Hari ni Rancangan Aksi Ikan Malaysia di Tv1 memaparkan aksi2 semasa Pertandingan Memancing Antarabangsa Langkawi yg di anjurkan oleh Alu-alu Sportfishing kalau tak silap saya.
Saya berasa amat sedih di mana segmen tersebut merakamkan seekor ikan Mersuji (Marlin) yg di ‘gaf’ utk di daratkan atas tujuan utk di pertandingkan.Menurutnya Ikan Mersuji pertama haruslah didaratkan mengikut syarat2 penganjur,dan tangkapan Mersuji berikutnya haruslah di lepaskan kerana penganjur mengamalkan sistem Tangkap & Lepas??
Di mana logiknya bila ikan pertama harus di daratkan & ikan yg berikutnya haruslah di lepaskan?Bukan kah lebih baik kalau penganjur meletakkan syarat utk melepaskan semua tangkapan Ikan berparuh?
Pertandingan yg berprestij yg bertaraf ‘Antarabangsa’ sepatutnya menggalakkan peserta utk mengamalkan sistem Tangkap & Lepas,kalau tak silap saya 6 negara luar menyertai pertandingan tersebut.Kenapa pertandingan berprestij yg lain boleh mengamalkan sistem Tangkap & Lepas utk ikan2 berparuh dan bukan untuk pertandingan ini?
Kalau nak ikutkan,mungkin seekor sahaja ikan Mersuji yg terkorban dlm pertandingan ini,tp ikan Mersuji itu seperti mana yg kita tahu mmg susah utk di pancing di perairan kita dan pada saya walaupun seekor ikan itu amatlah BERHARGA!Adakah kerana hadiah wang tunai Rm 1000 dan Trophy,seekor Mersuji harus di korbankan??
Mungkin kerana bot2 utk pertandingan itu tidak mempunyai pengalaman mendaratkan ikan2 berparuh hidup2?
Lagi satu persoalan yg bermain di fikiran saya,kenapa pihak penganjur menggunakan perkhidmatan bot2 dari negara luar (Thailand)?
Dan saya heran kesemua bot2 negara asing tu bagaikan begitu arif dgn lubuk2 ikan di negara kita,mcm biasa je masuk perairan kita??
Sepatutnya peluang haruslah di beri utk bot2 nelayan ataupun bot2 operator dari negara kita sendiri,barulah dia org boleh cari makan,barulah sukan memancing boleh maju kt Malaysia ni..ini tidak,pertandingan memancing bertaraf ‘Antarabangsa’ di Malaysia tp bot2 negara asing yg mendapat nama.
Usaha Persatuan Memancing Malaysia dgn Kempem Selamatkan Ikan Berparuh kita mcm di abaikan je oleh penganjur pertandingan.Sepatutnya kesemua bot2 yg di gunakan utk pertandingan haruslah di beri kursus cara2 utk mendaratkan ikan,tak kira berparuh ataupun tidak.Cara2 ‘Proper Handling’ tu saya rasa penting utk mengelakkan ikan berparuh menjadi korban.Pada saya ‘Education’ adalah faktor paling penting utk semua tak kira pemancing,penganjur ataupun bot operator.
Alangkah baiknya kalau semua pertandingan kat Malaysia ini harus melalui Persatuan Memancing Malaysia ataupun badan2 yg arif seperti IGFA dll.Sekurang-kurangnya nasib ikan berparuh kita terbela drp mati di gantung atas tujuan PERTANDINGAN!!
[IMG]http://i40.photobucket.com/albums/e247/dolahpenang/logogif.gif[/IMG][IMG]http://i37.photobucket.com/albums/e80/adv3333/gkb1.jpg[/IMG] http://akashah.multiply.com http://longkanggang.blogspot.com/ MBC '07-Team Kaki Bangku U5 2nd Runner Up-Team LKG Ribena Boyz












[IMG]