PEMANCING DAN PENGULAS BERETIKA

Jika semua pemancing mempunyai sikap begini maka tidak pupus ikan di bumi Allah ini. InsyaAllah.

http://www.bai-world.com

Menurut kata-kata Mejor (B) Ismail(Pengerusi PEMM) pemancing di Malaysia masih jauh ketinggalan. Apa pandangan saudara tentang ulasan ini.

http://www.bai-world.com

salam mat_jo, takleh tengok apa pun…[:(][:(][:(]
silap address kut…

Takdak yang besARQQQQ, yang KECikkkkk pun alhamdulillah…

Address BaiWorld ada la…


Cikgu</font id=“blue”>
“Plok plok plok..Seng cilik delok..Seng gedi nyaplok”</font id=“teal”>

Insyaallah boleh. address tu tak salah.Mungkin lambat kut.

quote:
Originally posted by RooSTa_CaSTeR
salam mat_jo, takleh tengok apa pun...[:(][:(][:(] silap address kut...

Takdak yang besARQQQQ, yang KECikkkkk pun alhamdulillah…


http://www.bai-world.com

quote:
Originally posted by mat joran
Menurut kata-kata Mejor (B) Ismail(Pengerusi PEMM) pemancing di Malaysia masih jauh ketinggalan. Apa pandangan saudara tentang ulasan ini.

http://www.bai-world.com


Errr...ada ke apa-apa bidang yang lain kita jauh ke hadapan. Ada kot: 1. Rempit 2. Eksiden 3. Jenayah

Maksud di sini, soal memancing. Kita harus mengupas apakah yang dikatakan pemancing beretika itu sendiri sehingga dapat menemplak telahan bahawa pemancing kita " jauh ketinggalan". Tidak seharusnya kita melihat dari sudut yang terlalu sempit.

http://www.bai-world.com

Subject ni klu nak dpt feedback yg lebih tepat kenalah tanya kawan2
kita yg dah pergi mancing sampai Maldives, UK, Jepun etc… Diaorang
bolehlah buat comparison. Cam kita yg mancing kat tempat sendiri cuma
depend kpd info2 news, internet, astro sj susah sikit nak judge.
Tp bila bandingkan dgn Thailand ( stakat yg saya pernah pergi la.. ),
diaorang mmg jaga industri memancing ni. Layanan crew2 bot yang disewa
lebih memuaskan. Umpan, makan, simpan kenderaan semua diaorang take care.
Pendek kata well organized. Kita kat sini tekong2 pun susah sgt
nak cari yg betul2 professional dan jaga bussiness, jaga kepuasan
pelanggan. Banyak yang take it as one time deal business.
Pergi mancing biasanya kita nak fokus memancing semata2, tp ada trip
kita kena jadi awak2 labuh/tarik sauh, kena masak sendiri, bawa umpan sendiri, etc…

Sekadar pandangan dari pengalaman saya, pastinya berbeza dgn pandangan dan
pengalaman kawan2 lain…

Takdak yang besARQQQQ, yang KECikkkkk pun alhamdulillah…

Kita bahagikan kepada beberapa bahagian.
1.Memancing ikan air tawar
2.Memancing ikan air masin
3.Memancing di kolam berbayar
4.Memancing di lombong percuma
5.Memancing laut dalam
6.Memancing di sungai
7.Memancing di Kelong

http://www.bai-world.com

quote:
Originally posted by bwan

Errr…ada ke apa-apa bidang yang lain kita jauh ke hadapan.
Ada kot:

  1. Rempit
  2. Eksiden
  3. Jenayah

sangat sangat bersetuju dengan bro bwan…
bab yang tu memang kita jauh terkedepan…
rasenye yang lain lain memang dah jauh ketinggalan daripada kita…
hehehehehehehehe…

back to the topic…

setuju dengan ape yang bro roosta_caster cakap…
tidak dinafikan bab organising trip nie…
tekong belah sini memang agak kantoi sikit…
tapi tak semua la…
ade gak yang bagus even tak 100% bagus macam tekong/organiser negara jiran (thai) dan lain lain tempat…

tapi cuba kita tengok mentaliti pemancing di malaysia itu sendiri…
just imagine, kalo kerajaan cakap aktiviti memancing ikut season SAHAJA…
lets say, dari mac - sept aje…
waktu lain mancing, kene saman or black list or worse than that, masuk jail…
kalo nak mancing (season time) kene apply permit memancing dulu…
takde permit, kene saman or black list or worse than that, masuk jail…
peralatan mancing juga mesti ikut spec yang dibenarkan sahaja…
lari spec, kene saman or black list or worse than that, masuk jail…
spesis yang boleh ditangkap pon hanya yang tertentu sahaja…
spesis lain, kene saman or black list or worse than that, masuk jail…
kuantiti (Kg/Lb) tangkapan juga ade certain limit…
exceed limit kene saman or black list or worse than that, masuk jail…

agak2 kalo berlaku senario macam tu…
pemancing kita boleh accept tak…?
tu belom masuk bab CARE (Catch n Release) lagi tu…

tasik putrajaya yang tak bleh mancing tu pon belasah semacam je…
inikan pulak nak main seasons…
herm…

[img]http://i65.photobucket.com/albums/h226/hhchai/MalaysiaFlag.gif[/img][img]http://i12.photobucket.com/albums/a224/mejabesi/MFNu5.gif[/img] _______________________________________________________________________

Angling is all about the passion of fishing</font id=“red”>

_______________________________________________________________________</font id=“black”>

godet7@YAHOO.com

Jauh lagi kalau kerajaan nak perkenalkan peraturan macam di Barat dan kalau nak diperkenalkan pun, mestilah disesuaikan dengan budaya dan adat resam masyarakat tempatan yang rata-rata berpendapatan rendah dan ikan adalah sumber protein yang utama dan menjadi makanan rutin seharian.

Apa kata kerajaan atau pihak berkuasa termasuklah persatuan-persatuan memancing yang diktiraf oleh kerajaan memulakan langkah dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada seperti mengawal aktiviti mengebom ikan, meracun karang, menuba, mengaran dan yang paling teruk aktiviti pukat tunda yang memusnahkan batu karang dan menyapu bersih semua anak-anak ikan.

Banyak pemancing kita yang sudah mengamalkan etika sendiri tanpa kewujudan sebarang peraturan tetapi sebaliknya pihak berkuasa perlulah lebih proaktif untuk memastikan sukan memancing terus berkembang.

quote:
Originally posted by bwan
Jauh lagi kalau kerajaan nak perkenalkan peraturan macam di Barat dan kalau nak diperkenalkan pun, mestilah disesuaikan dengan budaya dan adat resam masyarakat tempatan yang rata-rata berpendapatan rendah dan ikan adalah sumber protein yang utama dan menjadi makanan rutin seharian.

Apa kata kerajaan atau pihak berkuasa termasuklah persatuan-persatuan memancing yang diktiraf oleh kerajaan memulakan langkah dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada seperti mengawal aktiviti mengebom ikan, meracun karang, menuba, mengaran dan yang paling teruk aktiviti pukat tunda yang memusnahkan batu karang dan menyapu bersih semua anak-anak ikan.

Banyak pemancing kita yang sudah mengamalkan etika sendiri tanpa kewujudan sebarang peraturan tetapi sebaliknya pihak berkuasa perlulah lebih proaktif untuk memastikan sukan memancing terus berkembang.


[:D][:D]TAKBIRRRRRR</font id=“green”>
[^]Betoi tuh…

[img]http://i65.photobucket.com/albums/h226/hhchai/MalaysiaFlag.gif[/img][img]http://s181.photobucket.com/albums/x301/Biak_toman/th_B-3.gif[/img]GhenTap biaQ TerCaBuit TuLang NyoNgeng BeGhi TerSimPoi ughat belikat baghu syok mengai
quote:
Originally posted by bwan
Jauh lagi kalau kerajaan nak perkenalkan peraturan macam di Barat dan kalau nak diperkenalkan pun, mestilah disesuaikan dengan budaya dan adat resam masyarakat tempatan yang rata-rata berpendapatan rendah dan ikan adalah sumber protein yang utama dan menjadi makanan rutin seharian.

Apa kata kerajaan atau pihak berkuasa termasuklah persatuan-persatuan memancing yang diktiraf oleh kerajaan memulakan langkah dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada seperti mengawal aktiviti mengebom ikan, meracun karang, menuba, mengaran dan yang paling teruk aktiviti pukat tunda yang memusnahkan batu karang dan menyapu bersih semua anak-anak ikan.

Banyak pemancing kita yang sudah mengamalkan etika sendiri tanpa kewujudan sebarang peraturan tetapi sebaliknya pihak berkuasa perlulah lebih proaktif untuk memastikan sukan memancing terus berkembang.


Coretan yg pendek dari Bwan dapat saya ringkaskan seperti sedemikian:-

  1. Mewujudkan peraturan sehaluan dengan budaya/adat resam oleh Kerajaan – ya, setuju!!
    Pada hakikatnya, kerajaan tidak mengambil berat terhadap sukan memancing. Bila tidak mengambil berat, maka usaha untuk mencari formula mmg sifar apatah lagi untuk menguatkan undang2. Jika ada sekali pun, papan tanda yg bertulis..“anda dilarang memancing dikawasan ini”….bukannya, “anda mesti mempunyai lesen untuk memancing dikawasan ini”. Ada satu persoalan ingin dikongsi bersama dimana banyak badan2 berkanun seperti penaja2 pertandingan memancing sanggup menaja ribu-ribuan ringgit bertahun2 lamanya. Terfikir oleh saya mereka sanggup berbelanja tetapi adakah mereka ada membuat sesuatu untuk meningkatkan kualiti sukan ini? Kalau nak jadi seperti di US…..mereka dah merdeka sejak dari tahun 1783. Sudah tentu pelbagai improvement yg mereka dah lakukan. Sejarah membuktikan bahawa mereka juga mempunyai permasalah dlm penubuhan undang2 menangkap ikan. Ini berlaku apabila nelayan US mengutuk sekeras-kerasnya terhadap nelayan tradisional Cina/Rusia menangkap ikan jerung pada tahun 1926 lagi. Sejak dari itu, pelbagai usaha untuk menghasilkan peraturan perikanan dan menjurus kepada undang-undang dlm aktiviti penangkapan ikan secara memancing. Hah, kita baru merdeka 50 tahun, masih banyak perkara yb penting perlu didahulukan daripada memikirkan hal pancing memancing ni….(itulah yg tersirat dlm minda pemimpin kita skrg!!!) . Jadi, jgn rasa mereka (kerajaan) tak mahu fikirkan…Cuma mereka mahu menunggu masa serta mempunyai tenaga mahir dlm merealisasikan hasrat ini.
  2. Berpendapatan rendah - (yg ini saya tak berapa jelas sejauhmanakah rasionalnya!!)
  • Apakah kaitan dgn pemancing yg beretika dgn “Berpendapatan rendah” dimana saya menjurus kepada tajuk topic diatas? Bagi saya, seseorang yg berpendapatan adalah golongan yg tidak mampu membeli ikan yg berkualiti dipasaran, tidak boleh beli kelengkapan menangkap ikan seperti bot nelayan mahupun reel yg mahal2 kalau nak memancing.
  1. Sumber protein yg utama - ya setuju!! (tak sempat nak komen)
  2. Masalah pengamalan peraturan sendiri - ya setuju!! (tak sempat nak komen)

Eat Well, Stay Fit…Die Anyway!!!
COLOSSOMA TEAM
Cheras Fishing Club
Team Budu Anglers
Persatuan Memancing Malaysia
The Malaysian Angling Association</font id=“blue”></font id=“red”>

quote:
2. Berpendapatan rendah - (yg ini saya tak berapa jelas sejauhmanakah rasionalnya!!) - Apakah kaitan dgn pemancing yg beretika dgn “Berpendapatan rendah” dimana saya menjurus kepada tajuk topic diatas? Bagi saya, seseorang yg berpendapatan adalah golongan yg tidak mampu membeli ikan yg berkualiti dipasaran, tidak boleh beli kelengkapan menangkap ikan seperti bot nelayan mahupun reel yg mahal2 kalau nak memancing.
Pemancing beretika selalu dikaitkan dengan penggunaan peralatan yang sesuai dengan spesies yang ditangkap dan penggunaan pelbagai peralatan termasuk gewang. Pemancing beretika juga dikaitkan dengan amalan CnR. Untuk membeli peralatan pun sudah satu kepayahan, belum lagi dikira wang yang dikeluarkan untuk membayar sewa bot. Inikan pula selepas beratus-ratus modal dikeluarkan, ikan-ikan yang ditangkap hendak dilepaskan semula?

setuju dengan bwan…

sekiranya aktiviti MEMANCING ikan semata mata…
tanpa penglibatan aktiviti lain seperti…
mengebom dan mengelektrik (betul ke ayat aku nie)…
insyaallah populasi ikan di negara kita akan kekal maintain sampai bila bila… kalo kiamat esok, itu tak tau la… [:p]
rasanya tanpa perlu benar benar mengamalkan apa yang disarankan oleh CARE pon…
populasi ikan di negara kita tidak terlalu terjejas teruk…

rasanye ade eloknye kita hidupkan kembali program ‘tukun tiruan’ (betul ke ayat aku nie)
dan beberapa program lain yang bertujuan untuk menyelamatkan alam sekitar…

selain itu, tabiat ‘TAK PA’ tu elok le kita buang jauh jauh…
bukan setakat daratan aje…
sungai, tasik, laut dan lain lain sumber air tempat ikan yang hendak kita pancing pon turut terjejas…
kalo kita masih mengamalkan tabiat pembuangan sampah yang tidak teratur…

waktu memancing di laut tu…
plastic bungkus apolo, plastic bungkus gewang dan lain lain plastic tu…
jangan le dibuang ke laut…
memang ikan tak makan, tapi penyu yang juga salah satu hidupan laut tu makan…
kesian penyu tu (penyu menangis lagi…)
walaupun penyu tu kita kat sini tak makan n tak panicng…
tapi kehilangannya boleh menjejaskan keseimbangan ecology marine…

waktu mancing tu…
kalo kena ikan yang kita tak nak…
jangan le biarkan mati kering atas lantai bot…
buang le balik ke laut…
kalo ia dah mati pon…
boleh dimanfaatkan oleh kawan kawan die yang masih hidup…
sesambil tu boleh jugak kita buat rasuah…

same le jugak bila dapat ikan yang kita nak CnR…
kalo boleh tak payah le bawak naik atas bot…
takut nanti dok sebok nak bergambar…
mati pulak ikan tu…
melainkan kita memang kemaruk nak jugak bawak ikan tu balik…
(selalu kes nie terjadi kat ikan berparuh)

sepengalaman saya, once ikan nie dah sampai atas…
less than 5 minutes die sure mati…
so, kalo dah memang nak CnR…
tak payah bawak naik…
kalo nak amek gambo gak…
adjust le angle supaya boleh amek gambo kat dalam air…
posing berbaring sangat berguna disini…[:D]

kalo boleh, gunalah peralatan yang sepadan dengan ikan yang nak kita pancing…
tak salah guna tali 2lb buat main layaran…
main ikan paus pon boleh…
tapi berapa lama mau main…
ikan pon makhluk bernyawa jugak…
ada had limit jugak tenaga die…
kalo kita dah lanyak die sampai habis tenaga…
kemudian CnR je…
macam mana dia nak survive kat laut yang banyak ikan pemangsa lain…
boleh masuk bab sedara mara sespesisi die lagi…
so, tak payah le kita nak jadi jaguh kat sini…
sume orang tahu kita terrer pakai tali kecik ikan beso…
kali nie kite try pulak…
tali beso ikan kecik… [}:)]

jauh dah aku mengarut…
karang kene ‘fire ultramen’ pulak aku…
akhir kata…
yang elok itu datang dari Allah swt…
dan yang jelek itu datang dari kekhilafan aku sendiri…
ape pon…
fikir fikirkan lah… [^]

[img]http://i65.photobucket.com/albums/h226/hhchai/MalaysiaFlag.gif[/img][img]http://i12.photobucket.com/albums/a224/mejabesi/MFNu5.gif[/img] _______________________________________________________________________

Angling is all about the passion of fishing</font id=“red”>

_______________________________________________________________________</font id=“black”>

godet7@YAHOO.com

Pertama sekali yang ditekankan dengan beretika ini ia menyentuh soal sikap. Sikap pemancing yang memancing tidak kira tempat. Sikap terhadap ikan, Ikan juga adalah spesis yang bernyawa.. mempunyai naluri untuk hidup. Jika pemancing mempunyai kesedaran untuk menggunakan kaedah tangkap dan lepas ia amat baik. Banyak manfaat daripada kaedah seperti ini. Pertama, kepupusan spesis ikan itu sendiri. Contohnya layaran /merlin di laut…jika kaedah seperti ini(C n R)ini tidak diguna pakai maka, lama kelamaan ikan yang menjadi kegemaran pemancing di laut akan berkurangan dan generasi akan datang tidak berpeluang merasai tarikan seperti yang pernah kita rasa ini. Bukan nak makan sangat pun…

Begitu juga dengan memancing ikan kelah yang jauh berkurangan. Tempat tinggalnya juga semakin jauh ke dalam hutan. Akibat sikap manusialah ,ikan seperti ini menjadi malu untuk mendekati kita. Cuba bayangkan masa mendatang nanti, adakah ikan ikan yang mempunyai nilai warisan tinggi ini akan terus bertahan jika sikap kita masih berterusan memburu tanpa mengira saiz dan ukuran.
Kita perlu merenung jauh dengan perkara ini.

http://www.bai-world.com

Aktiviti memancing dengan cara tangkap lepas memang di amalkan di barat. Di Maldive, pemancing yang ingin membawa pulang ikan hanya yang mempunyai ukuran satu meter dengan berat yang dibenarkan oleh kapten. Ada yang membenarkan ikan seberat 8 kg , dan ada yang membenarkan ikan yang melebihi 15kg sahaja. Bergantung kepada tempat dan kapal-kapal yang kita gunakan untuk memancing di sana.

Amat terpuji , dengan pemancing yang menyertai pertandingan Royal Pahang Anjoran Berita Harian tempoh hari, semua ikan yang ditangkap dilepaskan semula selepas diukur dan di ambil gambar.
Ini menandakan pengiktirafan sukan memancing secara (C n R) di mertabatkan di Malaysia. Barulah pemancing luar tahu sikap sayangkan penghuni alam ini sama pada setiap insan .

Walaupun ada suara suara mengatakan, sukan memancing ini belanja besar dan tidak berbaloi apabila dah dapat , dilepaskan semula.

Apabila kita menceburkan diri dalam hobi ini, kita harus bersedia untuk menerima hakikat bahawa hobi kita ini bukanlah murah. Dalam menentukan itu semua, kena ada dalam diri sendiri. Adakah kita mampu? Adakah kita layak ? Adalah kita sudah bersedia? Jika suatu hari nanti seandainya sukan ini benar benar hanya untuk (C n R) apakah kita sudah bersedia menerima arus perubahan ini.

Secara peribadi, kita tidak akan rugi dengan cara kita akur pada peraturan seperti ini kerana , gambar bersama hasil tangkapan hanya ditampal di dinding dengan satu imbauan dan pengalaman yang sukar dimengertikan saat kita bertarung dengan ikan berparuh itu. Apakah kita tidak mahu memberi peluang anak kita merasai sentapan ikan itu…?

http://www.bai-world.com

Dalam pada itu , kita juga harus sedar bahawa sikap pemancing kita ini amat susah untuk menerapkan nilai-nilai kebersihan di dalam aktiviti memancingnya. Kenapa perkara ini harus terjadi?

http://www.bai-world.com

Kebanyakan pemancing di darat bercakap seolah2 dialah pemancing yang mencintai alam sekitar dengan membuat saranan agar jgn membuang sampah di lautan tetapi bila diatas bot selamber sahaja buang sampah ke lautan luas.Kenapa bila diatas bot boleh berubah sikap bertukar menjadi pemancing tidak beretika spt cerita transfomer bertukarrrr…

Tekong pula tidak berani menegur pelanggan atau pembantu tekong sendiri membuang sampah ke lautan luas.Tekong pula lebih kepada menjaga kebersihan dlm bot kalau ada kertas yang agak memyemakkan laluan dengan selembar sahaja ambil sampah buang ke laut…

Pemancing pula tidak bersikap terbuka antara satu sama lain dimana jika ada pemancing yang membuang sampah ada yang berani menegur.kebanyakannya melihat sahaja…lantakkkk kamu ler..kan kalau aku tegur berlaku pula provokasi kemudian kan ada pula yang kena celup kat laut ni…

Sebenarnya kebersihan ini melambangkan para pemancing sendiri. Penjagaan diri ataupun dikenali penampilan diri berkait rapat dengan personaliti individu itu sendiri. Mengenali pemancing yang terkenal dengan panampilan diri yang kemas serta sentisa menjaga kebersihan diri boleh dilihat dengan gaya membawa joran, kelengkapan memancing serta sentiasa membawa kain lap dan sebagainya.

Namun pemancing yang terkenal dengan bau yang menusuk hidung apabila didekati pastinya akan memualkan. Apakan ia juga di kenali sebagai pemancing yang mementingkan ciri-ciri kebersihan?

Kadang-kadang pemancing seperti inilah yang sukar untuk diterjemahkan kerana penampilan diri seolah olah membuatkan pemancing lain di sebelah fobia dengan sikap dan perwatakan. Ada tong sampah di sebelah pun dibuatnya tempat menyimpan ikan.

Adakah pemancing seperti ini merupakan pemancing tegar sehingga melupakan tanggungjawab menjaga kebersihan diri dan persekiratan untuk sama-sama dinikmati oleh semua masyarakat yang bakal berkunjung selepasnya. Bagaimana mentaliti seperti ini hendak diperbetulkan ?

quote:
Originally posted by Abuya
Kebanyakan pemancing di darat bercakap seolah2 dialah pemancing yang mencintai alam sekitar dengan membuat saranan agar jgn membuang sampah di lautan tetapi bila diatas bot selamber sahaja buang sampah ke lautan luas.Kenapa bila diatas bot boleh berubah sikap bertukar menjadi pemancing tidak beretika spt cerita transfomer bertukarrrr...

Tekong pula tidak berani menegur pelanggan atau pembantu tekong sendiri membuang sampah ke lautan luas.Tekong pula lebih kepada menjaga kebersihan dlm bot kalau ada kertas yang agak memyemakkan laluan dengan selembar sahaja ambil sampah buang ke laut…

Pemancing pula tidak bersikap terbuka antara satu sama lain dimana jika ada pemancing yang membuang sampah ada yang berani menegur.kebanyakannya melihat sahaja…lantakkkk kamu ler..kan kalau aku tegur berlaku pula provokasi kemudian kan ada pula yang kena celup kat laut ni…


http://www.bai-world.com