Berikut adalah senarai 10 gewang yang paling banyak kami terima request samada melalui email atau YM. </font id=“blue”>
1. Lucky Craft Wander</font id=“red”>
Dari dulu memang banyak permintaan untuk lure ini, tapi semenjak tahun lepas semakin bertambah banyak permintaan yang kami terima. Walaupun ada pelbagai jenis lure dari jenama lain yang hampir sama, tapi ramai yang lebih suka dan selesa dengan yang ini. " Wander paling best", kata mereka. Saiz yang paling digemari, 60mm.
Stok wander agak kurang di pasaran gewang terpakai di jepun. Kalau ada pun, harganya tidak semurah yang diharapkan. Yang dah bercalar-balar pun dijual dengan harga yang hampir sama dengan yang grade A. Wander juga diminati di jepun terutamanya untuk trout & salt water game. Selain wander jenis biasa ada beberapa special series yang agak mahal. Contohnya Appearence Plate Series dan Real Skin Series.

2. Rapala Rattlin Fat Rap</font id=“red”>
Nama yang mungkin tak perlukan sebarang ulasan lagi. Lure yang memang dicari-cari oleh ramai kaki pancing di Malaysia, terutamanya pemburu toman. Dulu, bila ada yang bertanya tentang lure ni, jawapan mudah yang selalu saya berikan, " Maaf.. kami tak jual Rapala". Saya cuba mengelak kerana tahu harga Rapala di Malaysia adalah jauh lebih murah berbanding dengan harga di sini. Pertikaian tentang harga, cuba saya hindarkan.
Walau puas menolak, namun ada beberapa orang penggila Fat Rap yang terus mendesak bertanya. “Mahal pun saya sanggup bayar bang! Barang bagus !!” Terkejut saya bila diberitahu ada yang sanggup membayar 50 USD ( di ebay ) untuk seketul budak gemuk ini. Memang sungguh, barang yang bagus dan yang benar-benar bagus, walau mahal manapun orang akan sangup beli. Pelaburan yang berbaloi.

3. Smith Panish</font id=“red”>
Panish. Singkatan Panick & Shaky. Pernah saya order hampir 60 unit dari pembekal saya.. dan semuanya habis terjual dalam masa beberapa hari sahaja. Semuanya warna yang sama , 05 Himemasu. Hairan dia bila saya beritau, lure ini sangat berkesan untuk peacok bass di Malaysia. Di Jepun biasanya hanya digunakan untuk trout.
Hampir semua pelanggan yang membeli sangat berpuas hati dengan keberkesannya. Selain PB, efektif juga untuk haruan dan sebarau.
Ada dua kejadian yang memang saya tak boleh lupa tentang Panish. Pertama, semasa pertandingan memancing anjuran KPA di Air Kuning. Ada seorang peserta yang sanggup berenang ke tengah lombong untuk menyelamatkan Panish 05 yang tersangkut. Kejadian ke dua, semasa di Air Ganda dengan seorang customer pada tahun lepas. Sanggup dia terjun ke dalam air setelah lure reatriver tidak berjaya melucutkan Panish yang tersangkut di dasar tasik. Walaupun kawasan yang cetek, tapi berani dia terjun sedangkan kelihatan seekor ular sedang menyusur permukaan air di tepi tebing. Saya hanya menggeleng kepala. Sekembali di bot. Sambil tersenyum.. katanya, " Panish 05 bang! Sayang! Mesti kena ambik… " Kagum saya melihat cara rakyat Malaysia menjaga dan menghargai gewang yang dibeli.



4. Lucky Craft Gunnish</font id=“red”>
Kebelakangan ini banyak request yang kami terima. Terutamanya untuk saiz 75mm. Lure ni sebenarnya agak kurang popular di jepun. Tak banyak dijual di kebanyakan kedai-kedai pancing di sini. Sayang sungguh Dato Culky dah tak simpan stok Lucky Craft lagi di Malaysia. Harga yang dijual oleh beliau sangat murah dan berpatutan.
Moga suatu hari, stok LC dapat dibekalkan semula di Malaysia. Walaupun dari segi luaran (finishing), kebanyakan gewang LC agak simple dan sederhana.. tapi keberkesanannya setaraf, malah ada yang lebih baik dari gewang jenama lain yang mahal dan cantik bentuk ukirannya. Gewang LC yang paling popular di jepun ialah Bevy Shad.

5. Jackall Mudsucker</font id=“red”>
Salah satu produk Jackall yang sudah hampir pupus di pasaran. Ada dua saiz, 90mm dan 110mm. Saiz 110mm boleh dikatakan telah pupus terus. Sudah lama saya tak nampak walau di kedai pancing yang manapun. Jangankan yang baru, yang 2nd hand pun amat sukar nak di temui.
Mungkin kerana gewang jenis popper pencil tak begitu popular di jepun, lalu banyak pengeluar yang mengurangkan atau menghentikan terus pengeluaran gewang ini. Sayang sungguh. Mudsucker memang terbukti berkesan untuk mengumpan pelbagai spesis ikan air tawar di Malaysia. Aksinya cantik, hebat.. tak sehodoh nama. Kadang-kadang, rasa hairan saya.. barang yang orang nak, selalu susah nak jumpa.

6. Megabass Dog X Jr
7. Viva Mazzy Frog
8. Megabass Dog X
9. Megabass Giant Dog X
10. Whiplash Factory Live Wire</font id=“red”>
Gambar dan ulasan akan ditambah lagi kemudian</font id=“size1”>








