Berikut ialah maklumat yg saya kutip dari pakar² membuat rod tempah (custom rod), pembekal peralatan pancing dan juga pelbagai sumber maklumat berkenaan tentang joran.
Joran dicipta sebagai satu alat yg boleh menyerap tenaga seperti sebuah spring bagi mengelakkan kejadian tali putus secara mengejut. Joran adalah satu kaedah fizik yg boleh melambatkan pencepatan pergerakan jisim supaya struktur jisim tersebut tidak terlerai secara tiba-tiba.
Blanks ialah batang joran atau joran kosong tanpa apa² komponen asas seperti pemandu tali (line guide), tempat kekili (reel seat) dan pemegang (handle).
Blanks dibuat menggunakan bahan tertentu mengikut kepada kaedah pancingan.
Dahulu, blanks dibina menggunakan gentian kaca (fiberglass). Joran yg menggunakan bahan gentian kaca amat tahan lasak, tetapi ada beberapa kekurangan. Antaranya ialah berat dan terlalu melentur (hingga boleh dilentur menjadi huruf U).
Kebolehan joran gentian kaca utk melentur hingga ke tahap maksimum (jadi huruf U) ada buruk dan baiknya.
Kebaikannya ialah joran tersebut menjadi satu peralatan memancing yg tahan lasak (sebab tak mudah patah).
Kelemahannya ialah kekurangan backbone. Backbone merujuk kepada situasi yg mana joran itu berupaya menahan lenturan sambil memberikan tenaga umpilan (leverage). Joran gentian kaca memiliki struktur yg fleksibel membolehkannya dilentur hingga maksimum, tetapi pada setiap peringkat lenturan, tenaga umpilannya begitu lemah sekali. Ini bermakna si pemancing seolah-olah menggunakan gelang getah yg hanya boleh meregang tanpa boleh menggerakkan objek dihujungnya hinggalah tahap regangannya sudah mencapai kemuncak. Apabila gelang getah tersebut sudah tidak boleh meregang lagi, barulah objek tersebut boleh digerakkan, Sekiranya objek tersebut melebihi kemampuan regangan gelang getah tersebut, gelang getah tersebut akan putus.
Untuk memahami tenaga umpilan ini, sebongkah batu yg besar boleh dialihkan menggunakan kaedah tuas. Lagi panjang dan keras bahan yg digunakan utk dijadikan tuas, lebih mudah bongkah batu itu dijongketkan utk dialih. Tuas yg pendek memerlukan lebih tenaga utk kerja² mengumpil. Begitu juga jika tuas yg digunakan itu boleh melentur, banyak gerakan yg yg diperlukan sebelum bongkah batu itu boleh dijongketkan.
Seperti jongkang-jongket dan dacing yg menggunakan hukum tuas ini, sesuatu yg sama beratnya di kedua² hujung akan menjadikan jongkang-jongket atau dacing tersebut seimbang dan sama tara. Jika berat di satu hujung ditambah, maka boleh dilihat jongkang-jongket atau dacing tersebut bergerak pada satu satah yg condong.
Melihat kepada situasi itu, pembuat blanks mula mencari bahan alternatif lain. Selain daripada itu, gentian kaca mempunyai satu kelemahan yg lain. ‘Spine’ joran tersebut tidak stabil.
Spine merujuk kepada kecenderungan joran utk melentur pada satu arah atau paksi sahaja pada setiap masa. Setiap blanks yg dibuat mempunyai spine yg unik (iaitu tak sama dgn yg lain walaupun serupa). Disebabkan struktur gentian kaca mempunyai ketidaksamaan dari segi kepadatan pada setiap bahagian, boleh dilihat spine joran tersebut berubah² di tempat² yg berlainan di sepanjang blanks tersebut. Paling teruk, kedudukan spine tersebut boleh berubah sejajar dgn perubahan waktu disebabkan oleh faktor cuaca, ‘material fatique’ atau kecacatan luaran akibat penggunaan dan sebagainya
Masa berubah. Penggunaan bahan seperti E-glass digunakan disebabkan ada perbezaan dlm kebolehan bahan itu utk melentur, tapi dlm masa yg sama terdapat pertambahan tenaga umpilan. Terdapat bahan² baru seperti grafit yg mempunyai kebolehan melentur yg bagus, ringan dan mempunyai kekuatan backbone.
Penggunaan bahan² baru utk digunakan dlm pembuatan blanks adalah disebabkan oleh tuntutan keperluan dlm ciri² joran.
Antara ciri² asas joran yg dikehendaki ialah aksi (action), rencung (taper), berat dan muatan.
Aksi cepat, sederhana atau perlahan bukanlah merujuk berapa cepat joran itu bertindak, tetapi merujuk kepada secara amnya, aksi joran yg ditakrifkan sebagai setakat mana had joran tersebut akan melentur. Ada yg akan melentur pada bahagian atas sahaja (aksi cepat atau fast action), ada yg boleh melentur sehingga bahagian tengah sahaja (aksi sederhana atau medium action) dan ada yg boleh melentur hingga ke bahagian bawah (aksi perlahan atau slow action). Terdapat juga gabungan medium-slow, medium-fast dan sebagainya sebagai memenuhi citarasa seseorang yg mahukan joran yg boleh menepati kehendak cara kegemarannya memancing.
Aksi joran dipengaruhi oleh rencung (taper) dan juga kepadatan bahan binaan joran itu. Setiap blanks dibina mempunyai diameter dan ketebalan yg berbeza di kedua² hujung. Diameter merujuk kepada saiz ukurlilit luaran blanks tersebut manakala ketebalan pula dikira pada perbezaan ukurlilit luar dan dalam.
Bahagian bawah (tempat lazimnya dipasangkan pemegang) mempunyai diameter yg lebih besar dari bahagian hujung. Perbezaan nisbah antara diameter bawah dgn hujung ini akan menghasilkan taper yg diperlukan bagi mendapatkan aksi joran (seperti binaan kon). Bentuk kon yg ketara akan menghasilkan blanks aksi cepat dan kon yg agak ‘mendatar’ memberikan aksi perlahan. Pun begitu sekiranya ketebalan yg telah diimbangkan antara bahagian bawah dan hujung akan menghasilkan aksi yg sebaliknya walaupun taper tersebut adalah jenis cepat.
Pembuat blanks telah mengkaji jenis² bahan yg sesuai bagi menghasilkan blanks yg lebih ringan. Bahan grafit misalnya lebih ringan dari e-glass tetapi mempunyai kadar muatan yg sama. Ini membolehkan blanks dibina lebih kurus dan ringan.
Setiap joran akan dikelaskan mengikut kadar muatan masing². Pembuat joran akan melabelkan joran dgn poundage, KG atau nombor PE. Ini adalah penunjuk asas bagi julat muatan joran. Disamping itu, ada dilabelkan muatan gewang (lure weight).
Walaupun di dalam pasaran terdapat banyak jenama joran, yg mana satu yg menepati citarasa kita?
Adakah kita tertarik dgn harga? Jenama? Atau ciri²?
Saya menekankan kepada aspek ciri² joran sekiranya saya hendak membeli joran baru berdasarkan kepada teknik pancingan dan juga ikan yg disasarkan.
Ciri² yg akan saya perhatikan ialah kekuatan backbone, jajaran spine yg sempurna, agihan muatan menerusi pemandu tali, sensitiviti, berat, panjang, kecepatan pembalikan (recoil) dan kualiti blanks.
[/img]


Apa dikesal dengan kepupusan ikan, ayuh tangani kerakusan manusia!</font id=“blue”></font id=“size3”>
Don’t regret about fish extinction, just stop human’s greediness!</font id=“red”></font id=“size3”>
Ikan kita adalah warisan yang tak ternilai. Puliharalah ia demi generasi akan datang.
Our fish is a priceless heritage. Conserve it for future generation.
Pushing the angling limits!




