Saya nak berkongsi gambar dan sedikit ilmu tentang spesis2 tempatan kita.Saya harap kawan2 yg lain pun boleh berkongsi gambar dan ilmu2 tentang spesis2 ikan tempatan kita sahaja.

Loma/Lomah-Thynichthys thynnoides
Ikan ni biasanya boleh didapati di tasik2 dan lombong di sekitar Malaysia.Selalunya dalam satu kumpulan yg besar,selalu di salah anggap sebagai kumpulan Sebarau yg sedang boiling.Diet utamanya saya tak berapa pasti,mungking plakton dan tumbuhan2 air.Sifu2 ikan (Archer,Sild,Ayaak,Junglebum dll) tlg tambah2.

Sebarau-Hampala macrolepidota
Ikan yg menjadi idaman kaki2 casting semua.Biasanya boleh didapati di tasik2,lombong2 dan juga sungai2 di Malaysia.Diet utama adalah anak2 ikan dan juga udang.

Bagoh-Puntius lateristiga
Ikan yg mendiami sungai berjeram,berbatu dan juga air2 terjun di sekitar malaysia,boleh di jinakkan menggunakan gewang2 kecil dan juga cengkerik & cacing.Diet utama saya tak pasti..

Tengas-Neolissochilus hexagonolepis
Ikan yg nendiami sungai2 berjeram di Malaysia.Ikan ni complicated sikit,byk genus dia..yg ni biar otai2 terangkan,tp yg dlm gbr ni kalau tak silap hexagonolepis,tengas yg biasa kt sungai2 berjeram.Umpan yg selalu di gunakan,perut ayam,cengkerik,kelapa sawit,anak udang dll.

Toman-Channa micropeltes
Samseng air tawar,antara ikan yg terkuat dan menjadi idaman kaki pancing semua.Mendiami tasik2,sungai2 dan lombong2 di Malaysia.Diet utama ialah ikan dan mcm2 lagi,di lombong2 sekitar Perak saya ada dengar pemancing menggunakan umpan anak itik untuk menjinakkan toman2 monster..tak sanggup saya..untuk kaki2 casting ikan ini mmg menjadi buruan kerana kekuatannya.


Haruan Palas-Channa melasoma
Haruan ini di sebelah bawah badannya berwarna kebiru-biruan dan badan bewarna agak gelap.Mendiami kawasan2 berpaya dan kawasan2 yg kandungan Ph dlm air nya rendah.Diet-katak,anak ikan dll.

Bujuk-Channa lucius
Spesis kepala ular yg mempunyai corak badan yg menarik.Mendiami kawasan yg sama dgn Haruan Palas tadi,diet pun sama lah kot.
Untuk rujukan:Otai2 ikan air tawar Sild,Ayaak dll dan www.fishbase.org
[IMG]http://i40.photobucket.com/albums/e247/dolahpenang/logogif.gif[/IMG] [IMG]http://i37.photobucket.com/albums/e80/adv3333/gkb1.jpg[/IMG] http://akashah.multiply.com http://longkanggang.blogspot.com/
[/IMG] 



























