok contohnya stren kuning dan elakkan guna power pro..10 sen daripada saya.

Banyak gak tip2 yg dapat belajar ari ni…
TQ semua…

bro semua… xde ke gambar untuk rujukan?

anak serinding dulu aku ada add kat dlm fav aku…tapi dah ilang…nanti aku cuba cari carikan balik


  • Team Siamang Gagap
  • Team X2.35

rezeki baik…aku dah jumpa site tu yang ada gambar cam mana nak cast…

http://www.fishingnoosa.com.au/baittech.htm

semoga dapat mempelajari cara cara balingan untuk baitcaster…


  • Team Siamang Gagap
  • Team X2.35

thank you untuk sifu sifu seperti pak barau, zlan dan juga yang lain lain untuk tips dan teknik tersebut.

gambar yang menarik la sifu zlan, macam ni rasa macam nak berjinak jinak dengan baitcaster je ni.. pasni bole la bacang kidnap aku pi kenyir…[:D]