TEMPAT MEMANCING DIMANA YG BEST? (TUTUP) vol 4

link rumah lama..

edisi pertama : http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=17284

edisi kedua : http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=17803

edisi ketiga : http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=18065&whichpage=1

ASSALAMUALAIKUM !!

Rumah ketiga dah penuh , kawan kawan pun dah ramai, syukur kita kepada nikmat yang allah swt berikan selama ini dengan percuma sahaja, rumah ini tidak ada larangan keada sesiapa sahaja yang nak masuk cuma syarat jangan bakar membakar hati kawan kawan dan semua yang ada dlm rumah ni. seandainya terasa nak menasihati atau menegur anda boleh gunakan pendekatan yang terbaik dengan bahasa yang tidak mengguris hati dan perasaan orang lain.kalau rasa boleh tahan sabar silalah anda bergurau tanpa batasan[:D]

Memancing hanyalah sebagai hobi di masa lapang, tidak lebih dari itu

kalau terdapat up date komplot dan berminat nak follow , sila masukan nama jangan segan segan.kalau nak buat komplot pun kami alu alu kan,

selamat berforum

Puisi Untuk Sahabat
Tak mengenal rasa dan bahasa
Jangan pandang ia dari warna
Papa dan kaya bukan bencana
Susah dan senang lalui cerita
Terdiam kita dalam kesunyian
Merenung ia tak kunjung datang
Menangisi kenangan mati dijalan
Seribu keceriaan tak terlupakan

Jagalah kesucian dari sang hitam
Lebih dan kurang jadi bimbingan
Menutupi fitnah jangan berjalan
Jauhkan beban dari sang kelam
Mengapa kita mengotorinya
padahal suci didepan mata
Mengapa hati mesti dikhianati
Bila sang raja benar mengarahi

Waktu Yang Berlalu atau Nostalgia

Masakan kau lupa
Sedang aku tak dapat melupakan
Usia sebelum remaja
Tika kita sama menggariskan
Wajah-wajah kebahagiaan
Pada debu-debu putih
Di halaman rumahmu

Masakan aku dapat melupakan
Tika ibumu marah sepanjang pagi
Tika kakakku memanggil pulang di tengahari
Tika bicara ria berlanjutan ke senja hari
Kita masih berpesta dalam debu-debu
Dan pasir-pasir putih terkumpul
Di situ kita dirikan istana rapuh
Dan seakan terbina didalamnya
Janji-janji masa depan yang utuh

Kini
(Setelah lama waktu itu ditinggalkan)
Kita cuba mengembalikan
Pada jarak yang memisahkan
(Kerana kita tidak lagi sehaluan)
Tetapi segalanya tinggal sepi
Kecuali waktu yang berlalu itu
Telah kita tinggalkan jauh
Bersama nostalgia

Perjalanan

Waktu itu pagi
Ketika aku
Bermula dari satu perjalanan
Mencari dari jauhnya perjalanan
Apakah yang dapat kubawa bersama
Untukmu

Perjalanan itu tiada membawa apa
Tanganku kosong seperti musim kering
Dengan daun-daun meluruh
Apakah kau kan sudi
Menyambut tanganku
Di halaman rumahmu

Ah… betapa bencinya aku pada perjalanan
Tidak pasti sebarang kemungkinan
kadang-kadang terhenti di pertengahan
Tapi, mengapa kau masih memaksa
Aku meneruskan perjalanan ini

Hilang keyakinan kepada hukum Allah
Published by shafril December 22nd, 2008 in Islam
Satu perkara yang mendukacitakan berlaku di tengah-tengah masyarakat Islam ialah hilangnya keyakinan kepada hukum Allah SWT.
Adalah satu perkara yang tidak munasabah dan haram berlaku di kalangan umat Islam bahawa orang-orang yang mengaku Islam, tidak yakin kepada hukum Allah bermakna juga tidak yakin kepada Allah dan tidak yakin kepada Rasulullah s.a.w.
Ini menyebabkan seseorang itu tidak yakin kepada Islam di mana dia mengaku dirinya sebagai seorang Islam.
Tidak terkumpul di dalam hati orang yang beriman dengan keraguan dan syak wasangka kepada ajaran Islam kerana syak wasangka kepada ajaran Islam dan tidak yakin kepada hukum itu adalah perkara yang boleh membatalkan iman.
Firman Allah SWT dalam ayat 65 surah an-Nisa’ yang bermaksud: “Maka demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.”
Di tengah-tengah masyarakat Islam hari ini terkeluar kata-kata dan tulisan-tulisan yang berani mencabar hukum Allah, ada yang berani mengatakan hukum Allah itu sudah lapuk, hukum ‘hudud’ yang ada dalam al-Quran itu tidak lebih daripada hukum yang diamalkan oleh kabilah-kabilah Arab pada zaman dahulu yang dipanjangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Mereka yang tidak menyedari bahawa kedatangan Rasulullah s.a.w adalah untuk menentang hukum-hukum kabilah yang zalim. Mengapa dinyatakan al-Quran itu adalah berpanjangan daripada apa yang diamalkan oleh kabilah-kabilah Arab? Ini adalah satu tuduhan jahat terhadap al-Quran al-Karim dan hukum Islam.
Dan apa yang mendukacitakan, umat Islam yang begitu ramai di dalam negera ini tidak terasa apa-apa orang menghina Islam dan mengejek hukum Islam di hadapan mereka. Di manakah kasih mereka terhadap Islam sehingga tidak ada perasaan cemburu sedikit pun di dalam hati mereka terhadap Allah.
Mereka akan melenting sekiranya harta dan kepunyaan mereka daripada harta benda dunia diganggu-gagat, tetapi merka tidak melenting sekiranya agama mereka dihina dan diperlakukan oleh musuh-musuh Islam.
lihatlah bagaimana Islam dihina..
Inilah jiwa umat Islam hari ini. Beginilah rendahnya maruah umat islam hari ini. Di manakah letaknya kemanisan iman yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tiga perkara yang sesiapa ada padanya, maka dia mempunyai kemanisan iman. Pertama bahawa Allah dan Rasul-Nya terlebih kasih kepadanya daripada yang lain. Kedua dia tidak kasih kepada seseorang melainkan kerana Allah. Ketiga dia benci kalau dicampak di dalam kekufuran sebagaimana dia benci kalau dicampak ke dalam api neraka.”
melampau - ayat suci al-quran pada kasut!
Di mana kemanisan iman? Di mana ketiga-tiga perkara ini di dalam hati umat Islam hari ini? Adakah di dalam hati merka perasaan kasih kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah? Sekiranya mereka kasih kepada Allah dan Rasulullah, sudah tentu mereka kasih kepada hukum Allah dan kasih kepada ajaran yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
KASIH DUNIA
Di manakah pergi kasih mereka kepada Allah? Kasih mereka tidak lain kerana dunia. Di manakah perginya benci mereka kepada kekufuran? Bahkan mereka berlumba-lumba untk menuju kepada kekufuran sekiranya kekufuran itu mengenyangkan mereka dan menambahkan keseronokakn di dalam hidup mereka.
Adakah mereka tidak sedar dalam perkara seperti ini, Allah telah mewajibkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan kepada umat Islam supaya menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini.
Allah berfirman menerusi ayat 105 daripada surah an-Nisa’ yang bermaskud : “Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum anatar manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.
Manusia hari ini terlalu suka menjad penolong dan penyokong kepada orang-orang yang khianat kepada hukum Allah. Di manakah kasih mereka kepada Allah dan Rasulullah s.a.w?
Dan Allah menamakan hukum yang lain daripada hukum-Nya adalah jahiliah sebagaimana yang disebut dalam ayat 50 surah al-Maidah yang bermaksud : “Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah.”
Orang-orang yang yakin ialah orang-orang yang yakin kepada Allah dan Rasulullah s.a.w, iaitu yakin kepada Islam mestilah yakin juga kepada hukum Allah dan tidak yakin kepada yang lain daripada hukum Islam.
Allah juga menamakan hukum yang lain daripada Islam sebagai jahiliyah atau hukum yang menurut hawa nafsu. Dan yakin kepada hukum yang lain bermakna tidak yakin kepada Allah.
Allah menjanjikan kelebihan, kurniaan, pahala dan syurga serta kebahagiaan di dunia dan akhirat kepada sesiapa yang beriman dan beramal soleh. Antaranya mereka yang menegakkan hukum Allah.
Sementara syaitan pula menjanjikan kemiskinan, kepapaan, kesusahan dan kemunduran kepada siapa yang beramal dengan hukum Allah. Yang mana kamu lebih percaya? Kamu percaya kepada janji Allah atau kepada janji syaitan? Tepuklah dada kamu dan tanyalah iman yang ada di dalam hati kamu itu. Sekiranya kamu bertanya iman yang sebenar, sudah tentu iman yang sebenar akan menerima hukum Allah.
Sumber ~ Buku penghujung Kehidupan bab 20, halaman 118-122, terbitan Dewan Muslimat Sdn Bhd, April 1977.

[NFO]Hukum sertai pertandingan memancing
Hukum sertai pertandingan memancing

Soalan:

SAYA gemar memancing dansering menyertai pertandingan memancing. Persoalannya, adakah menyertai pertandingan memancing yang menawarkan hadiah seperti RM5,000 bagi tempat pertama juga termasuk dalam judi?

Jawapan:

Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima hadiah dari pengajur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh penganjur dan peserta.

Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang diambil dari sumber yang mana? Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau hadiah itu sumbangan dari individu atau agensi?

Sekiranya hadiah itu diberi hasil wang kutipan penyertaan maka hukumnya haram. Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian.

Dua keadaan haram yang wujud dalam pertandingan memancing ini. Pertamanya kerana menyertai pertaruhan yang keduanya menerima hadiah dari pertaruhan tersebut.

Contohnya, setiap peserta dikenakan yuran RM100, kemudian daripada yuran yang terkumpul itu diberikan hadiah kepada peserta yang berjaya menangkap ikan yang paling berat atau yang paling banyak (ikut peraturan pertandingan yang ditetapkan) menang, maka cara tersebutadalah haram kerana ia termasuk dalam pengertian pertaruhan (al-qimar) yang diharamkan.

Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) dari penganjur atau agensi yang menaja.

Ibnu Qudamah al-Maqdisiy menjelaskan bahawa: “Setiap permainan yang terdapat pertaruhan (al-qimar) di dalamnya, ia adalah haram walau apa jenis permainan sekalipun kerana ia tergolong di dalam al-maisir (perjudian) yang diperintahkan Allah agar dijauhi oleh orang beriman”. (al-Mughni, Ibnu Qudamah al-Maqdisiy, 14/154).

Maisir atau perjudian telah diharamkan dengan nas yang qatie.Firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya arak, judi (al-maisir), pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, (semuanya)adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)

Para mufassir di dalam memberi makna menegaskan bahawa, al-maisir (judi) di dalam ayat di atas merangkumi semua jenis pertaruhan (al-qimar).

Jumhur ulama berpendapat bahawa semua jenis pertaruhan (al-qimar) adalah haram mengikut Islam. Yang dimaksudkan pertaruhan (al-qimar) itu ialah dua pihak atau lebih masing-masing mengeluarkan wang atau harta, kemudian pihak yang bernasib baik akan memperoleh wang itu,sementara yang tidak bernasib baik akan menanggung kerugian (hangus wang pertaruhannya).

Sedangkan Islam menegah unsur-unsur penindasan ke atas orang lain biarpun duit ditaruhkan atas nama yuran penyertaan dan pengurusan.

Dalam pertandingan memancing atau sebagainya, ada unsur pertaruhan atau jika membabitkan hadiah atau pemberian.

Walaubagaimana pun tidaksemua hadiah akan menjadi judi atau pertaruhan. Ada yang menjadi hibah (hadiah) yang dihalalkan oleh syarak.

Justeru, bagi mengelak hadiah itu menjadi judi atau pertaruhan, ia hendaklah menepati salah satu dua keadaan berikut:

  1. Hadiah itu diambil daripada pihak luar yang tidak terlibat dalam pertandingan (mendapatkan tajaan dari mana-mana pihak kerajaan atau swasta).

  2. Hadiah itu ditawarkan oleh satu pihak sahaja daripada pihak-pihakyang bertanding. Sebagai contoh, seorang berkata kepada kawannya: “Ayuh berlumba denganku. Jika kamu menang, aku akan beri hadiah kepadamu RM50. Adapun jika kamu kalah, tidak perlu kamu memberikan apa-apa hadiah kepadaku.”

Maksudnya penganjur pertandingan memancing menawarkan hadiah tanpa mengenakan wang pertaruhan.

Kedua-dua keadaan di atas, hadiah akan menjadi hibah, bukan hasil judi atau pertaruhan. Adapun jika hadiah diambil dari wang yang dikeluarkan oleh peserta-peserta yang bertanding sama ada dalam bentuk yuran penyertaan, bayaran penyertaan atau sebagainya, maka ia akan menjadi judi atau pertaruhan dan syarak mengharamkannya.

Secara umum, bagi pertandingan yang dianjurkan, hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut:

  1. Jenis pertandingan adalah harus, tidak haram.
  2. Tidak membabitkan pertaruhan yang berupa perjudian.
  3. Hadiah bukan datang dari sumber yang haram seperti dari syarikat arak, judi atau sebagainya.
  4. Tidak melalaikan dari kewajipan syarak; solat dan sebagainya.
  5. Tidak melibatkan larangan-larangan syarak yang lain seperti percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram. (Ahkam al-Musabaqat Fi asy-Syari’ah al-Islamiyyah, Abdus-Somat bin Muhammad Balhaji, Dar an-Nafais, Jordan (2004).</font id=“Times New Roman”></font id=“size4”></font id=“blue”>

TAJUK : EKSPLORASI EXTRAVAGANZA OPTIMUSPRIME STARSCREAM BUMBLEBEE MEGARTRON

LOKASI : RAWANG 34

TARIKH : 8HB OGOS 2009 BERSAMAAN 17 SYAABAN…

TETAMU UNDANGAN : EKZOS

TEKNIK : CASTING, TROLLING, SURFCASTING…

WAKTU BERTOLAK : 7.00 PAGI (BUKAN BERKUMPUL TAPI BERTOLAK)

AHLI-AHLI KOMPLOT :

1 - MAN TOMOI
2 - KDN MAN TOMOI - KAK WAN
3 - EKZOS
4 - AZIZIAN
5 - KETUA LANUN
6 - IZZY D
7 - RAJA UTARA (balik ke istana/tak follow)
8 - OSCAR (KIV)
9 - TENGKU SUFRIZAL KEMBARA KAIL
10- AWEK POLI (KWN EKZOS)
11- AWEK POLI (KWN EKZOS)
12- KWN AZIZIAN (p sendiri)
13- KDN KAWAN AZIZIAN (p sendiri)
14- MAMAN (tetamu jemputan khas)

KERETA KETUA LANUN

1 - KETUA LANUN
2 - TENGKU SUFRIZAL
3 - AWEK POLI
4 - AWEK POLI

KERETA MAN TOMOI

1 -MAN TOMOI
2 -KAK WAN
3 -EKZOS
4 -AZIZIAN

KERETA IZZY D

1 -IZZY D
2 -OSCAR
3 -MAMAN (tetamu jemputan)
4 -?

TRIP KALI NI MAKANAN DAN MINUMAN DISEDIAKAN. SILA BAYAR RM5 UNTUK SEORANG KEPADA MAN TOMOI UNTUK TEMPAHAN CATERING TQ

MENU

1 ~ NASI PUTIH
2 ~ SAMBAL AYAM
3 ~ IKAN TAMBAN MASIN
4 ~ TELUR GORENG
5 ~ SAYUR CAMPUR

MINUMAN

1 ~ AIR SYRUP
2 ~ MILO PANAS

Knock.. Knock… Salam semua… Yippie… rumah baru.. selamat berpindah semua…

[IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/Hitman05.jpg[/IMG][IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/DAT.png[/IMG][IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/Hitman-1.jpg[/IMG] [IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/puakas2oko.png[/IMG] [IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/bannerxxx1.gif[/IMG]

3’s Kumpau Kings Rulez </font id=“red”>
Kumpau - One Of Many Popular Fishing Methods

salam…geng2 ong bak…hehehhehehe…wah umah baru la…best lah…tak hanyir lagi umah ni…wangi jee…

@@@@@..POW MASTER..@@@@@

AZMAN@MAMAN@BOBTUTOPOLI@BOB BALOK..

EMAIL bobtutopoli2003@yahoo.com

—>0173068764<—mengiring ngenak melentang ngenak..menungeng apa tah lagik

umah baru..perangai pun kne baru..saya da dewasa la bang man…huhuhu

KEH KEH KEH,zinggerx no 2 kui kui kui

ok lah nak ke the zone jln ampang angkat ekzos dan awek poli..malam ni dtg le ke rumah man tomoi hehehehehe

maman…sms no jap..0122278445

quote:
Originally posted by maman

salam…geng2 ong bak…hehehhehehe…wah umah baru la…best lah…tak hanyir lagi umah ni…wangi jee…

@@@@@..POW MASTER..@@@@@

AZMAN@MAMAN@BOBTUTOPOLI@BOB BALOK..

EMAIL bobtutopoli2003@yahoo.com

—>0173068764<—mengiring ngenak melentang ngenak..menungeng apa tah lagik


noti.

assalamualaikum…semperna rumah baru ni, man tomoi sponser makan dan minum trip meruan besok…marilah kita mendoakan agar man tomoi sekeluarga dimurahkan rezeki…terima kasih banyak2 nooooo…buat kerap2…amin…ekekekekee…

nak cari duit sikit2 untuk beli gewang…?join-------> http://www.dermawan.cn/?ref=kord1980
AMALKAN PANCINGAN “CNR”, GUNAKAN JARING DAN PUKAT UNTUK ELAKKAN KEPUPUSAN IKAN…

ye je bro kord?..org kata mende free neh best, btol ke?kehkehekeh

mai la kita pakat2 bedoa kat man tomoi…ekekekekee…

nak cari duit sikit2 untuk beli gewang…?join-------> http://www.dermawan.cn/?ref=kord1980
AMALKAN PANCINGAN “CNR”, GUNAKAN JARING DAN PUKAT UNTUK ELAKKAN KEPUPUSAN IKAN…

Bang Man.. saya 11.08.09 (Minggu depan)nie saya kawin hehehe… So nampaknya saya hanya akan free selepas tarikh tu…

Abg Man nak mancing ikan apa?

[IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/Hitman05.jpg[/IMG][IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/DAT.png[/IMG][IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/Hitman-1.jpg[/IMG] [IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/puakas2oko.png[/IMG] [IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/bannerxxx1.gif[/IMG]

3’s Kumpau Kings Rulez </font id=“red”>
Kumpau - One Of Many Popular Fishing Methods

bro ziggerx nak kawin?sy ucapkan selamat pengantin baru yer..moga berkekalan ke anak cucu hingga ke akhir hayat..aminnnn..

Amin… semoga aku pi KL pas nie hehehehe… bleh sailang barang pancing miahmiahmiah… [^]

[IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/Hitman05.jpg[/IMG][IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/DAT.png[/IMG][IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/Hitman-1.jpg[/IMG] [IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/puakas2oko.png[/IMG] [IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/bannerxxx1.gif[/IMG]

3’s Kumpau Kings Rulez </font id=“red”>
Kumpau - One Of Many Popular Fishing Methods

org umah org KL ke bang zigger?

Orang kuching… sama sekolah dulu cuma tak kenal sangat hehehe…
Tp lepas kawin karang senang sket nak jalan2… [^]

[IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/Hitman05.jpg[/IMG][IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/DAT.png[/IMG][IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/Hitman-1.jpg[/IMG] [IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/puakas2oko.png[/IMG] [IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/bannerxxx1.gif[/IMG]

3’s Kumpau Kings Rulez </font id=“red”>
Kumpau - One Of Many Popular Fishing Methods

zig…SELAMAT PENGANTIN BARU…</font id=“size6”></font id=“red”>

nak cari duit sikit2 untuk beli gewang…?join-------> http://www.dermawan.cn/?ref=kord1980
AMALKAN PANCINGAN “CNR”, GUNAKAN JARING DAN PUKAT UNTUK ELAKKAN KEPUPUSAN IKAN…

klu dua2 minat mancing kan best…mcm bro torex ngan wife dier…

Aku sorang pung ok… bleh usha awek yang minat mancing [:D][:D][:D]

[IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/Hitman05.jpg[/IMG][IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/DAT.png[/IMG][IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/Hitman-1.jpg[/IMG] [IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/puakas2oko.png[/IMG] [IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/bannerxxx1.gif[/IMG]

3’s Kumpau Kings Rulez </font id=“red”>
Kumpau - One Of Many Popular Fishing Methods

ini satu ayat yg blh diketegorikan sebagai penipuuan alam maya…lepas kawin sah kena rantai..kekekeke

kalau blh kita mneruan ler bro..

selamat hari raya ..eh silap…selamat pengantin baru ziggerx…</font id=“Times New Roman”></font id=“size6”></font id=“red”>

esok makan semua kena bayar sendiri…sebab nak mabik berkat huhuhuhuhu

quote:
Originally posted by ziggerx
Orang kuching... sama sekolah dulu cuma tak kenal sangat hehehe.... Tp lepas kawin karang senang sket nak jalan2... [^] [IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/Hitman05.jpg[/IMG][IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/DAT.png[/IMG][IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/Hitman-1.jpg[/IMG] [IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/puakas2oko.png[/IMG] [IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/bannerxxx1.gif[/IMG]

3’s Kumpau Kings Rulez </font id=“red”>
Kumpau - One Of Many Popular Fishing Methods