Tangkap dan lepas - satu kezaliman

Munkin tajuk perbincangan ini agak kasar sedikit buat pemancing.Walau bagaimana pun mari kita bincangkan tentang perkara ini bersama.Wajar atau tidak kita mengamalkan tangkap dan lepas.

Rasanya ramai yang bersetuju jika kita memancing,maka naiklah seekor ikan yang tidak kita kehendaki seperti belukang buntal atau sebagainya.Tentunya kita akan melepaskan semula ikan tersebut kehabitat asal.Tindakan ini wajar serta boleh diberi pujian kerana kita akan mengambil ikan yang perlu saja.Lagipun kita bukan nak cari ikan jenis tersebut.Rasanya tidak salah kita mengamalkan tangkap dan lepas.Pada pendapat saya tindakan ini bukanlah satu kezaliman kepada ikan.

Tetapi bagaimana pula jika kita sengaja mencari jenis ikan seperti toman,marsuji,layaran dan sebagainya.Tujuan asal kita kebanyakannya ingin bertarung saja dengan ikan ini dan apabila kita dah dapat maka kita begitu megah bergambar.Menunjukan kehebatan kita berjaya menumpaskan ikan tersebut.Setelah puas bergambar maka kita lepaskan semula ikan tersebut setelah memberi sedikit pertolongan cemas kepadanya.Apakah tindakan kita ini wajar…?.Dimana letaknya sifat kemulian kita sebagai manusia.Apakah kita tidak pernah berfikir bagaimana sakitnya mulut ikan terkena matakail.Kalau kita sendiri terkena matakail bagaimana rasanya.Apakah ikan itu dijadikan didunia ini semata mata untuk kepuasan pemancing..?

Contoh kedua pula ialah sikap kita kepada ikan haruan dan toman.Memang seronok casting haruan/toman semasa membawa anak.Selalunya ikan ini akan memyerang apa saja yang difikirkan merbahaya kepada anaknya.Kalau kita tak tahu ikan ini membawa anak boleh le dimaafkan,tetapi dah terang terang kita nampak ia membawa anak maka kita pun terus memancing ikan tersebut.Didalam hati terdetik `kalau aku dapat ikan ni aku akan mengamalkan tangkap dan lepas’.Setelah ikan tersebut dapat ditawan maka kita melepaskan semula ikan tadi dengan alasan ikan tersebut dapat menjaga anak anaknya.Wajarkah perbuatan kita ini…Apa hak kita untuk menzalimi ikan tersebut.Ingatlah,ikan juga satu makhluk seperti kita didunia ini.Tidak salah kita memancing tetapi jangan menzalimi makhluk bernama ikan ini semata mata kita mencari kepuasan.Akhir kata marilah kita berfikir sejanak…Wajarkah tindakan kita ini.

http://parjo66.multiply.com/photos/album/2
http://parjo66.multiply.com/photos/album/3

Mana ikan untuk saya…!

Saya ingin memberikan pendapat berdasarkan akal yang singkat dan sedikit pengetahuan yang cetek. Bagi saya, Tuhan menciptakan bumi dan segala isi di dalamnya untuk dimanfaatkan oleh manusia. Sama ada untuk dimakan, dilihat, didengar, atau apa sahaja yang dilakukan oleh manusia adalah tanggungjawab kita bersama sebagai makhluk yang telah dilantik menjadi khalifah kepada semua makhluk lain. Secara logiknya, mungkin ada orang yang mengatakan sembelih bintang itu dan kemudian dagingnya dimakan lagi kejam. Tapi, kita balik semula kepada persoalan asal bahawa bukankah segala makhluk yang ada di dunia adalah untuk dimanfaatkan oleh kita, manusia? Apabila Adam dan Hawa diciptakan di syurga, Tuhan membenarkan mereka berdua menikmati segala yang ada kecuali buah khuldi.

Ada orang yang suka memelihara burung merbuk kerana terpegun mendengar kelunakan suaranya. Lalu, binatang itu dibelai, diberi makan, dan kadang-kadang dibiakkan supaya tidak pupus. Tetapi, ada yang mengatakan perbuatan mengurung burung itu kejam. Ada juga yang memelihara ikan dalam akuarium yang sempit, diberi makan yang cukup, dibersihkan akuarium dan ditukar airnya supaya ikan sentiasa sihat dan tuannya dapat menikmati keindahan yang terdapat pada ikan itu seperti ikan aerowana. Tetapi, bukankah kejam mengurung ikan itu yang sepatutnya berenang bebas di habitatnya? Banyak lagi contoh lain yang boleh dibuat seandainya kita menganggap binatang itu setaraf dengan kita manusia. Tapi, hakikatnya, kita sebagai manusia diamanahkan untuk menguruskan semua makhluk lain supaya terus hidup dan tidak pupus. Cara kita menikmati sama ada untuk dimakan atau untuk tujuan lain, selagi tidak bertentangan dengan hukum yang telah ditetapkan, terpulanglah kepada kita. Dan, amalan tangkap dan lepas juga adalah satu amalan yang menjadi urusan manusia (yang telah diamanahkan oleh Tuhan) untuk memastikan bahawa makhluk tersebut tidak pupus. Amalan CnR ini adalah satu bentuk sukan. Sukan adalah untuk mengisi masa lapang dengan berfaedah dan menyehatkan mental (satu bentuk rehat) dan fizikal. Bersukan digalakkan oleh Tuhan terutamanya sukan berkuda. Tidakkah menunggang kuda dan memakaikan kekang serta memukulnya dengan cemeti juga kejam?

Maafkan saya sekiranya pemahaman saya terpesong dan sila betulkan kalau saya silap kerana kesilapan itu adalah milik manusia dan kesempurnaan itu hanyalah milikNya.

My setup: Light jigging - Daiwa Exceler 3500 + G-Craft Jekyll411 Mid Jigging - Shimano TwinPower 8000H + Fisherman Yellowtail 6.0RS Mid jigging OH/Bottom - Daiwa Saltiga Z30 + Customize Expert PE4-8/Customize Spiral Wrap Calstar 700M Heavy Jigging/Popping - Shimano Stella 16000PG + Alpha Tackle Sprint Stick Ultra 70/Seed GT Boss 83

Just nak memberikan pendapat yang tak seberapa nih. Mengikut kajian (tak pasti kat mana, tapi penah baca), kawasan di sekitar bibir dan mulut ikan tidak mempunyai deria rasa. So ikan tidak merasa sakit bila mata kail tersangkut di sekitar bibir, tapi kalau dah masuk ke dalam mulut dan terkena insang atau mengeluarkan darah, rasanya ikan tu mungkin tak lama idup. So jangan la lepas balik ikan yang dah mengeluarkan darah . Seelok2nya kalau berniat nak buat catch and release, buangkan dulu duri pandan pada mata kail . Just my 2 pips..

saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan..
kalau nak cakap benda ni kita kena tengok daripada aspek apa..dan siapa kita? kalau kita bukan dari golongan pemancing memang kita boleh menyuarakan pendapat ni, tapi saya pelik idea ni dtg dari advanced member seperti bro parjo. Pernah ke bro parjo bila dapat ikan dan tengok ikan tu kat mata pancing dan timbul rasa kesian?
Kalau kata kita nak ikan, tak payah gi mancing.. kita boleh gi kat pasar..
Isu CNR pada ikan yg kita cari atau tidak sepatutnya tidak timbul kerana kita sudah menjangka ikan yg tidak dicari pun akan makan umpan kita..jadi kita tahu setiap kali memancing kita akan menyeksa ikan..kenapa nak jadi pemancing dan pergi memancing?
Mintak maaf bang ye, kalau ada terkasar bahasa.. : )

Salam..
Ye saya amat setuju ngan Bwan,ober dan Inspire..

Soalan sy :
kalau dah CNR pun mcm zalim..
Bagimanakah yg harus kita lakukan lagi Bro ParjO?


Cikgu</font id=“blue”>
“Plok plok plok..Seng cilik delok..Seng gedi nyaplok”</font id=“teal”>

Betul Bro TDS..

KDN dah sihat?


Cikgu</font id=“blue”>
“Plok plok plok..Seng cilik delok..Seng gedi nyaplok”</font id=“teal”>

Alhamdulillah cikgu…memang mujarab sungguh ikan haruan yang cikgu supply tu .Cepat recover luka-luka pembedahan…kalau tak silap saya aritu lepas seminggu je orang rumah saya dah boleh bangun dan berjalan seperti biasa.Terima kasih juga dengan doa kawan-kawan semua…orang rumah saya juga selamat dari kena kimotheraphy walau pun kanser dah masuk stage 2.


http://thederhakastudent.multiply.com

ALhamdulillah…
Kalau nak lagi bagi tau la..


Cikgu</font id=“blue”>
“Plok plok plok..Seng cilik delok..Seng gedi nyaplok”</font id=“teal”>

quote:
Originally posted by The_Derhaka_Student
Alhamdulillah cikgu...memang mujarab sungguh ikan haruan yang cikgu supply tu .Cepat recover luka-luka pembedahan...kalau tak silap saya aritu lepas seminggu je orang rumah saya dah boleh bangun dan berjalan seperti biasa.Terima kasih juga dengan doa kawan-kawan semua...orang rumah saya juga selamat dari kena kimotheraphy walau pun kanser dah masuk stage 2.


http://thederhakastudent.multiply.com


Off topic,

KDN bro dah stage 2 kanser? Bersabarlah bro. Berusaha dan berdoa selalu. Semua penyakit ada ubatnya. Ada gak yang sembuh dengan rawatan tradisional. Seorang ustaz di KK, anak murid Ust. Harun Din(dah pencen awal), berjaya mengubati seorang pesakit kanser bukan Islam setelah pesakit tersebut telah berputus asa sehingga berubat ke luar negeri. Alhamdulillah dengan perkenan Allah, beliau sembuh dan menghadiahkan sebuah kereta CRV untuk ustaz tersebut.

My setup: Light jigging - Daiwa Exceler 3500 + G-Craft Jekyll411 Mid Jigging - Shimano TwinPower 8000H + Fisherman Yellowtail 6.0RS Mid jigging OH/Bottom - Daiwa Saltiga Z30 + Customize Expert PE4-8/Customize Spiral Wrap Calstar 700M Heavy Jigging/Popping - Shimano Stella 16000PG + Alpha Tackle Sprint Stick Ultra 70/Seed GT Boss 83

Maksud saya sebenarnya begini,Wajarkah kita sebagai manusia sengaja memancing ikan yang sememangnya semata mata untuk kepuasan,apabila dah dapat ikan tersebut,kemudian kita lepaskan ikan itu semula.Ini banyak berlaku kepada pemancing toman,marsuji serta layaran.Mereka semata mata dari awal berniat sekadar memancing.Jarang kita dengar mereka mengambil ikan tersebut untuk dimakan atau dimanafaatkan.Kebanyakan mereka melepaskan semula ikan tersebut.ini maksud saya.Memang saya akui ini adalah satu sukan.Persaolannya adakah wajar tindakan kita ini.Walaupun ianya satu sukan tetapi tindakkan kita tak termasukkah dalam menginayai ikan.Bayangkanlah bila dah dapat ikan tersebut kita lepaskan kembali ikan tadi.Apa hak kita untuk berbuat demikian.Sedangkan tuhan melarang kita meninayai sesama makhluk.Memang tidak salah kita memancing.Selain hobi ia adalah salah satu sumber yang boleh mendatangkan rezeki kepada kita.

Pada pendapat saya jika kita secara tak sengaja `terpancing’ ikan yang tidak kita kehendaki seperti ikan belukang atau ikan yang masih kecil tidaklah salah bagi saya untuk melepaskan ikan tersebut.Contohnya seperti saya selalu memancing dipantai pantai.Selalu juga saya mendapat ikan yang bersaiz kecil atau belukang.Memang saya mengamalkan tangkap dan lepas,tetapi bukanlah niat awal saya untuk untuk memancing ikan belukang dan sebagainya semata mata untuk dilepaskan.Berbeza dengan pemancing toman,mersuji serta layaran.Mereka semata mata berniat awal awal memancing ikan ini dan kalau dah dapat akan dilepaskan semula.Walau apa pun ini cuma pendapat saya saja.

http://parjo66.multiply.com/photos/album/2
http://parjo66.multiply.com/photos/album/3

Mana ikan untuk saya…!

Ooo…yg dgn niat la..

Alhamdulillah..setakat ni aku lom penah mancing toman,layaran atau mersuji..

Selalu casting haruan..kalau ada org nak je..


Cikgu</font id=“blue”>
“Plok plok plok..Seng cilik delok..Seng gedi nyaplok”</font id=“teal”>

Salam…Bro Parjo,

Saya masih x faham apa yang dimaksudkan oleh bro Parjo…setahu saya, semua pemancing bila keluar memancing mesti ada jenis ikan yang disasarkan.Dah nama pun memancing…mesti ada yang disasarkan. Misalnya saya memang nak memancing dan mensasarkan sebarau, bila pancing… saya dapat la ikan sasaran tu iaitu sebarau. Tapi sebarau tu kecik dan x cukup syarat untuk dijadikan sajian. Adakah harus saya bawa balik jugak ikan tu atau saya lepaskan semula…adakah saya juga tergolong dalam kategori pemancing yang menzalimi ikan? Apa kezaliman yang saya dah buat?

Sekadar inginkan kepastian.


http://dinbanang.multiply.com

Satu topik yang baik dimana kita dapat melayan ego dan pengetahuan sesaorang pemancing yang tegar.
Banyak telah dibincang dan diprakikan oleh berjuta pemancing didunia.

Adakah ikan merasa sakit?
Jawabnya adalah kawasaan mulut ikan dan kerungkung ikan tidak terdapat “nerve cell” dimana kesakitan tidak dapat dirasai (Dr. Rossa Jay, Indiana state U.)
Saya sendiri pernah banyak kali dapat ikan yang mempunyai satu atau 2 matakail lama yang tersangkut pada mulut dan kerengkung ikan yang masih hidup dan masih makan kail saya.

Etika konsep Tangkap dan Lepas dipraktikan diseluruh dunia dengan jayanya dan dengan mempraktikkan amalan ini ekologi serta kepupusan spesis ikan telah di bendung dan banyak ikan telah terselamat.

Kenapa ditanya atau disoal satu amalan yang baik dan yang telah berjaya dilaksanakan diseluruh dunia?
Adakan pertanyaan ini untuk memuaskan hati pihak yang tidak mempraktikannya atau bagi pemancing yang tidak perduli pada khazanah yang ada pada kita..

Saya teringat pada tahun awal 1980, semasa saya memancing di Tasik Kenyir maupun di Tasik Banding, terdapat banyak ikan toman yang menjadi kacau pabila nak memancing untuk Sebarau yang begitu berlambak
sehingga tak payah nak casting, memadaii dengan mencelup hujung joran dengan gewang kedalam air dan tarik saja, harus dapat sebarau.

Tapi kini jangan cakap nak cari sebarau,..toman pun susah..,kenapa berlaku begini? Dimana silapnya kita dulu dulu…KITA AMBIL SEMUA, KECIK BESAR PUN AMBIL…yang tak mau biar mati saja dan di tinggal.[:(!][:(!][xx(][xx(]

Konsep Tangkap dan Lepas itu tidaklah bermakna tangkap dan lepas semua, ambil yang di perlukan memadaii dengan kehendak dan lepaskan yang kecil, yang ada telor dan yang berlebihan.Tanya diri sendiri, besar mana peti sejuk?..berapa ekor yang boleh dimakan sekeluarga?
dan lepas lah balik yang berlebihan itu nanti lain kali datang dan tangkap lagi…

Tahap populasi ikan di negara ini amat genting sekali, banyak tempat dah tak ada ikan dan banyak lagi yang hampir pupus…apa yang kita perlulakukan ??demi HOBI TERCINTA INI dan adik adik kita yang baru menceburi sukan memancing, bagilah mereka peluang untuk merasai, apa yang kita pernah rasai…

Kalau tak pratikkan Konsep tangkap dan Lepas, macam mana nak jaga ikan kita ini tak pupus…Kan di tempat lain melalui konsep ini telah berjaya[:D][:D][:D]



Think of fishing as our life and the fish as air, we need them to survive as much as they need us to take care of their home.

Salam Bro Parjo..
Aktiviti sukan yg melibatkan haiwan bukan hanya melibatkan ikan, ada lagi haiwan lain juga yg digunakan dlm aktiviti sukan seperti kuda ( belajar menunggang kuda digalakkan di dalam Islam ). Saya pernah terbaca/terdengar dari sumber yg saya tak berapa ingat, memanah dan menunggang kuda antara yg disebut sepatutnya dipelajari.
Kuda yg kita tunggang tu mestilah diletakkan pelana dan dipacu.. tentulah ini akan membeban dan menyakitkan kuda. Tetapi mengapa ia digalakkan dalam Islam?
Saya sendiri pun tak berapa pasti..
Aniaya bagi saya ialah bila kita dapat ikan itu ( contoh seperti buntal ) kita lempar dan biarkan atas tanah atau kita lakukan tindakan yg tak sepatutnya ke atas ikan itu.
Tetapi bila kita ada sedikit pengatahuan tentang sains ( ikan tidak mempunyai deria rasa pada mulut ) dan kita gabungkan dgn lunas2 Islam, pada saya ia tak salah. ( kerana ia tidak menyakitkan ikan ). Itu kalau kita fokus pada casting/ menggewang toman, layaran atau mersuji.
Bagaimana pula kalau kita mengguna kan umpang hidup? Kita cangkuk kembong/selar pada padannya untuk mencari ikan yg lain ( samada utk/yg di makan atau tidak)
Adakah kita telah melakukan dua kezaliman..?
Saya syorkan supaya isu sensitif ini tidak dipanjangkan kerana melibatkan agama dan pendirian masing2..
terima kasih bang parjo : )

<<<<<<< saya yang jahil >>>>>>>>>>

quote:
Originally posted by din_idola
Salam....Bro Parjo,

Saya masih x faham apa yang dimaksudkan oleh bro Parjo…setahu saya, semua pemancing bila keluar memancing mesti ada jenis ikan yang disasarkan.Dah nama pun memancing…mesti ada yang disasarkan. Misalnya saya memang nak memancing dan mensasarkan sebarau, bila pancing… saya dapat la ikan sasaran tu iaitu sebarau. Tapi sebarau tu kecik dan x cukup syarat untuk dijadikan sajian. Adakah harus saya bawa balik jugak ikan tu atau saya lepaskan semula…adakah saya juga tergolong dalam kategori pemancing yang menzalimi ikan? Apa kezaliman yang saya dah buat?

Sekadar inginkan kepastian.


http://dinbanang.multiply.com


Saya bukannya menolak kaedah tangkap dan lepas ni.Memang baik untuk menjaga ikan dari kepupusan.Saya sendiri juga mengamalkan tangkap dan lepas.Saya tidak akan mengambil terutama ikan ikan kecil.Persaolan saya ialah wajarkah seseorang itu sangaja memancing ikan seperti toman,marsuji serta layaran semata mata untuk keseronokan.Maksud saya kita memang mencari ikan ini saja semata mata dan apabila dah jumpa kita pun memancing ikan tersebut.bila dah dapat kita lepaskan.Itu saja.

http://parjo66.multiply.com/photos/album/2
http://parjo66.multiply.com/photos/album/3

Mana ikan untuk saya…!

[quote]Originally posted by inspire

Salam Bro Parjo..
Aktiviti sukan yg melibatkan haiwan bukan hanya melibatkan ikan, ada lagi haiwan lain juga yg digunakan dlm aktiviti sukan seperti kuda ( belajar menunggang kuda digalakkan di dalam Islam ). Saya pernah terbaca/terdengar dari sumber yg saya tak berapa ingat, memanah dan menunggang kuda antara yg disebut sepatutnya dipelajari.
Kuda yg kita tunggang tu mestilah diletakkan pelana dan dipacu.. tentulah ini akan membeban dan menyakitkan kuda. Tetapi mengapa ia digalakkan dalam Islam?
Saya sendiri pun tak berapa pasti..
Aniaya bagi saya ialah bila kita dapat ikan itu ( contoh seperti buntal ) kita lempar dan biarkan atas tanah atau kita lakukan tindakan yg tak sepatutnya ke atas ikan itu.
Tetapi bila kita ada sedikit pengatahuan tentang sains ( ikan tidak mempunyai deria rasa pada mulut ) dan kita gabungkan dgn lunas2 Islam, pada saya ia tak salah. ( kerana ia tidak menyakitkan ikan ). Itu kalau kita fokus pada casting/ menggewang toman, layaran atau mersuji.
Bagaimana pula kalau kita mengguna kan umpang hidup? Kita cangkuk kembong/selar pada padannya untuk mencari ikan yg lain ( samada utk/yg di makan atau tidak)
Adakah kita telah melakukan dua kezaliman..?
Saya syorkan supaya isu sensitif ini tidak dipanjangkan kerana melibatkan agama dan pendirian masing2..
terima kasih bang parjo : )

<<<<<<< saya yang jahil >>>>>>>>>>

[/quote

Saya pernah mendengar mufti perak mengatakan jika umpan yang dicangkukkan pada mata kail samaada cacing,udang hidup dan sebagainya tidak menjadi kesalahan jika bertujuan untuk memancing.Yang menjadi kesalah ialah apabila kita sengaja mendera binatang tersebut tanpa sebab.

http://parjo66.multiply.com/photos/album/2
http://parjo66.multiply.com/photos/album/3

Mana ikan untuk saya…!

hihi.. bang parjo,
tak dapek den nak jawab lagi dah..
<<<< saya tak abis lagi belajar>>>>>

quote:
Saya pernah mendengar mufti perak mengatakan jika umpan yang dicangkukkan pada mata kail samaada cacing,udang hidup dan sebagainya tidak menjadi kesalahan jika bertujuan untuk memancing.Yang menjadi kesalah ialah apabila kita sengaja mendera binatang tersebut tanpa sebab.
Memang betul mendera binatang tanpa sebab berdosa. Memancing untuk bersukan bukankah satu sebab? Makan ikan adalah satu sebab untuk memenuhi tuntutan fizikal. Tapi mencari keseronokan sambil bersukan juga satu makanan, makanan rohani. My setup: Light jigging - Daiwa Exceler 3500 + G-Craft Jekyll411 Mid Jigging - Shimano TwinPower 8000H + Fisherman Yellowtail 6.0RS Mid jigging OH/Bottom - Daiwa Saltiga Z30 + Customize Expert PE4-8/Customize Spiral Wrap Calstar 700M Heavy Jigging/Popping - Shimano Stella 16000PG + Alpha Tackle Sprint Stick Ultra 70/Seed GT Boss 83
quote:
Originally posted by inspire
hihi.. bang parjo, tak dapek den nak jawab lagi dah.. <<<< saya tak abis lagi belajar>>>>>

Tak apa lah inspire…ini cuma pandapat saya saja.Lagi pun ruangan ini kan perbincangan am.Tidak salah kita menyuarakan pendapat.Saya hormati pendapat rakan rakan disini.Terpulanglah kepada masing masing bagaimana untuk menilaikannya.itu saja.

http://parjo66.multiply.com/photos/album/2
http://parjo66.multiply.com/photos/album/3

Mana ikan untuk saya…!

Saya juga berpendapat sama ngan bro parjo…
Saya seboleh bolehnya mengelak untuk memancing ikan sekadar untuk kepuasan diri contohnya dah ada niat dalam hati kalau dapat ikan nak buang balik…,
Saya akan pasang niat mancing, kalau dapat, aku akan makan atau bagi kat orang yang memerlukan, kalau dapat yang kecik ataupun specis yang tak diperlukan(termakan umpan) saya lepaskan…
sekadar pegangan saya… mungkin pendapat dan hujah lain boleh diterima…