SELINSING: (Siakap Merah)</font id=“size5”></font id=“red”>
Suasana pagi yang agak kelam dan ditemani rintik-rintik hujan,
kereta yang dipandu oleh Pak Din Besi mula menyusuri lebuh raya
menuju ke Bukit Merah. Selepas susur keluar plaza tol Bukit Merah
Pak Din membelok menggunakan jalan biasa untuk sampai ke Selinsing, Perak.
Sebut sahaja Selinsing,rasanya tidak perlu lagi untuk mempekenalkan spesis
apa yang ingin dicari…Akibat teruja dengan DVD dalam majalah Sirip baru-baru
ini yang berjudul “Nostlagia jenjulong Selinsing” bersama pemancing Halimi yang
menggunakan khidmat tekong Nasir..Saya dan Pak Din Besi telah membuat tempahan
dengan tekong yang cukup terkenal di bumi Selinsing iaitu Bang Li dengan hasrat
kami akan menerima naseb yang sama seperti mana yang telah di terima oleh Halimi
dan temannya.
Sesampainya kami di Pengkalan Selinsing,hujan masih lagi tidak mahu
menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti seolah-olah cemburu dengan
kehadiran kami,Bang Li yang lebih awal tiba telah bersiap sedia untuk
berangkat mencari jenjulung terlebih dahulu sebagai umpan yang paling
ampuh untuk menjerat sang siakap merah.
Bang Li hanya mengeleng kepala,Hasrat hatinya untuk menduga lubuk sungai Sangga
hari ini telah dihalang oleh keadaan air yang amat keruh…Selalunya kalau di Simpang
Tiga sudah kelihatan keruh,keadaan di Sungai Sangga akan bertambah parah dimana
tiupan anginnya ternyata lebih kuat dan juga menjadi laluan bot-bot besar nelayan
untuk masuk dan keluar ke laut..sekaligus akan mengeruhkan lagi warna airnya.
Selepas berpuas hati dengan umpan jenjulung yang diperolehi, Bang Li membawa
kami dan mencari kawasan-kawasan yang airnya agak jernih untuk menduga.







Hasil keseluruhan

Tuas: (Tenggiri)</font id=“size5”></font id=“red”>
Lewat malam..sewaktu menonton cerita seram “Hantu Kak Limah Balik Rumah” tetiba
saya telah dikejutkan oleh satu panggilan telifon…Apabila diangkat..tiada siapa
yang menjawapnya…bila diletak ianya mula berdering kembali…2-3 kali ianya berlaku..
Bulu roma mula berdiri naik..seram sejuk terasa…kemudian berbunyi lagi..perlahan-lahan
saya mengangkat tetiba terdengar satu suara nyaring..serak dan amat begitu besar sekali…
“HOHOHOHOHOHOHOHOHOHO…HoHOHOHOHOHOHO…HOHOHOHOHOHOHOH…Weh lohan jom pi tuas”
cehhh…rupa-rupanya suara Speed Hobi..hantu betoi..patut dengar seakan suara seekor gergasi.
Sudah heboh dimerata-rata tempat,Tuas sekarang menjadi kacau bilau dilanggar tenggiri..
Rata-rata tuas meletop dengan hasil yang amat memberansangkan…rasa tidak tenteram sekiranya
menolak pelawaan Bang Speed…Maka dengan itu sebanyak 5 anggota telah mengambil tempat iaitu:
Speed Hobi selaku Kapitan
Lohan
Rashidi
Toyas
Anak menakan Speed (nama apa entah)
Tuas Bang Cha menjadi pilihan memandangkan kedudukannya di sebelah selatan dimana menjadi
medan amukkan sang Tenggiri diwaktu sekarang…Tuas yang berkedudukkan di arah timur dikhabarkan
agak suram yang kebanyakkan dimonopoli oleh cencaru kuda,kerisi dan sebagainya..
Sesampainya kami di tuas,acara kasting terus dijalankan dan sekali-sekala terdengar
nyaringan kekili berbunyi menandakan sang tenggiri mula meratah umpan…









Hasil keseluruhan 12 ekor tenggiri..Seekor telah dipau oleh
tekong untuk dibuat lauk…

Pulau Telur (Sotong Megabang)</font id=“size5”></font id=“red”>
Hasil 12 ekor tenggiri di Tuas Bang Cha sewaktu tuas tengah meletop,bukanlah sesuatu
hasil yang boleh dibanggakan sekiranya dibandingkan dengan tuas-tuas lain terutama tuas
Wan yang tak putus-putus dengan hasil melebihi 20 ke 30 ekor setiap hari…Saya mula
menghubungi Wan untuk mengambil satu tarikh terdekat..namun sayang..2 buah bot kepunyaan
Wan sentiasa penuh walaupun sewaktu hari bekerja…Akhirnya saya memilih Tekong Bang Mat
dandut untuk menduga Kapal Karam…Biasanya tenggiri yang berhijrah dari kawasan Langkawi
akan melalui Kapal Karam sebelum tiba ke Tuas.Tujuan saya untuk menyekat serombolan tenggiri
tersebut di Kapal Karam..Sekiranya caturan saya tepat dan benar-benar belaku mungkin kejadian
2 tahun lepas berulang kembali…rasanya kali ini lebih banyak kerana umpan kembung yang dibawa
oleh Pacik sudah cukup untuk menengelam Bot Bang Mat dengan hasil tenggiri.Kali ini 6 peserta
mengambil tempat iaitu:
Lohan
Pacik
Rashid Baba
Rashidi
Bolos saja dinding itu
Busyem
Pengkalan nelayan Tanjung Dawai menjadi lokasi menaiki bot,Malang sekali Bang Mat tidak
dapat turun dan digantikan dengan Tekong Halim Sotong. Memang kepala gila tekong Halim,
sekiranya kami tidak peggang dengan kuat birai bot,mungkin sorang-sorang boleh terpelanting
masuk laut…punya laju dia merempit sehingga hendak makan kacang pun tak boleh kupas kulit.
45 minit perjalanan kami sudah tiba di Kapal Karam.Kebiasaan kalau naik dengan Bang Mat
sekitar 1 jam 15 minit…Kesemua pemancing yang ada di atas bot basah kuyup akibat simbahan air
laut yang dilanggar haluan bot dengan kelajuan hampir mencapai kelajuan fomula 1 di litar Sepang.
Tanpa membuang masa sewaktu bot mula melabuhkan sauhnya..balingan demi balingan terus dibuat..namun
sayang sekali sehingga pukul 3pm hanya seekor tenggiri dan Belitung sahaja yang tersasar dari
kawanan datang menjamah umpan…Akhirnya Pacik bersuara kepada tekong untuk pulang dan singgah
di pulau untuk membulu repuh…Menurut tekong pula masa sebegini lebih sesuai mengkasting sotong
mengabang…menurutnya sewaktu gelap pagi dan hampir senja ketika air surut..Banyak sotong saiz
mega berkeliaran dikawasan batu berhampiran pulau…semua mengganguk menandakan setuju dengan
cadangan tekong…Dengan enjin turbo sekali enjut sahaja kami sudah sampai Di pulau Telor.
Sekali lagi kami basah kuyup.
Sotong pertama dari Bolos, boleh tahan juga saiznya

Ini pula dari Busyem..

Kalau 2 ekor saiz sebegini boleh cecah 1kg…




Shidi dan Pacik…

Anak Shidi turut merasa keseronokkannya…


Antara hasil sotong megabang yang telah didaratkan…

Kepulangan kami seolah-olah seperti pemuda UMNO yang baru pulang
dari berkempen…Baju yang kami pakai pada mulanya kosong dan pulang
dengan bercorak batik hitam dek pancutan dakwat sotong…
Setibanya di pengkalan kami terpaksa menukar pakaian
Didalam perjalanan pulang kami singgah di kedai Tom Yam,
dimana hasil tenggiri dan sotong akan dijadikan hidangan malam..

Sedang menanti hidangan


Emmmm…dah pun siap..tenggiri masak stim halia bahagian ekor

Bahagian kepala ni yang paling sedap…

Perghhhhhhhh…menitik air liur

Tak kan hidangan tenggiri jerrr? Mana perginya sotongg?

Sayur Campur Sotong

2 pinggan sotong masah pedas…perghhhh..sedap tapi boleh tahan
juga untuk mengunyahnya…rasa macam hendak terkeluar rahang…
sangat elok untuk senaman muka…


Aku dah pesan..jangan makan terlalu banyak..yang hang pi bedal
sampai 5 pinggan apasal…?

Keesokkan hari ditempat kerja…bahana mengunyah sotong malam tadi..

~Sekian</font id=“size4”></font id=“blue”>

~019-4141974









