Pemancing yg terlampau

Saya ingin membuat teguran secara terbuka kepada para pemancing berkenaan dengan sikap anda ketika memancing.

Banyak topik yang saya lihat mempamerkan sesuatu yang bertentangan dengan etika memancing.

Ikan berparuh adalah spesis yang terancam. Bilangannya semakin mengurang menuju ke ambang kepupusan.

Alangkah baiknya jika ikan tersebut dilepaskan semula hidup-hidup bagi membantu kelangsungan spesis tersebut di muka bumi ini supaya generasi anak cucu kita boleh mengenalinya bukan sekadar melihat foto ataupun awetan di muzium.

Dalam satu kejadian separa lucu, saya sedikit terkejut apabila seorang budak melihat gambar ikan layaran dan tak semena-mena dia dia menyebut ikan itu sebagai ikan todak yg besar. Dan bapanya juga begitu takjub melihat betapa besarnya ‘ikan todak’ tersebut.

Alangkah sedihnya hati saya bila ada anak dan bapa tidak mengenali ikan layaran sedangkan inilah spesis yg tersohor di perairan Rompin.

Kemudian, hati saya tersentuh apabila melihat gambar-gambar yg berikut:

Kenapa harus diambil anak-anak toman itu? Alangkah baiknya jika anak-anak toman itu dibiarkan hidup supaya ia boleh membesar mencapai saiz yg boleh dicatatkan dalam rekod IGFA?

Saya rasa terkilan negara kita mempunyai banyak tempat yg dihuni toman, tapi rekod dunia toman terbesar dipegang oleh mat salleh. Kenapa tidak nama rakyat Malaysia? Kenapa mesti nama orang asing yang datang memancing di negara kita tercatat di sana? Kenapa? Ironinya ia menunjukkan bahawa orang Malaysia tak tahu memancing!

Kemudia yang ini pula:

Kenapa harus diambil begitu banyak sebarau? Kalau utk makan, ini sudah lebih dari cukup. Kerakusan mengambil begitu banyak ikan akan mengundang gejala kekurangan ikan. Spesis ikan air tawar di Malaysia memerlukan masa yg agak lama utk membiak semula. Jika langkah pengawalan tidak kita jalankan secara sendiri dan sukarela, tidak mustahil tempat-tempat yg dulunya menjadi lubuk terbaik utk memancing menjadi tandus dengan ikan.

Fikir-fikirkanlah. Ikan adalah rezeki pemberian Tuhan, jika kita terlalu rakus dan tamak lambat-laun nescaya ianya akan lenyap juga dari muka bumi sebagaimana pupusnya dinasour.

[:D]…tajuk yg sesuai rasanya pemancing yg terlampau dan yg sewaktu nganya</font id=“size6”></font id=“blue”>…tak gitu…umpire

beliakmata@wak bM

saya rasa bukan MELAYU saje yg buat begitu, yg lain pon lebih kurang sama juga… rasanyer tajuk tu perlu ditukar seperti yg telah dicadangkan oleh wak beliakmata… sensitip ooooo…

agree dgn colfusion..
jgn naik kan isu perkauman dalam topik

[IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/logo%20VAT/no2.gif[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/PAWOfficialLogo.gif[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/logo_rapala.gif[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/fenwick_logo.jpg[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/logo%20VAT/potaijoruk1.jpg[/IMG] http://pahanganglersworld.blogspot.com Volvo Angler's Team

salam semua..memang menari topik nie.tapi apa boleh buat..masing2 tak ambil kisah..selamatkan hidupan perairan kita bro..macam layaran 2 saya no komen saja..yang lain pikir2 kan la yang mana baik dan buruk..

[IMG]http://i230.photobucket.com/albums/ee61/gthunters/p.jpg[/IMG] [IMG]http://i230.photobucket.com/albums/ee61/gthunters/VAT3.gif[/IMG] 0128157245 mari kita tengok siapa yang kena.... http://gthunters.multiply.com/

Hehehe… Tak kisah le, melayu ke, cina ke, india ke,
kita semua Malaysian…

Tapi gambar2 di atas memang agak terlampau…
Rosak imej MFN…

Team RADIOGAGA - MFN U3 2005
Team KAT - MARCUZ - MFN U5 2007

angkara perasaan tamak dan haloba.. patut toman yg kecik2 tu lepas le balik.. kalo anak sumer dah abeh taun depan korang nak manceng apa lagi..? ada otak musti mau pakai maa…
aku taknak sentuh isu kaum cos benda ni isu lain.. tang toman tu aku sensitip sket cos dah jadi kat tempat aku kat ulu yam tu.. dulu mmg syurga toman tapi skang neh nak dapat sekor pun payah.. abih camne? abis sumer cucu cicit pun kena sebat..
kalau camni alamat mmg tak merasa la aku main sebarau kalau evry trip dorang buat macam ni..hampes tul la..

saya setuju dgn tajuk itu.rasanya ada banyak lagi pemancing yang perlu di beri kesedaran tentang kepupusan ikan di negara kita akibat kerakusan dan ketamakan pemancing itu sendiri..bukan kah elok jika kita ambil sekadar ya perlu saja.bila takda ikan salahkan kerajaan tak mengambil tahu.kita sudah berada di abad yang ke 21 tapi akal dan fikiran kita masih di abad ke 10.macam mana tu.cuba jika kerajaan atau pihak yg berkenaan mengenakan
cukai atau lesen untuk memancing seperti di negara barat tentunya pemancing kita akan melenting.kuasa di tangan anda.fikirkan lah sendiri.kaki pancing tetap kaki pancing

alie fly

aku pernah saksikan kerakusan dan kekejaman manusia terhadap spesis toman,
kalo tak nak toman tuh jangan lah di campakkan atas darat hingga mati kekeringan begitu saja,kalo tak mau toman tuh apalah salahnya lepaskan semula ke dalam air,pakai pajero,bertopi koboi,pakaian berjenama mmg educated punya orang…tapi akai tadak…

saya setuju dengan topik ini…memang patut diketengahkan.


019-5678977

</font id=“blue”>

semasa kecil dulu, saya teringat pesan ibu saya setiap kali saya begitu berselera menjamu selera: “Ingat sikit orang kemudian…”. bahkan isteri saya sendiri kerap berpesan begitu kepada saya dan anak-anak.

bukan apa, nanti semua makanan dihabiskan, tiada apa pula yg tinggal untuk orang lain yang belum makan.

kemudian saya terkenang sabda Rasulullah:

“Berhenti makan sebelum kenyang…”

semua tu adalah menjurus kepada disiplin dan pengawalan diri sendiri supaya tidak begitu mengikut selera dan nafsu.

bukan saja ketika makan, tapi apa juga keadaan yg melibatkan nafsu.

[/img]

Champion - Individual

Apa dikesal dengan kepupusan ikan, ayuh tangani kerakusan manusia!</font id=“blue”></font id=“size3”>
Don’t regret about fish extinction, just stop human’s greediness!</font id=“red”></font id=“size3”>

Ikan kita adalah warisan yang tak ternilai. Puliharalah ia demi generasi akan datang.
Our fish is a priceless heritage. Conserve it for future generation.

Pushing the angling limits! Lu tatau pancing jangan cakap tada ikannnn!!![:D]

Mungkin bagi Pemancing yang menjadikan aktiviti ini sebagai..sukan.hal-hal sebegini adalah terlampau bagi mereka,tetapi bagi mereka laut adalah sumber rezeki untuk menampung kehidupan harian…perkara2 sebegini adalah reziki yang patut disyukuri.Rasanya tak setiap kali turun ke laut kita akan dapat ikan layaran,sebarau yang banyak.. berbanding kapal-kapal tunda yang mengaut berpuluh-puluh tan ikan tak kira apa spesis kecil dan besar.Tetapi dalam forum ni senyap je hal-hal sebegini.Adakah pengkeritik2 yang merasakan mereka ni penyelamat
ikan2 di malaysia ni terfikir masalah2 kaum nelayan yang semangkin tertindas ini.Kepada kekawan lihatlah diri kita dulu sebelum kutuk kawan yang lain.kata org tua2 kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa.

salam bang…

mungkin abang tak sedar atau belum mengetahui bahawa MFN diilhamkan sebagai portal yg berinspirasikan sukan memancing. Memancing sebagai sukan - bukan sebagai mata pencarian. dan semangat MFN itu diharapkan diterapkan ke dalam jiwa setiap pemancing supaya secara moralnya pemancing mempunyai personaliti yg terpuji.

saya sebagai salah seorang ‘pioneer’ yg mula-mula menyertai MFN atas sifat saya sendiri yg sukakan memancing dan dlm masa yg sama ingin berkongsi ‘kegilaan’ ini dengan semua, tapi secara lebih berpersonaliti dan beretika.

jadi agak tidak sedap jika abang mau mempersoalkan tentang hakikat ini. di sini, kita sama-sama mengkritik, menegur atas apa jua kepincangan walaupun ia agat kelat untuk diterima.

sebagai insan, kita tak boleh lepas dari membuat khilaf, dan teman yg menegur dgn ikhlas itulah sebenar-benarnya sahabat kita. jangan kita menjadi salah satu pengkhianat yang menyumbang kepada kepupusan sumber alam.

tak salah jika kita memancing, mendapat ikan dijadikan lauk utk santapan keluarga. dah jadi tanggungjawab kita sebagai lelaki utk melaksanakan itu.

tapi dlm melaksanakan tanggungjawab kita kepada keluarga, kita harus patuh kepada undang² dan peraturan. rezeki yg diperolehi menerusi kerja yg ditegah agama dan menyalahi undang² tidak boleh wajar diberi kepada keluarga.

dalam hal ini, tiada siapa yg boleh melarang kita untuk makan apa jua hasil dari laut, tapi hukum akal kita akan menentang sendiri jika kita mahu menangkap dan makan penyu, batu karang dan juga ular laut. begitu juga dlm hal ini, biarlah berpatutan segala tindakan kita.

mungkin kita tidak tahu kita membuat sesuatu yg kurang wajar, tapi kita harus mengambil kira pandangan orang yg telah menyedarinya menurut sudut pandangan yg berbeza. anggap itu sebagai teguran yg mempunyai hasrat murni dalam menjaga khazanah alam.

sama-sama kita jaga hak kita sebagai pemancing - ikan mesti sentiasa ada utk dipancing. jgn marah orang lain ambil ikan sedangkan kita sendiri mengambil ikan tanpa batasan.

[/img]

Champion - Individual

Apa dikesal dengan kepupusan ikan, ayuh tangani kerakusan manusia!</font id=“blue”></font id=“size3”>
Don’t regret about fish extinction, just stop human’s greediness!</font id=“red”></font id=“size3”>

Ikan kita adalah warisan yang tak ternilai. Puliharalah ia demi generasi akan datang.
Our fish is a priceless heritage. Conserve it for future generation.

Pushing the angling limits! Lu tatau pancing jangan cakap tada ikannnn!!![:D]

Sudah tiba masanya kita mengopak isu-isu sebegini. Sememangnya saya menyokong penuh.

Sememangnya masalah ini wujud dikalangan semua kaum, yakni kita cuba mengetepikan isu perkauman dan berbalik kepada kes-kes jumlah tangkapan yang terlampau. Bagi semua pemancing yakni dari apa kaum sekalipun, agama, darjat dan umur: Sebagai pemancing, kita harus mengetahui secara umumnya kita memancing bukan untuk menjadikan diri kita setaraf dengan Nelayan. Kita adalah golongan pemancing yang hanya mahu merasai tarikan sang ikan dan menikmati satu dua juadah hasil sahaja. Tidak tamak dan masih mengetahui untuk memelihara dan memulihara stok-stok ikan.

wahoo…shabas, saya suka pandangan bro…

Bagi saya memancing utk mencari rezki utk dibawa balik makan sekeluarga tak salah setakat yang berpada-pada. Dlm islam kita diterapkan tentang kesederhanaan dan tidak melakukan pembaziran. Sebarau seorang 4-5 ekor tu ok la.

Satu lagi prinsip saya yang sentiasa saya cuba latih dlm diri iaitu sebagai orang islam saya sentiasa cuba utk mengelak daripada melakukan sesuatu yang boleh bertentangan dengan syariat dlm agama.

Maksud saya disini saya tidak akan memancing seekor penyu sekiranya penyu itu bukanlah pilihan saya utk dibawa balik utk dimakan kerana bagi saya, saya telah melakukan pengianayaan pada haiwan itu jikalau tangkap saja-saja utk seronok. Namun sekiranya dlm syariat kita mengharuskan utk saya makan seekor penyu maka kemungkinan saya pun akan tangkap penyu juga utk dimakan tapi rasanya hanya seekor saja la utk satu keluarga dan bukanlah 10 ekor.

Asasnya disini bagi saya ialah, saya sebagai seorang muslim tidak akan melakukan sesuatu yang melanggar batas-batas dlm syariat agama islam.

Dlm kes Ikan berparuh ini, pendirian saya cukup jelas..dimana saya tidak akan sesekali keluar dlm sesuatu terip utk memburu spisis ini kerana spisis ini bukanlah target saya utk dimakan kerana saya tak berselera utk makan ikan ini so muktamadnya saya tidak akan ikut terip utk memburunya…sekiranya terkena juga pancingan saya maka saya akan melepaskannya dan mengharapkan keampunan dari yang maha esa supaya saya diampunkan dari perbuatan menyiksanya dengan tidak sengaja…
Utk nak kata saya keluar terip utk memburunya sekedar utk bersuka-suka rasanya tidak sekali-kali kerana tujuan saya memancing adalah kerana mencari rezki dan juga hobi bukannya kerana hobi menarik ikan semata-mata. [;)]

so ringkasannya ijtihad bagi pendirian saya ni ada 2 benda:

  1. ‘harus’ utk saya keluar memancing utk mencari ikan sebagai rezki utk saya dan keluarga saya secara berpada-pada dan bersederhana tanpa membazir akan hasil laut dan darat yang dianugerahkan

  2. haram utk diri saya utk mengianayai ikan semata-mata utk memuaskan hasrat hati utk melayan nafsu saya menarik ikan.

p/s: diulang, ijtihad saya diatas hanyalah utk diri saya sendiri dan mereka dibawah tanggungan saya berpandukan Al-hadis, Al-Quran, Qias dan juga sepakat Ijmak-ulama yang mashor tidak ada kena mengena dengan ijtihad orang lain.

wallahualam


019-5678977

</font id=“blue”>

[:D]…emmmm wak pung rakus ga…

beliakmata@wak bM

wak rakus yer..hehehe[:D]


019-5678977

</font id=“blue”>

quote:
Originally posted by Captiva

Dlm kes Ikan berparuh ini, pendirian saya cukup jelas..dimana saya tidak akan sesekali keluar dlm sesuatu terip utk memburu spisis ini kerana spisis ini bukanlah target saya utk dimakan kerana saya tak berselera utk makan ikan ini so muktamadnya saya tidak akan ikut terip utk memburunya…sekiranya terkena juga pancingan saya maka saya akan melepaskannya dan mengharapkan keampunan dari yang maha esa supaya saya diampunkan dari perbuatan menyiksanya dengan tidak sengaja…
Utk nak kata saya keluar terip utk memburunya sekedar utk bersuka-suka rasanya tidak sekali-kali kerana tujuan saya memancing adalah kerana mencari rezki dan juga hobi bukannya kerana hobi menarik ikan semata-mata.


Aku sokong pendapat Captiva ni..kebanyakan pemancing hanya pandai bercakap untuk melindungi spisis berparuh ni tetapi masih memburu dengan alasan aku mengamalkan tangkap dan lepas.Sepatutnya jangan lagi memburu spisis ini dengan apa cara sekali pun,biarkan ia bebas sepenuhnya dalam habitatnya,barulah spisis ini terpelihara.Maaf…jika terkasar cara aku ni.sekadar pandangan peribadi saja.

http://parjo66.multiply.com/photos

Mana ikan untuk saya…!

bagi aku dlm bab apa pun dlm hidup ni kalau kita berbalik kepada ajaran agama islam iaitu bagi mereka yang beragama islam la..insyaallah segala masalah akan dapat diselesaikan…

Tetapi malangnya kita tidak…kita lebih terikut-ikut dengan ajaran mat saleh yang terdiri dari puak yahudi dan nasara…mereka lain la.

mintak maaf kalau sesiapa terasa tapi memang itulah hakikat kehidupan sebagai mukmin diakhir zaman.

wallahualam


019-5678977

</font id=“blue”>

Betoi bang Man oii…
Apa2 pun kita kena kembali kepada fitrah kita sebagai seorang hamba yang bersyukur…
Nak keluar memancing ni nawaitu pun kena betoi la…
bukannya untuk berseronok saja tapi kalau kat tengah laut tu cuba kita muhasabah diri kita masing2 dan lihat betapa kerdilnya kita di tengah lautan…
Tu baru kat dunia tu…maaf la no…sekadar pandangan 2 kupang saya saja…