sambungan…</font id=“maroon”>
Selain daripada itu, kemasukan spesies luar ke perairan Kenyir sebenarnya bukan satu isu yang baru. Sebagai contoh, seingat saya (betulkan jika saya tersalah maklumat) ikan tempatan seperti patin dan juga temoleh adalah antara species yang secara semulajadi tidak wujud di Tasik Kenyir. Kewujudan mereka (walaupun tidak banyak) pada hari ini adalah hasil program pelepasan yang disengajakan pada suatu ketika dahulu. Jika tidak silap sekitar awal 90an.
Justeru apa bezanya dengan siakap? Kedua-dua adalah ikan tempatan. Cuma normalnya siakap tidak wujud di air tawar. Walaupun ia pemangsa yang rakus adakah bermaksud mereka makan (menangkap mangsa) lebih banyak dari spesies yang lain?
Isu siakap ini juga tidak boleh disamakan dengan isu peacock bass. Pertamanya, siakap ikan tempatan sedangkan peacock bass adalah ikan asing. Keduanya dan yang lebih utama, peacock bass adalah species air tawar mampu membiak dengan baik dalam air tawar. Ini menjadikan populasinya sukar dikawal. Sedangkan siakap adalah species air masin dan masih belum ada bukti yang species ini mampu membiak dengan baik/sempurna di dalam air tawar sepenuhnya. Itu jugalah yang menyebabkan kadar tumbesaran siakap dikatakan lebih baik apabila hidup di air tawar kerana tenaga tidak di’bazirkan’ untuk tujuan pembiakan.
Buktinya siakap yang ditangkap di tasik kenyir semuanya bersaiz besar.
[/img]
Rasanya belum ada laporan lagi anak-anak siakap ditemui di Tasik Kenyir sebagai bukti ianya telah berkembang biak. Cuba pemancing-pemancing yang dapat siakap di Kenyir belah perutnya. Lihat sama ada wujud telur atau tidak dalam ovarinya. Jika ada mungkin ada potensi mereka boleh membiak (walaupun proses persenyawaan, perkembangan embrio dan penetasan merupakan proses yang masih perlu dilalui). Jika tidak, maksudnya keadaan adalah lebih selamat dan terkawal.
Selagi belum ada bukti siakap mampu membiak dalam air tawar, kita perlu percaya bahawa walaupun kini wujud siakap di Tasik Kenyir, populasinya tidak akan bertambah selagi tidak ada program restoking baru (sengaja atau tidak) yang diakukan. Bahkan populasinya akan menurun jika amalan tangkap dan lepas tidak dipraktikkan ke atasnya. Maksudnya, populasi mereka lebih mudah untuk dikawal.</font id=“blue”>
[/img]
Kedua.
Setuju atau tidak kehadiran siakap di Kenyir telah membuka lembaran baru bagi industri/aktiviti pancing rekreasi di tasik itu. Berapa lama Tasik Kenyir telah terpinggir liputan oleh majalah pancing atau media lainnya? Kalau ada pun…sudah kelihatan hambar. Bukan sahaja tiada cerita baru, bahkan semakin menurun ‘kick’nya.
termenung kerana umpan tidak diragut ikan?</font id=“navy”>
[/img]
Tup-tup bila ada laporan siakap dipancing di tasik kenyir, pemancing yang dah tutup buku pun kembali teruja dan turun semula. Tasik kenyir seakan dapat bantuan pernafasan. Jika sebelum ini hanya toman, sebarau dan kelah menjadi target, hari ini siakap telah termasuk dalam senarai.
Apapun potensi Tasik Kenyir sebagai lokasi pilihan pemancing kembali melonjak. Ia bukan sahaja bermakna kepada pemancing tetapi juga kepada penduduk setempat yang terlibat secara langsung atau tidak dengan industri perikanan rekreasi. Dari pengusaha bot house sehinggalah kepada peniaga gerai di tepi jalan bakal mendapat manfaatnya.
kemeriahan rumah rakit</font id=“navy”>
[/img]
Seperti mana dalam isu pemuliharaan, siakap sekali lagi tidak boleh disamakan dengan peacock bass dalam hal ekonomi. Ini kerana peacock bass tidak mempunyai kualiti sebagai ikan hidangan sebagai mana ikan siakap. Sebab itu apabila ianya berkembang biak ia terus berkembang dengan populasi yang seakan tidak dapan dikawal. Kuncinya di sini tiada siapa yang mahukannya. Yang dapat ditangkap pun akan dilepaskan kembali.
PB yang menjadi kegilaan sesetengah pemancing..</font id=“navy”>
[/img]
Sebaliknya tidak untuk siakap. Bukan sahaja pemancing yang menangkapnya akan berfikir dua kali untuk melepaskannya semula, bahkan ia mampu menjemput kehadiran nelayan komersil untuk bersaing sama. Walaupun kurang menarik, ia adalah langkah untuk mengurangkan populasinya jika itu yang kita khuatiri.
Itu adalah pendapat saya dalam isu dominasi tangkapan siakap berbanding ikan asal di Tasik Kenyir baru-baru ini.
[/img]
Jika ditanya kepada saya sama ada menyokong atau tidak. Berdasarkan maklumatdan kefahaman saya serta situasi semasa saya akan nisbahkan 60:40 antara menyokong dengan tidak. Bagaimanapun ianya bergantung pertimbangan-pertimbangan seperti berikut:
- Jika aktiviti nelayan komersil di Tasik Kenyir boleh dikawal sepenuhnya oleh pihak bertanggungjawab saya menyarankan agar program pelepasan siakap dihalang. Ini kerana populasi ikan asal dengan sendirinya akan kembali pulih (insyaAllah). Itu sebenarnya lebih baik untuk perkembangan industri perikanan rekreasi berbanding kemasukan ikan luar. Namun jika sebaliknya, kemasukan ikan luar (siakap) bukan sahaja mampu menjadi pelonjak kepada industri perikanan rekreasi Kenyir bahkan untuk manfaat ekonomi nelayan komersil itu sendiri.
toman umpama serigala kenyir</font id=“navy”>
[/img]
- Pandangan pemancing-pemancing kita sendiri ke atas aktiviti memancing mereka perlu diambil kira. Ia perlu melalui proses survey. Jika lebih ramai yang menyokong kemasukan siakap ke Kenyir, ia bermaksud bahawa pemancing kita masih ditahap memancing untuk mendapatkan ikan</font id=“red”>. Justeru program kemasukan ikan siakap ke Tasik Kenyir perlu disokong. Namun jika majority pemancing sendiri tidak ‘senang’ dengan kehadiran siakap di Kenyir, ia bermaksud pamancing kita telah maju setapak kehadapan dengan meletakkan ‘keunikan’ species sebagai keutamaan.</font id=“red”> Nak pancing siakap pergi ke muara la…kenapa nak ke Kenyir pulak??. Justeru program kemasukan siakap tersebut perlu ditentang.
50:50?</font id=“navy”>
[/img]
-
Rujukan dan kajian perlu dibuat ke atas keupayaan siakap untuk membiak di air tawar. Ini kerana limpahan populasi biasanya hanya berlaku apabila sesuatu spesies itu bukan sahaja medominasi sumber yang ada bahkan mampu membiak dalam sesuatu ekologi. Contohnya toman di Putrajaya. Sudahlah dia duduk di puncak pyramid (tiada pemangsa lain yang boleh menjadikannya mangsa), persekitarannya pula sesuai untuk pembiakannya. Justeru jika terbukti siakap boleh membiak di air tawar program pelepasan siakap ke Tasik Kenyir sama sekali tidak boleh disokong.
-
Jikapun program pelepasan siakap dilakukan nanti, ianya perlu program pemantauan yang serius. Jangan lakukan pelepasan secara berlebihan. Khususkan juga kawasan pelepasan tertentu agar dominasi ruang boleh dikawal atau taburan mereka dapat dibataskan.
mana pengunjung tasik kenyir?</font id=“navy”>
[/img]
- Jika perlu program pelepasan siakap ini juga seharusnya diimbangi dengan pelepasan stok ikan-ikan asal.
Itulah sekadar pendapat saya. Mohon tuan dapat berikan pendapat tuan agar kita boleh berbincang tentang pendapat dan pandangan masing-masing.
Terima Kasih diatas pandangan Tuan.
Kenyir pemangkin ekonomi</font id=“navy”> </font id=“blue”>
[/img]