Trip Mancing Perairan Utara

Pernahkah saudara-saudara cuba memancing diperairan Utara terutamanya KEDAH. Diperairan Kedah trip memancing utama adalah Pulau Tukun Perak / Pulau Kedah yang terletak dalam lingkungan 90 batu nautikal. Lain-lain lokasi yang menjadi tumpuan sekarang adalah tukun kapal karam seperti Kapal Batik, Kapal TV dan juga Kapal 33. Dari jeti Kuala Sala lokasi tersebut hanya dalam lingkungan 35 - 38 batu nautikal sahaja.Terdapat kawasan karang yang hanya l/k 10 minit perjalanan dari Kapal 33 iaitu Karang Azahar.

Semenjak Adang makin kurang stok ikannya, pemancing diutara sekarang beralih kelokasi diperairan Kedah. Faktor lain adalah kerana terdapat operator bot pukat yang menaikan taraf bot mereka kebot memancing. Salah sebuah bot berpengkalan di Kuala Sala, Kedah yang dikendalikan oleh Tekong yang bernama Usup Jarum Mas</font id=“red”>. Sekiranya saudara-saudara ingin mencuba sila hubungi beliau melalui No HP : 019 - 5631510</font id=“red”>. Saya telah mengikuti trip dengan bot beliau dan hasil tangkapan ikan sangat memuaskan. Sila layari blog saya di www.aleey61angler.blogspot.com</font id=“size4”> untuk melihat tangkapan ikan, bot dan juga tekong yang dimaksudkan. Silalah cuba memancing diperairan Kedah.</div id=“left”></div id=“right”></div id=“left”>

Salam bro sy telah melihat salah satu cerita dlm blog yg dipaparkan tu…sayangnya ikan game fish(LAYARAN)itu mati…

Bro S/L…TQVM atas reply bro. Memang layaran itu mati…sebenarnya saya drifting tenggiri dan yang makan pula layaran. Saya gunakan 4 mata kali dan layaran telan dalam dan tak dapat dikeluarkan walaupun kami berusaha mengeluarkan matakail itu. 2 matakail iaitu yang ke 3 tertusuk sebelah atas dan yang ke 4 sebelah bawah. 2 matakail lagi tak nampak kerana dalam sangat. Kalau lepas balik pun kami rasa layaran itu tak dapat makan kerana tusukan matakail terkena atas dan bawah. Justru keputusan diambil untuk menyerahkan layaran itu kepada tekong bot. Jika guna 1 atau 2 matakail mungkin layaran itu dapat diselamatkan. TQVM atas reply bro S/L.