Nelayan Sungai diSerang Piranha.

Muka hadapan Utusan Malaysia hari ini melapurkan seorang nelayan di sungai tembeling di gigit oleh ikan piranha yang di pukat dan sampan nya pula di langgar oleh kumpulan ikan tersebut.

Kalu benar ujudnya kumpulan ikan ini si sungai tembeling…apa akan jadi dengan sungai ini dan persekitaranya dan sejauh manakah kebenaran berita ini.

Mancing…Dulu,Kini dan selamanya.

ye ke? saya lom baca lagi newspaper hari ni?
biar betik? berita panas ni…
Nas Ahmad Rambut Ketak Melodi ape lagi?
Terjahhhhh…

pergh…
gempar tu…
pasni tak boleh le mancing sungai naik bot…
kes naya je karang…

[img]http://i65.photobucket.com/albums/h226/hhchai/MalaysiaFlag.gif[/img][img]http://i12.photobucket.com/albums/a224/mejabesi/MFNu5.gif[/img] _______________________________________________________________________

Angling is all about the passion of fishing</font id=“red”>

_______________________________________________________________________</font id=“black”>

godet7@YAHOO.com

salam semua.
saya tolong copy and paste dari utusan malaysia.

Nelayan cedera diserang pirana
JERANTUT 11 Feb. – Seorang nelayan cedera di kaki akibat diserang sejenis ikan yang didakwanya daripada spesies pirana di Sungai Tembeling dekat sini malam tadi.

Kejadian berlaku ketika Adanan Nipah, 54, hendak melepaskan ikan tersebut yang terperangkap dalam jaring yang dipasangnya di sungai itu di Kampung Tempan, Hulu Tembeling dekat Kuala Tahan kira-kira pukul 10 malam.

Dia mendakwa ikan sepanjang 25 sentimeter itu menggigit kaki kanannya sebanyak tujuh kali ketika dia mahu melepaskan ikan berkenaan daripada jaring.

‘‘Ikan pirana itu menggigit kaki kanan saya secara tiba-tiba ketika saya hendak melepaskannya daripada jaring menyebabkan kaki saya luka dan bengkak.

‘‘Saya bertindak pantas mengambil penyauk ikan untuk menangkapnya dan memasukkan ikan itu ke dalam bekas polistirena,” katanya kepada wartawan Utusan Malaysia, HARIS FADILAH AHMAD.

Adanan juga terkejut kerana beberapa ekor ikan spesies yang sama di dalam sungai itu kemudian bertindak menerjah bahagian badan bot gentian kaca miliknya.

‘‘Saya sungguh hairan bagaimana pirana itu tiba-tiba bertindak ganas kerana sebelum ini belum pernah terdengar kejadian serangan ikan itu terhadap nelayan di Sungai Tembeling,” katanya.

Dia percaya pembenihan spesies pirana sejak dua tahun lalu di kawasan perlindungan Jabatan Perikanan di Jeram Panjang, Dedari, Lubuk Katak dan Kampung Pagi di sini telah menyebabkan spesies ikan itu membiak di Sungai Tembeling.

‘‘Ikan pirana itu mungkin terlepas dari kolam ternakan berdekatan Sungai Tembeling dan Sungai Pahang ketika banjir melanda kawasan ini Disember lalu,” katanya.

Adanan melahirkan kebimbangan spesies Pirana itu akan mengancam pembiakan ikan air tawar yang lain.

Dia yang menjadi nelayan sungai sejak 30 tahun lalu berkata, ikan Pirana boleh dimakan tetapi rasanya tidak sedap kerana ia bukan berasal dari sungai air tawar negara ini.

Katanya, ikan tersebut juga kurang mendapat permintaan di pusat pelancongan Taman Negara Kuala Tahan dan pasar bandar Jerantut apabila ia dijual dengan harga hanya RM2 hingga RM4 sekilogram.


politics can be derived from latin word “poli” means many and “tics” means bloodsucker parasits. therefore, the whole word means many bloodsucker parasits.

Biar betul brita ni…Sape yg memandai melepaskan spesis ni kat Malaysia.
Kalau peacock Bass masih buleh diterima, Piranha…emmmmm ngeri woooo..
Nasib baik aku ni pelaut, bukan penguyai. Laut pun aper kurangnye, bahaya gak.

Jom main ikan laga nak? Piranha lawan Peacock Bass…
2-2 pun ikan pendatang…
mati pun takde hal punya…
Jom…

[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/mayongairlines.jpg?t=1191683944[/img] Hidup Mancing! Hidup Mancing! Hidup Mancing!

Terkejuk gak dengar cerita ni..Betul ke pirana.Jangan jangan ikan pacu kot..he..he..

http://parjo66.multiply.com/photos

Mana ikan untuk saya…!

Kalau ikan Pacu makan orang tak? sbb 2-2 pun rupa nak dekat sama kan?

tq aljolil…saya ni tak pandai nak copy…he he.

Mancing…Dulu,Kini dan selamanya.

Hal ni kene tunggu geng2 Jabatan Perikanan kasi konfem..
btol ke diorang yg bawak masuk benih ikan nih?


::Proud to be K.A.T::


Dah tau pirahna tu tak sedap… nak diternak apa kejadahnya.. kan dah jadi mangsa plak org kampung… kesian pokcik tu… kene panggil gaban untuk siasat kes nih…

[IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/Hitman05.jpg[/IMG][IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/DAT.png[/IMG][IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/Hitman-1.jpg[/IMG] [IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/bannerxxx1.gif[/IMG]

Menarik!

  1. Fisheries Department takkan biakkan piranha; suppose pacu.
  2. Terlepas tu dah perkara biasa dah dan banyak dijumpa ditempat2 lain.
  3. Bab nelayan tu yang lepaskan ikan dengan ikan nie agak musykhil sikit. Normally nelayan nie dia menghormati tangkapan dia; walaupun tangkapan tak diingini. Tak pernah dengan nelayan lepaskan ikan sangkut pukat dengan kaki lagi.
    4)Ikan tu menerjah ke bot dia. Satu lagi fakta yang mengejutkan. Pernah terjadi ikan2 lain terjah bot dalam cubaan melarikan diri dari pemangsa. Ada yang lompat dan masuk kedalam bot. Ikan yang serang bot??? Ikan pemangsa besar seperti toman seklai pun tak pernah dengar buat macam nie walaupun ada mitos di Temenggor megatakan toamn menyerang kipas ‘propeller’ bot yang sedang bergerak.
  4. Atau adakah spesis tersebut benar2 piranha???

[IMG]
http://longkanggang.blogspot.com

U3-Team Orang Kampong
U4-Team Longkang (1st runner up)
MFN Billfish Series (2nd,Group Categories)
U5-LKG Ribena Boys (2nd Runner up)

quote:
Originally posted by ziggerx
Dah tau pirahna tu tak sedap... nak diternak apa kejadahnya.. kan dah jadi mangsa plak org kampung... kesian pokcik tu.... kene panggil gaban untuk siasat kes nih...

Rilex dlu bro..kite tunggu pengesahan ade org ternak ikan nih…


::Proud to be K.A.T::


ntah ntah pacu spesis karnivor tak?

Fuuyooo…dasat tu…

[IMG]

pada pandangan saya ikan tu mcm pacu..kebenaran cerita maybe tuan nelayan tu sahaja yg boleh mengsahihkannyer…bidang kewartawanan nie subjektif..kena gempak skit baru org baca..harap2 tiada tokok tambah di lakukan oleh wartawan tersebut utk men"sensasi"kan bahan berita..kalau benar apa yg di laporkan..pihak berwajib perlulah mengambil langkah pemantauan memandangkan kes ini maybe berprofil tinggi..cewahhhhh…

CATCH-CARE-RELEASE
INSANITY & GENIUS ANGLER TEAM
~~ i believe i can flyyy..~~

pacu omnivor tp tak sampai makan org la…

[IMG]http://i244.photobucket.com/albums/gg19/eidi_seawalker/stellalog.jpg[/IMG][IMG]http://i244.photobucket.com/albums/gg19/eidi_seawalker/takemefishing.jpg[/IMG][IMG]http://i244.photobucket.com/albums/gg19/eidi_seawalker/baysteel.jpg[/IMG]

“seni pancingan akuarium”</font id=“red”>
~016-3411206~
eidi_jmds@yahoo.com
</font id=“blue”>

herm…
aku tunggu comment dari pihak yang lebih mengetahui dulu sebelom jump to conclusion…
agak menarik jugak bab ternak pirana kat mesia nie…
coz nak dibuat hape biak pirana…
banyak lagi ikan tempatan yang lebih menguntungkan…
jelawat, rohu, lampam, tenggalan, temakang, sebarau n lain lain…
lagipun, rasenye kalu refer kat FAMA ke, Jab Perikanan ke
takde pulak diorang offer benih pirana…
benih pacu pon takde…
abes pelik pon benih tongsan je…
tapi tak tau kot lain negeri offer lain benih…
yang aku tau nie pon belah negeri perak n s’ngor nie aje…

[img]http://i65.photobucket.com/albums/h226/hhchai/MalaysiaFlag.gif[/img][img]http://i12.photobucket.com/albums/a224/mejabesi/MFNu5.gif[/img] _______________________________________________________________________

Angling is all about the passion of fishing</font id=“red”>

_______________________________________________________________________</font id=“black”>

godet7@YAHOO.com

quote:
Originally posted by godet7
herm... aku tunggu comment dari pihak yang lebih mengetahui dulu sebelom jump to conclusion... agak menarik jugak bab ternak pirana kat mesia nie... coz nak dibuat hape biak pirana... banyak lagi ikan tempatan yang lebih menguntungkan... jelawat, rohu, lampam, tenggalan, temakang, sebarau n lain lain... lagipun, rasenye kalu refer kat FAMA ke, Jab Perikanan ke takde pulak diorang offer benih pirana... benih pacu pon takde... abes pelik pon benih tongsan je... tapi tak tau kot lain negeri offer lain benih... yang aku tau nie pon belah negeri perak n s'ngor nie aje... [img]http://i65.photobucket.com/albums/h226/hhchai/MalaysiaFlag.gif[/img][img]http://i12.photobucket.com/albums/a224/mejabesi/MFNu5.gif[/img] _______________________________________________________________________

Angling is all about the passion of fishing</font id=“red”>

_______________________________________________________________________</font id=“black”>

godet7@YAHOO.com


Saya pun tunggu confirmation juga. At least semua sini pun bijak tak jump to conclusion ia 100% piranha. Ada sesiapa ada hp Bobo dari Utusan untuk contact?

Kalau boleh kita lantik salah seorang penulis BM untuk mewakili kita dan tulis kepada Utusan untuk menerangkan pandangan kita betapa seriusnya krisis kalau betul2 ikan piranha masuk perairan kita. Oakin, Akashah, Sild, Wan Amildin ataupun cikgu lain disini?

Vincent

* Team Spinboyz - U1 2004 * Team MalPro - U2 2004 * Team Lucky Craft Happy Hookers - U3 2005 * Marshall - U4 2006 * General Worker - U5 2007</font id=“size1”>

“We (MFN forumers) are a few but together we are many. We are many among the millions of anglers yet to have their voices heard” - Majulah sukan memancing untuk negara

Kalau dilihat pada photo ikan tersebut nampak macam berbeza dengan ikan pacu.Memang kita tahu banyak ikan pacu yang terlepas ke perairan awam terutama di sungai selangor…tapi tak pernah pulak dengah kes sebegini…atau mungkin ikan di kawasan ni berkumpulan .

apa akan berlaku sekiranya benar dakwaan nelayan tersebut.

Mancing…Dulu,Kini dan selamanya.