Alhamdulillah trip pertama yang dirancang lebih 3 bulan selamat di selosaikan.Ini merupakkan trip pertama yang saya organiskan,selepas trip bersama amir anglermy tahun lepas.Risau juga takut takde sambutan.
Trip selama 4 hari 3 malam masih dalam mood hari hari raya…walaupun begitu keinginan geng2 kaki pancing tidak dapat di halang.
Ahli trip terdiri dari 10 org,saya saifulBats,Akmal,amir besut,Man mpkb,Yusri ,Abg Ayub,Pok Nik dan 2 orang dari
kedah Anis dan Nazri dari Shah Alam bergerak secara solo menuju ke Tanjung Kuala Tumpat.
Semangat Betullllll…hehe…mana tahan asyik tengok orang lain bergasak dgn merah kerbau. Mahu juga merasai dan menjiwai memancing bersama nilam puspa.
Seperti yang dirancangkan kami semua bertemu di Tanjung Kuala Tumpat…
Kami bertolak jam 5 petang,berlaku sedikit kelewatan seperti yg dirancangkan…
Alat berperang dengan ikan yg di bawa

Sebahagian bangla yg dibawa



Bot terus berlabuh menuju ke lubuk sotong untuk acara pertama mencandat untuk mendapat umpan hidup.

Sotong candat yg tak berapa banyak dapat.

Port pertama singgah di kapal karam.
Amir orang pertama menaikkan ebek

Man pulak di hentam ebek kapal karam

Dapat sagai kapal karam

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=YIAQFzY1Ajg[/youtube]
Sebahagian ebek bersama dengan Tekong Abg Ropie

Pancingan malam dkt pelantar dgn ikan kaci

Pok nik dengan cupak poping

Man dengan GT tunggal acara jigging

Pok nik yang rajin berjaga malam mendapat habuan jenahak

Ikan letak tepi dulu sebelum awak2 datang ambil

Rangkuman acara lopak
Pok nik menaikkan merah pertama

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=mb9Ml8URwdk[/youtube]
Amir dengan kerapu jigging…


Yusri pertama kali mengikut trip 4 hari 3 malam


Man dgn kerapu saiz sedap masak di lopak.Tabik spring dgn Amir sebelah tu pakai koyang dekat lopak dengan kedalaman 50-60 meter

Kerapu dan aruan tasik
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=zN6Qe6z9lVc[/youtube]
Saiz merah di lopak…

Ini sahaja sebahagian yg dapat diambil..kebanyakkan bahagia belakang bot…walaupun ada juga ikan yg di naikkan di bahagian depan bot…
Kamera full memory pulak..huhu
kepada ahli geng kaki pancing terima kasih atas kerjasama dan semangat mancing yg di tunjukkan.
segala kekurangan kiranye ada mohon maaf,terlebih terkurang minta halalkan.hehe


