Misteri Sulur Bidar dan Sewaktu Dengannya

…mengikut ceritanya, sulur bidar ni sejenis makhluk halus yang selalunya ditemui di tasik2 dan sungai2 besar…Mengikut cerita daripada orang yang berpengalaman… kedatangannya dikesan apabila terdapat buih2 /pusaran mula timbul bersama2 dedaun yang terbenam di dasaran… daun2 tersebut akan timbul ke permukaan spt dedaun kering… daun2 tersebut bila diambil akan terasa kering seolah2 airnya telah diperah oleh sesuatu… ketika itulah anda disarankan agar melarikan diri dan laungkan azan dengan kuat agar tidak dijadikan mangsa makhluk halus tersebut…wallahualam…kisah ini saya dengar dari pemukat2 di tasik banding, Gerik.

[IMG]http://i252.photobucket.com/albums/hh13/xjio7880/poaka-1.jpg[/IMG] 0124666157http://comot6221.blogspot.com

memang ada pemancing atau nelayan yang jadik mangsa ka? bahaya btol..

area muadzam… kawasan kampung gadak ke kg aur..
memang pernah berlaku suatu masa dulu..
mengikut kata tok batin kg tu…
2-3 orang gak dalam satu perahu yang “jalan”

Terima kasih kepada yang beri komen. Memang betul apa yang dinyatakan itu. kalau kita gi mancing dan tetiba rasa lain mcm je…lebih baik blah. memancing ni nak seronok, tapi kalau timbul masalah baik jangan. teruskan komen anda. kalau ada pengalaman misteri lain…jomlah kongsi sama.

ismuda78@yahoo.com

Just be careful when ever u go for fishing..the truth is out there.Lot of kind of unseen creature out there life around us..
Kpd geng2 pancing di luar sana,sentiasa beringat..sesuatu sentiasa memerhati kita tatkala kita leka memancing..

sulur bidar..mmg menakutkan mende ni..sampai skrg aku konpius mende ni binatang ke makhluk halus.
jenuh surf still x dapat jwpn.
mcm-mcm versi crite dah aku dngr.dr org asli sampai ke org kg.sume lain-lain.
sulur bidar ni bebeze versionnye dr tempat ke tempat.di banding lain,di chenderoh lain,di kenyir lain,di bera lain,di chini lain.tp yg pasti rupenye empat segi.di kelilingnye ade kaki=kaki halus mcm ulat gonggok(ni ngikut cite masyarakat asli di banding).

wallahu’alam

[IMG]http://i280.photobucket.com/albums/kk188/atiqultheangler/Rapala-Logo.jpg[/IMG] ===AtiQuL 313===

1st time dengar’ tapi bab air pusar tu selalu gak dengar.. yang paling dekat ngan tempat gue berlaku di air terjun phancing kuantan’ tapi tak taula menda alah tu @ apa.. jika korang mandi bawah air terjun tu memang tak logik coz tak dalam pun, tapi if bukak kes.. ramai dah org lemas kat situ.. emm’

kalau tak salah kawan..
di bawah tempat air terjun pancing tu jatuh ada satu lubang macam gua…
ada air keluar ikut lubang tu…
biasanya yang lemas akan tersangkut di celah lubang tu…
mungkin tarikan air kot…

Assalamualaikum, Sulur Bidar yang kawan dengar adalah makhluk halus atau syaitan yang menyerupai sesuatu yang sama bagi memesongkan manusia, kalau boleh syaitan atau makluk halus ini nak supaya kita sembah dia atau puja dia…
cukuplah bawa iman didada dan amalan yang berterusan semasa mancing di tempat sebegitu…sembahyang dan amalan jangan ditinggal…InsyAllah tiada makluk lain berani ganggu.

quote:
Originally posted by pitih
Assalamualaikum, Sulur Bidar yang kawan dengar adalah makhluk halus atau syaitan yang menyerupai sesuatu yang sama bagi memesongkan manusia, kalau boleh syaitan atau makluk halus ini nak supaya kita sembah dia atau puja dia...... cukuplah bawa iman didada dan amalan yang berterusan semasa mancing di tempat sebegitu.....sembahyang dan amalan jangan ditinggal...InsyAllah tiada makluk lain berani ganggu.

Salam buat cmua, intonasi sulur bidr ni mcm bunyi ‘celah bedah’, ada kkwn dulu ,lecturer orng putih ni blond, pkai baju revealing sikit, cucuk temn sambil cakp celeh bedah weh. dia tnya saya, what’does he meant by celh beda? saya jawab 'your cleavage is nice ‘, membr sebelah dah merah padam muka. lecturer cakap ‘tQ 4 the complimnt’, mlalut sikit. ini crita bnar belaku kat empunya badn- pi buat kija research kat p. perhentian bsar, naik zodiac ke pantai pasir pnjng, lpas dive - sorang pun tak bawk air, masing2 letih (tgh hari tepat) dn haus , kita pun naik kedarat terdampar kt bwah pokok kelapa untuk berlindung sambil mengenagadah kelangit. (mulut tengangga)hati marah krew yg lupa bawak air. tak semena2 kelapa pecah diatas saya, air menitk kuar- manisnya ayaq kelapa. saya dpt minum bnyk. krew lain dpt merasa sikit2 je. Mlmm tu, seorng krew veteran ajak sembang2. Chip, smlm kau ada mimpi ke, aku jwb mimpi no. tak ada le. mimpi aku menikh ada le. pakai serba kuning. tanya dia kenapa? nothing just curious dia jawb. bila tengah malm aku bangun nak pi kemeh ( kencing) aku ni jln2 tak sampai tandas tapi yg pelik nya mcm dah siang’ trus sampai tempat-tasik yg cantik mcm cerita panggilan pulau lak-mcm tu le rhgomannya( buek kata orang bolah tompek den)sungguh2 bjln dah sampai paras lutut. suddenly ada tangn pegang kat bahu, -rupa2 krew veteran tadi telah mengekor pergerakn saya. dia kata saya ni dah ada orang yang berkenan kat saya. clue nya -saya dibela minum air klapa- agak mustahil kelapa kopak/tbelah atas kepala masuk mulut, manis pulak tu- kedua- mimpi nikah pakai pakaian kuning sedondon. kalu tak kerana abng Sujak memang alamt hilang di belantara p.prhentian. memang ada kes2 orang menghilang diri jumpa atas pokok. the moral of the story - jgn le buat bukan2 kt tempat yg kita tak pernah pergi. apa belaku kat saya sebab dia kenan kat saya! Kat p. tenggol pulak cita lain. tunggu ya.

wasalam

makin misteri lg misterus t0pik neh,
jgn biarkan id0p anda diselubungi…
kekumpauan, hehehehe

huh !mintak simpang lah benda2 ni dari kita semua …amin
kalo ada,cita la lagi he..he

quote:
Originally posted by pemburu ikan amatur
1st time dengar' tapi bab air pusar tu selalu gak dengar.. yang paling dekat ngan tempat gue berlaku di air terjun phancing kuantan' tapi tak taula menda alah tu @ apa.. jika korang mandi bawah air terjun tu memang tak logik coz tak dalam pun, tapi if bukak kes.. ramai dah org lemas kat situ.. emm'
selalu air pusar mmg de 'BENDA' yg tinggal, kt air terjun Gunung Jerai p0n de p0rt camtu, bayangkan air paras buku lali tp de org tergelincir hampir lemas... de org citer pas mmbr azan br leh lepas, hati2, walau air x dlm makhluk ni ghaib, leh wat mcm2, kdg2 mmg gerun tgk air pusar neh, semacam jer, sentiasa la mintak perlindungan yg Maha Esa [:D]

gunung jerai kat “kuari batu pecah” ka..yang 5 beradik mati tahun 2002 dulu tu ka?

Hisham bin Ahmad

[:(]

Faizalblitz, memang tidak dinafikan kalau kat sungai atau air terjun ada jin yg duduk di situ. Saya pernah terbaca post dalam MFN bahasa Inggeris tentang perkara tersebut. Forumer tu menceritakan bagaimana ada seorang yang terkapai-kapai dalam sungai berair deras nyaris tenggelam. Bapanya (kalau tak silap) mencampakkan bungkusan daging yg dibelinya ke dalam air dan dia ternampak ‘benda hitam’ bergerak mendapatkan bungkusan daging tersebut dan org yg hampir kelemasan tu dapat menyelamatkan diri dari lemas. Apa ‘benda hitam’ tu, tentu kita semua boleh tahu.

talitampar

[quote]Originally posted by Kacikuci

Sulur bidar ni dari apa yang saya dengar mcm satu hidupan misteri yang memang misterius…

salam semua..amber org baru sining..izinkan amber berkongsi pglaman pasal ning..
sebut pasal sulur bidar ning..memang cukup misteri..
amber baru pulang dr kenyir 3 hari lepas..trip ke-2 dlm bulan May..
dlm dok sembang2 masa ngail..sempat korek rahsia benda ning dr ayah angkat amber..salah sorang boatman/nelayan air tawar di kenyir/ jenagor..katanya dia pernah terjumpa sulur bidar ning..atau dipanggil ‘ular bidang’ semasa menahan rawai di kuala sungai tembat..dlm 10 tahun lepas..dia & kawannya terlihat satu ‘canvas’ yg besarnya lebih kurang lebar boathaus dia dgn pjg lebih kurang 4 depa org dewasa..terapung2 di sungai..dgn segera dia memacu speedbot ke arah ‘canvas’ itu..kalernya benda tu seakan2 merah gelap..tetiba ayah angkat amber ning bertempik & memusing speedboat dia dgn cepat..dapat dilihat dgn jelas benda yg dikatakan ‘canvas’ itu hidup..terdapat kepala seakan2 kepala kura2/labi2 yg besar terjonggol dimuka air..setiap bucu ‘canvas’ itu ader kepala yg terjonggol..ayah angkat amber ning amber kategorikan ‘hati kering’..krn berani melihat tanpa ‘angkat kaki’ dr tempat itu..katanya benda itu bergerak seolah2 kita melemparkan pinggan plastik/tudung periuk ke dlm air..merewang-rewang ke dasar sebelum hilang dr pandangan..lepas itu disambung balik kerjanya..kisah pasal benda ning dah bertahun amber cuba korek dr ayah angkat amber tu..ntah macammana..selepas trip ke-7 baru dia beritahu…banyak lagi kisah2 yg sungguh misteri di kenyir yg diceritakan pd amber hari tu…spt makhluk(mungkin toman)sebesar hampir dua depa lebar timbul dibawah speedboat dia pd waktu mlm di sungai kerbat…ular sebesar pemeluk yg melilit di pohon tualang di sungai cergau…toman(?) yg sebesar sepemeluk dilata buaya..‘benda besar’ yg datangnya seperti ombak besar datang menyusur dan tp terhalang dan hampir melanggar dam jenagor pd awal dam kenyir dibuka..misteri batu belida disungai pertang..sumpahan di Lasir..misteri gunung bewah yg tidak terungkai hingga kini..dikacau hilaian ‘gurauan’ dr lansuir di sungai leban kerbat..melihat gunung yg terbakar di tasik..dihadang keluar dr sungai…
semua kisah itu tersimpan kukuh dihati tua ayah angkat amber ini..Walahualam..
tp..jgn le takut datang kenyir lepas ning..pantang dia hanya 2..mulut jgn celupar & ‘hormat’ penghuni asal situ..insya-Allah selamat..

.. ntahler’ biler datang gian tu.. sorang2 pun aku p mancing tepi2 sungai kat tepi utan.. bila dah balik n tgk tempat tu cuak gak.. emmm.. mancing2.. if dah gian.. emm

quote:
Originally posted by Sham_yan
gunung jerai kat "kuari batu pecah" ka..yang 5 beradik mati tahun 2002 dulu tu ka?

Hisham bin Ahmad


kalau xsilap, dekat2 area tu, nak cube ke? hehehe

citer la lg br0,
sbg santapan dan peringatan ttg makhluk Allah ni bersama,
[:D]