SIAKAP LURE/BAIT&SETUP

RS…ko nak jual wander ko ke?..
brape rm?..cam berminat jer…

jifat…gunnish kalau ade aku pun nak?..

Mep, ada la skt2.klu nak pm aku la.nnt aku bgtau kaler apa yg ada. Ko nak suruh jifat carik gunnish saiz apa weh?ko jgn potong line aku lak.hehehe

Rohu_Slayer™

member of [The League of Tarpon]

..cAStiNG kAMu iNC.. U3: Team Siamang Gagap U4: Team Patin Dua Depa U5: Team C.A.S.T.I.N.G.K.A.M.U. L.U.R.E.N.A.T.I.C.A.N.S [IMG]http://i92.photobucket.com/albums/l24/rohu9slayer/LURES/IMG_3370D.jpg[/IMG][IMG]http://i155.photobucket.com/albums/s300/bait4u/u5.gif[/IMG]

petang tadi kat jimah…sambil2 meneman BG…

aku sekor…Bg dua ekor…sumer remaja…jadilah buat lauk…rezeki…

lure aku:Duel magnet 70.
lure BG:Rapala Husky jerk

Tahniah bro Mepjakim & bro BG,
Besar dan gempal saiz siakap tu.
Setup pun best [:D][;)]

Zdkorbu,
InsyaAllah ahad nih.
Ready seperi biasa ja
ada rezeki ada la [:)]

Bro Ketam,
Abg Zdkorbu kita dok ketar dah tangan.

Bro Zd,
Dah sailang ka SB?

quote:
Originally posted by KetamTK
Tahniah bro Mepjakim & bro BG, Besar dan gempal saiz siakap tu. Setup pun best [:D][;)]

Tudia Abg Mep and Abg BG..sekali turun cast gempar jugak hasil..[:0]

alamak bro…tak seberapa bro…
boleh laa buat layan gigil…

quote:
Originally posted by jifat
tu ada si r.s. nk sponsor ko tu jayen,heheee...

working : is 4 people who don’t know how 2fish </font id=“blue”>

013-5530255 , 012-5666809 , http://jifat77.multiply.com/ </font id=“blue”>


siakap merchong sedang tunggu tu, bila lagi nak turun
quote:
Originally posted by mepjakim
alamak bro...tak seberapa bro...... boleh laa buat layan gigil......


Bro Mep,
Turun tak sabtu ni? Jumpo di sanun…[:)]
Nak layan gigil gak…


0123749120</font id=“size1”>

http://atam.multiply.com

sedikit info dari blog…

Kebiasaannya pemancing otai akan lebih suka mengilat menggunakan umpan udang hidup. Ini disebabkan lebih luas kawasan kolam yang boleh diterokai dalam menjejak ikan. Apa yang diperlukan adalah teknik mengunjum umpan udang hidup tersebut dari kawasan tengah kolam hinggalah ke tebing. Teknik ini dinamakan teknik spring!.
Walaupun kolam pancing, arus tetap terjadi disebabkan kipas oksigen yang dipasang di setiap sudut kolam. Apa yang diperlukan adalah melontar umpan udang tersebut ke arah hulu air tersebut mengalir dan kebiasaannya udang hidup tersebut akan berenang menghilir arus. Apabila udang tersebut mencecah ke dasar, joran akan disentap kebelakang lebih kurang sekaki panjang. Kemudian rendahkan joran agar udang tersebut berenang kembali ke dasar kolam. Proses ini diteruskan sehingga umpan sampai ke tebing.
Bagi menghasilkan persembahan terbaik, terdapat dua cara untuk mencangkuk umpan pada mata kail. Cara yang paling biasa digunakan oleh pemancing adalah dengan mencangkuk umpan udang tersebut pada sebelah ekor. Cara ini akan menyebabkan udang boleh berenang ke atas permukaan air mahu pun di dasar kolam. pada kebiasaannya, udang yang masih cegas sering kali berenang di permukaan dan pertengahan air. Sekiranya perkara seperti ini berlaku, cuba jentikkan kepala udang tersebut agar ianya pening-pening lalat sedikit dan menyebabkan ianya berenang di dasar kolam.

Cara yang kedua adalah dengan mencangkukkan mata kail pada kepala udang. Bagi mengelakkan udang tersebut cepat mati, mata kail hendaklah dicangkukkan pada tanduk udang. Berhati-hati jangan sampai mata kail membenam dan tercangkuk pada otak udang. Dengan menggunakan cara ini, udang tersebut biasanya akan berenang di dasar kolam. Ini mungkin disebabkan berat mata kail tersebut memaksa kepala udang untuk sentiasa menuju ke bawah.
Selain menggunakan udang hidup, pemancing juga boleh menggunakan umpan udang kopek. Istilah udang kopek ini adalah disebabkan, umpan yang digunakan akan dibuang kulitnya. Sekiranya menggunakan udang kopek ini, pemancing hanya perlu melontar dan membiarkan umpan tersebut mencecah sehingga dasar. Kemudian, kekili dikarau secara sekata bagi menarik umpan tersebut. Bagi teknik ini, cara cangkukkan umpan adalah penting agar umpan udang kopek tersebut bergerak lurus didalam air dan bukannya berpusing-pusing.

Terdapat teknik lain yang boleh digunakan seperti menggunakan pelampung dan masih sama menggunakan umpan udang hidup. Tetapi, teknik ini lebih sesuai di kolam komersial yang kurang berarus ataupun teknik ini lebih sesuai digunakan di tengah-tengah kolam yang mana arus pergerakan air yang pelahan. Sekirannya teknik ini digunakan di kolam yang berarus deras dikuatiri menggangu pemancing lain disebabkan pelambung tersebut menyilang pemancing bersebelahan.

Bagi pemancing beginner pula, mereka lebih gemarkan memancing dasar dengan menggunakan umpan isi ikan pasar. Sekiranya menggunakan teknik ini, pemancing tidak perlu menggunakan batu ladung sebagai pemberat. Cukuplah sekadar hirisan ikan tersebut sebagai pemberat. Ini juga membantu untuk menggelakkan ikan daripada perasan hirisan ikan tersebut sebagai umpan untuk menjerat mereka.

Bila nak strike?

Ini merupakan saat kritikal bila ikan dah makan umpan. Setelah penat memujuk ikan supaya menjamah umpan, jangan lah pula kita lepaskan rezeki tersebut. Sekiranya ikan siakap telah menjamah umpan, pada kebiasaanya ia akan mengemam umpan tersebut sebelum menelannya. Tabiaat ini serupa dengan ikan haruan.

Oleh yang demikian, apabila terasa “tup” seperti tali dijentik, pemancing perlu membuka bail-arm kekili agar tali dapat dikeluarkan. Ini adalah bagi mengelak ikan merasa tegangan di dalam mulutnya. Biarkan ikan bergerak membawa umpan seketika sehingga ianya berhenti. Tutup bail-arm kekili dan rendahkan joran sambil menggulung slack line. Setelah merasa tegangan pada tali, sembat joran tersebut agar mata kail tertacap kukuh di dalam mulut ikan.

Semasa bertarung dengan ikan, sila pastikan tali pancing sentiasa dalam keadaan tegang. Sekiranya ikan cuba melompat di permukaan air, rendahkan joran sambil tali pancing masih lagi dalam keadaan tegang. Ini adalah bagi memastikan umpan tidak dapat diluahkan daripada mulut ikan.

Malu bertanya sesat jalan…

Lain padang, lain belalang… Sukar untuk saya nyatakan teknik yang mana yang lebih membuahkan hasil. Ada sesetengah kolam saya dapati teknik menggunakan pelampung lebih efektif untuk mendapatkan ikan. Bagi kolam komersial yang sering saya kunjungi di Desa Aman, Sg Buluh ini, teknik mengunjum udang hidup adalah lebih efektif. Apa yang pasti, sebelum mencuba sesebuah kolam tersebut, cuba tinjau-tinjau cara pemancing-pemancing lain memancing. Ini adalah sekadar tip kepada anda yang baru menjinak-jinakkan diri dalam arena pancingan kolam kemersial. Selamat mencuba.

teknik unjunan

ni lagi lengkap

nice info…lengkap…
tq mr.joranpanjang…

kasi racun sikit gambar sekap kolam…

nanti ada masa kawan kasi racun lak. hehehehe…
bior tebuntang terus biji mata.. hehehehe

tumpang tanya..
boleh ke kita main casting kat kolam bayar guna jig head ngan udang kopek?
bagi udang kopek tu seret kat dasar jer..

setakat ni boleh aje jangan umpan tiruan

bahaya tu oscar…jgn dibuat…

biasanya tokey kolam akan perhatikan kita kalau kejap-kejap kita je yang bawak naik ikan…
dari semua segi dia akan check…
so kalau perlu… tanya dulu ngan tokey kolam buleh ke tak pakai mende tu…
mana tau dah naik dobelas tigablas ekor tetiba dia kata batal…
haru jadinye…