Sejenak di Market Tersang, Kapit

Kapit merupakan Bahagian terbesar di Sarawak. Ia terdiri daripada 3 daerah iaitu Song, Kapit dan Belaga. Ia terletak kira-kira 200km daripada bandar Sibu. Perjalanan ke sana hanyalah melalui jalan air menggunakan bot ekspress. Aktiviti ekonomi yang penting di Kapit ialah seperti pembalakan, pelancongan, pertanian kormesial dan sara diri dan sebagainya. Pada sabtu lepas saya telah berpeluang ke Kapit atas urusan penting. Kapit ialah tempat asal saya, justeru apa-apa perkembangan yang menarik di Kapit sentiasa saya ikuti. Bagi penduduk-penduduk rumah panjang aktiviti ekonomi sara diri lebih tertumpu kepada pertanian, memburu, menangkap ikan dan memunggut hasil hutan. Minat saya menangkap ikan telah dipupuk sejak dari kecil lagi bersama datuk saya termasuk hobi saya sekarang iaitu memancing. Datuk sayalah yang mengajar saya tertang segala ilmu menangkap ikan dan segala ilmu hutan kepada saya. Boleh dikatakan Kapit mempunyai sistem sungai yang amat banyak di Sarawak termasuklah induk sungai iaitu sungai Batang Rejang, sungai terpanjang di Malaysia. Saban hari ada saja ikan bersaiz mega yang berjaya di daratkan dan dijual di market Kapit. Biasanya musim menangkap ikan dijalankan pada musim kemarau iaitu pada bulan April sehingga bulan Ogos. Para Penduduk rumah panjang kebiasaannya menangkap ikan secara tradisional seperti memasang pukat, bubu, menjala dan sebagainya. Hasilnya akan dijual di bandar Kapit. Peluang ini digunakan oleh para penduduk rumah panjang menambah sumber pendapatan mereka. Kesempatan berkunjung ke Kapit saya gunakan untuk meninjau-ninjau keadaan di Market Tersang, iaitu market utama bandar Kapit. Tinjauan saya di market mendapati banyak jenis ikan dijual termasuklah spesies yang mahal seperti Semah. Saya juga amat teruja melihat beberapa ekor sarjan bersaiz mega yang berjaya ditangkap dengan keadah memasang pukat. Kalaulah saiz begini yang memakan besi keramat saya, mungkin berasap kekili saya. Bila saya tanya penjual berapa harga sekilo Semah? Dia selamba menjawab Rm80 sekilo. Terlopong saya sejenak sambil meneguk air liur mendengar jawapan beliau. Kalau macam ini lebih baik saya mengatur satu trip untuk memancing ikan Semah, Sarjan @ Lans Kopral di kampung saya. Mungkin trip tersebut akan dimasukkan ke dalam kalender memancing saya pada tahun ini. Saya sempat merakam beberapa gambar ikan-ikan yang dijual market untuk tatapan rakan-rakan MFN. Sekian info ringkas daripada Kapit, Sarawak dari saya. Sila lawati laman web Kapit iaitu www.kapit.net.my </font id=“red”> untuk info lebh lanjut</font id=“blue”> </font id=“Comic Sans MS”>

[img][IMG]http://i495.photobucket.com/albums/rr316/rac4971/IMG0122A.jpg[/IMG][/img] Longgokan Ikan Semah yang dijual di Market Tersang, Kapit

[/img]
Purata berat Ikan Semah yang dijual di sini ialah 2kg ke atas. Harga pasaran ialah Rm80. Kalau ikan Empurau lagilah mahal. Tak sanggup saya. </font id=“blue”> </font id=“Comic Sans MS”>

[/img]
Beberapa ekor Sarjan purata berat 2kg ke atas yang dijual di market. Kalau kena casting saiz ni, gerenti berasap kekili. Kena bawa set berat sikit kalau pergi memancing ke Kapit. </font id=“blue”> </font id=“Comic Sans MS”>

[/img]
Ikan Baung di Kapit juga bersaiz kasar. Saya sendiri pernah melihat ikan Baung seberat 8kg yang berjaya ditangkap menggunakan keadah rawai dijual di market ini. </font id=“blue”> </font id=“Comic Sans MS”>

[/img]
“SIBU HEADHUNTER FISHING TRIBE”</font id=“red”>

Nice info bro…</font id=“Comic Sans MS”></font id=“blue”>

[IMG][img]http://i255.photobucket.com/albums/hh149/terubuk/fish.gif[/img][/IMG][IMG]http://i50.photobucket.com/albums/f343/truvox/PATBARU-4.jpg[/IMG] [url="http://blogpuakapancing.blogspot.com/"]Blog Rasmi Puaka Anglerz Tribe[/url]

PuakaAnglerzTribe@gmail.com

rac… info yang menarik mengenai kapit, sarawak. pakndak suka baca
rencana-rencana sebegini. kalau dapat ke kapit lagi seronok.
insyaAllah pakndak ada perancangan ke sarawak hujung tahun.
kalau sekilo maunya RM80.00… cukup mahal… tengok gambar jer laaa.

rac… tumpang tanya… betul ker kat sarawak ada sejenis haiwan
yang dipanggil ‘kerbau landau’??? yang mana dikatakan kulitnya
sangat sangat mujarab dijadikan ubat.

peliharalah alam sekitar!!![:)]</font id=“limegreen”></font id=“size4”>

[IMG]http://i275.photobucket.com/albums/jj301/padndak/pakndakcun.jpg[/IMG] 0134857120
quote:
Originally posted by pakndak
rac... info yang menarik mengenai kapit, sarawak. pakndak suka baca rencana-rencana sebegini. kalau dapat ke kapit lagi seronok. insyaAllah pakndak ada perancangan ke sarawak hujung tahun. kalau sekilo maunya RM80.00... cukup mahal... tengok gambar jer laaa.

rac… tumpang tanya… betul ker kat sarawak ada sejenis haiwan
yang dipanggil ‘kerbau landau’??? yang mana dikatakan kulitnya
sangat sangat mujarab dijadikan ubat.

peliharalah alam sekitar!!![:)]</font id=“limegreen”></font id=“size4”>

[IMG]http://i275.photobucket.com/albums/jj301/padndak/pakndakcun.jpg[/IMG] 0134857120

Tak pasti pula saya pakndak…[^]
Mungkin bahasa tempatan untuk binatang tersebut lain-lain…[^]
Macam mana rupanya? Ada macam kerbau betul ke?</font id=“blue”></font id=“Comic Sans MS”>

[img][IMG]http://i495.photobucket.com/albums/rr316/rac4971/Skull4.jpg[/IMG][IMG]http://i495.photobucket.com/albums/rr316/rac4971/iban_warrior1.jpg[/IMG][IMG]http://i495.photobucket.com/albums/rr316/rac4971/Skull4.jpg[/IMG][/img] "SIBU HEADHUNTER FISHING TRIBE"

syurga ikan kat kapit ni

Hisham bin Ahmad

tak pasti pulak macam mana bentuk rupa binatang tu. tapi ada sorang bomoh masyarakat dayak sarawak kasi kat pakndak kulit kerbau landau dan kulit lelangit buaya .

[:p][:D][:)]

[IMG]http://i275.photobucket.com/albums/jj301/padndak/pakndakcun.jpg[/IMG] 0134857120

mmg betui kapit ni mmg best… apa jenis kapit pun best pakndak.
Lariiiiiiiiiiiiiiii…

mcm ikan rohu pun ada… tengas pun ada… sedap dak ikan nih?

BlueMush mus6003@yahoo.com

bila nak buat trip ke sini bro rac… dengar2 kawan yg dari kapit byk lubuk di area ulu baleh…

http://ajaycyber.blogspot.com/

Fuhhh… Kalau saiz tu kena casting… Tak dapat bayangkan…

================================================ Ada rezeki, ada la... Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTRESS!!!

SEMUA NI SAMPAH KORANG TAU TAK!!! AKU PEDULIK APE!!!</font id=“red”>

Cursed Angler!!!
012-6624185</font id=“red”>

quote:
Originally posted by BlueMush
mmg betui kapit ni mmg best... apa jenis kapit pun best pakndak. Lariiiiiiiiiiiiiiii....

mcm ikan rohu pun ada… tengas pun ada… sedap dak ikan nih?

…mengikut rujukan yang saya perolehi… tengas/kejor di sana dipanggil semah… kelah putih dipanggil pelian, kelah merah empurau, haruan dipanggil jalak… ada betul ke en rac…?

[IMG]http://i252.photobucket.com/albums/hh13/xjio7880/comotbaner.png[/IMG] www.comot6221.blogspot.com
quote:
Originally posted by khairulhazman

Salam bro khairul…[:)]
Itu panggilan di Sabah…[:D]
Kalau di Sarawak, Ikan Semah panggilan untuk Kelah Biru. Empurau untuk Kelah Merah & Kelah Putih. Ikan Haruan dipanggil Toman.
Tengas tidak sama dengan Semah. Semah daripada keluarga Tor iaitu Tor Duronensis sepupu Empurau (Tor Tambroides). Manakala nama saintifik Tengas ialah Acrossocheilus hexagonolepis. Tengas dan Semah secara fizikal seakan-akan serupa tetapi keluarga yang berbeza. </font id=“blue”> </font id=“Comic Sans MS”>

[img][IMG]http://i495.photobucket.com/albums/rr316/rac4971/Skull4.jpg[/IMG][IMG]http://i495.photobucket.com/albums/rr316/rac4971/iban_warrior1.jpg[/IMG][IMG]http://i495.photobucket.com/albums/rr316/rac4971/Skull4.jpg[/IMG][/img] "SIBU HEADHUNTER FISHING TRIBE"

Seronok baca info dr ko Rac
Aku tggu laporan trip ko tu nnti Rac
tah bila la aku dapat p Serawak lg..
rindu nak pi lg..

[/img]

[:D][;)]
[/img]

quote:
Originally posted by pakndak
tak pasti pulak macam mana bentuk rupa binatang tu. tapi ada sorang bomoh masyarakat dayak sarawak kasi kat pakndak kulit kerbau landau dan kulit lelangit buaya .

[:p][:D][:)]

[IMG]http://i275.photobucket.com/albums/jj301/padndak/pakndakcun.jpg[/IMG] 0134857120
quote:
Originally posted by pakndak
tak pasti pulak macam mana bentuk rupa binatang tu. tapi ada sorang bomoh masyarakat dayak sarawak kasi kat pakndak kulit kerbau landau dan kulit lelangit buaya .

[:p][:D][:)]

[IMG]http://i275.photobucket.com/albums/jj301/padndak/pakndakcun.jpg[/IMG] 0134857120

Pakndak, mengikut cerita arwah bapa saya, kalau kulit kerbau landau (londo - dalam bahasa jawa, agaknya spesis yg sama) boleh menyebabkan sipemakai kebal[:0]. Entah betul atau tidak Allah Maha Mengetahui. Bentuk kerbau tu, tak pulak saya bertanya kepada arwah ayah saya.

talitampar

Teringat pada tahun 1993, saya melihat pasar di Sebuyau dan pertama kali saya melihat orang menjual cili api dengan rantingnya sekali. Udang putih saiz ibu jari kaki dijual RM10 sekilo. Ikan terubuk pun banyak dan murah.

talitampar