sebarau tengkujuh

Salam 1 Malaysia

artikel ni ada betul ke tak ni…tolong komen kengkawan…

bengang ni belum dapat sebarau…jadi kawan kongsila
apa yang kawan baca…heheh

siap buat homework lagik tapi sebaraunya hampeh lum dapat

apapon kawan kongsi jekla…kawan nak try gak walopon tak dapat…

Sungai memberikan tempat tinggal terbaik untuk untuk sebarau.Kandungan oksigen terlarut adalah samarata pada setiap paras sungai.Pada waktu ini biasanya sungai tidak menerima tekanan memancing yang tinggi berbanding kawasan tasik.

Musim tengkujuh terutamanya,pemancing lebih menumpukan masa dikawasan tertentu dibahagian tasik dan jarang sekali memancing dikawasan sungai. Tahap suhu sungai adalah seimbang pada ketika ini berbanding kawasan tasik dimana kadar oksigen terlarut berkurangan menyebabkan ikan air tawar timbul dimerata kawasan tasik untuk mengambil udara.

Manakala suhu di sungai adalah lebih hengat pada masa ini jika paras tasik yang meningkat dan suhu musim panas disungai adalah lebih sejuk berbanding ditasik. Anda boleh memburu sebarau secara dekat tetapi diluar kawasan utama aliran sungai khasnya dikawasan yang mempunyai sekatan aliran.Contohnya,dimana terdapatnya balak atau tunggul dan batu serta apa saja yang menghalang aliran sungai yang deras.Ingat,pada musim ini sebarau sangat malas untuk bergerak dan hanya menunggu makanan dibawa oleh arus.Kedudukan sebarau mudah dikesan jika ia menghambur permukaan dan riak pergerakan ikan umpan yang memecah permukaan sungai.Kerana banyaknya makanan pada waktu ini,keadaan sebegitu sgt kurang terjadi,menjadikan bahagian hilir sebarang struktur pemecah aliran berpotensi dihuni oleh sebarau yang menunggu mangsa.

Pasir tenggelam dan batu hampar adalah tempat yang baik bagi memburu sebarau selain dari kolong atau pintu air yang memuntahkan air dan membentuk aliran yang sgt deras.Kawanan sebarau besar juga biasanya memburu dengan ‘memaksa’ kawanan ikan umpan untuk berkumpul ditempat sebegini supaya mudah diserang atau ‘dikerjakan’.

Teduhan,aliran masuk kesungai menjadikan setiap muara anak sungai yang masuk kesungai yang lebih besar adalah tempat yang sangat menarik untuk diperhatikan.Ia mungkin merealisasikan keinginan memburu badong anda selain dari itu,mencipta rekod peribadi.seperti yang dikatakan,sebarng bentuk aliran tersekat,teduhan atau rakit sementara yakni timbunan kayu yang terkumpul dibahagian muara sungai kecil adalah merupakan ‘tarikan’ buat sebarau.Sebarang tempat seperti ini yang anda temui mempunyai potensi yang sangat besar bagi menjerat sebarau idaman hati..

Namun begitu ada harus ingat bahawa bukanlah mudah bagi memerangkap sebarau pada waktu ini dari sebarau yang berada di tasik.Terutamanya apabila semua orang mencari sasaran dan tempat yang sama,tetapi sekurang-kurangnya anda mempunyai gambaran apa yang perlu dicari disungai atau sebarang aliran pada paras yang sesuai yang anda ketahui.Pancingan gewang menjadi lebih menarik pada waktu ini kerana anda tidak perlu mempunyai bot tetapi anda boleh berbasikal atau berjalan kaki sahaja untuk mencari sebarau!!Aliran sungai yang deras pada waktu tengkujuh memberikan anda kelebihan ini,siapa kata tengkujuh x bagus???Aliran deras sangat penting terutamanya buat sebarau gadang kerana mereka tidak perlu bersusah payah menunggu makanan di aliaran deras berbanding sebarau kecil yang dihanyutkan arus!!!Mereka hanya perlu lepak pada satu tempat,tunggu makanan sampai dan buka mulut sahaja…keadaan ini menjadi penting kerana ibu yang sedang sarat mengandung tentulah tidak terdaya nak kehulu kehilir mencari makanan tapi lebih banyak berehat ajer sambil menunggu makanan yang di’oder’ sampai…kan senang…

Gewang apa nak guna???ada tiga jenis sja gewang…terampai,tenggelam dan terbenam heheh…

Gewang terampai paling senang untuk anda guna…hanya turunkan kedalam air dan karau…kemudian jangan buat apa-apa hingga gewang anda disambar!!!tunggu tali tegang terus anda balas…dah hukap…

Gewang tenggelam…sangat sesuai kerana aliran yang deras membantu renangan gewang ini anda hanya perlu baling dan karau mengikut apa yang telah anda ketahui.Kalo saya ada dua cara saja,karau dan berhenti,samada perlahan atau laju.Satu lagi tinggi dan rendahkan joran sambil mengarau perlahan dan laju.Sebarang jenis gewang tenggelam boleh anda cuba tak kiralah apapun bentuknya..kalo tenggelam jek dah boleh guna.

Gewang terbenam…ada dua jenis…yang pertama sekali jighead dan yang kedua guna jig kecil…12 hingga 25 gram…apa yang anda perlu tambah hanyalah hook yang ‘dibulukan’.Tujuannya,kalo terbenam dalam sangat pun agak sukar untuk jig tersebut sangkut kecuali anda guna jig dengan matakail yang ‘bogel’.Kalo guna yang ni…saya suka carik kawasan dimana banyak balak berkumpul…terutamanya dikawasan sungai…nak sngkut grub ke…ikan ke pada matakail pon boleh..tadek sapa yang nak marah…

Jadik ada dua aje tempat sebenornya kalo nak carik sebarau…yang pertama belakang sebarang struktur yang menghalang aliran sungai…dia lepak sebelah hilir…yang kedua…muara sungai atau sebarang aliran sempit antara dua aliran yang besar…apa benda tuuu…hehe orang yang mancen jek tau…kawan tatau sebab kawan amek dari internet…tapi ada satu lagik faktor penting tak kira apa pon yang anda buat…jangan tension…epi selalu sebb kawan selalu tension kalo tak dapat ikan…tu yang kawan merapoo panjang2…heheh

sangat padat dan sungguh ketat penerangan dari mahaguru hazadin
satu info yg amat berguna untuk memburu sebarau
terima kasih hazadin kerana sudi berkongsi ilmu
nice info!!!
[:)]

bez2…
jom crik sebarau…hehehe…


G.K.C</font id=“red”>

huh..mmg mantap dan hebat..tapi malangnya masih blm dapat sebarau…kih..kih..kih..

menarik tertarik…

bro hazadin duk kat mana sekarang? jom kito cari sebarau…

salam din,
terima kasih untk info yg cukup bagus buat pemburuan sebarau.
abetompo,
terus mngganas yer…
bila laa diri yg selalu kekumpauan nih dapt brsama memburu spesis sebarau nih…
hu3..din thanks for the pic,

salam din salam 1MFN
forum kita ni takde LIKE kalo ada aku bagi klik kat atas tu bro

terima kasih mahaguru din

0139747693

quote:
Originally posted by paichen
huh..mmg mantap dan hebat..tapi malangnya masih blm dapat sebarau...kih..kih..kih..

belom dapat lagik tu…
nanti dapatla…

bandang,
kawe memang mengarut jek tu…kongsi info jek…kawan x pandai mancen sebenarnya…

lgpun kwn mancen puyu ngan sepat jek…

heheh…