PENIPUAN DI DALAM DUNIA MEMANCING (KEMASKINI)

Sila ambil perhatian

Ehsan Saudara Faiz Karim (Pancing)

Dear all,

Please be careful, recently this guy rise back from the dead as he had approched again some tackle distributers asking for sponsorship dan free tackles claimming he’s writing for certain fishing magazine. This guy is fraud and hugin’ conman. He already used my name and pancing Magazine before and cheated many guys using the same modus operandi. Belief named as Mohd Azwan (known as Wan), live in Johore, Pasir Gudang, worked in Malaya Glass as store attendant but claimming that he worked as an engineer for Shimano Singapore, armed with good SLR camera and quite knowledgable in fishing industry. Heard he successfully penetrated Sirip and Kembara Kail magazine writing article using nick name Mohdaa. Speciall skills, cheat people for free fishing trips and trading nonexisting fishing tackle.

Hope you all can spread his pics to whom may concern.

Faiz Karim

Gambar si penipu tu : http://www.kakipancing.net/viewtopic.php?f=0&t=5865

Untuk menjawab segala persoalan sila rujuk Majalah Pancing isu 129 Julai 2008, jika anda tiada naskah tersebut, di sini saya petik semula.

Notis:

Penyalahgunaan Nama Editor dan Majalah Pancing

Dunia Memancing Malaysia Kecil, Kepada Penipu, Berhati-hatilah

Baru-baru ini ketika pelancaran produk Shimano 2008 di Mid Valley, saya telah dihampiri oleh tuan punya rangkaian kedai pancing Joran Bagus, En. Azmi bin Nan yang bertanyakan tentang wakil dari Pancing yang telah datang ke kedainya di Kota Tinggi, Johor mengambil barangan pancing untuk kegunaan tripnya. Permintaan itu telah beliau terima dari ‘saya’ sendiri menerusi emel.

Menurutnya lagi, wakil dari kami ini bernama Wan, kurus, berkulit gelap (coklat) datang dengan kamera yang canggih dan mengambil gambar di kedai. Si Wan ini juga seolah mahir mengenai dunia pancing terutamanya peralatan memancing Shimano. Selesai mengambil gambar beliau pulang dengan barangan pancing bernilai hampir RM 4000. Di hari yang lain pula, Wan bersama rakan-rakannya telah pergi ke kedai-kedai pancing rangkaian Joran Bagus yang lain dan mengambil barangan pancing lagi (anggaran RM 2000) tanpa pengetahuan En. Azmi dengan menggunakan modus operandi yang sama iaitu mengambil gambar kedai dan berjanji untuk menyiarkannya di dalam Majalah Pancing. Hairannya Wan ini tidak mempunyai kad nama.

Dalam pada itu saya teringat wartawan saya, Adlizam Yasin ada menerima tawaran jualan Abu Revo Inshore dan Revo SX yang sangat murah daripada seseorang dari Johor Bahru yang juga dikenali sebagai Wan, yang mengatakan barang tersebut adalah daripada kelab yang baru ditutup milik beliau. Beliau juga mengatakan yang beliau bekerja sebagai Jurutera Shimano di Singapura. Apabila dipinta kad nama, dikatakan tertinggal. Setelah siasatan dijalankan (semasa pelancaran produk Shimano), Shimano Singapura hanya mempunyai bahagian jualan dan tiada pekerja Melayu yang berkerja di sana.

Lantas saya mengaitkan Wan bersama En Azmi dan Wan yang berjumpa wartawan saya adalah orang yang sama berasaskan kenyataan dari pihak Shimano itu tadi. Kebetulan ‘Wan’ tersebut ada menghantar satu artikel kepada kami dan kami telah emel gambar tersebut ke En. Azmi untuk pengesahan…hasilnya ia adalah penipu yang sama!

Berikut adalah petikan dari emel si penipu kepada Joran Bagus,


Faiz Karim <faiz_karim75@yahoo.com> wrote:
Salam sejahtera kepada Warga Joran Bagus, saya Ketua Editor daripada Majalah Pancing ingin memberitahu bahawa saya telah menghantar salah seorang krew Majalah Pancing bahagian Photoghrapy dan Pengiklanan ke Joran Bagus untuk tujuan pengiklanan Joran Bagus di Dalam majalah kami.
Pengiklanan bermula dari May 2008 hinggalah April 2009 iaitu cerita mengenai kedai Joran Bagus, Tip memancing dari Joran Bagus, dan Trip memancing dari Pro Team dari Joran Bagus.
Dengan ini saya meminta kerjasama daripada Joran Bagus agar dapat menaja sedikit sebanyak 3 orang daripada krew Majalah Pancing dengan set pancing yg termampu dari Joran Bagus. Pengiklanan Joran Bagus di Majalah adalah percuma daripada kami tanpa bayaran cuma saya meminta jasa baik Joran Bagus menaja krew baru kami iaitu Wan kerana dia kekurangan barang pancing. berikan sedikit tunjuk ajar kepada Wan, dan dia juga adalah pakar IT majalah kami, jika inginkan bantuan untuk membuat website, bolehlah meminta bantuan daripada beliau.
Saya sekarang berada di Taiwan bersama krew yang lain kecuali Wan, kami sedang mengadakan sesi lawatan memancing ke seluruh asia, tajaan daripada Pure Fishing Asia. dengan itu saya meminta kerjasama daripada Joran Bagus agar dapat bekerjasama denagn Majalah Pancing sampai bila-bila untuk kejayaan bersama!
Yang Benar,
Faiz Karim - 012-5998488 (saya berada diluar negara sekarang, apa- pertanyaan bolehlah bertanyakan kepada krew kami, Wan:- 013-7357145)


Sila perhatikan emel yang digunakan si penipu adalah seakan sama seperti yang digunakan saya, tetapi domainnya berlainan, yang tulen adalah faiz_karim75@hotmail.com dan penipu itu menggunakan faiz_karim75@yahoo.com. Begitu juga dengan nombor telefon yang palsu. Tidak hairanlah En. Azmi boleh tertipu sedangkan beliau ikhlas menolong sesama Melayu
Satu lagi kejadian, berlaku di Kenyir kepada rumah bot hijau yang terkenal tekong Rahim. Seseorang yang menyatakan dirinya daripada Majalah Pancing (nama tidak diketahui) meminta satu sesi memancing percuma atau potongan harga. Modus operandi masih sama iaitu berjanji untuk menulis rencana tentang sesi memancing bersama pengusaha bot di dalam majalah Pancing. Selepas habis trip, orang ini didapati hilang tanpa dapat dikesan.

Saya tidak nafikan mungkin masih banyak terdapat kes-kes seperti ini berlaku sebelum ini yang tidak pernah dilaporkan kepada kami.

Pihak majalah memandang kes ini sebagai sangat serius dan laporan Polis akan dilakukan begitu juga dengan Joran Bagus.

Oleh itu suka saya nyatakan di sini bahawa kami hanya membenarkan penulis tetap yang disenaraikan sebagai wakil sah kami iaitu Pok Mud (Tamizam Abdul Karim, Selangor), Ariffin Ramli (Johor), Ibrahim Jusoh (Kelantan), Azmi Ariffin (Penang), Faizul Osman (Selangor), Daud Bogol (Sarawak), Mohd Norsham Hashim (Selangor), Mohd. Ali Marzuki (Selangor), dan Abu Syahrani Bujang (Sarawak). Segala sumbangan untuk nama-nama yang tertera mesti melalui saya, Editor Majalah Pancing dan tidak terus kepada mereka.

Peringatan kepada semua kedai-kedai pancing, pengedar barangan pancing, tekong-tekong bot, operator pancing, hotel, chalet, kolam memancing dan mana-mana yang berkenaan dengan dunia pancing, tolong berhati-hati. Setiap kali ada orang yang mengaku datang daripada Majalah Pancing, pastikan dia boleh memberi bukti sah seperti kad nama atau surat rasmi sah daripada Majalah Pancing, Life Publishers Berhad atau jika masih ragu-ragu, sila telefon saya di 012-3911 787 atau email faizkarim@lifepub.com.my / faiz_karim75@hotmail.com untuk pengesahan lanjut.

Terima kasih atas kerjasama semua.

Yang Benar,

Faiz Karim

Tadi adalah apa yang telah keluar dalam Majalah Pancing. Mungkin saudara W_Amildin tidak pernah membacanya. Saya telah buat polis report di Balai Polis Kelana Jaya dan untuk kes penipuan menyalahgunakan nama saya, sepatutnya kes ini laporkan lebih lanjut ke bahagian IT di Balai Polis PJ State.

Hakikatnya, saya telah membuat keputusan untuk tidak melanjutkannya untuk memberi peluang kepada malaun ini supaya lenyap terus dari dunia pancingan Malaysia. Begitu juga apa yang dirasakan oleh pihak Joran Bagus.

Yang salah tetap salah, penyalahgunaan nama saya dan Majalah Pancing itu adalah satu kesalahan besar lebih-lebih lagi ia melibatkan kerugian pada sesuatu pihak (Joran Bagus) dan nama baik saya.

Jika penipu ini bergerak di bawah blognya sendiri. Apa-apa yang dibuatnya, itu dia punya pasal, tiada kena mengena dengan saya lagi.

Bukti dan saksi saya sudah ada dan saya tidak takut jika ada yang nak menyaman saya kerana menyiarkan gambar penipu tersebut, dipersilakanlah, jangan nanti yang nak menyaman kena masuk lokap pula. Saya dan En. Azmi Nan Tauke Joran bagus cuma kasihankan mamat ni yang dah berkeluarga dan berkerja tetap.

Saya harapkan juga saudara W-Amildin bukanlah rakan sekomplot dengan penipu tersebut kerana menurut dakwaan En. Azmi Nan, si penipu itu dan juga ‘rakan-rakannya’ bukan sahaja mengambil barang yang ditaja, malah mencuri pelbagai barang-barang pancing lain di kedainya. Dahlah menipu, mencurilah pula.

Saya percaya ramai lagi sudah terpedaya dengan penipu ini, jalan terbaik siarkan gambarnya dan sesiapa pernah terkena boleh tampil memberikan bukti. (Masalahnya bukan semua yang pernah ditipu adalah ahli KPN dan mungkin ada yang tidak menyedari forum ini kerana tidak melayari KPN dan jika mereka mengetahuinya bagaimana untuk mereka post?)
Saya rasa hubungi saya melalui HP atau Email lagi bagus.

Terpulanglah kepada forumers yang lain, pertanyaan saya, perlukah kita siarkan rupa si penipu ini atau delete sahaja. Amaran saya, kalau ada identiti lain yang kena tipu selepas ini, ia bukan lagi tanggungjawab saya, saya telah langsaikannya.

Kepada penipu tersebut, saya dan En. Azmi Nan harap supaya anda lenyap terus dari dunia memancing Malaysia sebelum kami betul-betul berusaha untuk mendakwa anda. Pada masa itu barulah anda perlukan peguam bela yang betul-betul berkaliber!

Faiz Karim

noted.

muka pun mmg muka penipu..noted,kalo jumpa pukul terus.

D7L2-SEPAK-UGAT-DAC-T07

:slight_smile: Tujuan kita bukan untuk mengaibkan sesiapa, cuma berkongsi maklumat… relax bro air-pool

Whoa… nowaday people apply many kind of approach to cheating… Your report might save anglers from being cheated.. congratulations

thank you

Pemancing Tegar baru belajar,
Pemancing Tegar dari Seromban,
Sapo-sapo yang pro tolonglah ajar,
Tang mano yang salah janganlah golakkan…

waw..ganasnya airpol..[:D]


<< SAPA BACA DIA LA YANG IDIOT..HEHE</font id=“red”>

019-5678977

</font id=“blue”>

Skype = manbd1

</font id=“blue”>

YM = mancaptiva

</font id=“blue”>

quote:
Originally posted by Captiva
waw..ganasnya airpol..[:D]


<< SAPA BACA DIA LA YANG IDIOT..HEHE</font id=“red”>

019-5678977

</font id=“blue”>

Skype = manbd1

</font id=“blue”>

YM = mancaptiva

</font id=“blue”>


Ini bukan epol yg saya kenal selama ini!!! [|)]

================================================ Ada rezeki, ada la... Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTRESS!!!

SEMUA NI SAMPAH KORANG TAU TAK!!! AKU PEDULIK APE!!!</font id=“red”>

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>

huh..mcm tu punya orang pun ada..laknat betoi la

Hisham bin Ahmad

hehehehehehehe…
cmni pye org de ka..
HAMPEH…

[IMG]http://i559.photobucket.com/albums/ss37/muda_mohd/DAC.gif[/IMG] GO WHERE YOU WANT TO.... NOBODY CAN STOP YOU.... FREEDOM ANGLERS [IMG]http://i559.photobucket.com/albums/ss37/muda_mohd/802m052GDaU.gif[/IMG] Jangan Katakan Ikan, Kalau Orang Boleh Di Pancing, Ku Pancing Jua!!! JANJI DAPAT MANCING

TAPA KEMBOJA untuk DIJUAL - 012-2695289
(Lembah Kelang Sahaja)</font id=“Book Antiqua”>

The next Malaysia ‘conman’ hehehe…

quote:
Originally posted by air-pool
muka pun mmg muka penipu..noted,kalo jumpa pukul terus. D7L2-SEPAK-UGAT-DAC-T07

salam…
jangan lupa ajak aku sekali…hehehee


CASTING jom…
019-3690536
017-6684226

quote:
Originally posted by hassan2808
quote:
Originally posted by air-pool
muka pun mmg muka penipu..noted,kalo jumpa pukul terus. D7L2-SEPAK-UGAT-DAC-T07

salam…
jangan lupa ajak aku sekali…hehehee


CASTING jom…
019-3690536
017-6684226


jangan ajak aku..
aku tak reti lawan..[:D][:D]

Fishing?!!iT wAs the GreatesT moment in my LIfE!!

quote:
Originally posted by giant trevally jangan ajak aku.. aku tak reti lawan..[:D][:D]

Fishing?!!iT wAs the GreatesT moment in my LIfE!!


baling dari jauh jer…hehehee[}:)]


CASTING jom…
019-3690536
017-6684226

quote:
Originally posted by air-pool
muka pun mmg muka penipu..noted,kalo jumpa pukul terus. D7L2-SEPAK-UGAT-DAC-T07

[:D][:D][:D]As salam… muahahahahahahahaha… pool… sabar pool, ko tak elok buat gitu, kalau ko nak buat gitu ke jemput kekawan sama… baru betul…

quote:
Originally posted by hassan2808
quote:
Originally posted by giant trevally jangan ajak aku.. aku tak reti lawan..[:D][:D]

Fishing?!!iT wAs the GreatesT moment in my LIfE!!


baling dari jauh jer…hehehee[}:)]


CASTING jom…
019-3690536
017-6684226


ok…set…

Fishing?!!iT wAs the GreatesT moment in my LIfE!!

Orang macam tu dah kene biasanya baru tunjuk muka kesian,muka sedih merayu2…

tapi masa buat keje tak hingat…!

Sekali ku StoneCold stunner kang baru tau…

Harap kita amik iktibar dan waspada!


CASTING jom…
019-3690536
017-6684226

[:D]Ganas-ganas jugak warga MFN nih huhuhuhu

Aku tak ganas lansung… Kalau aku jumpa org tu, aku nasihatkan dia… Dan beri sedikit kaunseling… Baikkan aku… Kekekekeke…

================================================ Ada rezeki, ada la... Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTRESS!!!

SEMUA NI SAMPAH KORANG TAU TAK!!! AKU PEDULIK APE!!!</font id=“red”>

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>

Ganas2 macam ikan yang dipancing…toman,dogtooth,gt…hehehe

Takdelah, melawak jer Bro…

Tapi geram orang macamtu. itu yang menyumbang kepada pandangan serong sesetengah masyarakat terhadap pemancing…


CASTING jom…
019-3690536
017-6684226

Burn baik…hehe

Tapi kalo ko jumpa orang yang pecahkan keta ko tu caner?

Lebih2 lagi kalo dia kata 'apa ko nak buat kalo aku taknak bayo?"

Bukan aper, aku penah terkena…hampesss…


CASTING jom…
019-3690536
017-6684226