Umpan 2 ~ Selamat Tinggal MFN ~

hehehe…bukan mcm tu juragan…tapi kena contohi ler kerajaan mcm tu…
hasil bumi di rasai bersama rakyat..bukan dibolot oleh pemimpin
yang rakus…kita kena ubah corak kehidupan,tapi pak menteri bebas
berbelanja…pikir2kanlah…

umpan roti arab syok gak tu,hihihihih…

bro budak tasek,mcm kerja sama ngan aku jer ni???huhuhuhuh…
betul tu budak tasek…pernah pi kursus…claim seposen satu kilometer…
perjalanan 120km…duit minyak tak lepas…mmg rakyat didahulukan ler…

umpan patin!!!

Ada sahabat kata - ada seorang isteri pembesar sebuah negara…
kalau kuar shoping naik 2 kapal terbang…
satu kapal.. dia + geng2…
satu lagi kapal utk barang2nya!
Giler betul…

jenuh rod + mesin + perambut + umpan utk satu kapal!

-Juragan-

betul tu juragan…tapi orang kata ler…
baju tiap-tiap hari tukar yg baru…
saya,seterika terlebih panas…berlubang kat lengan baju…
lipat sampai siku…blh pakai lagi,huhuhuhu…
klu hari2 pakai yg baru,kopak ler,hihihihih…

klu dapat brg2 tu satu kapal syok juragan,hihihih…
ada tertinggal tu juragan…kotak mesin katak..pehhhhh…syokkkk…

umpan patin!!!

quote:
Originally posted by budaktasek
salam....... selamat pg semua warga pancing kita juragan..... menyayat hati betullll teks tu....BETUI BETUI BETUI habihhh duit kita ke Felda....dulu org felda mkn gaji hari,la ni mkn gaji bulan...tiap2 tahun ada ja bonus....kita juga yg tak cukup makan. bila gula naik ghega , kata mereka kurangkan gula takut dia betis, lebihkan manis dlm senyuman konon,nak senyum apanyer duit pun tak cukup makan, bila sayur naik ghega , suruh cr sayur lain...nak cr sayur apa ? pucuk pisang ka....kg tak pa la pokok pisang byk kan buat bangunan gah berjuta2 , mana cekau duit tu.... tak tau la apa nak jadi.... tak sokong mana2 tension

Budak baru
Tumpang tengok…tumpang gembira


jangan usik penoraka felda......aku anak peneroka felda.......usik pentadbiran felda tak pa.......bukan tu saja yang patut peneroka felda dapat.....sepatutnya lebih daripada tu........hehehehehehe......dari mata kasar tu yang menarik kita nampak.......tahu jeritan batin mereka......hanya mereka dan keluarga mereka yang tahu.........

BAGI LALUAN-BAGI LALUAN, JANGAN SEMBAT, ANAK RAMAI

Pentadbiran felda ada org kuat sipu…
al-tan tuya…hihihihihihihih…
betul tu sipu…perit tgk peneroka skrg ni…x mcm dulu…
tapi depa takut nak tukar tu yg geram tu sipu…smpi bila kita yg susah ni
kena perah ngan org atas sana nunnnnn!!!betul kata depa..parti gerakan…
tak gerak tak makan…tu kita…orag atas sinunnnn…tak gerak boleh mkn…
caranya,penyelewengan duit rakyat…nak mancing susah…muka ada sinyummm!!!

umpan patin!!!

quote:
Originally posted by Wira badai
Aikkkk... kapjer... tak kan nak cam arab saudi... punch kad pastu duduk mancing dpt gaji RM5k?

-Juragan-


tak payah pi arab juragan.........punch ja kat idaman malam ni......7k......hehehehehehe......hari ahad punch kat UPM.....30k.....tu pun kalau mesin punch tu ok la.....

BAGI LALUAN-BAGI LALUAN, JANGAN SEMBAT, ANAK RAMAI

budak tasek…tu sipu tu budak…
tahap otai…kena hormat,hihihihihihih…
malam ni punch kad kat idaman ker sipu???

umpan patin!!!

Juragan pun dulu rajin punch kad juga…
laa niii… jiwa kacau!
kene buat penyelarasan budget kuarga…
he he heee…

-Juragan-

quote:
Originally posted by kapjer
Pentadbiran felda ada org kuat sipu.... al-tan tuya....hihihihihihihih..... betul tu sipu...perit tgk peneroka skrg ni....x mcm dulu... tapi depa takut nak tukar tu yg geram tu sipu....smpi bila kita yg susah ni kena perah ngan org atas sana nunnnnn!!!!!betul kata depa..parti gerakan... tak gerak tak makan...tu kita...orag atas sinunnnn...tak gerak boleh mkn.... caranya,penyelewengan duit rakyat...nak mancing susah....muka ada sinyummm!!!!

umpan patin!!!


kesian diaorang dah tua2....bukan tak macam dulu.....dari dulu camtu....dapat duit potong hutang felda.......bagi 2 kupang ambik 4 kupang......dapat gran tanah cam dapat kertas kosong ja......pusing2 untung kat diaorang......nak keluar felda kang tak temampu nak usaha plak......anak2 dah pakat terbang dengan baju kelawar2 masing sambil dok usung batang pancing.....pecaya lah DIA mahaadil.......semua ada hikmah......hehehehehe sembang sedap.....dapat gaji....hehehehehehe.......tapi dah habih bayar hutang.......wuaaaaaaa.....roadtax keta nak mati........

BAGI LALUAN-BAGI LALUAN, JANGAN SEMBAT, ANAK RAMAI

Ini macam pun adaaa kaaa…

EDITOR DIARAH ELAKAN PERKATAAN BARANG NAIK - mkini

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan ‘barang naik’ dalam laporan mereka

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan “barang naik” itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

-Juragan-

hihihihih…
saya bulan lepas roadtax kete mati…bulan ni kena byr utang ler,hihihihihih…
tu ler sipu…ada yg pandai kot cara lain ok la skit…tapi skrg kot cara lain pun sakit
sipu…huhuhuhuhuh…tu ja cara..tukar terus kerajaan yg ada…try tgk mcm mana,hihihihih…
lama tak mancing ni…duk buat umpan ja..ari gaji ni blh try ni,huhuhuhuh…

umpan patin!@!!

Emmmm… emmmm… emmmm…

KERANA PASIR UMNO SELANGOR PECAH - mkini

Persaingan di kalangan pemimpin Umno Selangor dalam mengutarakan isu pasir kini dilihat semakin ketara, terutama di antara kem penyokong Khir Toyo dan Noh Omar.

Kedua pihak dilihat saling ke hadapan dalam mengutarakan isu kecurian pasir yang kian membelenggu pentadbiran Selangor di bawah Pakatan Rakyat, namun usaha ini berlangsung secara berasingan dan tidak secara bersepadu.

Pada 11 Julai lalu, Khir yang juga ketua pembangkang DUN Selangor, bertindak membawa media ke kawasan melombong pasir di kawasan Kampung Bukit Changgang di daerah Dengkil.

Kemudiannya, pada 14 Julai pula, Noh pula memberi kenyataan kepada media selepas meninjau aktiviti pengeluaran pasir, dengan menaiki helikopter di sekitar Dengkil, Kuala Langat dan Batang Berjuntai.

nota:
retak retak makin jelas
ini bukan kerana pasir
ini pertarungan garis politik melayu
satu kem di kepali oleh sembab
satu kem di kepalai oleh mat mongol

apa yang mereka rebutkan?

mereka sedang berebut ghanimah a.k.a harta rampasan perang
bukan berebut hal melayu atau islam

ini realpolitik

1 – sungai besi ini projek daim – rosmah sudah rembat
2 – jalan peel – ini projek daim – rosmah sudah rembat
3 – plus highway – daim nak balik – mat mongol buat tak layan

tunggu dan lihat
lihat dan nanti
pasir pasir ini
hanya nak rabun kan mata kah kah kah

Dicatat oleh Tukar Tiub pada 9:19:00 AM

-Juragan-

quote:
Originally posted by Wira badai
Ada sahabat kata - ada seorang isteri pembesar sebuah negara... kalau kuar shoping naik 2 kapal terbang... satu kapal.. dia + geng2.... satu lagi kapal utk barang2nya! Giler betul.....

jenuh rod + mesin + perambut + umpan utk satu kapal!

-Juragan-


ada gak dok beragan nak buat cam ni......bila tah.....hehehehehe

BAGI LALUAN-BAGI LALUAN, JANGAN SEMBAT, ANAK RAMAI

quote:
Originally posted by budaktasek
mcm bro heraja tak pa la myk naik pun tak pa...janji ikan naik...duit masyukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk muka ade sinyummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Budak baru
Tumpang tengok…tumpang gembira


kita sama ja.......la dok ingat umur meningkat ja......kubur dok gamit2.......dah nak masuk 21thn.......hehehehehe

BAGI LALUAN-BAGI LALUAN, JANGAN SEMBAT, ANAK RAMAI

hu huhuuuu… kubur?

-Juragan-

KOUTA 30% SAHAM BUMIPUTERA TEALAH DIHAPUS, NOR MOHD YAKCOP – merdeka review

Kuota 30% saham bumiputera telah dihapuskan, kata Menteri Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop dalam satu wawancara eksklusif bersama Nanyang Siang Pau, yang disiarkan pada hari ini.

Dalam wawancara tersebut, Menteri yang menerajui Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Kerjasama Awam dan Swasta ini menegaskan bahawa kerajaan telah membuat penyelarasan, untuk melihat kuota 30% saham bumiputera dari perspektif makro.

Kerajaan berharap bumiputera yang mencakupi 60% populasi Malaysia, mampu menguasai sekurang-kurangnya 30% saham dalam ekonomi secara keseluruhannya, dan bukannya tertakluk kepada setiap syarikat.

“Kami tidak lagi tegas, bahawa setiap syarikat, misalnya kedai gunting rambut, mesti memiliki 30% saham bumiputera. Kami melihat isu ini secara makro. Kami tidak harap setelah negara kita mencapai matlamat negara maju, bumiputera yang mencakupi 60% populasi masih gagal memiliki 30% saham,” jelas Nor Mohamed Yakcop.

-Juragan-

TRANSAKSI MINYAK HANYA DIBANK ADIK NAJIB – harakah daily

Tindakan pentadbiran Najib Razak mengarahkan segala transaksi perdagangan minyak mesti melalui perbankan CIMB wajar dipersoal.

“Adakah kerana CEOnya (Ketua Pengarah Eksekutif) adalah adik Najib ( Nazir), maka pengedar-pengedar Shell dipaksa membuat auto-debit dengan CIMB,” soal Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pagi tadi di Pejabat Agung PAS.

Difahamkan, arahan mandatori itu mula berkuatkuasa pada 1 September depan.
Dari aduan yang diterima, katanya, mereka yang terbabit lebih berminat melakukan transaksi secara cek dan tunai menggunakan perkhidmatan Maybank serta bank-bank terdekat dengan stesen minyak masing-masing atas faktor keselamatan.

Lagi pun, ujarnya, Petronas Dagangan Berhad (PDB) sendiri difahamkan tidak bersikap regid berhubung kaedah pembayaran debit minyak demi keselamatan dan kemudahan para pemilik stesen minyak.

nota:
semakin nazak semakin rakus mereka merompak
rompakan dilakukan siang dan malam
ini kerana gerombolan sedar masa
dan ketika mereka hendak membuat duit
semakin terhad.

zaman madey
ayah rembat
anak rembat
kroni rembat

zaman dolah
anak rembat
menantu rembat
kroni rembat

zaman najib
suami rembat
anak rembat
adik rembat
kroni rembat

habis harta negara
tinggal kerbau saekor kah kah kah

Dicatat oleh Tukar Tiub pada 12:45:00 AM

-Juragan-

Maaf ler kawan2…
byk sgt benda2 tak berkaitan secara langsung dgn dunia pemancingan aku paparkan!
jiwa aku dok kacau melihatkan apa yg ada di depan mata!
mancing aku tolak ketepi dulu…
masa depan anak2 aku perhalusi!

-Juragan-

KENAIKAN HARGA: TIDAK PRIHATIN DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu. Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia.

Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.

Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan. Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.

Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan. Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional.

Sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional. Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010. Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri.

Malah, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.

Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera. Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU).

Pun begitu, saya tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan. Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga.

Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat. Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat.

Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat. Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku.

Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata.

Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

Oleh itu, saya menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:

  1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;

  2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;

  3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting

  4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara. Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Malaysia

-Juragan-

arrrggggg… lega rasanya ada kawan2 yg sependapat!

-Juragan-