NAK MINTA INFOMASI........

A’kum bro-bro semua.
teman ngan bro rosli ‘p9 fishing safari’ ngan kenkawan nie sebenor nya tengah memikir bagai mana cara nak meletak 30 hingga 40 batang nibung kat tengah laut supaya bediri kuat kat tengah laut untuk dijadikan tuas untuk mengail.
Sebagai contoh kat YAN tu(tengok gambor je sebab tak pernah sampai pun)guna buluh mungkin tak der masalah,sebab ringan.
mungkin bro belah utara boleh membantu tunjuk gambor kalau ada.Sebagai contoh apa kegunaan longkang 4’? harab dapat membantu kami semua.
tima kasih.[8D]

Walaikum salam… cara membuat tuas atau unjam ni berbagai cara..

Teman tahu serba sedikit cara unjam dibuat dikawasan Sedili. tekong teman bagitau selalunya daun kelapa digunakan dan diikat pada batu konkrit yang di tempah khas untuk membuat unjam. Set unjam ni kemudian di tengelamkan di tempat yang sesuai dan kemudian di ikat tong plastik sebagai penanda.

bro, tuas tu unjam ke? atau ala2 kelong?..kalau unjam, rasanya btg nibung tu tak di pacak kan ke dasar lah kot, kalau belah pantai timur ni unjam punya design basic aje, cuba chk gambor ni

chk out thread ni http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=11443&SearchTerms=tuna,ranching

bro pun pengusaha bot di P9 ke? Elok sgt lah bro, bro rosli & bro RG mulakan usaha utk pasang unjam kat area P9.

Saya baru aje sekali ke sana utk casting GT, KUMPAU…he.he.he. org lain aje yg dapat, banang pun tak mau usik lure saya hari tu..sedih sungguh…nak dtg lagi sekali tahun ni, insyaallah lepas raya ni.

Ingin cadangkan beberapa perkara kepada pengusaha2 bot pancing serta jugak kepada pemancing2 yg selalu ke P9

BAG LIMIT and/or CATCH&RELEASE POLICY
Mesti perlu practice Bag Limit serta Catch & Release untuk species Trevally seperti GT, Talang, dsb.

Bukannya saya nak cadangkan kita lepaskan semua GT yg kita dapat, cuma perlu ada elemen conservation of stock, untuk mengelakkan P9 kering GT tak lama lagi kiranya kita dok pulun naik semua nya.

Tekong Rosli cerita kat kami…“tahun lepas GT semua saiz min 3-5kg, byk betul, tak pernah miss, mesti ada, sekarang ni yg kecik2 aje, yg 5kg+ dah jarang dapat”…kenapa yea? Cerita yg sama diutarakan oleh geng2 Longkang yg selalu sport fishing kat sana.

Kita kena lah self impose ban utk mengelakkan saiz yg melebihi 3kg di bunuh & bawa balik , biarkan mereka semakin membesar…2-3th lagi yg 3kg dah jadik 6kg, saiz tu dah amat maut utk kita fight dgn set 30ib class, lagik 10th, maunya naik 15-20kg!!! bayangkan betapa powernya industry memancing di P9 sekiranya GT 20kg bermaharajalela di sana…cuba bayangkan.

Utk ‘rezeki anak2’, kita bawak lah balik yg saiz kecik2 bwh 3kg, saiz besar 1 or 2kg tu dah cukup besar dah, kalau besar tu, tak boleh habis masak sekali…he.he.he

SAMPAH di Pulau Lalang
masyaallah, comel betul tempat ni, lagon cantik, ada wakaf utk sembahyang, siap ada air bukit yg aircond lagik, puas2 mandi laut boleh mandi air bukit

Tapi sampah…emmmmm, Senang crita - bawalah balik semua sampah sarap yg kita buat semasa berehat di Pulau Lalang..trip yg lepas, bro Rosli, Takin & Defender kutip byk benor longgokan sampah yg majoritinya dilemparkan oleh geng2 pancing ke semak belakang kawasan tu…gamaknya geng lempar belakang ni subscribe to ‘out of sight is out of mind’ punya mentality

Bro Rosli siap boleh kenal lagi sampah sarap siapa…haa, ini nasik beriyani geng ini, ni maggie cup puak2 itu, ni sampah geng2 yg itu..sian pulak Bro Rosli kena jadik tekong & tukang kutip sampah

ini pendapat saya, kalau ada siapa2 yg tak setuju, sila lah buat lapuran ke balai bomba yg berhampiran

[img]http://i3.photobucket.com/albums/y82/oakinn/PAW%20Logo/pawsign.gif[/img] OAKINN DICTATOR [img]http://i72.photobucket.com/albums/i186/LaPala/DO_IT02.jpg[/img] http://oakinn.spaces.live.com/

bro oakin…
cerita nya gini…
masa terang tanah nak tanam sawit kawan teman tu dapat nibung anggaran 30 lebih btg, nak pacak lebih kurang 1-2 kilo dari pantai nak buat ala-ala tuas, untuk mancing kat tepi-tepi jer.
memang ada bincang ngan bro rosli, dia setuju nak bantu tenaga dan kewangan.
tapi masalah nya dah booking ngan tokeh bot yang ada kren untuk tanam nibung tu.saya ngan rosli pun dah jumpa tokeh tu 2 bulan lepas nak arrenge,tapi alasan dia nanti dulu.
yang teman risau nya batang nibung nie dah lama sangat kat tepi sungai tu ,nanti reput lak, modal dah keluar tarik nibung dari hutan.
tu sebab kene cari jalan nak gi tanam juga.

quote:
Originally posted by fresh
Walaikum salam... cara membuat tuas atau unjam ni berbagai cara..

Teman tahu serba sedikit cara unjam dibuat dikawasan Sedili. tekong teman bagitau selalunya daun kelapa digunakan dan diikat pada batu konkrit yang di tempah khas untuk membuat unjam. Set unjam ni kemudian di tengelamkan di tempat yang sesuai dan kemudian di ikat tong plastik sebagai penanda.


tima kasih bro fresh.... cadangan bro baik, tapi bior teman dapat letak nibung tu dulu anggaran 200m persegi, lepas tu baru top up sikit-sikit. [img][IMG]http://i335.photobucket.com/albums/m463/borronmatang/untitled.jpg[/IMG][/img]

bro borron,
nibung tu kalau tanak reput ikat2 pastu rendam dalam air… nnt agak2 nak pacak tarik balik la…
nibung ni kalau kat darat mmg cepat reput, tp kalau rendam dalam air dia lambatlah nak reput tu…[;)]

bro oakinn,
ttg bag limit tu dgn M’sian punya mentality rasanya impossible nak practice unless org2 tsb pi trip atas
sponsor spt buat field test or sbb nak buat report utk
majalah etc…
secondly, kalau ada law yg protect those endangered species mcm kelah tu mungkin orang akan (terpaksa?) ikut, itupun enforcement kena juga dibuat terhadap bot2 pukat tarik, pukat harimau etc…
pasal buang sampah kat pulau lalang tu, sepatutnya pengusaha aktiviti pelancongan dan memancing
kat sana kena buat/ prepare satu tempat utk collect dan bakar sampah…
tempat sampah ni mcm toilet jugak, kalau ada majoriti akan buang kat situ, dah tak ada majoriti
akan berak merata…
pedih sikitlah statement2 ni, but that’s the reality…[xx(][xx(][:(]

[/img]
FiSHiNG - YeSTeRDaY iS HiSToRY, ToMoRRoW iS MYSTeRY… ToDaY iS a GiFT!

bro borron,
photo tuas kat Yan…

selalunya pancang buluh 3 X 3 atau 4 X 4 atau 5 X 5…
kat dasar diikat 2 atau 3 biji “kok” konkrit diameter 4-5kaki dan tinggi l/krg 3kaki…
bahagian atasnya buluh 20-25kaki diikat tali plastik ikat lembu pada pangkalnya dan disambungkan kepada “kok” tadi…

tapi kalau nibung ni nak pacak kat laut dalam susah sikitlah, esp kat sana banyak bot2 bilis lalu-lalang…
habis disapunya tuas tu nanti…[xx(][xx(][:(]

[/img]
FiSHiNG - YeSTeRDaY iS HiSToRY, ToMoRRoW iS MYSTeRY… ToDaY iS a GiFT!

salam bro borron…
ni sedikit pengalaman cerita dari org kampung yang selalu bawak buluh letak tgh laut di sekitar perairan sabah depan kampung sya ni…
mungkin untuk nibung pun buleh dipraktikkan… cuma kena berperingkat bawa nibung ke laut sebab berat…

biasanya batang buluh cuma sebagai penanda… diletakkan pemberat berupa guni gula yang diisi pasir sebanyak 2-3 guni setiap batang buluh… ama2 buluh tu mendap juga dalam pasir…
apa yang menjadikan batang buluh tu sebagai tempat perlindungan ikan adalah “bahan2” yang diletakkan kemudian…
antara bahan2 yang popular kat sini macam ranting pokok yang dah kering, pokok pandan duri dan daun kelapa…
caranya ikat bahan2 tu guna tali dan letak sedikit pemberat… tali tu pula dikat pada batang buluh dan biar bahan2 tadi mengelongsor jatuh ke dasar… untuk pertengahan pula bahan2 tu xpyh letak pemberat dan kena selam sikit untuk ikat kat tengah buluh…
memang buleh menarik ikan2 mangsaan macam temenung dan seangkatan dgnnya… buleh tambah lagi bahan2 kemudian hari…

*semua fakta di atas cuma perkongsian ilmu pakcik2 sya saja… dan tuas atau kat sabah dipanggil “lawa” ni memang mampu menarik ikan utk berlindung… besa sya mancing situ saja… hehehehehehe… salah silap harap maafkan…

[IMG]http://i181.photobucket.com/albums/x194/fadefader/SU2008119.gif[/IMG] [IMG]http://i181.photobucket.com/albums/x194/fadefader/signatureFINE-1.jpg[/IMG] [IMG]http://i181.photobucket.com/albums/x194/fadefader/my-flag1-1.gif[/IMG] I'm not lazy... I'm just happy to do Nothing... jom layan bottom... 0176413152 [url="http://no-fishing.blogspot.com/"]No Fishing[/url]

tima kasih info rostar…
teman dah tau gak fungsi ‘kok’ (longkang)tu. tima kasih lagi.
ia digunakan sebagai pemberat supaya tak hanyut. agak-agak dapat ker nibung berdiri tegak,sebab depan kola tu bukan nya dlm sangat, lebih kurang 3-5 meter je.teman nak letak nibung buat permulaan sebagai sempadan,supaya nelayan tau ada barang kat dalam ayor tu. sebagai contoh kat boey kunin (on the way ke p9)tu banyak tukun konkrit tapi pukat lama pun dah banyak tidur kat situ.
teman rase nak coba info bro rostar tu.

tima kasih ipen…
teman nak letak dekat ngan kuala je sebab kalau ribut senang cabut.
maklum ler enjin kenkawan teman tak boleh nak laju[8D]
(segan nak habak enjin kecil[8D])

quote:
bro oakinn, ttg bag limit tu dgn M'sian punya mentality rasanya impossible nak practice unless org2 tsb pi trip atas sponsor spt buat field test or sbb nak buat report utk majalah etc... secondly, kalau ada law yg protect those endangered species mcm kelah tu mungkin orang akan (terpaksa?) ikut, itupun enforcement kena juga dibuat terhadap bot2 pukat tarik, pukat harimau etc... pasal buang sampah kat pulau lalang tu, sepatutnya pengusaha aktiviti pelancongan dan memancing kat sana kena buat/ prepare satu tempat utk collect dan bakar sampah... tempat sampah ni mcm toilet jugak, kalau ada majoriti akan buang kat situ, dah tak ada majoriti akan berak merata... pedih sikitlah statement2 ni, but that's the reality...

Tuan RooSTa_CaSTeR

Thanks for the reply, It shows that you are a concerned angler

Jgn putus asa bro, cuba bro renungkan…

penguatkuasaan tidak pernah menghalang manusia dari mengikuti undang2. so, jgn kita tunggu ada penguatkuasa perikanan yang menghalang kita dari membuat aktiviti konservasi atau pun kita nak tunggu bot2 pukat kena ban baru nak buat protection…ianya tidak akan tiba, cuma kita sendiri yg mampu melaksanakannya, biarpun dalam bentuk yang amat kecil sahaja sumbangannya

boleh practice bag limit, tiada yg impossible, tak kan mentaliti kita masih terkurung, sedikit elemen self imposed bag limit atau C&R atau apa2 shj tindakan yg boleh conserve sikit stok GT kat P9 akan menyebabkan industri sport fishing kat sana lagi POWER, cuba bro byg kan kemungkinan yg boleh berlaku sekiranya GT10kg-20kg bermaharaja lela di P9…saya boleh bankrap sebab nak tanggung duit minyak & tol utk ke sana tiap2 bulan…he.he.he.

Tak semestinya kalau kita keluar duit utk trip mancing, kita nak kena pulun perabis GT kat situ kan? Saya bukan nak propose lepas semua yg kita dapat, cuma minta lepaskan yg saiz kecik2 & yg mungkin above 5kg (breeding stock) supaya stok GT di sana akan senantiasa sihat.

betul, pengusaha pelancungan, majlis bandaran perlu adakan tempat sampah, kutip sampah hari2 & bersihkan pulau lalang, tetapi disebabkan mereka tak buat, saya rasa kita mampu, sekurang2nya membawa pulang segala sampah sarap yg kita sendiri buat kat situ, alahai..tak byk mana pun, bungkusan makanan, minuman aje kan?

So, Bro Roosta, saya baru aje sekali kesana, itu pun kumpau…he.he.he…mungkin bro selalu kesana & lebih arif ttg condition di P9, mungkin ada cara yang lebih baik kot utk menjadikan P9 sebagai syurga casting GT Malaysia?

Pengusaha bot2 pancing jugak perlu memahami perkara ini, Bro Rosli, RG dll lah yg perlu berfikiran lebih jauh & boleh cuba mula mendidik setiap pemancing yg menyewa bot mereka. Jangan lah takut hilang customer kalau nak practice konservasi…cuba renungkan, pemancing ni kalau kat tempat tu tak ada ikan, mereka chow pergi mancing tempat lain aje, tetapi pengusaha bot pancing guane kalau P9 gersang GT…??

[img]http://i3.photobucket.com/albums/y82/oakinn/PAW%20Logo/pawsign.gif[/img] OAKINN DICTATOR [img]http://i72.photobucket.com/albums/i186/LaPala/DO_IT02.jpg[/img] http://oakinn.spaces.live.com/

A’kum,

Cerita pasal destinasi memancing berbentuk tuas ni menarik perhatian saya. Unjam atau tuas ni termasuk struktur FAD (fish attracting device) atau alat menarik ikan buatan manusia untuk memudahkan kerja menangkap ikan. Banyak pengusaha bot pancing dan nelayan di Kedah mengusahakan cara ini semenjak sekian lama untuk mencari rezeki. Bagaimana dengan P9?

Di P9 sebenarnya memang berpotensi untuk dimajukan sebagai sportfishing haven; sebabnya mudah. Gugusan pulau-pulau disini memang merupakan tapak yang sesuai untuk dan kepelbagaian spesis “game” memang tersedia untuk diuji pemancing. Talang, GT, cencaru XXL, cupak, sagai merupakan spesis carangid yang menjadi teman setia anda kalau melawat ke sana dengan bot Rosli. Semua makan lure. Semua kuat melawan. Gamefish lah katakan. Sebagai pemancing sukan (bukan cari makan) tentulah kita nak tengok spesis ni terus bermaharajalela di perairan P9.

Kalau kita sanggup membantu dan berlapang dada menjayakan projek unjam atau pun sistem tagal, dah tak jauh dah sebenarnya dengan konsep mengambil hanya yang perlu dan menanam menghargai sumber ikan dalam diri. Bukannya tak ambil langsung. Tapi ada sedikit consideration terhadap ikan, sukan memancing dan populasi ikan secara amnya.

Sekarang ni, menghadkan jumlah penangkapan pemancing ni memang susah. Paradigm shift daripada cara dulu kepada viewpoint baru hobi memancing ni akan mengambil masa yang cukup lama. Ada teman menceritakan macam mana member dia yang memancing kat Australia di"camdek" (dalam bahasa Penang maksudnya kena kutuklah!) oleh Mat Salleh sana dengan tawaran AUD $10 dan disuruh pergi beli ikan di pasar selepas kejadian seekor undersized fish yang hendak di"tong aiskan" olehnya. Mereka memang serius menjaga stok ikan mereka. Mungkin jauh lagi nak sampai tapi kalau tak bermula susah jugak.

Anyway pernah beberapa trip saya ke tuas, kebetulan bot tu tengah bawak tuas tu untuk dibenam ke laut. Kok di bawah diisi dengan simen dan batu2 besar, tali kasar ditambat ke kok tersebut dan kemudian diikat kepada pelepah pelepah daun kelapa sepanjang2 tali yang kemudiannya berakhir dengan ikatan kepada beberapa batang buluh (pucuk). Khabarnya beberapa bulan boleh la tahan, kemudian kena ganti pulak. Nibung ni kurang pasti pulak ketahanan dia!

Untuk conservation sumber ikan, basic idea yang saya fahami dalam konsep ini untuk dipraktikan adalah seperti berikut:

  1. memancing itu suatu sukan - macam cara bersenam atau aktiviti sukan yang lain. Ia peluang untuk aktiviti bersama rakan sambil menikmati keindahan alam, bertukar-tukar tips dan pengalaman memancing selain memelihara kesihatan. Fisherman tu nelayan - dia cari makan. Kalau angler tu dia pemancing - lebih pada sukan ! Banyak negara yang telah lama membangunkan INDUSTRI (bukan hobi semata-mata) memancing, disamping industri penangkapan ikan komersial. Perancangan dan pembangunan bersepadu sektor ini memerlukan perticipation semua pihak, samada kerajaan dan juga dunia pemancing. Di sana para pemancing juga amat aktif dalam usaha mempertahankan sukan mereka dan memelihara sumber alam untuk masa depan sukan. Perbezaan ni ketara sampai wujudnya undang-undang yang diluluskan di parlimen negara mereka untuk mentadbirkan kedua sektor yang berbeza ini. Dua-dua menjadi sektor ekonomi yang penting. Sebenarnya banyak negara yang mempunyai industri pancingan yang maju, seperti US, Australia, South Africa dsb. disamping mempunyai industri perikanan yang besar. Mungkin kita boleh belajar cara mereka mentadbir sumber2 mereka untuk manafaat berpanjangan, baik dari segi pandangan pemancing atau pun nelayan.

  2. “peralatan” atau equipment dalam memancing ni bukan terhad kepada tali, reel, rod, lure padang pancingan dan bot sahaja. Yang paling penting sekali dalam sukan ni sebenarnya IKAN itu sendiri. Bezanya padang pancingan dan ikan ini telah pun wujud dan tidak perlu lagi kita adakan seperti peralatan lain. Yang pentingnya kita kena menjaga dan memelihara malah memulihara sumber2 ni. Kalau ikan tu dah takder umpama turun ke bowling alley takder bola bowling, atau pergi skeet shooting takder clay pigeon ler… jadi fikir-fikirkanlah bagaimana dan apa yang kita boleh buat untuk memastikan kelangsungan IKAN di perairan kita. Ini secara tak langsung, memastikan kelangsungan sukan atau hobi kita bersama. Kalau ikan dipelihara dan tangkapan dikawal, sukan memancing boleh menjadi industri yang besar seperti di Australia dan negara-negara lain.

  3. Penjanaan ekonomi dalam sektor pemancingan rekreasi di Australia melebihi AUD $3 billion setahun. Ini merupakan satu penjana ekonomi yang besar dan mampu menghidupkan pekan-pekan kecil dengan mengeksploitasikan sumber yang ada (ikan) selain dari cara naik ikan itu ditimbang kati/penuh tong. Peluang pekerjaan pun lebih banyak, dari segi hotel, penghasilan dan penjualan barang pancing, pengusaha bot dsb. Semua ini long-term. Berlainan dengan cara pukat harimau yang short term. Dah habis pergi ke kawasan lain.

Ini mentaliti yang membawa masalah kepada stok ikan. Tak kira lah samada oleh nelayan atau pemancing, impaknya tetap negatif. Mentaliti ini kalau kita tengok filem the Matrix, merupakan suatu sifat buruk yang disandarkan kepada manusia oleh Agen Smith (Hugo Weaving). Sifat ini disamakan dengan sifat virus. Virus ini memakan dan memudaratkan perumah (hos), meyebabkan kemudaratan dan kemudian pindah ke perumah yang lain bila perumah asal dah habis dikerjakan. Takkan kita sebagai manusia bersifat sama? Pendekatan memelihara dan jika perlu memulihara ini yang perlu diketengahkan sebenarnya dalam industri memancing tanahair.

  1. Sumber ikan yang sama boleh memberikan kita manafaat ekonomi dan rekreasi yang berganda jika dieksploitasikan dengan cara sportfishing. Ikan yang menghuni sesuatu habitat (cthnya P9) adalah anugerah yang tidak ternilai sebenarnya dan terpulang kepada kita untuk menjaga anugerah ni sebaik mungkin. GT 5 kg yang diland dengan secara casting dan direlease boleh memberikan manafaat kepada manusia yang berganda berbanding seekor GT yang mati. Kalau nak ambik sebahagian tangkapan, itu tak menjadi masalah; cuma kesedaran nilai sebenar seekor ikan itu yang ingin kita tanamkan dalam setiap pemancing. Saya percaya kalau kita menghargai ikan tu sebagai sumber yang tinggi nilainya, kita tidak akan mengambil segala tangkapan untuk dibawa balik, hanya berpada sudah mencukupi!

  2. Apa yang dikatakan oleh bro oakinn pasal slot limit (lepas yang kecil dan yang besar2, dan ambil yang bersaiz sedang mempunyai sebab tertentu. Saintis mencadangkan agar ikan yang kecil dilepaskan agar dapat membiak sekurang2nya sekali (mengkayakan gene pool spesis tersebut) dan yang besar (induk2) dilepaskan untuk membiak kerana kajian menunjukkan induk yang besar dan sihat menghasilkan anak ikan yang banyak dan mempunyai ketahanan yang tinggi dalam genenya untuk ia membesar walaupun dalam semusim ia bertelur/membiak. Oleh kerana kita masih belum mempunyai undang-undang untuk menetapkan slot limit, cadangan untuk menjadikannya self-imposed sebagai permulaan dapat membantu populasi ikan di mana-mana lokasi.

  3. Bag limit pulak untuk menentukan jumlah ikan yang diambil tidak menjejaskan biomass ikan dari segi jumlah dan kebolehan membiak populasi ikan sesuatu tempat. Di negara maju, selalunya sistem quota digunakan dan quota ini akan diubah setiap tahun berdasarkan jumlah tangkapan tahunan; perkiraan dibuat oleh saintis dan quota tahun seterusnya akan diumumkan. Seperti di atas, kita masih belum mempunyai undang-undang untuk menetapkan bag limit, cadangan untuk menjadikannya self-imposed sebagai permulaan juga pasti dapat membantu populasi ikan!

Kat Mesia ni setau saya takder undang-undang dalam item 5 dan 6 diatas, tapi sebagai pemancing, secara logiknya takkan mengambil segala hasil yang kita dapat akan membantu keadaan stok ikan kita? Kita bercakap tentang peranan dan kemampuan yang ada, dan bukan benda-benda yang di luar kawalan kita.

  1. aktiviti nelayan ni sebenarnya mempunyai kesan yang besar terhadap masa depan stok ikan. Jadi apakah yang membezakan mentaliti pemancing dengan mentaliti nelayan kalau tidak perkara-perkara yang diatas? Nak harap kerajaan, sorilah tak payah nak cakap. Kita sendiri tau. Jadi kena start dengan diri sendiri la kerana kita sendiri memancing dan berhadapan dengan pilihan-pilihan seumpama ini.

  2. Kalau nak buat lobby group pemancing macam di negara lain, kenalah bermula dengan pemancing yang sedikit sebanyak mempunyai kesedaran dan memanifestasikan kesedaran ni dalam aktiviti pancingan - barulah boleh dijadikan contoh dan ikutan. Lobby group ni pulak akan memastikan kepentingan warga pemancing dan sukan memancing tanahair dijaga dan diberi peluang dan hak yang sepatutnya. Contohnya penguatkuasaan undang2 mengenai nelayan, zon memukat, taman laut dsb akan mengambil kira pandangan sektor pancingan. Lobi ini perlu bagi menjadi imbangan kepada lobi2 lain seperti lobi pukat tunda, lobi pembalakan kawasan empangan (sebagai contoh) dan lobi memberi lesen kepada bot nelayan asing. Kita lihat bagaimana persatuan nelayan dari Sarawak memprotes pemberian lesen kepada nelayan Thai tak lama dulu dan mereka berjaya. Itu lobi nelayan, mungkin satu hari nanti kita juga akan mempunyai lobi yang kuat untuk menjaga kepentingan warga pemancing.

Mungkin mempunyai lobi yang kuat ini jauh lagi bagi pemancing Malaysia, tapi we have all got to start somewhere! Dan kesedaran mendalam mengenai pandangan2 baru dalam isu-isu dunia memancing amatlah perlu sebagai permulaan mengorak langkah kearah itu. Ni sebenarnya harapan saya untuk dunia memancing Malaysia agar dapat dimanafaatkan bersama.

Segala silap dan salah dalam penulisan saya ni harap dimaafkan, dan kalaulah ada sedikit sebanyak manafaat, harap jadikan panduan!

Wassalam.


http://longkanggang.blogspot.com

Sokong Takin!



http://dinbanang.multiply.com

Penulis majalah pancing dpt sponsor ke pg pancing?

[IMG]http://i40.photobucket.com/albums/e247/dolahpenang/logogif.gif[/IMG][IMG]http://i37.photobucket.com/albums/e80/adv3333/gkb1.jpg[/IMG] http://akashah.multiply.com http://longkanggang.blogspot.com/ MBC '07-Team Kaki Bangku U5 2nd Runner Up-Team LKG Ribena Boyz MBC '08-Team Cikgu Dolah[IMG]http://img.photobucket.com/albums/v324/FYRTYGR/Do_It_Sig.gif[/IMG]

Huuuuh…bagiah tulisan ni…apamacam kalau kita beri peluang untuk buat presentation kat simposium royal belum october nanti…

Mancing…Dulu,Kini dan selamanya.

sokong 120%</font id=“size5”></font id=“red”>

bro rg…Belum Symposium…saya email semula pegawai emkay tu, tapi dia tak response lagi..PeMM tak dpt apa2 respon jugak ke?

P9…memandangkan bro RG mejadi taiko P9 sekarang ni, harap dapat mulakan sesuatu bagi memastikan P9 tak hanya jadi sejarah!

[img]http://i3.photobucket.com/albums/y82/oakinn/PAW%20Logo/pawsign.gif[/img] OAKINN DICTATOR [img]http://i72.photobucket.com/albums/i186/LaPala/DO_IT02.jpg[/img] http://oakinn.spaces.live.com/