Salam 1 MFN [:D] ,
Trip yang sudah lama dirancang akhirnya berjalan dengan lancar dengan kehadiran On Call kenkawan yang sanggup menggantikan 2 orang member yang terpaksa menarik diri kerana masalah dalaman. Epul, Zul Pasak akhirnya berjaya masuk sebagai pemain utama dan TQ bro…TERBAEK..
Tarikh : 30 April - 1 May
Tekong : Nan
Komplot :
1.Epul JFT
2.Sari
3.Zamri
4.Md Noh
5.Mukhriz
6.Kawan Mukhriz
7.Zul Pasak
8.Aru JFT
Lokasi memancing :
> Karang Ngah
> Karang Pak Long
> Karang Tohor
> Unjam Darat
Lain tempat den lupo le…
Target utama memang Si Panjang walaupun banyak yang putus Alhamdulillah boleh dikatakan sukses Trip kali ni.
Kita layan abang2 Encem kat bawah ni…,

Aku memang ENCEMmmm.

Peace NO War (Sari a.k.a sarip DOL)

Md Noh (Siku aku gigil lah) & Mukhriz (tgh sms bini)

Aru kena marah dengan Sari…sedih bai…sok2…

TERBAEKKK!!..pah (pembantu/penasihat nan)

Haa…preennggg…sipanjang & sidebab gigi sama kuning tu…

Sipanjang dan kawan2.
Ikan unjam memang jenuh nak cari sampai panjang tangan sebelah sebab penat dok Apollo Doro. Bila agak2 dah berdarah Idung n Telinga Tekong mula berpindah kelokasi faberet (dimelayukan) ke Karang Ngah..

Karang Ngah telah mendesitkan stella 4k sehingga muncul BELITONG KECIK JEE.. yg dibanggakan oleh tembam gebu nih…
Ni strike kali ke-2, kali pertama zassss putus..ha2 lutut gigil.
Spot di Karang Ngah banyak kes putus akibat asakan si panjang yang tak keruan. Hasilnya BELITONG sekor SAHAJA.
Selepas hasil yang hampa di Karang Ngah kami semua berhanyut mencari kerapu marang kepondeng..hasilnya alhamdulillah cuma x sempat ambil gambar kerana masing2 kayuh sampai lebam kerana arus yang terlalu laju.
Sebelah petang setelah masing2 kekenyangan membedal kami berpindah ke unjam karang Pak Long (POK LONG). Disini kami telah mengeluarkan semua aura2 yang ada utk memikat sipanjang. tak sampai 5 minit berlabuh 3 ekor sipanjang berjaya didaratkan. Hasil keseluruhan kami berjaya menewaskan 7 ekor sipanjang panjang disini. Disebabkan umpan ikan hidup habis kami terus berpindah dan bermalam di Karang TOHOR.

Salah seekor sipanjang yg ditewaskan oleh Sarip Dol Kampung Dusun di Karang Pok Long.

dan lagi..dan lagi…lenguh tangan PAH…
Sebelah malam kami semua bermalam di kawasan yang memang TOHOR. Nama pun dah Karang TOHOR tak salah kawan keadalaman air lebih kurang 20meter lebih. Tekong kata kat kawasan ni bnyak Cupak so dia sarankan guna light Jig akan tetapi itu Tekong guna sotong getah yang serap warna baling tarik wows..dapat cupak saiz 1kg kebawah termasuk seekor ikan parang. Apa lagi aku baling jig kuat2 cecah je air terus gulung laju2…zass…sedap siot main cupak…srettt…srettt…tak padan kocik. ( Harap maaf tiada gambar yg diambil kerana jurukamera sedang mimpi NGERI)
Sebelah pagi kami kekawasan Batu Meren dan berjaya mendaratkan EBEK dan kenkawanya…oleh kerana spot FEBERET Tekong sudah diparking oleh Kapal lain tapi tak tepat kata Tekong maka kami berpindah ke UNJAM DARAT utk mengAPOLLO DORO bagi tujuan menduga Sipanjang. Di situ kami berjaya menewaskan seekor Sipanjang sahaja kerana yang lain2 bnyk putus daaa…
Hasil keseluruhan :
1.Si Panjang - 8ekor
2.Si Belitong - 1ekor
3.Kerapu, Tambak, Ebek, Cupak,Jemuduk dan ikan2 unjam 2 tong coleman.


Sipanjang yang terperangkap utk dikarikan dan diasampedaskan.

Kasi keluar sama dia utk pembahagian hasil.


Alhamdulillah dapat gak sorang SEEKOR utk dibawa pulang.

Bulan dopan kita gi lagi..he2 mamat ni memang suka POSING le MODEL sambilanlah katakan.

Akhir kata…tak terkata kata..ha2..TQ semua

