Assalamualaikum dan salam sejahtera~
Selepas hari raya, inilah baru aku jumpa jalan balik ke rumah ni…
mungkin sebab beraya jauh sikit tahun ni, nyaris tak sesat…
ni semua speed punya pasal la ni… apapapun kat sini aku tempek sikit cerita bergambar aku pi beraya di kampung angkat aku ~ Pulau Sembilan…
Tajuk : Gersang GT Sesudah Aidilfitri
Tarikh : 10hb September 2011
Lokasi : Pulau Sembilan, Perak @ kampung angkat aku…
Ahlul : speedhobbies, Bujang Selamber & Roosta_Caster
Trip ni lebih kepada melepaskan gian dan perjumpaan raya dengan member yang dah lama dak mancing sekali, iaitu Bujang Selamber.
Bersungguh-sungguh sangat dia nak mengail dengan kami sebab kami ini jenis yang suka bikin huru-hara kalau memancing sekali. Samada dapat ikan atau tidak adalah tidak penting, janji enjoy fishing, enjoy outing, enjoy friendship dan enjoy the event. Asal boleh naik bot, boleh kasting dan boleh lepak-lepak di pulau sambil mengeratkan kemesraan dengan kawan-kawan yang mempunyai hobi yang sama sudah lebih dari mencukupi.
Malam itu pada pukul 1.30pagi aku dan speedhobbies sampai kabin setelah singgah makan “kenduri” open house raya di rumah seorang tekong bot Pulau Sembilan. Terima kasih kepada pokcik Nakdesa dan tekong Jaa kerana sudi menjemput kami pada malam itu. Speedhobbies yang kekenyangan siap tidur dulu selepas menyiapkan senjata dia seadanya. Namun bila Bujang Selamber dengan Kord Ketua Lanun sampai dalam pukul 2.00pagi dia dikejutkan semula. Agaknya tensen tak puas tidur maka anak kucing bisu yang tak berdosa habis dia kerjakan. Alasannya nk buat fisioterapilah kononnya…

tak ada kerja… tag team menyiksa kucing!
betul-betul buang tuah sebab kompom bila memancing nanti akan disumpah kucing ni dan takkan dapat ikan..

dah penat torture kucing, kedua-dua pembuli haiwan ini terus berdengkor… jahat punya olang!
Pagi tu semua liat nak bangun sebab pukul 4.30 baru mula tidur dan kabin pula lengkap dengan air-conditioner baik punya. Pukul 7.00pagi tekong dah standby, tapi kami baru nak cuci tahi mata. Namun memandangkan air dah semakin surut dengan kadar pantas maka semua ahlul pun telah dikerah lompat dengan bot pada kadar pantas juga.
Trip kali ni kami cuma bertiga sebab member Bujang tak dapat ikut dan RG pun ada urusan tak dapat nak mengisi kekosongan tersebut. Jadi 2 orang loading barang dan abang speed pi tapau makanan.

puas tidor bangun pagi ceria gila… mmg gila punya olang!

ni lagi satu gila… mana punya petua jilat SP utk mancing gt…
Trip kali ni dirancang bersama member-member lain dari sekitar KL juga oleh pokcik Nakdesa. Untuk pihak aku mengatur dua biji bot dan pkcik serta Shafiq mengatur lima biji bot lagi. Semua dok ketagih nak melayan gt Pulau Sembilan setelah berpuasa memancing sebulan di bulan Ramadhan.

bot kedua sebelah kami boleh “speeding” lagi sbb speed tak dok atas bot tu…
Puas juga kami kasting sebelum mendapat sambaran baby GT kerana keadaan air yang sangat jernih menjadikan ikan-ikan pemangsa lebih culas untuk membaham gewang. Banyak yang mengejar dan membuat U-turn berhampiran bot setelah menyedari bukan anak ikan sebenar yang mereka kejar, tetapi hanyalah anak-anak ikan tipu. Baik gewang hardbait minnow mahupun Soft Plastic minnow, semuanya gagal memperdayakan mereka.
Namun dengan Yozuri Crystal Minnow Red-head 90mm, speed akhirnya berjaya juga mengiurkan seekor baby GT berskala 1.5kg selepas hanya menaikkan seekor Banang dan Kerapu selipar sebelumnya.

aghhhhhhhhhh… tidakkkkkkkkkkkkkkk!!! kucing semalam silap sumpah dah…

tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!nehe…nehe…neheeeeeeeeeeeeeeee!!!
Baby GT malang ini sudahnya menjadi lauk kari yang telah siap disediakan dari Kulim oleh bini speed apabila kami singgah berehat di Pulau Lalang seperti biasa. Sedap sungguh rasa isi GT kari selepas sebulan tak makan tengahari, tapi kerana terlalu sibuk menyediakan masakan maka detik-detik tersebut semua terlepas tanpa dirakamkan mana-mana lensa kamera.
Untuk sessi pagi itu speedhobbies dengan bangganya mengatakan dia sudah beroleh lesen GT dan menaikkan tiga spesis ikan. Bujang Selamber pula setidak-tidaknya sudah mendapat lesen kasting, hatta hanya Kerapu selipar. Tinggal aku seorang yang belum mendapat lesen lagi. Sememangnya dalam kebanyakan trip ke Pulau Sembilan aku lebih banyak mendapat ikan di waktu petang. Entah di mana silapnya pun aku tak jelas, tapi keadaan ini selalunya memberi peluang kepada member-member untuk “mental torture” aku ketika waktu rehat. Bukan saja member satu bot, malahan member-member bot lain pun tumpang sekaki.

silap jilat SP skali air liur basi maka beginilah hasilnya…
dapat Kerapu selipar jer…
padan muka!

http://malaysiananglersnetw.forumms.net/forum
BiaQ BuaT-BuaT BoDo TaPi TaK BoDo…DaRi BuaT-BuaT PaNDai TaPi TaK PaNDai!
BiaQ PuLaK TaK PaNDai DaRi MeMaNDai-MaNDai.. </font id=“blue”>