Salam~
Tarikh : 3-6 Feb 2011
Lokasi : Tasik Kenyir. Terengganu
Ahli MFN yg terlibat : Cenonetboy, Slimer, Peacock, Airpool & Fresh

Trip terkezut ini telah dirancang oleh Slimer & tidak tersenarai pn dlm trip2 utk 2011. Ntah ape jampi yg dibacanye…sedar2 korum cukup aje. Bot tekong Baharum a.k.a Siam telah di tempah. Hustler2 yg biase pergi kesini menasihatkan kami agar tidak pergi pd waktu ini krn sudah pasti kws ini akn dibanjiri oleh pengunjung2. Atas semangat ‘MALAYSIA BOLEH’…kami meneruskan jua usaha murni ni hehehehe

Sesi memberatkan 4x4 Airpool dgn brg2


Traffic jam di pintu masuk TNB Kenyir…sabo aje le

Permandangan dr atas dam…ngeri beb

Tasik Kenyir…seluas mata memandang

Sesi memunggah brg2 sementara menanti boat house smp

Boat house kami utk 4h3m…TKP27
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Destinasi kami ialah ke Sg Terenggan

Perut pn dh lapar…jd kita makan dulu…


Sesi casting dimulakan seawal pg…spesis target sudah pasti sebarau & toman

Abis smue ceruk diterokai

Smue bala tentera dikerah dlm pemburuan ini

Kws2 target menjanjikan 1001 harapan

Namun smuenya palsu semata2 apabila sambutan yg amat dingin diberikan oleh penghuni Tasik Kenyir…huhuhuhuhu


Hanya lampam menjd penyelamat trip kali ini.
Trekking ke Sg Terenggan menghasilkan beberapa ekor kelah, tengas dan baung tetapi bersaiz cinonet…hanya layak utk dilepaskan blk.


Cuma sesi ni je yg ‘FRENZY’ hahahahaha
Dipendekkan citer…tiada hasil yg dibanggakan tetapi kami tetap bersyukur krn setiap kejadian ada hikmahnya. Setidak2nya kami dpt menambahkan beberapa rakan baru dan pengalaman memancing di Tasik Kenyir.
Bg mereka yg ingin ke mari, dinasihatkan utk camping semlam di mana2 sungai utk sesi penyelamat krn hasil disini biasanya tidak menghampakan terutama pd waktu mlm.

Yg terlibat dlm ini cherita…smue best2 belake

Bersama tekong Baharum atau Siam…sempoi & byk ilmu.
Kesimpulannye…“RETI MANCING ATO TAK NI…HENTIKAN PERMAINAN”…kuikuikuikuikuikui

Man
Puchong Utama
019-2282412
“STANDARD mau jaga, MARUAH kene cover & AYAT biar power”

[/IMG]




