Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah pada keluarga LOLOQ diatas pemergian beliau ke rahmatullah lebih kurang pukul 2.30pm tadi di Damansara Specialist Centre.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat…Al-Fatihah
Amin…
p/s :- Allahyarham dilaporkan mengalami pendarahan otak akibat jangkitan kuman. Sekarang, jenazah sdg dlm perjalanan ke kediaman allahyarham di Sungai Buloh.
Bile saya baca thread ni,saya terfikir loloq yg mane satu.Mane lah tau kalau2 ada forumer nama loloq..rupe2 nye..
quote:Penulis Lirik Loloq Meninggal Dunia
Penulis lirik popular, Rosli Khamis, 50 tahun atau lebih dikenali dengan nama Loloq telah meninggal dunia pada tengahari tadi. Arwah pulang ke rahmatullah selepas dilaporkan koma akibat pendarahan dalam otak.
Mengikut sumber, semalam Loloq dilaporkan stabil dan menunjukkan sedikit perubahan selepas menjalani pembedahan kelmarin. Semalam, Allahyarham Loloq ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur. Pada mulanya, keadaan Loloq menunjukkan tanda positif apabila beliau ketika itu sudah mampu bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan. Namun, sewaktu beberapa temannya termasuk Amy Search melawatnya kelmarin, jururawat bertanggungjawab menjaganya memberitahu keadaannya agak kritikal.
Malaysia telah kehilangan seorang penulis lirik berbakat dan pelakon yang begitu prolifik dalam menghasilkan karya dan sentiasa menampilkan lakonan yang unik. Selain menulis lirik untuk penyanyi popular dan menulis skrip Loloq juga pernah berlakon dalam filem seperti Man Laksa dan Zombi Kampung Pisang. Dia juga juri rancangan Bintang Kecil yang diterbitkan dan disiarkan di TV9.
Salam takziah buat keluarga dan sanak saudara allahyarham. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.