Salam pada warga MFN,
Agak lama telah kawan perhatikan, dan telah di amat amati, memang kalau ada apa2 isu, atau ada apa2 yg hendak di ketengahkan, akan ada nick name baru yg boleh membelasah sesapa sahaja, timbulkan masalah dan kemudian cabut lari. Kemudian akan timbul lah pula satu hero yg akan menyelamatkan keadaan. Hero tersebut biasanya takde telor, dan hero itu jugalah yg telah membuat nick baru dalam arena MFN, yg konon nya hero sangat. Dan telah kawan perhatikan seumpama contohnya kisah laporan Jamban Roboh, Kisah Ibu Toman, dan kini yg terbaru perdebatan antara Keli dan Lure.
Orang ini tidak pernah puashati dengan apa yg dilakukan oleh org lain, atau mungkin dia rasa dengki sebab org lain mendapat hasil yg lumayan, sedangkan dia kumpau dengan lure nya, dan setnya yg mahal2 (riak serta sombong). Maka titik tolak dari itu, dia cuba menimbulkan satu keresahan, dimana dia cuba sabitkan org lain dgn kesalahan2 yg dia anggap logik dan rasional.
Sedangkan dia tidak berfikir panjang, malah mengata lagi org berfikiran tadika, tapi hakikatnya pemikiran dia sama seperti seekor kambing tua yg menunggu utk di akikah. berbicara seolah2 dia seorang profesional dan handal sangat dalam arena casting, malah tidak pernah merendah diri pada forumer lain, dek kerana dia dari kalangan Elite caster. tidak kah dia pernah terfikir, yg forumer yg keluar masuk dalam forum ini ada org2 lama dan org2 tua?
Rasa tidak hormat itu hilang, apabila kita mengganggap kita yg terbaik. maka nasihat dan pandangan org lain ditolak bulat2. kerana pada fahaman nya sahaja yg betul. Wahai sedara Sarip, sedarlah, lihatlah langit seluas luasnya, dan cerminkanlah diri, sebelum kita membahas kan satu2 topik.
Bila berlaku satu2 pertelagahan, kawan nampak, dia tetap menegakkan benang nya yg mungkin dah memang basah lukus. maka kawan2, rakan2 nya cuba menyokong nya dari belakang, pakatan yg utuh, yaitu “YANG PENTING, KERJASAMA-Wonderpet”, yang dilaung2 kang, seolah2, tidak mengerti apa itu kerjasama.
Sarip,…sedarlah seketika dari lamunan mu. dunia ini kecil sahaja, esok lusa akan bersua. berubahlah dari menjadi perangai kambing tua, kepada manusia dewasa yg berfikiran waras. sehingga kini, kita belum nampak sebarang posting nya. itu menandakan dia adalah org yg sama dalam forum ini, dari gerak tatacara bahasa, serta frausa perkataan nya, kita amat2 mengenalinya.
Posting, konon2nya memanggil nama TOM utk berbincang masalah toman, walhal, klu kawan dan rakan, biarlah berbincang di meja sahaja, kenapa mesti menjemput sehingga di forum. kalau pun di forum, biarlah berhemah, dan bukalah satu tajuk yg baik, dan bincangkan secara lembut dan berhemah, bukan secara nak tunjuk terror, sedang kamu tidak seteror mana pun.
Jadi, malaslah nak taip panjang2, sebab dah penat dan meluat, kawan masuk ni utk sekali sahaja, agar yg lain dapat mengenali beliau dan hati budi beliau. kawan cukup kenal pada saudara sarip nih. kalau ada sesapa nak berpanjang2 selepas posting saya ini, silakan lah, saya tk kan reply kamu, sebab saya akan terus menghilang diri. makan pandailah kamu menjaga maruah masing2 dalam MFN.
Saudara TOM aka Sarip

Fiiggghhhhttttt!!!







