WELCOME TO P.A.T’s PORT</font id=“red”></font id=“size6”>
all are welcome [IMG]http://i228.photobucket.com/albums/ee203/meyah_7/untitled1-2.jpg[/IMG] [IMG]http://i228.photobucket.com/albums/ee203/meyah_7/untitled2-2.jpg[/IMG]kalau berminat, sila berhubung dengan saudara terubuk</font id=“blue”>…[:D][:)]
Part I... [img]http://www.mannythemovieguy.com/images/clash_of_the_titans_new_movie.jpg[/img]
Tarikh : 17-18 Oktober 2009
Lokasi : Gugusan Pulau Sembilan
Bot : RG
Ahlul 1 : Pokcik aNDy
Ahlul 2 : RC
Ahlul 3 : Tubuk
Ahlul 4 : Burned
Ahlul 5 : Jalijantan
Ahlul 6 : Evo2618
Ahlul 7 : Shafiq
Syarat:
Hanya untuk ahlul PAT rasmi sahaja.
Artificial lures sahaja.
Kalo dapat biar la 3 ahlul dari utara dan 3 ahlul dari Central ni…
Lagi meriah rasanya…
Satu team diketuai oleh keduanya artis RTM kerana dah tua, iaitu RC n Pokcik.
Apa cadangan korang semua?
Pas event tu kita wat la makan-makan ala-ala open house Raya gitu…
Bincang la tarikh ngan apa jua yang korang mau…
Harap jadi la rancangan ni…
Setelah perancangan dan sesi tembak-menembak serta perang psikologi mahupun tekanan
psikologi dari tokey bot, trip yang dirancang berbulan lalu akhirnya dilaksanakan juga.
Biarpun di saat-saat akhir seakan-akan pokcik nak terkantoi dengan member kamceng dia,
namun ada lagi member lain yang juga kamceng berjaya menyelamatkan trip ini.
Atas sebab itu maka trip pertembungan antara ahli-ahli PAT wilayah Utara dengan ahli-ahli PAT Central region akhirnya termaktub juga di dalm lipatan sejarah pancingan yang ntah hapa-hapa ni…
Sebab trip pun ntah hapa-hapa dan laporan juga mungkin jadi ntah hapa-hapa, seeloknya korang tengok gambor sudah la…
Malas aku nak menulis panjang lebar… Korang sajalah yang tokok-tambahkan ceritanya…

Lalalala…
Pagi yang gelap kini sudah terang
Apan yang gelap tak berani berperang…
Lalalalala…

Jali : Agak-agak pokcik, berapa nilai aset-aset ni semua?
Pokcik : Err… mahu rm5~6juta kut…
Jali : Tak jadi nak belilah kalau macam tu… Murah sangat!
Saya nak cari yang rm18juta and above saja…

Jali : Tapi… saya ingat nak beli port mancing dia saja laa…
Agak-agak berapa juta rupiah tu, pokcik?
Pokcik : Rasanya tak mahal sangat kut… Ko sponsor Apan kat tokey chalet pun
dah lebih dari cukup rasanya…

Muka-muka yang berasa nak jadi chempion… Shafiq, RC, terubuk,evo, pokcik dan jali yang menyendeng tangga bot kat belakang tuu…
Burned dilarang menyertai sesi foto berkumpulan kerana dipercayai akan menyerap lebih
cahaya flash dan menggelapkan gambar…
Biasalah sebelum masuk gelanggang semua rasa handal… Semua pakat dok psiko lawan masing-masing
sambil menyembunyikan aura-aura kap-wau-mim-pa-alif-wau masing-masing…

Terubuk : BC dgn rod ni jangankan baby GT, bapak GT pun nanti melutut… wa cakap lu…
Jali : Ek eleh… aku kalau bapak GT tu guna rod tuut aku jer… (kata dalam hati saja laa…)

Tubuk : Apapapun kita mau team up laa… 2 Banax Zest takkan takleh pukul Abu STX kut?
Jali : Jangankan Abu STX, Abu SEX pun aku kompom boleh belasah nii…
Macam tu la harapan dan impian palsu mamat dua ekor tu… Bela misai pun tak mampu, ada hati nak
ngalahkan teman kasting guna BC. Lupa gamaknya pesanan awal aku dulu, bukan Reel BC tu yang
diaorang tentang, tapi tuan empunyanya… Biarpun aku baru sebulan jagung main BC, tapi jagung-jagung
kat Pulau Sembilan ni semua aku tahu kat mana diaorang tanam…

Shafiq : Mintak maap, teman tak champor… nak main BC ka, nak main besi ka… Lantak
korang ler… Teman nak main bulu jer…
Nak main bulu… nak main bulu…

Jali : BC tu untuk cover up saja… Ni aku dok set up senjata rahsia pulak ni…

Jali : Apa tengok-tengok? Mau tengok kejap lagi la time aku tarik naik GT sat lagi…
Arapaima gigas pun dah pernah naik la dengan set aku ni…
Kita tinggalkan sebentar jali dengan labu-labunya… Kita cuba skodeng pokcik pulak…
Apa pulak la strategi bujang terterter tu…

Pokcik : Dari aku layan sembang kosong diaorang, aku layan nasik lemak Man Kanji lagi baik…

Shafiq : Betul tu pokcik, kita belasah kasik licin nasik lemak ni… Baru power kasting nanti…
Sekali henjut sampai petang kita tak payah top up dah…
Dengan itu berakhirlah episod pertama siri jelajah hantu-hantu PAT pada hari Deepavali ni…
Untuk episod seterusnya anda akan dibawa menjejaki Burned Steel yang manyau cuba menuntut
ilmu kumpau dari tetuan terubuk pulak…
Sementara menanti kemunculan episod II, kita layan iklan dulu…

RC : Dengan pemandangan sebegini, tak mancing pun tak apa…
Nak-nak lagi kalau keli ada di sebelah…
Cabotttttttttttttttttt!!!</font id=“red”></font id=“size3”>
Psst! Don’t forget to come back for next episode… [;)]
…
Episod II... Kambing now... [:D][:D][:D]
Well, tiba masa untuk Pak Aji sambung cerita bab kedua pulak… Seperti yang Pak Aji bagitau semalam,
untuk episod kedua ni kita tengok gelagat Burned pulak ketika menghadapi debaran tonemen ni…

Burned : Agak-agak lepas tak ni guna gewang kasting PB ni? Boleh kuttt… PB Air Kuning pun boleh
bengkak kepala, inikan pulak baby-baby GT jer…
Begitulah detik hati Burned ketika memilih-milih gewang yang difikirkan sesuai untuk mencabar anak-anak
GT di Pulau Sembilan ni… Namun usahlah kalian semua terpedaya, biarpun gewang penuh kotak tetapi
dadanya tetap kosong… Nak penuhpun cuma tulang-temulang saja…
Atas ketidakyakinan itulah maka senario berikut berjaya dicuri rakam…

Burned : Tolonglah saya tuan… Tolong laa… Tuanlah saja harapan saya untuk kalahkan RC ni…
Hanya tuan yang mampu bantu saya… Tak ada lagi yang lebih terrer dari tuan…

Terubuk : Apa, nak tolong ngko? Aku sendiri pun tak pasti boleh lepas dengan jali lagi ni…
Ko nak suruh ajar ko pukul RC? Giler ke haper ko ni???
Burned : Err… betul ker tak boleh ni, buk? Kalau cenggini aku kena cari tok guru lain la…
Sesia saja aku sara hidup ngko selama ni… Hampeh!!!

Pokcik : Bagus… bagus… Bergaduh lagi laa… baru senang sikit aku menjalankan strategi aku seterusnya…
Tapi buat masa ni biar aku sumbat perut kasi penuh dulu laa… Nasi lemak Man Kanji is the best!
Saya mesti pileyyy!!!
Asyik citer strategi diaorag jer… Aku punya strategi korang tanak tahu ker?
Korang mesti tak boleh imagine punya aku punya strategi… Lulusan U mana sekalipun takkan boleh teka punya…

Senang jer nak psiko diaorang ni… Buat jer macam tak cukup energy, tak cukup tidur dan tak cukup tenaga…
Nak lagi sempoi, buat-buat mabuk dan muntah hijau…
Tapi tak sampai hatilah pulak aku nak muntahkan keluar nasi lemak Man Kanji tu… Nanti takleh nak ripit dah, habis Pokcik belasah!
Bila diaorang tengok aku tak bermaya, langsung diaorang fikir senang-senang jer boleh belasah aku…
Diaorang tu samalah macam ikan pemangsa, nampak ikan mangsa pening dan mabuk-mabuk terus nak serbu… Silap banyaklah…


Kan aku dah kata… Bila tengok aku camtu diaorang terus over-confident! Jali tu siap berdengkur
mengalahkan badak air bunting lapanbelas bulan lagi…
Hampeh punya geng, ingatkan bawa dia boleh support jaga nama baik hantu Utara… sudahnya jaga perut dia saja…

Pokcik : RC, diaorang semua dah tumbang. Tinggal kita berdua saja ni, ko masih nak challange teman jugak ke?
Ko tak nampak gambor dlm majalah ni? Baju, spek, topi semua sama cam yang teman pakai…
Orang dalam gambar tu pun cam sama muka teman jer…
Pokcik…Pokcik! Silap oranglah nak gertak teman… Sedangkan jagung di Pulau Sembilan ni pun teman tahu kat mana
diaorang tanam, inikan pulak anak-anak banang yang dalam majalah tu… Kat mana diaorang diberanakkan,
bila diberanakkan dan berapa gram sewaktu diberanakkan semua ada dalam memori card kepala teman laa…
Tapi tak apalah, tak payahlah kita kalut-kalut… Kebenaran akan terserlah jua nanti…
Jadi… kita tengok iklan dulu…

Biarpun bendera tu ada carik sikit, tapi bangga aku sebab Man Kanji ni membuktikan nelayan pun ada
semangat dan jiwa Malaysia tanpa menunggu hari kemerdekaan saja…

Ceh! Ngelat tul budak sekor ni!!! Orang lain tidur lagi, dia dah start! Trolling pulak tu…

Kan orangtua dah kata, tak elok main ngelat ni… Udah kantoi… Nasib baik treble jer yang kangkang,
kalau tidak alamat ko pulak kena kangkang…
Degil cakap orang, kail PB mana layak main kat Pulau Sembilan… Main kat Pulau Juar boleh laa…
Kat mana Pulau Juar korang google-earth sendiri laa…


Kok iye pun nak fight, gentlement sikit laa… Start sama-sama side by side… Rossi the Doctor pun tak ngelat la…
Menang baru orang respek!

Man Kanji : Respek? Respek apa kebendanya baling ikan tipu… tarik ikan tipu! Nak aku respek pun
tariklah ikan betul-betul… Ikan BESARRRR PUNYAAAAAAAA ~ cam dalam iklan Meggi mee tu…
Begitulah ceritanya episod kedua dari Pak Aji… Kita biarkan cerita ni tergantung supaya korang semua pening memikirkan
apakah kesudahan seterusnya sebagaimana peningnya Man Kanji memikirkan perangai pelik hantu-hantu yang menyewa
botnya pada hari Deepavali itu… [:D][:D][:D]









