Pemancing-Pemancing Sabah (TENGGIRI) TUTOP

mintak maaf vedio untuk trip 14 takdapat diambil… betrry kong… nak carge pun tak guna ombak jahat…

hahhaha..ombak jahat eik bro..

[IMG]http://i230.photobucket.com/albums/ee61/gthunters/p.jpg[/IMG] [IMG]http://i230.photobucket.com/albums/ee61/gthunters/VAT3.gif[/IMG] 0128157245 mari kita tengok siapa yang kena.... http://gthunters.multiply.com/

ombak jahat…ombak jahat…
pening kepala dibuatnya…

quote:
Originally posted by sabahangler
ombak jahat....ombak jahat.... pening kepala dibuatnya....

Ombak jahat aaa.... Smpaikan ada kalibat2 pmcing yg tidur atas lantai..bergulung mcm tengiling..[:D][:D][:D] Jgn marah...
quote:
Originally posted by dinnsteel

Satu tenggiling Haji, satu tenggiling kapten, satu lagi tenggiling yang besar-besar tu apa ah.....[:D][:D][:D]
quote:
Originally posted by bwan

bwan bila nak balik Kelantan.
quote:
Originally posted by matnelayan

Esok flight pukul 6.00am. Kau nak kirim apa-apa ka?

Bro-bro pemancing Sabah semua,
Dinsteel dah pass semua gambar dan video dengan saya. Nda tahu sempat ke tidak mahu edit, upload gambar dan buat laporan malam ni. Kalau sempat saya buat. Ringkasnya, trip kali ni amat menyeronokkan. Bukan kerana tangkapan yang berkarung-karung tapi kerana dapat bersama-sama sebahagian besar ahli MFN dalam satu bot. Hasil bottom memang sangat kurang. Hanya tenggiri yang menjadi penghibur. Haji dapat 5 tenggiri, Manumomar dapat 5, Dinsteel dapat 3, Posin dapat 2, awak-awak dapat 2, Jospeh dapat 1, Azhari dapat 1. Yang kumpau tenggiri, saya, Dark Aaron dan SabahAngler.[:D] Tak apa, nanti kita revenge @ buat Pembalasan Si Pitung nanti. [:D][:D][:D] Tenggiri memang banyak, tapi keadaan laut yang beralun menyebabkan sukar untuk memancing dengan selesa. Kes rabut pun banyak juga.

Laporan Trip Karang-karang 14-16 Disember 2007

Peserta - Haji Ismail, Dinnsteel, bwan, sabahangler, manumomar, DarkAaron, Azhari, Joseph & Posin

Bot - Ben (0195349465)

Trip ini adalah susulan kepada trip sebelumnya yang diadakan pada bulan sebelumnya yang amat sukses. Harapan menggunung untuk memenuhkan bukan sahaja tong-tong cooler tetapi juga siap dengan karungnya sekali sekiranya tak muat cooler.[:D] Sepatutnya trip hanya disertai 8 orang sahaja kerana bot Ben yang agak kecil. Saya hanya menyertai trip pada saat-saat terakhir sebaik sahaja sampai dari Spratlys pada pagi harinya. Muak juga mengenangkan perjalanan dengan bot dari Pulau Layang-layang mengambil masa 17 jam ke KK dan bersambung pula pada petangnya. Itu belum dikira respon dari KDN dan anak-anak apabila abahnya yang 5 hari tinggalkan rumah, sampai sahaja sambung pula tiga hari lagi di laut. Anak sulung perempuan saya kata saya ni “Fisherholic”. [:D] Sebenarnya keinginan untuk memancing tu taklah sangat tapi lebih kepada excitement untuk join kawan-kawan MFN. Persediaan pun ala kadar, capai apa yang ada, umpan pun main cekup sampai lupa beli umpan untuk tenggiri. Rumahan (termenung) adalah umpan favorite tenggiri dan saya hanya sempat beli basung (sardin @ selayang) untuk bottom sahaja. Tapi sebenarnya pun saya lebih suka jigging kalau tenggiri sedang mengamuk.

Kami berlepas lebih kurang pukul 3.00 petang. Agak lewat dari sepatutnya sebab kereta Pajero yang menghantar Man sabahangler meragam lagi. [:D] Ipen Squid dan leynux muncul di jeti sebelum kami berlepas untuk memberikan sokongan. InsyaAllah lain kali Ipen dan leynux akan diracun untuk turun sama ke laut.

Biarlah gambar pula bercerita sebab saya nak kena tidur awal malam ni. Esok flight pukul 6.00 pagi, nak balik beraya ke Kelantan.

Ipen Squid. Terima kasih bro kerana kirimkan goreng pisang untuk kami. Nanti lain kali bro mesti ikut.

Manumomar, satu-satunya peserta trip yang paling prihatin dengan keselematan. Jaket keselamatan sentiasa menjadi teman setia. [:D]

Tenggiri pertama oleh Haji Ismail

Siapa pulak ni? Abu Sayaf ek ni? Bukan-bukan! Ini Joseph yang memang mementingkan kecantikan. Takut hangus kena panas bah itu. [:D]

Sibuk pula bwan dengan kerapu sunuh yang dinaikkan oleh Joseph. [:D]

Aji-aji tapi ini bukan aji-aji aka amberjack yang habitatnya di air dalam yang kami panggil kingfish. Walaupun aji-aji ini pun agak kuat melawan tapi saiznya memang tidak lebih besar daripada ini.

Azhari sedang mengepam aji-aji

Hanya kerapu pulut aka lo mi pan yang menjadi penawar setelah semua tenggiri rabut dan ikan bottom lain pun macam merajuk. Kata sesetengah orang kerapu pulut lebih sedap daripada kerapu sunuh.

Tenggiri lagi. Haj Ismail dapat 5 tenggiri. 7 terlepas dan banyak lagi yang rabut. Terima kasih Ji kerana sudi sedekah tenggiri sekor pada orang yang tak pandai pancing tenggiri. [:D]

Belitung nyanyuk yang langsung tak melawan. [:D]

Posin aka sifu aka profesor yang cool dan tak banyak karenah. Wa caya sama lu bro!

Dinsteel hentam 3 ekor tenggiri tapi semuanya lebih besar daripada orang lain

Surprise! Tenggiri yang makan umpan bottom awak-wak Nasir

Satu-satunya gambar DarkAaron yang dapat dirakam tapi bertudng la pulok. Yang lain-lain tolong la upload gambar DarkAaron. Camera shy ke bro?

Tongkol @ ikan kayu yang membuatkan Stella 8000FA sabahangler pecah dara. [:D]

Cermin dan kerapu 2 in 1 yang hanya sekali-sekala berjaya dinaikkan berbanding trip sebelumnya

Pogot kata orang KK

Ada ke patut diaorang panggil ikan ni Uji Rashid? Cantik lagi ikan ni apa…[:D][:D][:D]

Salam suma kaki pancheng semalaya…
mula2 sekali tahniah diucapkan kepada smua ahli trip… walaupun khabarnya ombak jahat ye bang???[:D][:D][:D] tapi rezeki masih berpihak kepada ahli trip…

cikgu bwan… Selamat bercuti balik kampung… insya’Allah dimurahkan rezeki sya join la mancing… tapi gambar yg first tu yg xblh handle tu… saya bukan ahli komplot… xperlu rasanya selitkan gambar tu… huhuhuhu…

sekali lagi tahniah2 dan syukur… kira finishing untuk tahun 2007 yg best…

0176413152

tahniah bro!! trip mmg meletop!!

Bro Ipen, walaupun bro tak ikut, tapi semua ahli MFN di ruangan ini sentiasa menjadi bualan di kalangan kami semasa di bot. Tentu kalau bro dan yang lain-lain ikut, mesti lebih meriah. Memancing dalam suasana happy akan sentiasa menjadi kenangan yang terindah walaupun kumpau. Hasil yang melimpah ruah hanyalah bonus dan pelengkap kepada trip yang sempurna. Kita semua bukannya nelayan tetapi pemancing rekreasi yang mencari keriaan di samping memanfaatkan masa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kita.

Bro Chintok, memang trip meletop! Meletup dengan gurau senda dan gelak ketawa. [:D] Kepada semua kawan-kawan yang bersama dalam trip ini, maafkanlah kalau terkasar bahasa tanpa disengajakan sewaktu berkata-kata. Maklumlah lidah tidak bertulang tapi di hati hanyalah berniat untuk bergurau semata-mata.

hehehe..selamat semua..trip dah selamat n hasil pun selamat..tapi yang tak selamat xzoga man je le..hehehehe..patah 2..kuikuikui…

[IMG]http://i230.photobucket.com/albums/ee61/gthunters/p.jpg[/IMG] [IMG]http://i230.photobucket.com/albums/ee61/gthunters/VAT3.gif[/IMG] 0128157245 mari kita tengok siapa yang kena.... http://gthunters.multiply.com/

hehehe..selamat semua..trip dah selamat n hasil pun selamat..tapi yang tak selamat xzoga man je le..hehehehe..patah 2..kuikuikui…

[IMG]http://i230.photobucket.com/albums/ee61/gthunters/p.jpg[/IMG] [IMG]http://i230.photobucket.com/albums/ee61/gthunters/VAT3.gif[/IMG] 0128157245 mari kita tengok siapa yang kena.... http://gthunters.multiply.com/

Tahniah gangs…

Best hasil..
x zoga patah..fuyo..

www.JohorFishingTribe.com / VAT

quote:
Originally posted by gt hunters
hehehe..selamat semua..trip dah selamat n hasil pun selamat..tapi yang tak selamat xzoga man je le..hehehehe..patah 2..kuikuikui...

“Amukan tenggiri!” Bagus tajuk ni! Ini bakal menjadikan ruangan ni mendapat hits lebih tinggi dalam search engine ni nanti.Suspen jugak memulanya ingatkan bro GH dah pindahkan ke rumah baru.

Xzoga tu patah? Laa… xzoga tu ada saya rakamkan dalam footage original tetapi tidak diselitkan dalam youtube selepas suntingan.What happened then? Sabar je lah Man.

Tengok gambar-gambar tu, alangkah bestnya kalau dapat bersama. Biar nanti Pak Wong tengok dalam youtube dan berkata “aiya, ini macam VCD gua, nanti tak laku wo”.

Semasa team kembali ke KK, semua nampak letih dan tidak bermaya, rupa-rupanya berpesta tenggiri pulak ya.

Apa? Kapten pun taburkah?
Kalau sampai Kapten pun K.O. Inikan pula kami yang jarghangg jarghangg turun ke samudera. Nasib baik ombak kaw-kaw, kalau tidak, rasanya tak cukup ais yang dibekalkan dan saya tak sempat merakam sebab team dah pulang awal…ceyyy.

Takat karang-karang tu tukar namalah jadi Takat Spanish Mackarang!

http://www.brunet.bn/gov/dca/bms/radar.gif

quote:
Originally posted by gt hunters
hehehe..selamat semua..trip dah selamat n hasil pun selamat..tapi yang tak selamat xzoga man je le..hehehehe..patah 2..kuikuikui... [IMG]http://i230.photobucket.com/albums/ee61/gthunters/p.jpg[/IMG] [IMG]http://i230.photobucket.com/albums/ee61/gthunters/VAT3.gif[/IMG] 0128157245 mari kita tengok siapa yang kena.... http://gthunters.multiply.com/
KO tarik apa sampai Xzoga pun patah... ko tarik keta ko??>. hehehe

Tenggiri pun banyak yang dipatah dua agar muat dalam coleman[;)]

http://www.brunet.bn/gov/dca/bms/radar.gif

quote:
Originally posted by gt hunters
hehehe..selamat semua..trip dah selamat n hasil pun selamat..tapi yang tak selamat xzoga man je le..hehehehe..patah 2..kuikuikui... [IMG]http://i230.photobucket.com/albums/ee61/gthunters/p.jpg[/IMG] [IMG]http://i230.photobucket.com/albums/ee61/gthunters/VAT3.gif[/IMG] 0128157245 mari kita tengok siapa yang kena.... http://gthunters.multiply.com/
Salam semua BRO MFN.. Biasa la tu dah adat mcing...x dijangkakan jdi bgitu.. Masih under warranty,claim sja..[8)]
quote:
Originally posted by leynux
Tenggiri pun banyak yang dipatah dua agar muat dalam coleman[;)]

http://www.brunet.bn/gov/dca/bms/radar.gif

Bro Leynux.. Ba pa lgi..Januari ni..amcm??[:D][:D][:D]
quote:
Originally posted by dinnsteel Bro Leynux.. Ba pa lgi..Januari ni..amcm??[:D][:D][:D]

Ini la ni check-check tabung bagi mencari Tambung [8)]

htip://mancing/tidak/mancing/tidak/mancing_ja_lah.com