BERITA HARIAN _ 16hb JANUARI 2008</font id=“size3”></font id=“purple”></font id=“Book Antiqua”>
Lelaki maut, sepupu kritikal makan katak
</font id=“size4”></font id=“maroon”>
SIBU: Seorang lelaki maut, manakala sepupunya terpaksa dikejarkan ke Hospital Sibu selepas memakan daging dan telur kodok (katak) beracun, dalam kejadian di Sungai Spiring, Selangau di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Katang anak Rayun, 38, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Kesihatan Selangau dan sepupunya, Joe anak Undi, 14, dilaporkan kritikal dengan pihak hospital berusaha merawatnya.
Mereka berdua dikatakan mengikut empat penduduk menjala ikan di sungai Sungai Spiring yang terletak kira-kira 15 minit berjalan kaki dari rumah panjang mereka, sebelum menangkap seekor kodok bunting yang ditemui di kawasan tebing sungai.
Bapa saudara mangsa, Undi anak Saga, 35, berkata mereka tiba di kawasan sungai kira-kira jam 3 petang dan mula menjala secara berasingan dengan Joe mengikut mangsa menangkap ikan di kawasan berpaya.
“Saya kemudian melihat mereka mengejar seekor kodok yang ditemui di kawasan tebing, namun tidak mengendahkannya kerana tujuan kami menangkap ikan.
"Mereka kemudian memanggang kodok itu sebelum berkongsi memakan daging serta telurnya dengan keadaan ketika itu tidak menunjukkan ia beracun dan berbahaya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, kelmarin.
Undi berkata, Katang tiba-tiba muntah sebelum Joe menjerit memanggilnya dan rakan yang lain berikutan anak saudaranya itu sudah tidak sedarkan diri dan berbuih mulutnya.
“Dalam keadaan cemas, Joe yang cuba menolong mangsa tiba-tiba mengadu sakit perut dan muntah seperti Katang sebelum turut berbuih mulut dan pengsan.
“Saya kemudian menghantar mereka ke pusat kesihatan terletak berdekatan kampung, namun kakitangan klinik memberitahu Katang sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Joe kemudian dikejar ke Hospital Sibu yang terletak kira-kira 60 kilometer. </font id=“size2”></font id=“red”></font id=“Impact”></font id=“size3”></font id=“Book Antiqua”>


