Nostalgia Ramadhan dan Syawal

Kata orang raya setahun sekali. Tapi setiap tahun keseronokannya berbeza bagi sesetengah orang. Ada yang makin seronok dan ada yang makin hambar barangkali. Terutamanya orang yang dah berumur macam saya. Anak dah dua tiga dan bajet pula banyak yang keluar nak balik kampung sendiri dan balik kampung orang rumah. Tapi, yang pasti, dalam agama, Ramadhan adalah penghulu segala bulan dan 1 Syawal pula adalah hari kemenangan bagi orang-orang yang beriman.

Apabila diimbas semula, ternyata zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling menyeronokkan bagi sesiapa pun - kecualilah bagi mereka yang kurang bernasib baik. Yang jadi mangsa dera, mangsa perceraian, mangsa pengabaian ibu bapa dan sebagainya. Dan, keseronokan waktu bulan puasa serta hari raya adalah keseronokan yang tak terhingga bagi kanak-kanak. Apa lagi kalau hari raya tu jatuh waktu musim cuti sekolah.

“Dam, dam, dum… bunyi mercun. Kanak-kanak datang berduyun-duyun”. “Miskin kaya memakai baju baru warna warni…”, “Minta mak, kuih sepotong. Saya mahu makan kerna perut kosong”. Semua lirik-lirik ini menggambarkan betapa seronoknya menyambut hari lebaran. Setiap kali berkemundang lagu-lagu nostalgia ini, setiap kali itu jugalah, secara automatik pastinya minda kita mengimbau semula kenangan 10, 20 atau 30 tahun lepas.

Sewaktu zaman kanak-kanak saya dulu, pada tahun 70an. Meriam buluh belum diharamkan. Mercun pun. Kadang-kadang pakai kabaid untuk buat meriam. Asal masuk ramadhan, memang setiap petang dan malam selepas terawih, bunyi dentuman meriam bersahut-sahutan tanpa henti. Seolah-olah berlawan antara satu kampung dengan kampung sebelah. Biasanya waktu malam kalau bulan Ramadhan memang semua orang kampung berkumpul di surau sembahnyang terawih. Syoknya makan mi rebus moreh. Apalagi, kita ni anak orang susah. Jarang-jarang makan mi rebus yang ada daging, ayam, udang dalamnya. Tapi, kalau moreh, mi rebus, roti jala, mi goreng dan sebagainya memang mewah. Selain makanannya yang sedap, barang kali itulah nikmat yang Tuhan bagi sebab makan selepas sunat terawih.

Malam-malam, kalau bukan pasal Ramadhan memang tak boleh nak ke mana-mana. Memang waktu untuk menelaah buku pelajaran. Tapi, istimewanya bulan puasa, kanak-kanak dapat lesen besar. Lepas sembahyang terawih, selalunya kami berkumpul ramai-ramai. Macam-macam permainan, polis sentri, main sembunyi-sembunyi dan berbagai-bagai lagi. Dulu, ibu bapa tak risau anak main-main tengah malam. Bukan ada orang jahat pun. Paling syok kalau 7 malam terakhir. Semua rumah di kelilingi dengan pelita terang benderang.

Sebelum pengharaman mercun, memang meriah pesta bunga api dan mercun ni. Teringat pulak masa tahun 80an, umur dah remaja. Teknik bermain pun makin tambah brutal. Bayangkan, tiap-tiap malam main perang macam Iran-Iraq dulu. Pakai mercun lidi dan mercun telur. Memang kita tak sehebat seperti mat rempit zaman sekarang. Tapi, sempatlah juga rambut hangus dan kepala berasap kena mercun lidi. Kerja bodoh tapi memang seronok.

Tapi, sekarang ni. [:(] Kesian saya tengok anak-anak saya. Duduk kawasan perumahan, bandar besar macam KK, nak keluar rumah pun takut-takut. Kita pun tak bagi. Kalau balik kampung barulah mereka seronok sikit. Kita sendiri pulak, bila hari raya, perasaan seronok tu bercampur baaur dengan perasaan berdebar-debar. Seronok kalau dapat jumpa semua adik-beradik dan sahabat handai. Tapi, bedebar-debar memikirkan bajet yang mungkin banyak lari selepas raya nanti. [:D]

Salam bro Bwan..[:D]

Ttng bajet raye nie…kawe setelkan keperluan anak2 dulu la…kalo ada bajet lebih baru la utk KDN…kawe takde pun takpe…“RAYA TTP RAYE JUGAK”…[:)]

P/S:KALAU ADA BONUS LAIN LA PULAK CITERNYE…ITU PUN KALAU ADA LA…[^]

[img]http://upload.imgspot.com/u/07/274/23/vatlogo2.JPG[/img][img]http://upload.imgspot.com/u/07/274/23/sharkbig8766.gif[/img] ROMICO2 (019-6968074) romico_2@yahoo.com

Walaupun saya nih muda lagi, tapi zaman macam tu sempat gak rasa. Masih dalam zaman meriam buluh kalau kat kampung. Cuma saya tak tinggal kat kampung (jadi saya terlepas bahagian meriam buluh tu… Sedihnya… hehehe…). Tapi macam yang bro bwan cakap, kebanyakan ibu bapa zaman tu memang tak kasi anak2 kuar malam sangat. Tapi masa ramadhan adalah malam yang agak bebas bagi kanak2. Terawikh buat lapan rakaat jer. Abis kul 9.30 paling2 lewat. Tapi sampai rumah adalah dalam kul 11.30 atau 12.00 malam. Mana tidaknya. Dengan acara perang mercun lah, main bunga api lah, game2 kampung lain lah (polis sentri, sembunyi2, etc…) dan lain2 lagi. Balik umah jer bukan kena marah sebab lambat tapi sebab baju melayu berlubang sana sini kena bedilan mercun pihak tentera musuh. Hahaha… Indahnya zaman tu. Zaman yang tidak ada erti “duduk bersendirian mengadap ps3 lagi bagus” macam kanak2 zaman ini.

Tapi kini semuanya dah berubah… Tak sama malah boleh dikatakan jauh sekali. Tapi adat la. Zaman akan sentiasa berubah… Sekarang ni merupakan tahun pertama saya beraya bersama kdn. Dan juga tahun pertama beraya tanpa seorang insan yang bergelar ibu… [:(] Suasana dah lain. Tah macam mana la agaknya. Mungkin juga akan jadi tahun pertama saya beraya dalam tangisan. Siapa tahu… Tapi apa sekalipun, nostalgia zaman kanak2 dulu tetap dalam ingatan…

======================== Ada rezeki, ada la...

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>

AKU RAJA KUMPAU DARI GENG

TAPI AKU TAK KISAH JE…

Jauh sangat suasana perayaan dulu dan sekarang, barangkali keseronokan lampau telah menjadi korban permodenan sekarang.. Dulu time yang syok adalah bila ada pertandingan bertuntung pelita. Cukup meriah dengan geng2 pegi mencari kayu dan buluh sekitar kampung sampai habis rimbunan buluh kena tarah, pegi kedai beli minyak tanah, sumbu pelita dan pelita… Bukan nya nak menang pun tapi semangat menyambut hari raya, bersama kawan berkerjasama dan mencantikkan halaman kampung yang menjadi keutamaan… Tapi sekarang tiada lagi dipraktikkan, masing2 sibuk mencantikkan halaman rumah sendiri.. Kanak2 pula menjadi pasif, cuma duduk depan tv melayan rancangan yang disajikan stesen televisyen dan tidak begitu menghayati erti sebenar hari raya… Sayang cukup sayang… tapi ini lah harga sebuah permodenan…

ya…teman masih ingat lagi mercun lidi, meriam buluh (siap kena ikat dgn dawai tak bagi meletup, walaupun ada bahagian lain dah meretak), meriam tanah dan meriam tin. Itu nostalgia lama yang teman sempat buat,alami dan saksikan dengan mata kepala sendiri. Parut di lengan tercucuk besi penyokong lemang masih ada lagi dan tiap kali anak-anak teman tanya, teman teringat balik zaman budak-budak teman yang totally different dengan zaman mereka sekarang.
Polis sentri, aci tiang, galah panjang, dema tak tahu pun ape ke benda nye tu. Yang dema tahu chatting, PS3, X Box ngan tengok wayang malam minggu.

Tahun ni tok dema dah takde, tak terlambat rasenye teman membawa kembali kenangan zaman kanak2 teman dulu mase raye ni sepertimana yang bapak teman bagi exposure pada teman satu ketika dulu.

Enjoy the arts of fishing,you will discover the amazing gift from The Almighty.

salamz bro bwan…

Pertama sekali saya mengalu2kan hasil penuulisan bwan yg semakin aktif aggresif setelah melepaskan segala bebanan sbg mod. Saya pun tumpang gembira sbb melalui posting2 bwan mmg blh nampak bro tgh ceria dan kurang tekanan dari anasir2 yg tak diundang…selamat kembali semula menjadi ahli biasa seperti kami

Mmg tak nafikan sambutan ramadhan dan syawal setiap tahun kebelakang ni makin hambar.tp mungkin saya sorang je yg terasa begitu kot.mungkin bro2 yg lain ok je dan makin meriah.saya blh lihat budak2 skrg pun dah tak bersemangat sgt menyambut ramadhan mcm saya masa budak2 nakal dulu2..dulu saya dan geng2 cukup rajin ke surau atau ke masjid join org terawih walaupun ada kalanya kami tak terawih tp sekadar nak melepak2 je pastu menyelit time moreh..hehehhe.budak2 time skrg lak saya tgk lepas berbuka puasa lebih suka berkumpul kat simpang2 jln,bawah2 lampu jln,atau kat taman2 perumahan.ni saya duduk kat kawasan kampong,klu kat pekan2 atau Bandar tak tau la macamana..

Ttg bunga api dan mercun lak lg la sedih..saya bukan la nak membelakangkan undang2 negara,tp kesian gak kat budak2 yg dah takleh main bunga api dan mercun sgt (tp ada gak yg main sbb masih boleh dibeli kat sesetengah tempat dan juga tokan2 mercun).dulu saya cukup suka main bunga api.thunderclap,mercun katak,air bomb,cili kering,mercun naga,mercun cili padi,mercun cina,mercun lalat,mercun ayam,paying terjun,kereta kebal..dll..skrg ni yg blh jumpa pun bunga api lidi,bunga api besi,mercun bola dan jenis2 yg bahaya je..sbb tu undang2 bunga api pun makin ketat sbb mercun2 yg selamat dah susah nak jumpa..

Rohu_Slayer™

member of [The League of Tarpon]

..cAStiNG kAMu iNC.. U3: Team Siamang Gagap U4: Team Patin Dua Depa U5: Team C.A.S.T.I.N.G.K.A.M.U. L.U.R.E.N.A.T.I.C.A.N.S [IMG]http://i92.photobucket.com/albums/l24/rohu9slayer/ck-1.jpg[/IMG][IMG]http://i155.photobucket.com/albums/s300/bait4u/u5.gif[/IMG]

aduuhh…nostalgia… bagi anak perantauan mcm aku… teringat kampung halaman…

Salam bro rohu, betul tu bro. Macam terlepas daripada satu beban besar pulak bila dah jadi ahli biasa ni. Lagipun, sempena bulan ramadhan ni, bila orang tak suka kita, kita muhasabah la diri sendiri.

Balik pasal topik nostalgia. Masa dulu, awal pagi raya memang suasana yang sungguh syahdu. Pagi-pagi mandi, lepas tu pakai baju baru, cium tangan mak bapak. Lepas sembahyang, habis semua rumah jiran satu kampung kita serbu. Punya seronok walau pun masa tu satu rumah biasanya dapat seposen je. Kalau rumah cikgu ke atau rumah orang berada sikit, dapat la dua posen atau rekod saya lima puluh sen satu rumah. Itu macam dah kena loteri masa tu. Tak cukup jiran kampung sendiri, boleh pulak seberang ke kampung sebelah.

Tapi anak-anak kita sekarang, bukan kata nak bertandan ke rumah jiran, kita nak bawa pergi rumah saudara mara pun tak mahu. Semua nak melepek kat TV tengok rancangan TV sempena hari raya.

Masih terkenangkan kampung halaman…sayupppp…
Di bulan ramadhan..
ingat kawan2[:)],ingat more[:D],ingat mercun[:)],ingat meriam buluh[}:)],ingat aci nyorot[:)],ingat polis sentri[:)],ingat curi pelam..[}:)][:D],ingat INA</font id=“size3”>[:D](marka masa budak2 dulu),ingat pelita(panjut)[:)],ingat berbuka posa bersama keluarga..[:p],ingat baju baru,kasut baru[:)],ingat lagu rayaaaa[:D],ingat lemang,dodol[:D],ingat..ingat…ingat…[:(][:(]

Di 1 Syawal
ingat beraya,duit raya..[:D]ingat kawan2,[:)]ingat keluarga[:)],ingat sedara mara[:)],…ingat arwah atok dan opah[:(],
…masih ku ingat lagu Oh Ibu(MAMAT EXIST)..[:)]…

…masih kukenangkan wajah arwah ibuku…[:(][:(][:(]
…masih kukenang…[:(]

…yaa…masih kukenang…[:(][:(]

Patut ler saya tengok nick bro bwan jadi kaler biru dan bukannya kaler merah macam selalu… ingat pc saya yang problem… Walaupun dah jadi ahli biasa tapi pengalaman dan ilmu bro bwan masih amat diperlukan… Harap dapat menyumbang terutama pada kami yang masih mentah dah memancing ni…

Bro yop kide, samalah kita bro. Saya pun setiap kali menjelang hari raya, wajah arwah ibulah yang pastinya bertali arus dalam kepala. Dan tatkala teringat arwah yang bersusah payah memasak nasi dagang setiap kali menjelang hari raya, setiap kali tu lah air mata pasti bergenang, menitis dan tumpah daripada kelopak mata tanpa disedari. Agaknya, anak-anak kita esok ingat atau tak kita agaknya. So, jangan lupa bro semua ke pusara menziarahi arwah ibu ayah atau saudara mara yang sudah kembali.

Bro ziggerx, takda halnya. Isu kecil je tu. Dah selesai pun. Bro pun rajin-rajinlah berkongsi ilmu, tips, spots dengan kita orang semua.

quote:
Originally posted by bwan
Bro yop kide, samalah kita bro. Saya pun setiap kali menjelang hari raya, wajah arwah ibulah yang pastinya bertali arus dalam kepala. Dan tatkala teringat arwah yang bersusah payah memasak nasi dagang setiap kali menjelang hari raya, setiap kali tu lah air mata pasti bergenang, menitis dan tumpah daripada kelopak mata tanpa disedari. Agaknya, anak-anak kita esok ingat atau tak kita agaknya. So, jangan lupa bro semua ke pusara menziarahi arwah ibu ayah atau saudara mara yang sudah kembali.

Bro ziggerx, takda halnya. Isu kecil je tu. Dah selesai pun. Bro pun rajin-rajinlah berkongsi ilmu, tips, spots dengan kita orang semua.


Ya bro bwan…pusara arwah jgn lupa kita ziarah…
Bila kita kenangkan balik memang menitis air mata…syahdu..syahdu..

SELAMAT HARI RAYA </font id=“green”> </font id=“size3”> bro…[:)]

Bertambah syahdu lagi bila takbir bergema…[V]</font id=“teal”></font id=“size3”>

[img]http://upload.imgspot.com/u/07/274/23/vatlogo2.JPG[/img][img]http://upload.imgspot.com/u/07/274/23/sharkbig8766.gif[/img] ROMICO2 (019-6968074) romico_2@yahoo.com

Kawe lagi lah kedua org tua dah tak ada mmg sedih abis pagi rayo tu[^]

[IMG]http://aycu21.webshots.com/image/21260/2002942942992590917_rs.jpg[/IMG] mohd.radzi@volvo.com http://volvos.multiply.com 0193315123/0123485108 orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa WFR 5108 VAT @ mfn.net Volvo Angler's Team Jengking Fishing Team Sandakan Volvo Angler's Team

Bro Bwan,

Off topic sikit, sempena dah jadi orang awami ni, kawan nak kenal2 jugak, kalau idak dulu, masa mod (bintang merah2), nak bekenalan pun segan (kita pemancing tahap dubuk), jauh beza kawan dan bro…boleh kenai ka, dari mana, asal memang org K.K ke? atau kena transfer sana? dah kawin brapa anak? apa pekerjaan? kawan saja nak tahu ni…</font id=“Arial Black”></font id=“size2”></font id=“red”>

Termenung sejenak apabila terbaca kenangan silam kengkawan kat atas tu… terus teringatkan zaman bebudak sampai dah agak tua sikit ni…(hati tetap muda) memang banyak perubahannya… satu jer yg aku rasa tak berubah pada diri aku tat kala menjelang syawal…
iaitu air mata aku akan berderai lagi di pagi syawal… dan juga hari raya haji akan datang…
Air mata tu tetap akan keluar walauun aku cuba kawal… Biasanya selepas solat sunat raya aku bersama empat adik beradik yg lain beratur dihadapan emak dan bapa kita org… acara bermaaf maafan bermula… memandangkan aku anak yg kedua maka aku berada dibarisan kedua… apabila abg yg sulung dah buka bicara… yg lain dah turut berlenang air mata… apabila turn aku sampai… tak sempat nak cakap apa… air mata dah mencurah pasal dah terlalu sedih… kami lima beradik akan memohon ampun dan maaf macam dah tak kan jumpa lagi org tua kami…
syawal kembali lagi aku masih bersyukur kerana masih ada lagi insan yg akan ku peluk dipagi raya… iaitu emak dan bapa aku… walau pun aku ni dalam katogeri degil tapi dipagi syawal hati aku amat lemah…
so dipagi syawal tiada beza dari aku kecik sampai sekarang… cuma yg berbeza hanya yg beratur dipagi raya telah semakin panjang utk meminta maaf kat emak dan bapa aku… semua menantu dan cucunya akan turut beratur… tak berubah juga aku akan berada dibarisan keduaaaaaaaaaaaaa… dan air mata akan berderai lagi…
selamat hari raya…

…Uhh!!!Jalan moleh-molek sikit nanti jatuh…ploop!!!.. hah aku kata dahhh…[:D]</font id=“size2”></font id=“purple”>

******* j e b o n g - t i t a n t r i g g e r f i s h - b a l i s t a i d e s v i r i s d e s c e n s *******

Camana pengalaman kita hampir sama ehh, nak kata satu kampung tak juga, kampung saya kat selatan kampung korang kat utara.
Tapi kanak-kanak lebih memahami (baca mengikut intonasi cam dalam iklan ).

www.dewapancing.tripod.com
www.fishing2u.com
http://www.johorfishingtribe.com/

quote:
Originally posted by rahadibest
Bro Bwan,

Off topic sikit, sempena dah jadi orang awami ni, kawan nak kenal2 jugak, kalau idak dulu, masa mod (bintang merah2), nak bekenalan pun segan (kita pemancing tahap dubuk), jauh beza kawan dan bro…boleh kenai ka, dari mana, asal memang org K.K ke? atau kena transfer sana? dah kawin brapa anak? apa pekerjaan? kawan saja nak tahu ni…</font id=“Arial Black”></font id=“size2”></font id=“red”>


Seghiau gak saya bila baca soalan-soalan bro. [:D] Tak pernah lak orang tanya saya sampai cam tu dalam forum. Rasa cam kena tanya ngan orang income tax @ BPR lak. [:D] Tapi oleh kerana rasanya hutang ngan income tax semua pun dah jelas, rasanya ok kot kalau saya jawab.[:D] Saya bukan orang KK tapi anak jati Kelantan, Orang rumah memang orang KK. Saya first posting di KK tahun 1990 sebagai cikgu dan dua tahun lepas tu jumpa dan kahwin dengan orang rumah sampai sekarang. Umur baru 42 pada september lepas. Anak dah 3 dan mungkin tak tambah lagi. [:D] Sebenarnya saya jawab soalan bro sebab mungkin banyak orang kenal nick saya tapi tak ramai orang kenal saya sebab saya jauh di KK. Terima kasih kerana bertanya.[:D]

betul gak tu bong…teman pun sedih syadu biler dgr takbir bergema…nostalgia teman pula bile malam raya…acara aktiviti takbir ke rumah …seronok biler masuk umah org dapat tgk dalam hehehehe…acara takbir malam yang mana bertakbir dan berdoa agar keselamatan tuan rumah …then acara makan2..tu yang best tu…dah cam umah mana makan yang best…acara takbir ni mmg tak pernah miss ..walau pun diKL…teman takder kampung…hehe…kena lak pada teman yang tiada kpg nie…meriah juga walau pun beraya di KL…acara memasak lemang pagi hari dan bertakbir di malam hari…
bab main mercun tak mcm sekarang…dulu teman siap main perang2 lagi sampai berlobang kain pelikat terbakar kena mercun das…tapi skrg sunyi jer rasa..walau pun kedengaran sikit2 mercun…apa2pun kali nie lain sikit berbanding bujang dulu sebab dah ada 2 keluarga so kena pandai2 bahagi…apa2 pun SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…Maaf ZAHIR & BATIN…jemput ke rumah…

quote:
Originally posted by jebong
Termenung sejenak apabila terbaca kenangan silam kengkawan kat atas tu..... terus teringatkan zaman bebudak sampai dah agak tua sikit ni....(hati tetap muda) memang banyak perubahannya... satu jer yg aku rasa tak berubah pada diri aku tat kala menjelang syawal... iaitu air mata aku akan berderai lagi di pagi syawal... dan juga hari raya haji akan datang... Air mata tu tetap akan keluar walauun aku cuba kawal... Biasanya selepas solat sunat raya aku bersama empat adik beradik yg lain beratur dihadapan emak dan bapa kita org... acara bermaaf maafan bermula... memandangkan aku anak yg kedua maka aku berada dibarisan kedua... apabila abg yg sulung dah buka bicara... yg lain dah turut berlenang air mata.... apabila turn aku sampai.... tak sempat nak cakap apa..... air mata dah mencurah pasal dah terlalu sedih.... kami lima beradik akan memohon ampun dan maaf macam dah tak kan jumpa lagi org tua kami..... syawal kembali lagi aku masih bersyukur kerana masih ada lagi insan yg akan ku peluk dipagi raya... iaitu emak dan bapa aku..... walau pun aku ni dalam katogeri degil tapi dipagi syawal hati aku amat lemah..... so dipagi syawal tiada beza dari aku kecik sampai sekarang... cuma yg berbeza hanya yg beratur dipagi raya telah semakin panjang utk meminta maaf kat emak dan bapa aku..... semua menantu dan cucunya akan turut beratur.... tak berubah juga aku akan berada dibarisan keduaaaaaaaaaaaaa................................. dan air mata akan berderai lagi...... selamat hari raya.....

…Uhh!!!Jalan moleh-molek sikit nanti jatuh…ploop!!!.. hah aku kata dahhh…[:D]</font id=“size2”></font id=“purple”>

******* j e b o n g - t i t a n t r i g g e r f i s h - b a l i s t a i d e s v i r i s d e s c e n s *******


a.alaikum kenkawan..
syahdu…bila terkenangkan pengalaman ramadan dan syawal bersama kedua orang tua. kawan merupakan anak tengah dari 9 beradik dan merupakan antara paling dimanjai oleh arwah bapa kawan.
seminggu sebelum raya kawan akan berkumpul ramai2 dengan kenkawan dimasjid. selepas terawikh kami akan mengaji ramai2 sehingga jam 4 pagi. tugas kami seterusnya akan berarak beramai ramai sepanjang jalan raya kat kg kawan ditanah merah untuk kejutkan orang bangun sahur.
kompang, tin dan buluh kami palu ramai2 sehingga sejam sebelum imsyak. arwah bapa kawanlah antara orang yang paling sibuk masa tu menghantar juadah kawan dan kenkawan untuk berbuka dan sahur dimasjid.
dipagi raya kami semua berkumpul dirumah nenek. malamnya orang2 dewasa semuanya sibuk memasak manakala kami pula sibuk membakar bermacam jenis mercun bersahutan dengan bunyi meriam buluh yang dimainkan oleh abang2 kawan. seawal jam 3 pagi kami sudah mulai bangun dan bergilir gilir mandi sunat hari raya. perkara yang paling sayu setiap pagi raya bilamana melihat kedua orang tua kawan menangis bila bersalaman dan berpelukan dgn nenek pastu diikuti pakcik dan makcik kawan yang lain. suasana dipagi 1 syawal akan lebih sayu lagi bila semua anak2 pula menangis bersalaman dan berpelukan sambil memohon ampun dan maaf dari kedua orang tua masing2. hanya suara dan ketawa kanak2 kecil saja kedengaran dalam tangis sendu orang2 dewasa. kini nenek dan bapa sudah tiada dan kami anak beranak beraya dirumah emak kawan dikota bharu tapi suasananya sudah berubah selari dengan kemodenan dan suasana semasa.

http://www.JohorFishingTribe.com