Sukan Gewang Pantai

Sukan Gewang Pantai</font id=“black”></font id=“size4”>

Pendahuluan
Saya meletakkan topik ini kedalam seksyen Memancing Ikan Air Tawar adalah kerana ramai angler gewang terdiri dari pemancing-pemancing sukan air tawar. Saya suka untuk menarik perhatian peminat-peminat gewang air tawar untuk mencuba dan mempraktikkan kemahiran mereka ke arena air masin pula. Tiada yang mustahil dalam arena pancing ini, yang penting usaha dan kreatif kita untuk menyesuaikan kaedah2 yg kita ketahui di padang pancingan masing-masing.

Di sini saya ingin memperkenalkan Sukan Gewang Pantai, atau lebih dikenali sebagai Shore Game oleh angler di Jepun. Sukan ini amat popular di Jepun disebabkan banyak jenis gaya pancingan boleh dijalankan dari kawasan pantai.

Kawasan atau Padang Pancingan.
Pada umumnya, sukan ini dijalankan dari kawasan pantai. Tetapi bukanlah ia bererti kita perlu main 100% dari kawasan pantai yang berpasir sahaja, lebih mudah dikatakan, kawasan-kawasan darat yang menghadap laut juga dikategorikan dalam sukan ini. Di bawah ini adalah senarai-senarai kawasan itu ;

  • Pantai
  • Tebing batu
  • Konkrit Pemecah Ombak
  • Jeti
  • Muara Sungai
  • Lagoon
  • Pelabuhan

Kategori Gewang Pantai
Berdasarkan kawasan pancing atau padang pancing yang diberikan diatas, saya rasa ramai yang dapat mengagak jenis-jenis gewang yang boleh disesuaikan di setiap kategori kawasan yg disebutkan. Oleh itu gaya pemancingan di setiap kawasan juga agak berbeza dan mempunyai nama yang dikhaskan.

Di bawah adalah senarai kategori gewang pantai ;

  • 1.Lure Surfcasting
  • 2.Light Rock Fish Game
  • 3.Hard Rock Fish Game
  • 4.Shore Jigging
  • 5.Darting Game
  • 6.Eging Game

1.Lure Surfcasting

[IMG]http://img.photobucket.com/albums/v213/jenna7/luresurf.jpg[/IMG] Lure surfcasting atau gewang pantai adalah dikhaskan untuk pemancingan gewang dari kawasan pantai dan muara sungai. Diantara target spesis ikan yang utama ialah; 1.Siakap/Seabass 2.Ikan Kuku/Sea Bream 3.Ikan Sebelah/Flounder 4.Ikan Pari 5.Ikan Baji/Flathead atau Lizardfish 6.Ikan terbang

Jenis-jenis gewang.
(Floating type dan Sinking Type)
1.Minnow - Slim Minnow, Pencil Minnow
2.Topwater - Lipless Minnow
3.Vibration
4.Shad

2.Light Rock Fish Game
Light Rock Fish Game dan Hard Rock Fish Game adalah sama dari segi penggunaan gewang yg digunakan, cuma saiz gewang dan saiz target ikan adalah berbeza. Di bawah adalah diantara beberapa topik mengenai lite rock fish yg telah diperbincangkan.

Rujukan- Light Rock Fish Game
http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=7932
Rujukan- Ngetest uji gewang mikro -Silverbarra-
http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=7924

3.Hard Rock Fish Game
Hard Rock Fish Game ialah cara pemancingan yang dikhususkan di kawasan-kawasan berbatu. Dimana ikan-ikan yang yang hidup di celah-celah batu atau kawasan berbatu seperti kerapu dan Ainame.

Gewang yang biasa digunakan bagi memburu ikan di kawasan-kawasan berbatu adalah terdiri dari jenis Softies lure atau Grub. Kelengkapan alat memancing dan juga Grub dari permainan air tawar adalah sama. Kaedah yang biasa dilakukan ialah memancing secara bottom atau dasar. Bagi saya, saya lebih suka menggunakan bullet sinker bagi membolehkan mereka mencapai dasar dengan lebih cepat memandangkan kebanyakkan kawasan berbatu pancingan saya berkawasan agak curam dan dalam. Dan seterusnya saya akan mempergayakan perbagai corak renangan ke atas Grub dengan cara mengheret atau merenangkan grub dalam jarak 1m dari dasar.

Bagi mereka yg ingin mengetahui tentang jenis-jenis Grub, sifat grub dan apa-apa mengenai, penerangan oleh Mr Marlin di dalam English Section adalah lebih terpernci dan mendalam.
Rujukan-Berkley Product
http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=6044

3.Shore Jigging

Shore Jigging adalah memancing menggunakan metal jig yang dilontar dari pantai atau kawasan berbatu. Lebih kepada casting dari darat. Diantara species ikan yang boleh dipancing melalui kaedah ini ialah;
1.Siakap
2.Tenggiri
3.Ikan Kacang
4.Ikan Alu Alu
5.Amberjack
6.Cermin Aini
7.Dorado
8.Tuna

[img]http://p3mania.at.infoseek.co.jp/pho/sw/061118_01.jpg[/img][img]http://p3mania.at.infoseek.co.jp/pho/sw/061018_01.jpg[/img] [img]http://p3mania.at.infoseek.co.jp/pho/sw/051220_01.jpg[/img][img]http://p3mania.at.infoseek.co.jp/pho/sw/051011_03.jpg[/img] [img]http://p3mania.at.infoseek.co.jp/pho/sw/CA310025.jpg[/img][img]http://p3mania.at.infoseek.co.jp/pho/sw/054_1.jpg[/img] Lihatlah hasil-hasil Shore Jigging. Hanya memancing dari daratan tidak perlu menaiki bot.

Species diatas adalah diantara jenis ikan yang biasa menghampiri pantai di padang pancing saya mengikut musim, biasanya pada musim luruh adalah waktu ikan2 diatas paling menghampiri pantai dan kawasan berbatu.

Teknik Shore Jigging

1.Kawasan Pantai
Di kawasan berpantai, berat jig yang biasa digunakan adalah diantara 15g hingga 35g. Bergantung kepada jenis rod yg digunakan, metal jig perlu disesuaikan mengikut spesifikasi berat gewang yang dipaparkan. Sebenarnya di Jepun ini ada menjual rod yang khas untuk Shore Jigging game ini. Spesifikasinya adalah seperti berikut (rod yang digunakan di kawasan berpantai)
Panjang 11kaki
Berat Lure 15g hingga 60g.
Rod-rod ini mempunyai tapper yang agak keras dan juga mempunyai butt blank yang berdiameter agak besar. Grip mereka juga agak panjang, bagi memudahkan angler membuat lontaran jig yg berat. Jika dilihat pada grip mereka, panjangnya adalah lebih kurang sama dengan grip surfcasting rod.

Teknik karauan yang biasa dijalankan di kawasan berpantai adalah secara Vertical jerk dan juga Slow retrieve. Vertical jerk adalah teknik sentapan secara mendatar. Walaupun ianya dipanggil secara mendatar, tetapi apabila membuat jerk kita perlu mendongakkan rod secara menegak ke atas. Apabila jig telah sampai ke dasar, karau dan jerk jig 2-3kali dengan mendongakkan tapper rod. Heretan jig dari perut laut sehingga ke gigi laut melalui kaedah ini menyebabkan ianya dinamakan vertical jerk.

Slow retrieve pula adalah teknik karauan secara perlahan dimana kita perlu mengangkat tinggi rod dan tidak membiarkan jig kita temggelam. Dengan ini jig akan berada di kawasan permukaan air dan karauan yang perlahan membuatkan mereka berhayun secara lemah gemalai.

2.Kawasan Berbatu
Kebanyakkan teknik yang dijalankan di kawasan berbatu adalah secara Horizontal+Vertical Jerk. Teknik yang agak sama dijalankan dengan permainan jigging dari bot. Kedalaman di kawasan berbatu yang agak curam membenarkan kita untuk melakukan kaedah ini. Kebanyakkan angler akan melontar Jig tanpa hook dahulu. Ini adalah bertujuan supaya mereka dapat trace atau mengesan kedalaman dan juga struktur kawasan berbatu di bawah air. Dengan cara ini dapatlah mereka imagine atau membayangkan cara mengarau dan membuat jerk dengan timing yang sesuai supaya Jig tidak mudah sangkut pada batu.

Seperti yang saya katakan tadi kedalaman air di kawasan berbatu yang agak dalam, membenarkan angler untuk menggunakan Jig yang mempunyai berat sehingga 150g. Oleh itu kebanyakkan angler rock jigger suka melontar jig berpurata 80g-100g. Rod-rod yang digunakan pula kebanyakkannya ditempah terus bagi mereka yg mampu, seperti rod Fisherman dan Sevenseas. Bagi mereka yg sekadar ingin memiliki rod dgn harga yg terhad, Jenama-jenama seperti Gamakatsu, Zenaq, Daiwa, Daikoh dan juga Major Craft ada mengeluarkan rod2 yang khas digunakan di kawasan berbatu. Seperti rod yg digunakan di pantai, di kawasan berbatu juga panjang rod yg digunakan adalah melebihi 11 kaki.



Sukan Siakap Pantai Bahagian‡T</font id=“Comic Sans MS”></font id=“size4”> </font id=“blue”>

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebenarnya saya tak tahu nak letak topik nih kat mana sebab ikan seabass ni hidup diantara air masin dan air payau. Jika ada nasihat yang lebih arif silalah beritahu kepada saya. Untuk makluman segala teknik dan tips yang ditulis disini adalah gaya permainan Seabass di Jepun, mungkin ianya tidak sesuai untuk dimanipulasikan di Malaysia, jika ada diantara teknik dan tips disini yang boleh dijadikan rujukan angler-angler di Malaysia saya berasa berbesar hati untuk berkongsi maklumat ini. Harap maklum.

Pendahuluan

Akhirnya terjawab juga persoalan saya mengenai ikan Seabass di Malaysia. Dari pengetahuan saya yang cetek, saya tidak sangka yang seabass itu dipanggil siakap atau kakap di Malaysia. Terima kasih kepada otai-otai di Malaysia yang memberi maklumat yang terperinci mengenai habitat seabass di Malaysia.

Saya ingin berkongsi pengalaman mengenai kegiatan Seabass fishing di Jepun ini. Sukan ini merupakan salah satu sukan yang begitu popular di kalangan muda mudi di Jepun ini. Ianya lebih dikenali sebagai “Seabassing” di kalangan pemancing di sini. Saya juga turut menyertai sukan ini setelah di ajak oleh rakan sekerja saya untuk memulakan sukan ini. Dan apabila turun ke pantai, ramai peminat seabass akan berdiri di sepanjang pantai di waktu malam untuk memburu ikan ini. Sekaligus menemukan saya dengan sifu-sifu Jepun yang tidak kedekut ilmu untuk mengajar teknik-teknik memancing Seabass ini dengan menggunakan gewang.

Di sini saya ingin memperkenalkan jenis-jenis Siakap yang terdapat di Jepun. Ada 3 jenis siakap yang biasa di temui di sini. Mereka juga lebih dikenali sebagai Asian Seabass. Di bawah adalah diantara muka-muka yang sentiasa menjadi buruan Seabasser (pemancing seabass).

Jenis-jenis seabass di Jepun

1.Hira-suzuki (Lateolabrax latus).</font id=“blue”>


Jenis seabass yang biasa di pancing di kawasan pantai berbatu. Waktu memancing yang paling sesuai ialah waktu siang, di sini lebih dikenali sebagai ‘Day Game’. Ikan ini suka menyorok di bawah buih putih yg terhasil apabila ombak menghempas. Hira-suzuki tidak banyak masuk ke kawasan air payau atau muara sungai. Mereka lebih menggemari kawasan pantai atau cerunan batu yang dalam. Biasanya mereka akan muncul pada ketika ombak melebihi 2.0m. Seabas jenis ini boleh membesar sehingga 1.5m menjangkau berat lebih 20kg. Saya ada membaca majalah disini dimana seorang angler menangkap seabass melebihi berat 20kg dengan hanya menggunakan PE 1 (10lb) dan shock leader 20lb. Berapa jangkamasa untuk beliau me’landing’kan ikan tersebut tak tahu le.
Ianya seperti mimpi untuk menangkap ikan ini dalam Lanker size (size bapak) dan merupakan buruan utama sebasser disini.

2.Tairiku-suzuki (Lateolabrax@‚“‚).</font id=“blue”>

Tairiku bermakna daratan dalam bahasa Melayu. Jenis seabass ini biasanya suka tinggal di kawasan muara sungai. Beza ikan ini dengan yang lain ialah mereka mempunyai bintik hitam di badan mereka. Jenis ini tidak begitu popular di kalangan seabasser disini kerana agak sukar untuk menemuinya. Saya pernah tangkap ikan ini sekali sahaja, tapi saya begitu tertarik dengan warna dan corak di badan ikan ini. Lawa.

3.Maru-suzuki.</font id=“blue”>


Ini adalah jenis Seabass yang paling popular di kalangan sebasser disini. Mengapa ianya di panggil maru (bulat), ini ialah kerana badannya yang agak bujur. Waktu memancing yang paling sesuai di Perairan Laut Jepun waktu malam, di perairan North Pacific siang dan malam. Di kawasan pantai yang mengadap lautan North Pacific maru-suzuki suka memasuki kawasan pelabuhan-pelabuhan dan sungai2 kecil di sekitar bandar Tokyo dan Osaka. Oleh itu tidak hairanlah seabass ini boleh dipancing dari kawasan tengah-tengah metropolitan itu. Jika kita naik monorel di Tokyo, kita akan biasa berjumpa dengan kaki Seabass di bawah pile monorel itu. Ya mungkin benar seperti yang diperkatakan oleh Bro Wahoo, dimana ikan itu pernah ditemui di kotaraya Kuala Lumpur. Ini kerana mereka suka berenang di kawasan sungai, mereka akan pulang ke laut dalam untuk mengawan dan bertelur.

Di kawasan laut Jepun (mengadap korea dan rusia, field seabass saya) seabass jenis ini mudah ditemui di kawasan pantai yang landai, muara sungai dan juga di hulu sungai. Saya aktif menjalankan kegiatan ini di kawasan pantai. Jenis ini mudah dipancing apabila ombak melebihi 1.0m. Kita akan menghadapi masalah untuk mencari lubuk ikan ini, memandangkan kawasan pantai yang luas sukar untuk kita mengagak di mana mereka bersembunyi.

Teknik memancing seabass.
Saya ingin menceritakan tentang teknik-teknik yang saya pelajari dr otai2 Jepun disini, (saya tidak bermaksud untuk mengajar, mungkin ramai yang dah tahu ataupun teknik2 ini sudah lama dipelopori oleh otai2 di Malaysia, jika salah maafkan saya). Teknik yang ingin saya sebutkan di sini adalah teknik yang agak berkesan untuk shore game (pemancingan pantai), untuk pemancingan daripada reef ataupun pelabuhan caranya agak berbeza. Begitu juga teknik memancing di kawasan muara juga agak berbeza. Saya cuma berpengalaman di dalam Shore Game sahaja dan teknik ini lebih dikenali sebagai ‘Teknik Angler Laut Jepun’. Diantara teknik-teknik itu ialah:

Teknik Run and Gun
Langkah pertama gunakan teknik Run and Gun (tak pasti ejaan nih betul ke tidak). Teknik ini memerlukan kita berjalan sambil melontar gewang di sepanjang pantai. Ini adalah teknik untuk kita selidiki keadaan laut pada hari itu. Ke arah mana arus masin bergerak, dimana adanya current (arus kembali) dan juga yg paling penting dimana adanya patukan ikan pada gewang. Saya suka menggunakan gewang yang agak besar bersaiz 14cm sebagai pilot lure untuk mengkaji keadaan laut pada hari itu. Apabila mendapat patukan ikan pada sesuatu tempat, saya akan kerap menukar gewang untuk menepati jenis dan saiz bait pada hari itu. Teknik ini dipanggil ‘Match the Bait’.

Teknik Match the Bait
Saya biasa membuat kajian tentang jenis bait pada hari itu dengan menyiang perut Seabass apabila pulang ke rumah. Ini adalah kerana kita tidak dapat melihat bait yg berkumpul pada waktu itu kerana waktu malam. Oleh itu penting untuk kita mengetahui bait apa yang di baham oleh seabass pada hari itu, sekaligus memudahkan kita untuk memilih lure yang menepati bait pada hari yang berikutnya. Saya pernah lihat anak ikan sardin dalam perut seabass sebesar 9cm, Olh itu saya akan guna gewang yang sama warna, pergerakan dan saiz dengan anak ikan sardin itu pada hari berikutnya, ternyata teknik ini amat berkesan. Kebiasaannya lubuk seabass akan berkekalan sepanjang 2-3 hari selagi ombak besar tidak mengubah struktur pantai pada minggu itu. Perlu diingatkan bahawa struktur pantai berubah setiap hari bergantung kepada fenomena ombak.

Fenomena Ombak dan Arus Masin
Jika kita merenung dan meneliti keadaan ombak di pantai, kita dapat lihat beberapa kawasan ombak tidak bergulung. Mengapa fenomena ini berlaku? Ini adalah kerana pergerakan gelombang ombak yang dibawa ke pantai akan kembali menuju ke arah laut. Ini menyebabkan gelombang ombak dari pantai akan bertembung dengan arus kembali ini menyebabkan ombak susah untuk bergulung. Arus kembali ini mempunyai kelebaran seluas 10-30meter dan juga bergerak selaju 2.0m/s. Oleh itu kita biasa dengar orang biasa lemas dibawa arus deras ke arah laut walaupun pantai itu cetek. Arus deras itu adalah disebabkan oleh fenomena current ini.

Faktor current dan juga pergerakan arus masin merupakan faktor yang memainkan peranan yang penting utk mencari lubuk ikan yang sesuai. Ini adalah kerana ikan suka berenang dan berkumpl merentangi arus yang berlawanan. Oleh itu jika kita lontar gewang, dan karau, jika kita dapat merasakan gewang tu berat semacam jek, bermakna disitulah adanya current ataupun arus masin.

Faktor ombak
Faktor ombak juga memainkan peranan yang penting utk mencari lubuk ikan. (Saya pernah menulis perkara ini di salah satu tajuk mengenai gewang Red Head kalau tak silap saya). Kita boleh lihat ombak putih mula bergulung dari kawasan tengah pantai, dan akan menghempas di pantai, di kawasan permulaan gulungan ombak itulah merupakan sempadan kawasan landai dan dalam, ianya juga dipanggil sebagai Break Point ataupun Break Off. Jika kita pandai melontar gewang di belakang ombak yang mula bergulung, peluang untuk mendapatkan patukan ikan adalah cerah. Ini adalah kerana anak-anak ikan suka berkumpul di kawasan ombak yg menghempas di tengah pantai, ombak yang menghempas akan menggaulkan pasir di kawasan yang landai sekaligus menghasilkan plankton-plankton yang menjadi makanan anak-anak ikan ini, Seabass suka menyorok di bawah buih putih ombak yang terhempas, oleh itu mereka akan membaham anak-anak ikan yang asyik dengan plankton-plankton tadi. Sebab itulah jika kita melontar gewang di kawasan ombak yang mula bergulung kita akan mendapat chances patukan ikan sekaligus menipu seabass untuk memakan gewang kita.

[img]http://www.geocities.jp/iliya0514/MFN/seabassgame/fenomena_ombak1.jpg[/img] [img]http://www.geocities.jp/iliya0514/MFN/seabassgame/fenomena_ombak2big.jpg[/img]

Banyak lagi saya nak cerita disini, saya akan menyambung pada masa akan datang mengenai jenis dan warna gewang, teknik karau, cara menaikkan ikan dari gigi air, seabass tackles and gear, dan lain-lain.

Diharapkan pendapat saya ini dapat menjadi rujukan kepada mereka yang baru nak mulakan lure surfcasting ini. Kepada otai2 di Malaysia, harap dapatlah teguri saya jika ada pendapat yang salah.


Sukan Siakap Pantai Bahagian‡U</font id=“Comic Sans MS”></font id=“blue”></font id=“size4”>

Jenis dan Warna Gewang

Mungkin ramai yang membuat andaian bahawa warna gewang memainkan peranan yg begitu penting dalam pemilihan gewang. Bagi saya saya tidak begitu mementingkan warna, tetapi apa yang saya pentingkan ialah pergerakan gewang dan tone atau kegelapan dan kecerahan gewang itu sendiri. Perlu diingatkan bahawa teknik saya ini hanya digunakan di waktu malam di mana warna gewang tidak mempunyai apa2 kesan di waktu gelap, melainkan tone warna gewang itu sendiri.
Saya menggemari gewang yang mempunyai kelebaran lenggokan ayunan yang amat kecil (bergantung kepada faktor tertentu pada hari itu). Setiap lure yang berlainan jenama mempunyai pergerakan yang amat berbeza di antara satu dengan yang lain. Pemilihan gewang adalah amat bergantung kepada faktor-faktor keadaan ombak, arus, bait dan cuaca pada hari itu, susah untuk saya memberitahu gewang jenis bagaimanakah yang paling tepat dan bagus untuk memancing dari pantai ini. Oleh itu apa yang saya tulis disini hanyalah sebagai rujukan sahaja.

Kaitan Gewang dan Bait Fish
Dari pengalaman saya (pemancingan dari pantai) saya begitu menggemari gewang berbentuk slim. Terutamanya dari jenama Duo iaitu Tide Minnow Slim floating type. Gewang ini berenang didalm range 60cm di bawah permukaan air. Gewang jenis ini membuat pergerakan Rolling dan Whobling yang amat kecil, dimana ianya amat menyerupai pergerakan anak-anak ikan yang berenang di waktu malam. Gewang jenis ini amat berkesan di dalam ombak diantara 1m hingga 1.5m.

Di waktu keadaan laut tenang saya lebih menggemari Lipless lure (gewang takde bibir). Ini adalah kerana bait suka berenang di permukaan air di waktu laut tenang, dan gewang lipless ini berenang di bahagian topwater. Mengapa tidak menggunakan popper? Popper membuat pergerakan yang amat meriah sekaligus memeranjatkan Seabass di kala air tenang. Lipless pula membuat pergerakan yang amat senyap dan lenggokan yang lemah gemalai sekaligus menghasilkan gelombang seperti anak ikan yang sakit. Keaktifan Seabass amatlah terbatas diketika air tenang, kadang kala mereka malas untuk berenang dan mengejar anak-anak ikan yang aktif. Gelombang dari gewang yang bergerak dapat menipu Seabass, sebab itu saya katakan tadi pergerakan gewang memainkan 90% peranan untuk menipu ikan daripada warna gewang.

Kaitan Gewang dan ombak
Pada ketika ombak yang agak besar seperti ombak yang melebihi 1.5m, saya lebih menggemari Tide Minnow Slim yang bersaiz agak besar diantara 12cm hingga 14cm. Ini adalah untuk Seabas mudah mengesan gelombang yang dihasilkan oleh gewang yg bersaiz besar di dalam ombak yang agak besar. Jika tidak ada patukan, saya akan mencuba gewang berjenis Sinking type, kerana kadang kala ombak yang besar tidak dapat memberikan pergerakan yang berkesan terhadap floating minnow, di mana floating minnow akan dihanyutkan di dalam ombak besar itu. Jenis sinking ini berkesan kerana ianya akan berenang secara constantly di bawah ombak yang besar. Kadang kala seabass akan menyorok di dasar pantai apabila ombak besar, jadi jenis sinking minnow ini juga amat berkesan jika kadang kala digunakan.

Fungsi minnow yang bersaiz besar tidak terhad kepada pilot lure dan keberkesanannya di dalam ombak besar sahaja, biasanya mereka ini lebih berat (19g-25g) oleh itu membolehkan kita membuat casting yang jauh. Bukan itu sahaja di waktu angin yang agak kuat, minnow yg besar ini berkesan untuk keep range casting kita.

Gambar Gewang

Disini saya tunjukkan jenis2 gewang yang menjadi kegemaran saya.

DUO Tide Minnow Slim Floating type
saiz:12cm-13g, 14cm-19g, 17.5cm-27g


DUO Tide Minnow Slim 105 Heretic Sinking type
saiz:10.5cm-15g (lihat perbezaan bibir antara floating dan sinking)

DUO Tide Minnow 135 Surf
saiz:13.5cm-24g (sesuai di waktu ombak besar, mempunyai badan yang agak lebar)

DUO Terrif DC-12 Type1
saiz:12cm-18g (lipless bersesuaian di waktu air tenang dan bait yang berenang di permukaan air)

DUO Slim 140 Flyer
saiz:14cm-21g (sesuai digunakan pada waktu angin yang kuat)


perbezaan lip minnow slim (kanan) dan flyer (kiri)

Gewang-gewang diatas menggunakan Cultiva hook ST-46. Lihatlah jumlah hook yang digunakan, sebanyak 3 hook. Sebab itulah saya menggemari gewang ini, apabila kita mendapat hit ikan, ikan agak susah untuk terlepas kerana hook yang banyak ini akan melekat setiap kali bergerak semasa ikan melawan. Banyak jenama lain meniru gewang DUO ini dalam product mereka. DUO merupakan jenama yang paling popular bagi angler-angler di kawasan perairan Laut Jepun.

Banyak lagi lure lain yg agak berkesan, seperti Daiwa Shore Liner LD-50, Aile Magnet, IMA KOMOMO dana lain2, tetapi koleksi saya hanya banyak kepada DUO sahaja, kerana di tempat saya sekarang hanya DUO yang banyak memberikan hasil tangkapan, daripada membazir beli gewang yang tak banyak memberikan kesan, lebih baik kumpul gewang yang benar-benar diyakini.

Gambar koleksi gewang yang saya gunakan yang agak popular.

Daiwa Shore Line Shiner R50 LD F-G
Sesuai di waktu ombak di bawah 1.5m. Mempunyai lenggokkan whobling yang agak besar. (ayunan ekor yang lebar)
(range 50cm, floating, saize 12cm-18g)

Ima Komomo SF-130mm slim (lipless)
amat popular di kawasan Osaka Bay. Sesuai di waktu ombak tenang.

DUEL Aile MG diet120F
Pergerakan yang agak agresif, sehinggakan kita dapat merasakan pergerakannya pada rod kita, sesuai di waktu ombak melebihi 2.0m. Cara karau : Dead Slow Retrieve.

Megabass Lip in Bait 85mm
Sesuai di gunakan di kawasan berbatu curam yang agak dalam ataupun di ketika ombak yang agak besar, Lip yang besar memudahkannya untuk mnyelam dan berenang di bawah ombak yang besar.


Sukan Siakap Pantai Bahagian ‡V</font id=“Comic Sans MS”></font id=“blue”></font id=“size4”>

Saya nak cerita pula mengenai alatan untuk Seabass game nih. Tak banyak perbezaan dengan Freshwater Game. Cuma bagi pemancing dari pantai perlulah menggunakan rod yang agak panjang sikit 9kaki-11kaki.

Di bawah adalah diantara peralatan seabass game yang saya gunakan:

1.Rod

[img]http://www.geocities.jp/iliya0514/MFN/seabassgame/123_2370.jpg[/img] [img]http://www.geocities.jp/iliya0514/MFN/seabassgame/123_2374.jpg[/img]

Panjang rod ini ialah 10 kaki, kelas medium light. Sifu jepun saya kata rod nih agak keras pada tapper dia, sebab itulah rod ini sesuai untuk membuat lontaran gewang seberat 10g-35g. Sifu saya kata kalau nak memadankan dengan lure yang biasa digunakan, iaitu kelas berat 15g-21g, elok guna rod yang dalam kelas Light. Kerana rod ini agak lembut dan boleh membuat lontaran yang sempurna dan agak jauh.

Jika anda ingin memilih rod, pilihlah mengikut kesesuaian gewang yang hendak digunakan. Banyak lagi kelas-kelas rod ini seperti Heavy Light, Ultra Light dan juga Medium Heavy. Panjang rod juga berbeza mengikut tempat yang hendak di pancing, jika dari atas jeti cukuplah setakat 7-8kaki, dari atas bot 6-7kaki, muara sungai dan pantai 9-11kaki. Kalau ada pertanyaan mengenai kelas-kelas rod saya sudi menjawab.

2.Reel

[img]http://www.geocities.jp/iliya0514/MFN/seabassgame/124_2456.JPG[/img] Shimano Ultegra C3000 [img]http://www.geocities.jp/iliya0514/MFN/seabassgame/IMG_0058.JPG[/img] Daiwa Emblem 2500BL

Reel cukuplah dalam siri 1500-3000. Bergantung kepada panjang tali yang ingin digunakan. Bagi saya, saya selalu gulung tali diantara 150m-175m. Kos untuk pembelian reel tak perlulah mahal-mahal sangat. Tapi kalau nak beli elok beli dari siri Shimano Ultegra ke atas atau Daiwa Freams ke atas, ini adalah kerana spec kekili ini adalah yang paling minimum didalam kelas-kelas kekili yang baik. Kalau nak guna cap ayam pun saya rasa takde masalah, tapi masalah backflash kerap berlaku kot.

Lihat pada gambar kedua Daiwa Emblem, reel jenis ini mempunyai Break Handle kat atas spool. Sekarang reel ini amat popular di kalangan Seabasser. Tetapi pengendaliannya agak rumit, walaupun begitu kita tidak perlu bersusah payah mengawal drag spool sewaktu berlawan dengan ikan, kerana kawalan drag hanya menggunakan handle tadi.

3.Tali

Tali induk. Saya lebih suka menggunakan tali induk jenis PE line. Besar tali itu ialah diantara PE1 hingga PE2. Jika anda ingin menggunakan fluorocarbon ataupun nylon carilah tali yang mempunyai poundage diantara 8lb-20lb.

Perbezaan PE dan nylon ialah:

PE line kebaikan dan keburukan:
PE line seperti yang diketahui, diameter yang halus dan ringan memudahkan gewang untuk terbang lebih jauh dan laju. Selain itu kita dapat merasakan pergerakan dan renangan gewang melalui gegaran yang disalurkan ke atas rod, oleh itu kita dapat tahu sama ada gewang itu berenang atau pun tidak.

Seperti yang saya katakan di bahagian 1 sebelum ini, kita perlulah menggunakan teknik RUN and GUN untuk mencari patukan ikan. Patukan ini penting untuk mencari lubuk ikan. Kita akan dapat merasakan patukan itu dengan mudah dengan menggunakan PE line ini. Jika kita membuat lontaran pada tempat adanya patukan ikan tadi kemungkinan untuk kita mendapat hit ikan adalah besar. Apabila ikan telah hit gewang kita disinilah timbul keburukan PE line ini. Biasanya Seabass akan memakan gewang secara menyedut (seperti vacuum cleaner) sebab mereka takde gigi untuk mengigit. PE line tidak mempunyai fungsi seperti nylon, dimana mereka tidak boleh dihenjut seperti spring, apabila gewang masuk sahaja ke dalam mulut Seabass, Seabass akan terus memuntahkan semula gewang itu (sebab dah kantoi), PE line akan tersedut sama dengan gewang tadi dan keringanan PE ini menyebabkan gewang mudah terkeluar apabila dimuntahkan semula. Oleh kerana itulah kita menggunakan Shock Leader, kerana bahan yang digunakan keatas shock leader itu berfungsi sama seperti tali nylon atau fluorocarbon, selain itu shock leader ini berfungsi sebagai kusyen diantara tali induk PE dan gewang.

Shock Leader yang diperbuat daripada nylon atau fluorokarbon ini akan terhenjut dan merenggang sedikit, dan masa untuk Seabass untuk memuntahkan gewang dan juga masa renggangan nylon agak lewat, lantas menyenangkan gewang melekat di bibir Seabass. Sebab itulah kadang kala kita akan lihat gewang melekat di tempat yang tak disangka-sangkakan. Gewang akan bergerak dari arah bibir menuju ke ekor apabila ikan meronta-ronta untuk melepaskan diri. Oleh sebab itulah saya suka menggunakan gewang yang mempunyai hook sehingga 3 ketul seperti Tide Minnow, mereka akan mudah tersangkut pada ikan apabila gewang bergerak.

Shock Leader pula bolehlah menggunakan dalam kelas 10lb-25lb.

Mata Kail
Permainan gewang di pantai akan menyebabkan gewang senantiasa diseret di atas pasir apabila kita menaikkan lure. Oleh itu pergeseran diantara gewang dan pasir akan menyebabkan mata kail menjadi tumpul setiap kali pergi memancing, oleh itu adalah penting bagi kita unuk mengasah mata kail itu selalu, supaya apabila ikan hit pada gewang dan masa kita jerk untuk shoot ikan itu, lebih-lebih lagi waktu berlawan dengan ikan, mata kail mudah menelusi mana-mana bahagian ikan.

3. Gewang.

Saya telah tunjukkan didalam bahagian 2 topic ini. Sila rujuk semula.

4.Ikatan
Saya akan ceritakan tentang ikatan pada masa akan datang. Cuma jenis ikatan adalah sama seperti ikatan didalam freshwater dan jigging. Apa yang penting mahirkan satu jenis ikatan supaya senang untuk kita membuatnya jika tali terputus, lebih2 lagi di waktu gelap. Ramai yang mungkin bertanya, apakah perlunya bimini twist double line pada tali induk? Itu terpulang pada individu, jika yakin dengan tali induk tu kuat, so bolehlah membuat sambungan terus antara shock leader dan tali induk. Saya lebih suka menggunakan double line sebab menggunakan PE line yang kecil.

Di dalam MFN ini juga telah banyak topik-topik mengenai knot (ikatan).

5. Aksesori

a. Quick Snap


Quick snap ini memudahkan untuk kita menukar gewang secara mudah.

b.Pliers, pisau, gunting dan lain-lain.

Keperluan yang amat penting di bawa ke padang pancing.

c.Penyangkut Gewang.

Mudah untuk menyangkut gewang apabila kita bergerak dari satau tempat ke tempat yang lain, terutamanya teknik Run and Gun.

d.Lure Vest

Memudahkan kita untuk membawa kotak-kotak lure dan alatan lain kemana-mana sahaja.

Diantara Tangkapan saya


Sukan Siakap Pantai Bahagian 4

Night Casting Game.

Seabass biasa aktif di waktu malam. Kebarangkalian untuk menangkap seabass di waktu malam adalah 80% lebih besar dari waktu siang. Di waktu siang Seabass tidak berapa suka memburu kerana mereka lebih suka melepak di kawasan yang agak dalam atau teduh. Di waktu malam, kebanyakkan ikan-ikan umpan bergerak tidak begitu agresif, lalu memudahkan siakap-siakap ini membaham ikan umpan ini. Tetapi teori ini hanyalah sebahagian andaian yang boleh dijangkakan. Mungkin ada teori lain yang lebih tepat tentang keaktifan siakap di waktu malam.

Mata Siakap
Saya pernah membaca salah satu majalah di Jepun mengatakan penglihatan Siakap adalah tidak berapa jelas dengan kata lain penglihatan mereka kabur. Mereka bergantung kepada gelombang atau riak air yang dihasilkan oleh ikan-ikan umpan yang disampaikan pada deria mata mereka. Sebab itu kita perlu meramalkan dengan tepat lubuk siakap pada hari itu, supaya kita dapat membaling gewang tepat ke atas lubuk itu. Ini adalah kerana Siakap hanya mengejar gewang yang lalu di depan mata mereka sahaja. Saya ada menceritakan tentang teknik untuk mencari lubuk siakap di bahagian 1. Tetapi ianya adalah sebahagian sahaja.

Kaitan Gewang dan Gelombang yang di hasilkan
Saya suka memerhatian gaya renangan anak-anak ikan dari kawasan pelabuhan di waktu siang. Gaya renangan anak-anak ikan kembung, ikan sardin, anak ikan tenggiri dan lain-lain amat berbeza antara satu sama lain. Begitu juga cara renangan dalam keadaan rehat ataupun dalam keadaan panik (keadaan apabila dikejar oleh ikan besar) adalah amat berbeza. Pemerhatian renangan anak-anak ikan ini dapat memberikan kita idea tentang bagaimana mengarau kekili dengan kelajuan yang ideal bagi merenangkan gewang-gewang kita agar renangan mereka kelihatan seakan-akan sama seperti anak-anak ikan yang hidup.

Setiap jenama gewang mempunyai gaya renangan yang amat berbeza. Walaupun begitu, di dalam jenama yang sama juga terdapat pelbagai gewang yang membuat renangan yang berbeza. Oleh itu kadang kala susah untuk kita membuat pilihan yang tepat tentang penggunaan gewang pada hari itu. Bagi saya, saya suka membeli dan menggunakan gewang yang membuat renangan atau lenggokkan yang amat kecil pada paksinya, seperti Tide Minnow Slim, kerana renangan mereka amat mirip seperti anak ikan hidup. Bukan itu sahaja, cara karauannya juga amat simple dengan hanya mengarau dengan kelajuan yang tetap tanpa membuat apa-apa jerk ataupun twitch. Perlu diingatkan, penggunaan tali PE adalah penting untuk mengetahui kelajuan karauan kekili kita itu dapat merenangkan gewang atau tidak. Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenainya, gewang yang berenang akan menyampaikan gegaran kepada tali PE dan akan disampaikan kepada guide rod, oleh itu kita dapat merasakannya di bahagian grip rod kita. (Tide minnow slim tidak sesuai untuk slow action, karauan kena laju supaya gewang berenang.)

Penggunaan gewang yang mempunyai lenggokan yang agak besar (renangan huruf ‘S’) seperti Aile Magnet, hanya bagus di gunakan di waktu ombak besar. Ini kerana ketrampilan lenggokkan besar mereka akan mudah dapat dilihat di dalam ombak yang besar berbanding lengokkan dan renangan yang kecil. Jika anda berminat untuk menggunakan gewang ini pada waktu air tenang, anda perlulah membuat karauan secara ‘Dead Slow Retrieve’ (karaun yang betul-betul perlahan), kerana jika dikarau secara laju di waktu air tenang, gelombang air yang dihasilkan akan menyebabkan siakap takut untuk membahamnya, bahkan menyebabkan mereka lari.

Warna gewang di waktu malam.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya (termasuk saya sendiri semasa mula memancing seabass dulu), " Siakap boleh nampak ke warna gewang di waktu malam?" Jawapannya, mereka hanya boleh mengesan tone warna gewang itu. Apa-apa pun di waktu malam warna tidak memberikan kesan yang besar dalam penangkapan seabass. Saya suka menggunakan gewang yang mempunyai salutan berkilat-kilat, dan mempunyai black back (warna hitam di bahagian belakang lure). Ini adalah kerana renangan rolling yang dibuat oleh sesetengah lure akan menyebabkan warna berkilat ini akan kelihatan berselang seli dengan warna black back. Oleh itu mereka akan lebih kelihatan seperti anak ikan, terutamanya ikan sardin yang berenang di waktu malam.

Pada waktu bulan mengambang pula, penggunaan gewang yang mempunyai sifat Luminous (ataupun di panggil Ghost colour). Cahaya bulan akan menelusi badan gewang ini lantas memberikan mereka kelihatan seperti sotong. Siakap juga suka memakan sotong selain anak ikan.

Pada waktu air agak keruh saya suka guna Red Head. Saya pernah melihat anak ikan yang dah nak mati di pelabuhan, di mana renangan mereka begitu lemah dan mereka insang mereka kelihatan agak kemerahan sebelum mati. Penggunaan red head di waktu air keruh menerampilkan mereka di dalam air.

[img]http://www.geocities.jp/iliya0514/images/banner/Japanese/mybanner.jpg[/img] [img]http://www.breaden.net/101111.jpg[/img]
Pentafsiran Pantai

Originally posted by poomie2000


[IMG]http://i43.photobucket.com/albums/e369/poomie2000/Picture1256.jpg[/IMG] [IMG]http://i43.photobucket.com/albums/e369/poomie2000/Picture1257.jpg[/IMG] [IMG]http://i43.photobucket.com/albums/e369/poomie2000/Picture1258-1.jpg[/IMG] [IMG]http://i43.photobucket.com/albums/e369/poomie2000/Picture1259-1.jpg[/IMG]

Maklumat dari majalah sirip januari 2003.

Originally posted by rusabekeng
kawe dah resize gambar scan tu ke size minimum but readable
(besar sikit je dari yang poomie post sebelum ni).
download kat sini (right click, select save target as…):
www.geocities.com/rusaboring/mentafsir_pantai.JPG
www.geocities.com/rusaboring/gewang_kecil.JPG

Pendapat dan kesimpulan saya mengenai artikel diatas.
Bang poomie..dan bang rusabekeng terima kasih kepada usaha kalian. Dengan ini dapat lah menambahkan pengetahuan mengenai seni mentafsir pantai.

Setelah saya baca artikel tu, ada pendapat yang saya setuju dan sealiran, tetapi masih ada perkara yang masih tidak diterangkan secara sedalamnya, contohnya arus masin di atas atau di bawah permukaan, kaitan arus masin dengan pergerakan ikan umpan dan sebagainya. Lebih lebih lagi artikel ini banyak menerangkan mengenai teknik mengail dengan menggunakan umpan, kita boleh mengadaptasikan atau memperolahkan pengetahuan ini dalam permainan gewang, perlu diingatkan jarak lontaran gewang tidak sama dengan lontaran batu ladung, so perlulah kita mempelajari dengan lebih dalam tentang bagaimana hendak mencari lubuk yang paling tepat di persisiran pantai untuk permainan gewang. artikel itu ada menulis tentang parit dan rip, kalau kita dapat memasterkan diri dalam hal ini, tiada masalah bagi kita untuk mengail menggunakan gewang.

[img]http://www.breaden.net/101111.jpg[/img]

Sejarah penglibatan saya dalam Sukan Siakap Pantai.

quote:
Originally posted by ridzuan ghazali
Saya sukakan aktiviti begini......malangnya tempat yang bersesuaian amat kurang.Kecuali di Manjung perak.........kawasan pantai teluk batik atau teluk rubiah sahaja.Kat Segari pantai remis pun rasa nya ada.

Masaalahnya ikan nya tak ada pulak.Banyak kawasan yang berpotensi mungkin di sebelah pantai timur.Apa kata sesekali kita praktik kan teori ini kat kawasan bebteng pemecah ombak di kawasan cerating sana.Kita pergi ramai ramai.

Mancing…Dulu,Kini dan selamanya.


Terima kasih bro ridzuan…
Saya tak tahu mengenai keadaan pantai dan mood ikan di sana..tak penah mancing disana.. Mungkin kawasan-kawasan yg dikatakan oleh bang ridzuan tu sesuai, itu le…saya banyak dapat maklum balas dr angler di malaysia mengatakan susah main gewang kat pantai sebab ikan sikit, tapi saya nak tanya satu perkara, ramai ke yg mencuba main gewang dari pantai? Saya rasa jika ada yg pioneerkan atau memulakan game ini, tunjuk bukti yg ikan boleh dipancing guna gewang dari pantai, InsyaAllah pendedahan Sukan Gewang Pantai ini akan menjadi lebih meluas.

Susah nak dapat ikan dari kawasan pantai??
Bukan masalah ikan tak ada, saya pun masa belum gila main gewang dari pantai, selalu jugak tengok org casting gewang kat pantai, saya kata dalam hati gila ke dierang tu mana le ada ikan main dekat pantai landai tu. Tapi saya telah diracun oleh seorang rakan sekerja dia ajak pergi pantai, dan tunjuk bukti kakap dinaikkan hanya dengan melontar gewang sejauh 20m dari pantai. Sejak dari tu saya start beli equipment dan mencuba, tapi dekat setengah tahun saya mencuba…tak pernah dapat hasil, rasa2 nak berenti je, tapi nasib baik saya berjumpa dgn salah seorang surf angler disini yg sanggup mengajar selok belok main gewang kat pantai. Dia ajar saya cara memahami struktur pantai, cara menilai keadaan ombak, cara mengkaji patukan ikan, cara melihat arus masin di waktu malam…dan banyak lagi. 10 tahun pengalaman dia, dia ajor saya selama 2minggu jek…dia kata dia tak penah ajor org lain sebab rahsia…tapi kenapa dia ajar saya?..sebabnya sebab saya org Malaysia, dia nak turunkan ilmu pada saya sebab dia nak suruh saya luaskan sukan nih kat mesia…

Penyesuaian Gewang
Hasilnya…baru 3 hari jek lesson dia tu, saya berjaya mendaratkan kakap sebesor 70cm, peghh!! Saya tanya dia kenapa selama 6 bulan saya mencuba tak pernah dapat pun? dia kata.bak sini lure box nko. dia bukak dan gelak tengok lure saya…hahaha...nko punya lure ni tak sesuai main kat pantaihabis napa malam ni saya dapat? nko pakai lure apa..saya tunjuk le seketul lure slim yg saya pakai..memang le dapat, sebab nko pakai lure slim. sejak dari itu dia nasihatkan saya, kalau nak main surf, nko kena pakai gewang cam gini cam gitu, so jimat duit saya tak payah beli lure yg tak leh pakai kat surf. dia kata sejak 10 tahun lepas dia banyak beli lure yg tak leh pakai langsung kat surf, semua ada dekat 400ketul, nko nak amik le mana yg nko suka…hehehe..saya kaut le 10 ketul..dia nasihatkan saya lagi, main gewang kat pantai bukan boleh main tibai jek…banyak faktor perlu difikirkan (seperti yg saya dah tulis dalam artikel ini) untuk mendapatkan hit ikan..kalau nko tak pandai fikir faktor2 tu..100tahun pun nko tak akan dapat ikan..

Perbezaan Pro dan beginner.
Apa yg saya nak tekankan disini, ya mungkin betul apa yg bro ridzuan kata, ikan susah dapat kat pantai mesia, tapi pernah mencuba ke? Kalau pernah mencuba tapi tak dapat jugak, mungkin banyak faktor yg tak kena dgn gaya permainan disana. Saya pun masih di tahap ikan puyu dalam bidang ni, banyak lagi nak kena belajar…dan walaupun dalam seminggu saya hanya pergi 3-4 kali, kadar utk saya menaikkan ikan dalam semingu masih lagi ditahap hampeh. Sifu saya tadi tu tiap2 malam kasting, dalam seminggu dalam 20 ekor dia naikkan kakap. Geram betul. Kadang2 saya casting sebelah dia jarak dalam 5 meter je, tapi walaupun baling kat tempat yg sama..dia sorang je yg naikkan…kalau dia naikkan 10 ekor saya sekor jek..hihi..sebab dia pandai menyesuaikan gewang yg perlu digunakan pada waktu itu…

Jenis tangkapan melalui Lure Surfcasting.
Setakat ini ikan2 yg berjaya saya naikkan guna gewang dari pantai ialah kakap, pari, ikan kuku, lizardfish, ikan sebelah (flounder), ikan terbang (yang ada sayap tu), dan juga alu-alu (saiz dewasa, saiz lunker tak masuk pantai)…dan kadang2 kala sotong pun leh sangkut..

InsyaAllah..kalau ada umur kita leh main kat cerathing tu…

[img]http://www.breaden.net/101111.jpg[/img]

Soal Jawab Dan Perbincangan Sukan Siakap Pantai</font id=“size4”>

1.Saiz Siakap.
Bincang

quote:
Originally posted by rusabekeng

jenis2 seabass tu, size range yang selalu ditangkap berapa kilo? rekod pulak berapa kilo? pasni ko post la gambar jenis2 gewang pulak ek, bleh try kat seabass malaysia ni plak.

teori ko pasal ombak tu menarik jugak. dekat kelantan ada satu port siakap mega yang suka lepak luar dari muara. kat situ ada benteng pemecah ombak. kawe biasa dengar orang dok casting guna udang hidup lebar 2 jari kat hujung batu pemecah ombak tu, menghadap ke luar muara, kat situ ombak memang besar. dan selalunya rekod tangkapan kat situ jauh lebih bagus dari bahagian dalam muara/sungai. cerita ni kawe dengar daripada tokey kedai pancing kat kelantan tu, dia siap tunjuk gambar lagi siakap saiz lebih 10kg!

setakat ni kawe tak pernah cuba lagi kat tempat tu sebab takde set yang sesuai. lagipun menurut beberapa kaki kat situ, biasanya siakap aktif sebelum matahari terbit. maknanya dia makan time gelap lagi. lebih kurang sama dah dengan seabass kat jepun, sebab tu kawe nak tau apa jenis gewang yang sesuai di kawasan berombak ni, dan teknik2 yang demo citer tu bleh dibuat rujukan…


</font id=“quote”></blockquote id=“quote”>
Biasanya susah nak cari saiz lunker (saiz bapak) yang melebihi 90cm (lebih kurang 9-10kg) ni. Rekod saya pun baru 86cm. Tu pun dekat 15 minit nak landing, sebab pakai shock leader 12lb je hari tu, pastu lure tu melekat terbalik kat mulut seabass tu, so ke hulu ke hilir le seabass tu bawak kita kat air gigi, biasanya seabass nih akan pitam dalam 5 minit so senang le nak angkat tapi time tu ombak dekat 2.5m,dah dekat nak naik, kena tarik balik dengan ombak yang balik ke laut. Last sekali saya masuk lam laut tarik shock leader tu sekali heret seabass tu naik. fuh…

Kebiasaannya saiz seabass yg biasa dinaikkan dalam saiz 50-70cm, nak cari yang 80cm adalah sekor dalam20 ekor, 90cm sekor dalam 50ekor, lebih 1m sekor dalam 250ekor. Kalau kita jumpa lubuk seabass biasanya 30minit mereka akan berada di tempat yang sama, kadang2 dalam satu malam boleh landing dekat 20 ekor. Tapi kalau terbarai masa fight, kena tunggu sejam untuk mengembalikan gerombolan siakap tadi di lubuk yang sama, sebab yg terlepas tadi bagi alert kat member dia suruh lari lepas terlepas dari lure.

2.Sifat gewang Tide Minnow Slim 140 Flyer
Soalan

quote:
Originally posted by silverbarra

salam kamcang… unik gak bab kasting tuh, complicated. itu yg menarik, bahagian bip ada info baru buat kawe… camna bip gewang nih DUO Slim 140 Flyer?


Renangan ataupun lengokkan badan slim biasa dan flyer adalah lebih kurang sama. Tide Minnow Slim 140 Flyer direka khas untuk membuat casting yang lebih jauh terutama pada angin yang agak kuat menghadap ke pantai. Pemberat bergerak yang diperbuat daripada tungsten ball membuatkan ianya berfungsi sebagai sinking type, jika dibandingkan dengan tide minnow slim biasa Flyer memiliki keupayaan untuk terbang 20% lebih daripada tide minno slim original. Apabila membuat casting body akan terbang secara constant tanpa berhayun merentangi angin. Oleh kerana ianya direka khas untuk sinking type, maka lip nye juga direkabentuk agak lebar supaya ianya boleh menyelam sedalam 80cm di bawah permukaan laut. Kita boleh lihat kaitan berat dan lip yang lebar ini dalam penggunaan di waktu ombak bergelora, di mana mereka akan berenang secara tetap walaupun di dalam ombak yang besar. Flyer membuat lenggokan Whobling yang agak lebar berbanding tide minnow slim original. So cara karauannya pun ada bermacam-macam mengikut keadaan pada hari itu. Bagi saya lure yg membuat whobling yang agak lebar saya lebih suka karau secara slow twitching. karau slow dalam sekali buat twitching guna handle, bukan guna rod. Kalau guna rod panjang (9-10feet) jika dibuat twitching sikit pun dia dah jadi macam jerk.

3.Popping dari Pantai
Soalan

quote:
Originally posted by Lefty

Encik Kamachan,
Kalau popping tak jalan eh?
Satu lagi.. Lure Aile Magnet tu apa yang dimagnetnya?


Encik lefty..popping...hehhe.pertanyaan yang bernas..sekarang popping pun telah berjaya dilaksanakan di kawasan shore dan port2 kecil...popping utk saltwater dari shore game. Pakai popper yg agak sama dgn bass fishing saiznye pun sama.

Setakat ini semua jenis gewang, jig dan softlure telah diuji untuk memancing seabass. Dan keberkesanan mereka bergantung kepada kawasan memancing. Di bahagian Tokyo atau Osaka, mereka mempunyai kawasan pelabuhan laut yang dalam so mereka boleh melontar jig ataupun jig head yg disumbat dengan worm. Penggunaan spinning tail juga agak berkesan kerana kawasan air yg dalam. Sebaliknya di Tokyo dan Osaka juga mempunyai kawasan delta sungai dimana paras airnya hanya setakat dada manusia, so kawasan cetek inilah sesuai guna topwater lure seperti lipless, floating pencil bait dana juga popper.

Kawasan tempat saya tinggal sekarang hanya mempunyai kawasan berpantai pasir dan berbatu, so lure yang paling sesuai hanyalah yg berjenis slim. Lure seperti Rapala langsung tidak memberikan hasil di kawasan saya.

Aile magnet tu pemberat bergerak (weight/bearing placement) dalam badan lure tu dibuat dari magnet…so…masa kita cast lure tu weight tu akan berada pada bahagian ekor, dan mereka akan terbang secara constant, dan apabila mencecah air kita perlu cepat menyentap sikit lure tu supaya weight tu akan berada di kepala nye pula dan akan terus melekat di bahagian kepala sebab magnet tu, dan mereka akan menyelam secara constant di dalam air. ok ke penerangan saya nih..kalau tak faham sorry le erk…saya selalu pegi kat port kecik waktu siang, test dan tengok cara renangan setiap lure yang saya beli, so, pada waktu malam tahule nak karau dalam kelajuan tertentu pada setiap lure tertentu.

4.Kaitan Faktor Semulajadi dengan Pemilihan Gewang
Bincang

quote:
Originally posted by Lefty

En.kamachan,
pada pendapat incek…apakah lure paling ‘universal’ utk siakap?
Di samping tu,dalam pada cara utk kita mengayakannya..retrieve slow2 ke..laju2 ke..
trimas.
</font id=“quote”></blockquote id=“quote”>
Saya ada menceritakan mengenai lure ini pada bahagian kedua. Dan saya ada menerangkan mengenai cara karauan yang saya praktikkan di Bahagian keempat. Dan penerangan yang saya tulis hanyalah khas dan sesuai dipraktikkan di kawasan pantai. Saya tidak mempunyai pengalaman bagi permainan gewang untuk siakap di kawasan sungai, sebab pintu muara sungai di tempat saya terlalu sempit utk siakap masuk ke sungai.

Bagi soalan lure yang paling universal bagi Siakap, saya rasa susah untuk menjawab soalan begini. Ini adalah kerana pemancingan siakap melalui kaedah lure adalah bergantung kepada banyak faktor. Dan kita perlu pandai mengggabungkan faktor-faktor itu untuk menggunakan lure yang sesuai. Saya ada sebut faktor-faktor itu di bahagian pertama, mukasurat pertama dulu, tapi saya suka untuk menambah faktor lain.

1. Faktor ikan umpan. Bait fish.
Jenis ikan umpan yang dikejar oleh siakap pada hari itu. Mungkin susah untuk kita meneka ikan umpan pada ketika itu. Bermakna kita perlu senantiasa menukar lure untuk mencari patukan siakap pada lure, daripada floating minnow kepada sinking minnow, daripada minnow kepada pencil, daripada slim minnow kepada fat pencil (contoh; Daiwa TD Pencil), daripada lipless kepada deep dive lure, dan bermacam lagi. Apa yang ingin saya perkatakan disini ialah, kita perlu kerap menukar lure, kerana setiap lure mempunyai cara renangan dan selaman yang amat berbeza. Jika ada patukan lure pada salah satu lure yg kita kerap tukar tadi, bermakna lure itu adalah lure yang paling menyerupai renangan dan selaman ikan umpan pada ketika itu.

2.Faktor Mode Siakap
Pengalaman saya dalam semasa memburu siakap di kawasan pelabuhan, Saya boleh nampak gerombolan siakap sebanyak 20 ekor siakap bersaiz diantara 50cm-80cm sedang berehat di bawah permukaan air yang begitu jernih dan tenang. Ada diantara mereka sibuk bermain atau membuli anak-anak ikan sebelah bersaiz 10cm.
Saya begitu ghairah melihatnya, dan mencuba membaling beberapa jenis lure, tetapi malangnya, mereka langsung tidak menghiraukan lure yang dibaling. Ini adalah disebabkan keaktifan dan kegalakkan mereka pada waktu itu terbatas disebabkan tiada pergerakan arus masin di waktu itu, dan juga tiada kawasan berbayang pada ketika itu (Siakap suka menyorok di bawah bayang). Maka saya mengalah dan mencubanya pada waktu malam.
Pada waktu senja hingga ke tengah malam, keaktifan siakap akan bermula. Siakap merupakan ikan pemburu malam. Saya membaling lure jenis vibration, dan meniru aksi anak ikan sebelah yang dikejar oleh siakap. Saya lihat cara anak ikan sebelah itu melarikan diri. Mereka akan lari, kemudian menyorok di bawah pasir, kemudian lari lagi, menyorok lagi.
Oleh itu aksi vibration yang saya gayakan ialah dengan cara jerk and fall. Selepas membuat casting saya akan jatuhkan vibration sehingga ke dasar pasir, kemudia membuat sedikit jerk lebih kurang 1 meter secara menegak, kemudian free fall kan ia ke dasar pasir sekali lagi. Ulang gaya ini beberapa kali. Dan vibration anda akan kelihatan seolah-olah anak ikan sebelah. Hasilnya 3 ekor siakap tumpas.

3.Faktor kedalaman air.
Permainan Gewang dari kawasan berpantai dan juga kawasan berbatu yang mempunyai struktur laut yang dalam amatlah berbeza dari segi penyesuaian gewang. Bagi permainan di pantai yang berstruktur landai, saya lebih suka memilih gewang bersaiz 9cm ke atas, bagi struktur laut dalam (bukan offshore, ataupun pemancingan dari bot), saya lebih gemar menggunakan lure bersaiz 5cm-9cm, dan lebih suka kepada dive lure (yang boleh menyelam max 2.5m) dan juga sinking minnow. Bagi pemancingan di kawasan pelabuhan yang mempunyai ke dalaman 5-10m, saya lebih gemar menggunakan jig head ataupun wind.

4.Faktor angin
Di kawasan pantai berbatu, angin memainkan peranan yang penting dalam menentukan haluan anak-anak ikan. Anak-anak ikan akan berkumpul di kawasan balik batu yang tidak mengenai tiupan angin. Ini adalah kerana palnkton-planton yang ringan (selain yang dibawa oleh faktor arus masin) yang berada di permukaan air, akan turut terkumpul di bahagian balik batu, jadi rangakaian makanan bagi siakap tersedia di kawasan balik batu ini, siakap akan bersembunyi di bawah buih putih yang terhasil dari hempasan ombak di kawasan berbatu ini.

Ada lagi faktor-faktor lain yang perlu difikirkan apabila kita tiba di padang pemancingan. Oleh itu, saya suka untuk menekankan disini bahawa tiada lure yang Universal bagi pemancingan siakap ini. Saya berani berkata begini kerana saya tidak akan mendapat siakap pada tempat yang sama, waktu yang sama, lure yang sama jika saya tidak kerap menukar tempat dan juga lure.

5.Gewang Vibration untuk Pantai

quote:
Originally posted by Lefty
Err..tapi pasal vibration tu..incek guna vib brand apa?dan skim kaler apa diwaktu malam? trimas.
Saya pakai viration sejenis je..Daiwa punya vib. Saya tak berapa suka pakai vibration. Dan skim kaler pula, saya tak ambil berat sangat...sebab siakap punya penglihatan agak kabur, so dia bukan pilih sangat jenis2 kaler terutama di waktu malam. Ni dia Daiwa vib tu...tapi kaler yang saya guna takde dalam gambar di bawah, saya guna kaler hijau flashing.

6.Grub atau Softies Lure untuk Pantai

quote:
Originally posted by Lefty
En kamachan Ada satu soalan pendek,pernah dapat siakap guna grub?
bang lefty... err..saya tak biasa dengan istilah di malaysia, Grub tu Soft Lure ke, macam plastic worm tu. Kalau itu yang dimaksudkan, pernah dapat, pakai Wind, salah satu jenis soft lure disini. Bentuknya adalah segitiga, dan mempunyai saiz diantara 9cm hingga 12cm. Ianya perlu digunakan bersama-sama jig head seberat diantara 14g-21g. Saya suka guna wind ni kerana, bentuknya yang 3 segi tu membuatkan mereka berenang secara zig zag yang agak lebar.

Disini saya ingin tunjukkan Soft Lure yg diberi nama Wind.

Jighead jenama ZZHead.

Soft Lure.

Saiz. Dari atas 105mm,90mm,75mm,60mm.

Penggunaannya bersama softies.

Antara Wind yg saya gunakan.

Kelas rod yang paling sesuai untuk penggunaan wind ini ialah dari jenis fast action, rod yang agak keras, ini adalah kerana action yg dilakukan diatas wind adalah agak besar. Kita perlu senantiasa menggerakkan lure ini dengan cara jerk atau dart. Saya lebih gemar membuat pergerakkan secara darting, iaitu memusing kekili disamping membuat twitching pada rod. Cara ini akan membuatkan lure bergerak secara zig zag dalam keadaan mendatar (kelebaran zig zag adalah lebih kurang 1m pada setiap darting yg dilakukan.). Manakala action jerk adalah lebih kurang sama seperti membuat jerk terhadap metal jig, atau lebih dikenali sebagai jigging. Tetapi jerking adalah sesuai di kawasan yg agak dalam, manakala darting pula sesuai di kawasan yang agak cetek.

Tali yang paling sesuai untuk permainan wind ini ialah PE1.5. Manakala reel yg paling sesuai adalah dalam kelas 2500. Adalah penting untuk membawa 3 hingga 4 jenis warna softies yg digunakan, supaya kita dapat tahu warna mana yg akan ikan memberikan tindakbalas. Perlu diingatkan juga, penggunaan warna yg sama akan membuatkan ikan berasa bosan, ataupun senang kata, lure akan terkantoi oleh ikan lebih-lebih lagi penggunaannya pada waktu siang.

Action Darting yang dilakukan memudahkan tali mudah terbelit pada tip rod. Oleh itu saya lebih suka menggunakan Eging Rod dimana rod ini mempunyai guide yang senget supaya tali mudah terlerai apabila tersangkut.

Seperti yang dikatakan oleh Bang SB kita, jig head ni mudah tenggelam dengan laju jika kita menghentikan pemusingan kekili. Oleh itu penggunaan jig head ini tidak berapa sesuai di kawasan yang agak berbatu, melainkan kita sudah biasa dengan kedalaman tempat itu. Penggunaannya di kawasan dalam yg berpasir adalah amat efektif kerana kita boleh mencari kedalaman kawasan ikan aktif pada hari itu. Renangan lure boleh dibuat dari kawasan dasar, tengah dan juga permukaan. Jika ada patukan pada mana2 bahagian itu bermakna kita hanya perlu memfokuskan perhatian pada satu bahagian itu sahaja.

Hasil Ikan
Bukan hanya seabass atau kakap sahaja yg boleh didapati melalui wind ini. Saya pernah mendapat tenggiri, ikan sebelah, anak amberjack malahan sotong dengan Wind ini. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa softies lure hanya sesuai digunakan pada Freshwater game sahaja, olahannya terhadap Saltwater Game juga memberikan kepuasan yg setanding dengan Freshwater. Cubalah!..cewaaa…hihi

Cara Menggayakan Gewang Wind softies

quote:
Originally posted by Lefty Tenkiu Incek kamachan, Cuma nak tanya sikit lagi,macam mana action dia bila dibiarkan tenggelam tanpa dikarau.. satu lagi,masa kira jerk atau dart,ekornya bergerak2 kah?trimas!
Action bila dibiarkan tenggelam tanpa dikarau, sama seperti action yang dilakukan ke atas jig. Cuma perlu diingatkan, adalah penting untung membiasakan diri dgn kedalaman kawasan yg dipancing. Jika kawasan berpasir, mudah untuk kita mengesan kedalaman kerana tali akan mengendur bila jig head jatuh ke dasar pasir, kita akan dapat rasa getaran pada tali apabila ia jatuh ke dasar.

Salah satu aplikasi dari action ini ialah kita boleh lakukan action jatuh ke dasar dan jerk, supaya ianya kelihatan seolah-olah anak ikan sebelah yang melarikan diri dari ikan pemangsa.

Dikawasan berbatu berbatu dan cetek eloklah menggayakan dengan action dart secara mendatar, dan ini memberikan renangan yang amat menarik pada softies itu sendiri dimana ekornya akan bergerak mengikut aluran zig zag yang digayakan. Betul, ekornya akan bergerak, tetapi tidak sama seperti grub yang mempunyai ekor bengkok.

Magic Lure. (Sumbangan bro Silverbarra)</font id=“size2”>
Originally posted by silverbarra

salam.. kawe penah 2-3 kali guna grub utk kakap merah, putih blum lagi kena.
saiz yg hentam pun best2 sumer lebih 750g. Kawe guna Grub ‘Magic lures’ saiz 3.5". plg fav die hentam dgn jighead merah dan grub hijau yg ada bintik2 kilat. Nih salah satu.. die telan abis jighead dgn grub

Bro Kekiri Kreh..
nih pun mangsa terakhir dari grub sama..

skrg kawe try brand2 lain spt Team Daiwa, Berkley.. tp dah x dpt MJ lagi. Grub ‘Magic Lures’ (USA) pun dah abis stok, jd kawe x layan softies skrg. Tp ada tgk dr pos geng2 ruan.. Grub ‘Riverside’ nih ciri2 die lebih kurang ‘Magic Lures’.

Kawe kasting kat lagun kuala ibai. situ mmg dalam sgt2, jd x sesuai guna jerkbait/crankbait. kawe guna grub sbb leh biarkan ia tenggelam abis. tp MJ byk hentam dah dekat tepi (mungkin die follow). dan kawasan ini byk dasar berpasir sedikit reba atau tunggul jd sesuai la. lagipun kos grub nih murah. jighead kawe beli cuma RM1.50 dapat 3 ketul hehehe (seahawk). biar murah asal dpt ikan. ikan dpt time margrib mcm biasa.. tp grub nih tak best, takde signature ikan. yg byk signature cuma ekor curly grub tuh byk putus.

Perbezaan Jerkbait dan Crankbait


Originally posted by Genesis Psst....Bro. SB. maaf deh kawe nok tanyo.... jerkbait/crankbait mende lah mano, dok dengar ore duk sebut-sebut tapi tak nah tengok lagi...grub ni hok mace softie betuk ike ko ? maaf deh bayak tanya.
Originally posted by Lefty Incek Genesis, Meh saya tulun.. Jerkbait adalah spesis lure yang kurus2 macam seluang(minnow) atau pimpim. Crankbait adalah spesis lure yang gemuk2 macam 'rapala fat rap'. Grub adalah spesiss soft plastic lure berbentuk macam ulat pastu belakang ada ekor yg agak 'curl'. itulah jawapan ringkas saya..

satu artikel yg hebat..namun tak sempat lagi nak baca habis..syabas bro


http://pahanganglersworld.blogspot.com
http://dellipo.multiply.com</font id=“size1”>

kamachan san,

Tertarik tgk jighead zzhead 2. Mana leh dapat benda tuh?

askum bro kamachan terima kasih diatas info2 anda..saya ingin bertanya pendapat dri bro..selalunya saya lebih gemar memancing dikawasan muara mhpun sungai..kebanyakan pemancing pantai yg saya lihat kebanyakanya..mengunakan umpan yg hidup terutamanya pemancing2 disekitar pantai timur..salah satu faktornya adalah kerana keadaan ombak pantai timur amatlah kuat apa pendapat bro tentang spertanyaan saya ini..seandainya keadaan ombak sebegitu rupa..bro kegunaan lure yg sesuai utk pemancingan dibawah jambatan mengadap kearah laut..


++Got-Cha Bayu Team++

Keep in Rowk!!

saya berminat dgn ilmu pancingan pantai ni…bleh saya join group awk ek..byk yg sy x tau ttg ilmu pantai ni…

huih kena ngorat heheheh…

awas kamanchan bila balik nanti , ramai peminat nihhhh

hahahahahhah

..::: Mancing Ikut Musim :::…

Barang cukup? ada kaki? air cantek ? jom!</font id=“green”>

fUHH!letih baca topic menarik ni..lepak jap!

Memang Artikel terhebat pernah saya baca…tengkiu

Susah kamek nak madah ngan kitak orang! </font id=“green”>


Gewang Yo Zuri Slavko Bug ni sesuai untuk pancing apa?

Susah kamek nak madah ngan kitak orang! </font id=“green”>

mcm best je teknik nie.

Macam best jer, bole try nih. Jom Genesis, kite ke tok bali.

019-3595543

nak tanya sapa yg tahu..joran fenwick triggerstick eagle GT yg 2 piece.Bila patah ada jual yang bhgn satu aje ke atau kena beli sekaligus? sebab nak atur memang tak dpt sebab terlalu pjg patah..ada jual spare ke?

Susah kamek nak madah ngan kitak orang! </font id=“green”>

Bro Ultimate..
Saya tak berapa faham mengenai soalan yg dikemukan, biasanya air yg berpusar-pusar tu berlaku pada kawasan pertembungan arus masin yg bertentangan. Kalau di kawasan tepi pantai saya tak pernah lihat lagi fenomena begini, kalau dimaksudkan arus kembali (current) tu biasa le le lihat, arus kembali tu macam saya cerita dalam artikel ni ialah arus yg dihasilkan oleh gelombang ombak yg terhempas ke pantai dan penggabungan ombak yg kembali ke laut dipanggil arus kembali yg akan menghasilkan parit, kat situ biasa ikan suka menunggu.

[img]http://www.breaden.net/101111.jpg[/img]

Kamachan
samekom..
kawan memang minat sangat bab casting nih..

tapi kawan nak tau macamana nak pastikn itu laluan arus kembali(current)??
selai melihat permukaan yg tak berombak
lagi 1,biasanya current nih akan berlaku tiap berapa meter antara yg lain?

aPe LAGi CasTinG JoMmmm…
kalau ade trip/projek casting jangan lupa call k..

maaf reply lambat sikit, sejak akhir2 ni sebuk sket..
Saya biasa memancing di waktu malam, memang susah untuk mengesan arus kembali ini dgn mata kasar walaupun di waktu siang. Cari yg paling berkesan, seperti yg saya ada terangkan dalam tulisan saya ini ialah dgn cara Run and Gun, iaitu melontar gewang ke arah pantai, kalau rasa karauan anda ringan maknanya takde arus disitu, kemudian jalan lagi 5-10 tapak baling lagi, sehinggalah anda terasa gewang anda berat semacam di sebabkan rintangan arus, bermakna disitulah adanya arus kembali.

Tetapi kadang kala kita kita melontar dalam jarak 30-40meter, karauan 10 meter pertama kita rasa berat tetapi tiba2 karauan kita jadi ringan, bermakna disitu bukan arus kembali, tetapi adalah arus masin yg bergerak secara melintang. Arus masin yg melintang tidak berapa bagus utk mengesan patukan ikan, arus tegak (terutama arus masin yg bergerak dari pantai ke perut laut) adalah arus masin yg paling bagus bagi sukan gewang pantai ini. Arus masin ini dapat dilihat dgn mata kasar kerana perbezaan tone warna laut dapat dilihat berjaluran, lebar pula ada macam2 saiz. Arus masin ini terdapat dalam pelbagai kedalaman, permukaan, tengah dan dasar, bergantung pada pasang surut pada hari itu.

Dalam hal lain pula pada waktu ombak besar, samada arus masin ataupun arus kembali lagi susah utk dikesan kerana gewang akan kerap dilambung oleh ombak, oleh itu adalah lebih afdal menggunakan gewang dari jenis menyelam seperti sinking type ataupun metal jig ataupun jig head.

[img]http://www.breaden.net/101111.jpg[/img]

ok tq bro
lambat reply takpe
kawan faham..
janji kawan dapart info yg berguna

aPe LAGi CasTinG JoMmmm…
kalau ade trip/projek casting jangan lupa call..