As salam dan selamat sejahtera kepada warga MFN.
Lama rasanya saya x membuat report kat MFN ni… ni lah perkembangan terbaru saya…
Sebenarnye Trip ni mmg tidak dirancang taw2 je saya dapat jemputan trip ke sg besar yg berlangsung pada 5 julai 2011. Trip ini telah berlangsung selama 3 hari 2malam di sg besar kola selangor.
Sebenarnya saya berbelah hati hendak pergi trip ni tapi setelah dijemput oleh sahabat saya dengan tawaran yang membuatkan saya tidak dapat menolak iaitu saya tidak perlu bayar apa2 pon segala ditanggung beres dari makan minum hingga duit minyak ( termasuk mkn minum sebelum dan selepas trip )… adoi hai mana lagila nk dapat mcm ni… terima kasihla abg min oi… moga tuhan melimpah ruah rezeki..
ikutilah jerih pering selama trip ni berlangsung…
Seperti yg kita maklum. perairan sg besar mmg terkenal dgn kederasan arusnya dan kedalaman perairannya yg mencecah kedalaman 150meter.
Saya sebenarnya tidak ade pengalaman langsung dgn perairan ni. Awal2 lg penyusun trip telah berpesan dgn saya utk membawa kekili yg paling besar sebaiknya BANGLA dan batu ladung seberat 1kg keatas… Kepala pening memikirkan mana nak cari BIBIK aka BANGLA ni reel paling besar dalam simpanan saya hanya applause 8000, AP Power 6000 dan Stella SW10000… Dalam hati lantakla kalo x dapt mancing kita tidola ramai2 hehehehehehe akhirnya last2 minit dapat gak BANAX KAIGEN 1000… alhamdulillah…
adehhh.. malas nk mengarang lg.. kita tgk gambo jela ea…
Ahlul komplot yg menjayakan trip ini ( ahlul yg cukup sempoi… )

Permandangan di jeti

inilah bot yg kami gunakan sepanjang trip ni

keadaan didalam cabin

Dalam perjalanan ke lubuk… santai kat atas bot.. mmg sempoi..

Set2 yg kami gunakan sepanjang trip ( kekili mendatar sgt tidak digalakkan di perairan ini )






inilah tempat duduk saya

Tempat utk memasak ( chef fuad dijemput dalam trip ni.. sedap gile dia masak… kerja makan je aku ni sepanjang trip hehehheh )

permandangan dari tempat duduk saya

Purata kedalaman setiap lubuk ( 50m - 120m ) Tekong teramatla rajin dalam mencari lubuk… setiap setengah jam kalo x de ikan dia akan pindah.. mmg terseksa rakan2 yg mengunakan kekili manual

Size batu ladung yg digunakan sepanjang trip ( mmg deras arus kat sini batu size 12 hanya dapat digunakan ketika arus tiada )

Saya memohon maaf kerana sesi tarik menarik x dapat saya rakamkan sepanjang trip kerana sebok menaikkan ikan yg galak memakan umpan terutamanya ketika lewat malam sehingga ramai antara kami yg tidak tidur sepanjang trip termasukla saya sendiri…
Antara gambar hasil yg sempat dirakamkan… ( x larat nk ambik gambo byk2 bateri kamera nk kong dh )




Purata size BANTAL EMAS aka JENAHAK diperairan ini

JACKPORT ikan terbesar dalam trip ini dimenangi oleh saya dgn kerapu seberat 15kg tewas ditangan saya ( berasap BANAX KAIGEN 1000 sampai guna manual utk menaikkan kerapu ini dalam kedalaman 102meter )


Sesi menyiang kerau jackpot utk dibahagi2kan kepada ahli trip ( sampai guna kapak hehehhehehe )

SEKIAN… WASSALAM…


aku ngidam VAN STAAL reel weh…
Ade sape nak bg free kat aku ???

