TEMPAT MEMANCING DIMANA YG BEST? VOL 5 TUTUP

link rumah lama..

edisi pertama : http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=17284

edisi kedua : http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=17803

edisi ketiga : http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=18065&whichpage=1

edisi keempat : http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=18195&whichpage=1

ASSALAMUALAIKUM !!</font id=“size4”></font id=“blue”>
Rumah ketiga dah penuh , kawan kawan pun dah ramai, syukur kita kepada nikmat yang allah swt berikan selama ini dengan percuma sahaja,

RAMADAHAN TELAH DATANG, INSYAALLAH DENGAN BERKAT KESUCIAN HATI DAN SIFAT MULIA KITA AKAN TERUS MENGHADAPI SETIAP UJIAN DAN DUGAAN YANG MENDATANG..INSYAALLAH!!! SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA..AMINNNNNN

rumah/thread ini tidak ada larangan keada sesiapa sahaja yang nak masuk cuma syarat jangan bakar membakar hati kawan kawan dan semua yang ada dlm rumah ni. seandainya terasa nak menasihati atau menegur anda boleh gunakan pendekatan yang terbaik dengan bahasa yang tidak mengguris hati dan perasaan orang lain.kalau rasa boleh tahan sabar silalah anda bergurau tanpa batasan

Memancing hanyalah sebagai hobi di masa lapang, tidak lebih dari itu

kalau terdapat update komplot dan berminat nak follow , sila masukan nama jangan segan segan.kalau nak buat komplot pun kami alu alu kan,

selamat berforum</font id=“size4”></font id=“Times New Roman”></font id=“blue”>

PANTUN MELAYU LAMA</font id=“Times New Roman”></font id=“size4”></font id=“red”>

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Hendak pulang ku beri pulang
Tinggalkan pantun barang sepatah

Lancang kuning lancang pusaka
Nampak dari Tanjung Puan
Kalau kering laut Melaka
Barulah saya lupakan tuan

Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya

Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga

Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu

Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh

Laksamana berempat di atas pentas
Cukup berlima dengan gurunya
Bagaikan dakwat dengan kertas
Sudah berjumpa dengan jodohnya

Membeli papan di tengah pekan
Papan kecil dibuat tangkal
Mengapa umpan ikan tak makan
Adakah kail panjang sejengkal

Rumah limas anjung Selatan
Bunga kemuning tumbuh di laman
Tangkainya emas bunganya intan
Bolehkah ranting hamba patahkan

Tumbuh betik di tepi laman
Pokok berangan pokok teruntum
Sungguh cantik bunga di taman
Bolehkah gerangan petik sekuntum

Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang

Baik-baik menanam selasih
Jangan menimpa sipohon sena
Baik-baik memilih kekasih
Jangan sampai badan merana

Baik-baik mengail tenggiri
Takut terkena siikan parang
Baik-baik merendah diri
Jangan menjadi hamba orang

Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari
Mana yang dapat janganlah lupa

Buah mangga melendur tinggi
Buah kuini berangkai tiga
Hidup kita tidur dan mati
Sudah mati baru terjaga

Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau

Budak-budak bermain tombak
Tombak diikat dengan rantai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai

Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan condongnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sungguhnya

Hari panas mencucuk benang
Benang menjahit baju kebaya
Air jernih lubuknya tenang
Jangan disangka tiada buaya

Kalau tahu peria tu pahit
Tidak ku gulai dengan petola
Kalau tahu bercinta tu sakit
Tidak ku mulai dari semula

Kalau tuan pergi ke Kelang
Belikan saya semangkuk rojak
Jangan diturut resmi kiambang
Sungguhpun hijau akar tak jejak

Pisang kelat digonggong helang
Jatuh ke lubuk di Indragiri
Jika berdagang di rantau orang
Baik-baik menjaga diri

Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mahu bercerai
Kehendak Allah siapa yang tahu

Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belumlah sembuh


Anak punai anak merbah
Hinggap ditonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hati orang

Apa guna pasang pelita
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain kata
Kalau tidak dengan sungguhnya

Buah kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak
Tidak ku lupa pada yang kasih

Kajang tuan kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang hamba terbuang lalu

Buah jambu disangka kandis
Kandis ada di dalam cawan
Gula madu disangka manis
manis lagi senyuman tuan

Dari Arab turun ke Aceh
Naik ke Jawa berkebun serai
Apa diharap pada yang kasih
Badan dan nyawa lagi bercerai

Bunga Melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa tuan

Burung Merak terbang ke laut
Sampai ke laut mengangkut sarang
Sedangkan bah kapal tak hanyut
Inikan pula kemarau panjang

Bunga Melur kembang sekaki
Mari dibungkus dengan kertas
Di dalam telur lagi dinanti
Inikan pula sudah menetas

Dalam perlak ada kebun
Dalam kebun ada tanaman
Dalam gelak ada pantun
Dalam pantun ada mainan

Dari Jawa ke Bengkahulu
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri

Dari teluk pergi pangkalan
Bermain di bawah pohon kepayang
Saya umpama habuk di papan
Ditiup angin terbang melayang

Daun selalsih di Teluk Dalam
Batang kapas Lubuk Tempurung
Saya umpama si burung balam
Mata terlepas badan terkurung

Orang Melayu naik perahu
Sedang berdayung hujan gerimis
Hancur hatiku abang tak tahu
Mulut tertawa hati menangis

Orang tani mengambil nipah
Hendak dibawa ke Indragiri
Seluruh alam ku cari sudah
Belum bersua pilihan hati

Pasir putih di pinggir kali
Pekan menyabung ayam berlaga
Kasih tak boleh dijual beli
Bukannya benda buat berniaga

Ribu-ribu pokok mengkudu
Cincin permata jatuh ke ruang
Kalau rindu sebut namaku
Airmata mu jangan dibuang

Kalau roboh kota Melaka
Sayang selasih di dalam puan
Kalau sungguh bagai dikata
Rasa nak mati di pangkuan tuan

Limau purut lebat di pangkal
Batang mengkudu condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati yang rindu apa ubatnya

Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Rindu di hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh

Ku sangka nanas atas permatang
Rupanya durian tajam berduri
Ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengahari

Kayuh perahu sampai seberang
Singgah bermalam di kampung hulu
Bukan tak tahu dunia sekarang
Gaharu dibakar kemenyan berbau

lembing atas tangga
perisai atas busut
kening atas mata
misai atas mulut

anak ikan dipanggang sahaja
hendak dipindang tidak berkunyit
anak orang dipandang sahaja
hendak dipinang tiada berduit

saya tak hendak berlesung pauh
lesung pauh membuang padi
saya tak hendak bersahabat jauh
sahabat jauh merisau hati

burung serindit terbang melayang
singgah dihinggap di ranting mati
duit ringgit dipandang orang
jarang dipandang bahasa budi

batu sangkar batu berpahat
terpahat nama raja bestari
makanan arif, kias ibarat
pantun seloka, ulam jauhari

daun durian jatuh tercampak
lopak-lopak isi selasih
tujuh tahun dilambung ombak
tiada kulupa hati yang kasih

Anak Cik Siti mencari tuba
Tuba dicari di Tanjung Jati
Di dalam hati tidakkan lupa
Bagai rambut tersimpul mati

Limau purut di luar pagar
Rimbun putik dengan bunganya
Hujan ribut padang terbakar
Embun setitik padam apinya

Puas saya bertanam ubi
Nanas jugak dipandang orang
Puas saya menabur budi
Emas juga dipandang orang

Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
rindu kini tiada penghujung

Tinggi-tinggi pohon jati
Tempat bermain simanja sayang
Sungguh tinggi harga budi
Budi dibalas kasih dan sayang

Bunga Tanjung kembang semalam
Pohon tinggi tidak berduri
Gelombang besar di laut dalam
Kerana Tuan saya kemari


Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan


Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi


Padi ini semumba-mumba
Daun kurma daun cempedak
Macam mana hati tak hiba
Entah bertemu entah tidak


Permata jatuh ke rumput
Jatuh ke rumput berbilang-bilang
Dari mata tidakkan luput
Dalam hati tidakkan hilang


Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi jujungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman


Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga


Anak beruk di tepi pantai
Pandai melompat pandai berlari
Biar buruk kain dipakai
Asal hidup pandai berbudi


Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu


Mendung si mega mendung
Mendung datang dari utara
Jangan selalu duduk termenung
Kalau termenung badan merana


Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
Rapat lagi pohon jati
Kawan beribu mudah didapat
Sahabat setia payah dicari


Pokok terap tumbuh di bukit
Belat berbanjar panjang ke hulu
Jangan diharap guruh di langit
Kilat memancar hujan tak lalu


Sampan kotak hilir mudik
Dayung patah galah sebatang
Ikhtiar tidak datang menggolek
Akal tidak datang melayang


Siti Wan Kembang perintah Kelantan
Nama termasyhur zaman dahulu
Baik-baik memilih intan
Takut terkena kaca dan batu


Buah langsat kuning mencelah
Senduduk tidak berbunga lagi
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi


Dua paya satu perigi
Seekor bujuk anak haruan
Tuan di sana saya di sini
Bagai pungguk rindukan bulan


Gesek rebab petik kecapi
Burung tempua membuat sarang
Apa sebab jadi begini
Karam berdua basah seorang ?


Hendak gugur gugurlah nangka
Jangan menimpa putik pauh
Hendak tidur tidurlah mata
Jangan mengenang si dia yang jauh


Kain batik negeri seberang
Dipakai anak Tanah Melayu
Apa ertinya kasih dan sayang
Kalaulah abang berjanji palsu


Pantai Cendering pasirnya putih
Anak dagang berulang mandi
Apa disesal orang tak kasih
Sudah suratan diri sendiri


Disana pauh di sini pun pauh
Daun mengkudu ditandungkan
Adinda jauh kekanda jauh
Kalau rindu sama tanggungkan


Pulau Tinggi terendak Cina
Nampak dari Pulau Sibu
Abang pergi janganlah lama
Tidak kuasa menanggung rindu


Putik pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Tuan jauh di negri satu
Hilang di mata di hati jangan

Asal-usul Sembahyang

  • SUBUH:

Orang
yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu
tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara
pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang
amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun
bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama:-

Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua:-

Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

  • ZOHOR:

Orang
yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,
iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih
anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu
tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama:-

Bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua:-
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat ketiga:-

Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.

Rakaat keempat:-

Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

  • ASAR:
    Orang
    yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala
    baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah
    memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk
    waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat
    rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4
    kegelapan iaitu:

Rakaat pertama:-

Kelam dengan kesalahan.

Rakaat kedua:-

Kelam dengan air laut.

Rakaat ketiga:-
Kelam dengan malam.

Rakaat keempat:-

Kelam dengan perut ikan Nun.

  • MAGHRIB:

Orang
yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,
tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan
kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi
Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan
tersebut, iaitu:

Rakaat pertama:-

Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

Rakaat kedua:-

Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan
sumbang.

Rakaat ketiga:-

Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

  • ISYAK:

Orang
yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada
ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri
Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu
menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang
akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda
bersyukur.

Rakaat pertama:-

Dukacita terhadap isterinya.

Rakaat kedua:-

Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

Rakaat ketiga:-

Dukacita terhadap Firaun.

Rakaat keempat:-

Dukacita terhadap anak Firaun.[/font=Times New Roman]</font id=“size4”></font id=“red”></font id=“Arial Black”>[/b][/size=4][/red]

Salam semua…[:)]
wah… rumah baru lagi…
so, tempat memancing kat mana yg best?[:D]

[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/signature3.jpg?t=1211180474[/img] Kita lapar, ikan kenyang... Kita kenyang, ikan lapar

salam mayong..memang abg dah agak dah hang yg akan merasmikan rumah baru kami nih…ambik berkat keh keh keh

tempat yg best nak mancing hari ni ialah ulu yam dam [:D]

quote:
Originally posted by Mayong

Salam semua…[:)]
wah… rumah baru lagi…
so, tempat memancing kat mana yg best?[:D]

[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/signature3.jpg?t=1211180474[/img] Kita lapar, ikan kenyang... Kita kenyang, ikan lapar

keh keh keh…[:D]
ikan apa yg ada kat dam Ulu Yam tu ha?
tau tempat tu. tapi tak pernah plak nampak org mancing…
tu dulu la… 10 tahun lepas…[:D][:p]

so berbuka puasa kat sana terus la ni?

[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/signature3.jpg?t=1211180474[/img] Kita lapar, ikan kenyang... Kita kenyang, ikan lapar

setakat ni yg pernah diorang bawak naik ikan keli,lampam,toman
berbuka di rumah..kul 6:30 balik …rumah dgn dam ulu yam tu 5 minit saja..hehehhehehe
dulu 10 thn mayong duk kl?

quote:
Originally posted by Mayong

keh keh keh…[:D]
ikan apa yg ada kat dam Ulu Yam tu ha?
tau tempat tu. tapi tak pernah plak nampak org mancing…
tu dulu la… 10 tahun lepas…[:D][:p]

so berbuka puasa kat sana terus la ni?

[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/signature3.jpg?t=1211180474[/img] Kita lapar, ikan kenyang... Kita kenyang, ikan lapar

mau aku tak katuk..hampa pakat duk umah lama sampai reban la…punya takut mantomoi kalut terkontang konteng buka rumah baru…tu la kena abang gak mula dan gertak…

anyway taniah…sudah vol 5,abang tetap akan kritik di mana bila berlakunya perkara yg agak keterlaluan dan melampau dikalangan forumer…harap mantomoi berubah dalam ramadhan yg penuh mulia ini…

pada sahabat yg mengenali abang seong…jumpa lagi..call me if not shy…i can speak more and anything…

[IMG]http://i705.photobucket.com/albums/ww51/seong_angkoh/seongcopy-1.jpg[/IMG][IMG]http://i705.photobucket.com/albums/ww51/seong_angkoh/logoseongcopy.jpg[/IMG] Kutukan dan CErCA Tanpa BaTasan Abang seong tobiaq -kedai seh seh -ASW105671 ding dong -> 0134893835

wah umah baru..hehheeh…posa pa cereta[:p]x menoman ka[;)]

…ATOQ LAIN…

</font id=“black”>

0195619961-0174199975 zamnex@yahoo.com.my

salam&selamat brpuasa…

salam bang zamm…hari ni nak p menoman sat..anak2 kacau dah ni…tgk matahari cerah sungguh…mendidih kepala hari ni …

bagi anak2 main bottom..[:D]

time mcm ni kena sambai tumis ikan bilis dgn ikan tamban sedap nooooooooooo[:D]

tok seong…hang tgk rumah kami..indah,sejahtera,dulu israel ada dok sini…tapi la depa dah berdamai dgn musuh depa…kira ok lah tu…tapi man tomoi tetapo ego dgn europe keterlaluan nya…lepas ni nak masuk gambaq toman 14 kg semasa di salt lake utah dulu,hang tgooooooooo tok seong

quote:
Originally posted by zamm

wah umah baru..hehheeh…posa pa cereta[:p]x menoman ka[;)]

…ATOQ LAIN…

</font id=“black”>

0195619961-0174199975 zamnex@yahoo.com.my

izzy..abg tgu hang kat dam ulu yam…first skali tuuu..abg naik motor jew

quote:
Originally posted by izzy d

salam&selamat brpuasa…


duduk johor bang
tapi ramai sedara mara kat sana…
Selayang, Ulu Yam, Tasik Biru Kundang, Kuang,
Sg Buloh

quote:
Originally posted by man tomoi
setakat ni yg pernah diorang bawak naik ikan keli,lampam,toman berbuka di rumah..kul 6:30 balik ...rumah dgn dam ulu yam tu 5 minit saja..hehehhehehe dulu 10 thn mayong duk kl?
quote:
Originally posted by Mayong
keh keh keh...[:D] ikan apa yg ada kat dam Ulu Yam tu ha? tau tempat tu. tapi tak pernah plak nampak org mancing... tu dulu la... 10 tahun lepas...[:D][:p]

so berbuka puasa kat sana terus la ni?

[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/signature3.jpg?t=1211180474[/img] Kita lapar, ikan kenyang... Kita kenyang, ikan lapar


[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/signature3.jpg?t=1211180474[/img] Kita lapar, ikan kenyang... Kita kenyang, ikan lapar

adess…! bang man x gtau mancing petang.
tau btolak pepagi td. mggu dpan jelah.
plan ingat nak p air kuning. mancing pb.

bang mayong johor tang mana???

okeh mayong…saudara byk kat selayang…dtg sini nanti kita pekena sup gear box auwwwwww!!!

izzy…selamat berhari minggu di jhr…

k chowwwwwwwwwOriginally posted by Mayong

duduk johor bang
tapi ramai sedara mara kat sana…
Selayang, Ulu Yam, Tasik Biru Kundang, Kuang,
Sg Buloh

quote:
Originally posted by man tomoi
setakat ni yg pernah diorang bawak naik ikan keli,lampam,toman berbuka di rumah..kul 6:30 balik ...rumah dgn dam ulu yam tu 5 minit saja..hehehhehehe dulu 10 thn mayong duk kl?
quote:
Originally posted by Mayong[/i]
keh keh keh...[:D] ikan apa yg ada kat dam Ulu Yam tu ha? tau tempat tu. tapi tak pernah plak nampak org mancing... tu dulu la... 10 tahun lepas...[:D][:p]

so berbuka puasa kat sana terus la ni?

[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/signature3.jpg?t=1211180474[/img] Kita lapar, ikan kenyang... Kita kenyang, ikan lapar


[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/signature3.jpg?t=1211180474[/img] Kita lapar, ikan kenyang... Kita kenyang, ikan lapar [/quote]

aloq setaq dok ujan ja ni…hhehheheh…mengai pa pon x bleh[:p]tunggu buka posa ja[;)]

…ATOQ LAIN…

</font id=“black”>

0195619961-0174199975 zamnex@yahoo.com.my

Bro Izzy d…
Johor kat Tangkak…[:D][:p]
kenapa? bro pun org Johor ke?

Bro man tomoi…
kat mana ha sup gear box tu?
makcik dgn atuk sedara duduk Selayang Baru
dulu depan Balai Polis Selayang tu ada
Restoran Sri Lawang atuk sedara saya punya…
pernah keje part time kat situ…
(sekarang Restoran Haslam kalau tak silap)

[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/signature3.jpg?t=1211180474[/img] Kita lapar, ikan kenyang... Kita kenyang, ikan lapar

ouh tangkak. sy pun org johor.
sy di kluang.

salam…
tahniah utk rumah baru…
gud lak utk geng yg pi menoman ptg ni…

wah.. da ada umah baru.. besh2…
dekat2 raya dpt umah baru..[:D][:D][:D]

tok seong pun ada…
syok tul klu tok seong ada.. suk tersenyum sorang2 jer klu baca post tok seong…

tuk kengkawan2 yg lain, mayong, zamm, mazli, izzyd dan abg man..
selamat berpuasa…
choww..

salam berpuasa dan berbuka…heheheh
dah pindah rumah baru ni taklah lenguh kaki …
tangan lenguh kasting takpe…tul tak man..??

[/img][/IMG]

bang man. post lah pic mancing kat dam ulu yam nnti…