Salams semua forumer,
Berikut merupakan antara faktor-faktor kenapa saya suka memancing haruan:-
(i) Umpan - biasanya ikan haruan ni tak memilih umpan, asalkan umpan yang dihulur nampak seolah-olah hidup. Pernah saya mendapat haruan menggunakan cacing tanah & belalang semasa memancing di Sg. Perak hanya menggunakan tali tangsi & rod batang bemban.Namun sekarang macam-macam umpan boleh digunakan - lure,katak plastik,katak hidup,janggut .. dll. Nak save kos, kena cari umpan ori, ada budget lebih boleh gunakan umpan tiruan yang banyak dikedai pancing.
(ii) Lokasi - tak perlu pergi jauh, sekitar tempat kerja, kawasan perumahan pun ada port haruan, kena rajin explore.
(iii) Masa & Kos - oleh kerana kawasaan@ lubuk nya dekat dari kawasan persekitaran tempat tinggal,jadi sudah tentulah masa dan kos dapat dijimatkan.Selain itu, kita boleh menggunakan apa sahaja umpan seperti yang saya nyatakan pada nota no (i)
(iv)Tarian haruan bila mula memakan umpan & aksinya melepaskan diri - menyusup celah-celah reba, melompat dipermukaan air, memecut didalam semak & bangkar … sungguh mengasyikkan … tambah-tambah dengan muka sang haruan yang macam gengster bila berjaya didaratkan.
(v)Habitat haruan - oleh kerana ikan haruan merupakan spesis ikan yang agak tahan lasak; tidak terlalu sukar untuk mencarinya.Kadang2 longkang yang berminyak pun masih ada ikan haruan didalamnya. Terpulang pada saya, kalau setakat nak layan memancing (port macam mana pun belasah jerk, sebab C n R) tapi kalau ikan haruan tu hendak dimakan, saya mengambil kira faktor kebersihan air habitat haruan.
(vi)Saya telah diajar dari kecil makan ikan haruan oleh orang tua saya. Menurut orang tua-tua, ikan haruan dipercayai mampu menyembuhkan luka dalam badan dengan cepat.Selain itu, saya pernah memperolehi ikan haruan Sg Perak sebesar botol mineral 1.5l hingga membengkok didalam besin. (Maaf takde gambar rujukan, sebab masa tu saya berumur 7 tahun)
Itulah pendapat saya kenapa suka memancing haruan.
