CERITA 1
Ini ada satu kesah seram..
Perkara ini berlaku hampir dua dekad yang lalu..
Hingga sekarang aku masih tidak boleh melupakannya..
Dan memang aku tidak akan dapat melupakannya.. hingga bila-bila..
Aku pergi memancing sembilang waktu tu, memang di kawasan itu banyak ikan sembilang pada awal tahun 1990..Tempat terpaksa di rahsiakan.
Aku pergi jam 12.30 tengah hari tau.. bukan tengah malam..
Aku bawa umpan udang. Udang yang aku curi dalam peti ais box umah aku..udang galah saiz ibu jari pulak tu aku curi. mesti bapak aku mengamuk kalau dia tau..penat-penat dia menjala, aku curi buat umpan..
Sampai jer tempat tu, aku pun pasang la mata pancing pada batang rotan (waktu tu pakai batang rotan je). Sedang best-best memancing, aku ditegur oleh seorang pak cik yang pakai topi apek berkebun. Aku tak nampak muka dia pasal dia letak kain sebelah tepi muka. Aku pun jawab salamnya dan dengan berasa bangga menunjukkan pada dia 7 ekor sembilang yang telah aku dapat. Dia langsung tak pandang.. hampeh..
Pak Cik tu duduk betul-betul depan aku sebelah kiri. Aku tak berani duk depan sangat pasal risau tergelincir. Dah laa batu-batu di situ berlumut..Pak Cik tu punya joran pun sama macam aku.. Just batang rotan.
Aku pun maleh nak hirau orang tua tu, tapi aku pelik kenapa sejak pak cik tu datang jer, aku langsung tak dapat ikan. Asyik-asyik dia yang dapat.. Asyik-asyik dia yang dapat. Sampai laa aku berasa tak puas hati, aku pun turun ke bahagian bawah sikit.
Dia masih buat don no jer.. Langsung tak pandang aku, biar pun aku kini bersebelahan dengan dia cuma dipisahkan jarak 2 meter sahaja. Aku tengok bakul dia banyak berisi pelbagai ikan, mak oii.. ada ikan merah, ikan gelama, kerisi, bukan macam aku, sembilang jer.. Kalau ikut banyak, memang aku akui, banyak pak cik tu dapat berkali ganda.
Aku cuba mengintai umpan Pak Cik tu pakai.. Tapi dia masih tidak mahu tukar umpannya. Batang jorannya masih dia pegang dengan cermat sekali..Maka di sinilah berlaku yang memang first time berlaku.. dan mungkin tak akan berlaku lagi..
Aku cuba perhatikan betul-betul dalam jarak 2 meter itu, memang sah.. memang sah.. hatiku berbisik..Aku sudah berasa takut dan pelik separuh mati.. terasa lututku bergegar..dan terus bergegar..nafasku laju..memang aku ada lelah sejak kecil..
Cuba kalian semua bayangkan.. batang joran rotannya itu sebenarnya..sebenarnya..sebenarnya…sebenarnya..(meremang bulu roma aku waktu menaip ni)
TAK ADA TALI?</font id=“size5”></font id=“red”>
yang lebih best, dia pandang aku dengan mukanya yang
TAK ADA KENING, MATA, HIDUNG DAN MULUT.. KOSONG..KOSOOOOONNNGGGGG..MUKANYA KOSOOOOONNNNGGGG…</font id=“size5”></font id=“red”>
aku demam hampir sebulan.. tak g sekolah dekat 3 bulan, tak mancen hampir 10 tahun..
CERITA2
Ada sebuah laagiii cerita seram…
Cerita ini berlaku 3 tahun yang lalu..
Aku pun tak tau, kenapa laa setiap kali berlaku menda-menda anihh ni terhadap diri aku mesti berlaku pada waktu siang..
Kisahnya bermula begini…
Masa : 12.30 tengah hari (time matahari tegak atas kepala)
Tempat : Kelantan
Tarikh : November 2004
Aku pi cari cacing.. Cacing ular memang makanan kegemaran udang galah.. Kadang-kadang dapat lampam, baung, tenggalan, patin dan kenkadang kena ikan duri..
Macam biasa.. aku memang sejak dari kecik suka memancing sorang-sorang jer.. Memang dah tau, kalau tengah hari apa yang nak ditakutkan.. Lainlaa tengah malam.. (sound effect bunyi serigala awooooooo…)
Aku duk atas sampan dan terus berkayuh.. Pakai dayung jah.. Tak mampu beli enjin.. tak ado pitih be…
Ngam-ngam parking bawah pokok ketapi tepi sungai, aku membuang pancing…
Tak ada yang sangkut dalam masa 2 jam.. ish..ish..ish… Mulutku mula terasa celupar.. CISS… MAGHI SINI BAPOOOKK TAPOHHH.. MAGHII..
(translate : Datang ke sini raja ikan tapah.. datang makan pancingku)
Tak sampai seminit wahai saudara-sedari.. perahu aku berpusing pelan-pelan..kemudian bertambah laju.. bertambah lajuu… dan lajuuuu…
Aku terjatuh, bernasib baik masih di atas perahu, Kepala ku pening dan loya akibat pusaran air yang memusingkan perahuku itu..
Kemudian perahuku beransur berhenti… Mungkin berhenti sudah pusaran air.. Aku lihat ke luar perahu, menjengok air sungai.. bukan pusaran air… bukannnn… Tak ada pusaran air… bukaaaaannnnn…
Air yang memang keruh macam teh tarik tadi menjadi hitam disekeliling perahu aku.. Sekeliling perahu aku jah.. Perahu aku bergegar seperti gempa bumi kecil…
Timbul satu kepala besar berwarna hitam berserta 2 biji mata kecil… betul-betul di depan mata aku.. matanya berkelip… Aku nak AZAN… tapi tak bolehh… tak boleehhh..Aku nak AZAN… tapi tak BULEEEEHHHH… Kepalanya besar bonet depan kereta kancil.. matanya besar duit 50sen…
Dia timbul tak sampai 5 saat… tetapi macaaaammmm 5 minit…
Aku terpaku dan terus terpakuuu… Itulah RAJA TAPAH…RAJA TAPAH.
RAJA TAPAH…
Jangan minta untuk berjumpa dengan raja tapah…
CERITA 3
AMARAN… 18SG </font id=“red”> </font id=“size6”>
( mengandungi unsur seram dan ganas yang tidak melampau)
Masa : 10 minit sebelum maghrib
Lokasi : rumah aku laa…
Petang itu, aku pun tak tau kenapa la aku pulang awal selepas bermain bola sepak. Mungkin tak sabar nak memancing disebelah malam.. Aku mau buat persiapan awal untuk memancing pada malam itu..
Aku pulang awal, mak terkejut macam tak percaya, selalunya aku akan pulang maghrib gajah… Aku ambil towell dan terus ke mandi…
“Adik, cuba pergi dapur, mak lupa nak tutup dengan tudung saji lauk ayam masak kicap” jerit mak aku menyuruh aku ke dapur.
Aku akur… Bila aku melangkah ke dapur… maka bermulalah kisah seram ini… ia menghantui aku sehingga ke hari ini… Seolah-olah ternampak-nampak aku berulang kali peristiwa itu apabila aku terpandang ke arah jendela…
Jendela? Kenapa jendela? Hantu ‘The Ring’ bukan keluar ikut jendela..
Ini bukan hantu ‘The Ring’, ini la dipanggil hantu air atau ghost water atau hantu ayaq (cakap orang utara).
Sambung citer,
Bila aku melangkah dan menyelak langsir pintu ke dapur aku mendengar sesuatu berlari dengan pantas… Agak laju langkahnya…
Ahhh… mesti ayam yang makan lauk kegemaranku itu, desis hati kecilku.. cilaka punya ayam… Aku pandang ke arah meja makan, tapi tiada ayam… Bunyi ayam terkejut pun tak ada… mana ayam?
Aku ke pinggan lauk… lauk masih ada.. Pelik… tapi tak laa pelik sangat… mana datang bunyi berlari tadi? Itu lagi pelik.. Peliknya? Atau bebudak main dibawah rumah… ish..ish…ish… nak mati laa budak tu, pasal bawah rumah aku air daa…air sungai…
Aku perasan, aku sudah mula perasan, sekeliling meja itu berlendir… mana pulak datang lendir-lendir ni? Lendir berwarna hijau tua, aku calit dengan jari telunjuk dan cium… memang busuk, bau ikan mati… busuk.. bau bangkai… memang busuk… tapi tak laa sebusuk HATI BUSUK…
Tiba-tiba terdengar oleh telingaku bunyi cakaran kasar dari arah jendela di dapur rumah ku… Aku kerling ke arah itu… YA ALLAH…
Satu makhluk hitam sebesar bayi baru lahir sedang menenggek di atas jendela itu, dia berpaling memandang aku… Dia pandang aku… Matanya yang merah itu tepat memandang ke arah aku… Dia menyeringai dan menampakkan taringnya yang panjang sehingga pusat, telinganya melebihi ubun-ubun kepala dan rambutnya yang 2 kali lebih panjang berbanding tubuhnya…
Dia menyeringai dan menampakkan taringnya yang panjang sehingga pusat, telinganya melebihi ubun-ubun kepala dan rambutnya yang 2 kali lebih panjang berbanding tubuhnya…</font id=“size6”></font id=“red”>
Dan terus terjun ke air… bushhh…Aku berlari dan cuba untuk melihat ke mana dia berenang… namun hilang..
“Adik.. benda apa yang kau buang ke air tu?” Tanya mak…
Aku berlari mendapatkan emak dan menceritakan kesemuanya, mak lantas ke dapur… Aneh.. hilang semua lendir-lendir di atas meja dan jendela itu tadi… Mana perginya? Siapa yang lap?
Aku menceritakan kesemuanya juga kepada rakan-rakanku di sekolah, cikgu-cikguku, pakcik-pakcikku, adik-beradikku, atukku dan orang-orang kampung yang memang penakut… Semuanya kata, itulah HANTU AIR atau GHOST WATER atau HANTU AYAQ (cakap orang utara)
Malam itu bermulalah sebuah episod baru… Sehingga sekarang aku sudah tidak mengail malam… kecuali berdua atau bertiga atau bersepuluh budak hitam..
Sekian…
Moral
Jika terdengar bunyi di dapur, janganlah anda pergi seorang diri untuk menyiasat, apatah lagi ketika maghrib…
CERITA 4
Lokasi : Muara laut
Masa : 1.00 pagi/malam
Waktu itu, kami sedang leka memancing udang galah.. Aku bersama sepupuku dan pak cik ku sedang leka memancing.
Aku seperti biasa akan duduk di depan perahu menjaga sauh, sepupuku yang datang dari Kuala Lumpur akan duduk di tengah-tengah dan pak cik ku akan duduk paling belakang menjaga enjin yamaha 15hp untuk mengemudi.
Lama kami memancing di lubuk buaya itu.. Ah, nama sajer lubuk buaya, buayanya dah lama kena tembak dengan tok ketua kampung.. Habis kulitnya dijual..
Dari jam 8 malam lagi.. Seekor demi seekor si sepit biru berjaya di naikkan, tak ketinggalan juga ikan baung dan lampam serta anak-anak patin yang mengganggu umpan cacing…
Jam 11 malam…Pak Cik ku mula dibuai rasa mengantuk, mungkin penat berkerja siang tadi. Aku masih lagi gagah, semangat ku masih kuat dan jitu. Manakala sepupuku pula masih juga bersemangat menaikkan lebih banyak udang lagi..
“Boy, kau duduk belakang laa, pak cik penat. Ngantuk, nak tidur” Aku mengangguk lemah, habis barang dan peralatan memancing aku punggah pergi belakang perahu..
Aduh… rupanya di belakang perahu lagi banyak udangnya… Banyak sungguh… Banyak tak terperi.. rupanya lubuk udang galah di belakang perahu.. patutlaa pak cik suka duk di belakang..
Mancing punya mancing.. jam dah 1 pagi. Pak cik ku menggeliat, berlenggang perahu kami..
“Boy, dah laa tu, banyak dah kita dapat. Jom pulang. Kau bawak perahu, Pak Cik penat la”
Ajak Pak Cik ku pulang selepas melihat hasil di dalam jut kami yang berisi udang galah hampir 4kg.
Pada waktu itulah perkara yang seram ini berlaku… Aku terpaku… aku terpaku .. seperti dipukau… aku terpaku…
Ya.. waktu aku ingin menarik tali penghidup enjin itulah… yaaa… waktu itulah… memang waktu itulah aku dipukau…
Aku terpukau… Ketika itu bulan sangat TERANG… Memang aku nampak jelas… Sangat jelas… memang sangat jelas…
Dia duduk menenggek di atas enjin yamaha 15hp itu… Memang dialah yang duduk menenggek di atas enjin 15 yamaha itu, yang betul-betul dibelakang aku…
Satu makhluk hitam sebesar bayi baru lahir sedang menenggek di atas enjin itu, dia berpaling memandang aku… Dia pandang aku… Matanya yang merah itu tepat memandang ke arah aku… Dia menyeringai dan menampakkan taringnya yang panjang sehingga pusat, telinganya melebihi ubun-ubun kepala dan rambutnya yang 2 kali lebih panjang berbanding tubuhnya…
Dia menyeringai dan menampakkan taringnya yang panjang sehingga pusat, telinganya melebihi ubun-ubun kepala dan rambutnya yang 2 kali lebih panjang berbanding tubuhnya…</font id=“size6”></font id=“red”>
Dan terus terjun ke air… bushhh…
Itulah makhluk yang aku pernah jumpa di dapur rumah aku satu masa dahulu… Makhluk itulah… kira-kira setahun yang lalu..Rupanya dia adalah penghuni sungai ini… penjaga…penghuni…penjaga…penghuni… atau penjaga…
Apa-apa pun, kuasa Allah lagi Maha Besar dan tiada tandingan. Sekali lagi aku berjumpa dengan kau wahai makhluk Allah… Aku tak pernah minta untuk bertemu dengan kamu… Kenapa kamu suka mengganggu aku..Kenapa?..
UMPUN-UMPUN SEPI