salam, Minta tolong kepada kawan-kawan yang arif lagi bijaksana untuk menyatakan dimana boleh mendapatkan umpan hidup seperti udang dsb di seluruh pelosok negara…Moga memberi manfaat kepada kaki2 pancing sejagat, tauke umpan dan sewaktu dengannya…TQ
Sokong…kalau di tempat saya ni, memang takde penjual udang hidup, so kalau nak pakai kenai jala sendiri ataupun upah orang dapatkan..
kalau di kuantan tu, pegi je tanah putih..kalau tak silap saya ada 7 atau 8 rumah yang jual udang hidup..kekadang ada juga belanak dan bebolos hidup..


Kalau di Bagan Lalang, sebelum sampai ke pantai ada di jual udang hidup dan perumpun. Kedainya tak jauh dari surau (sblm sampai surau) di sebelah kiri jalan jika menghala ke arah pantai.
======================== Ada rezeki, ada la...
Cursed Angler!!!
012-6624185
Salam Ckit,
Kg Delek Port Klang. ada Kolam Bela Udang, tapi kena gi chek dulu, kengkadang udang belum besar lagi. hehe
aku rasa kat kedai ikan akuarium pun ada jual…
yup kat kg delik port kelang…hujung minggu lepas baru beli udang hidup rm5…seekor cuma 20sen je… buat umpan macingkat tanjung harapan
sony
Murahnyer udang… Kat Bagan Lalang yang besar skek 50sen sekoq.
======================== Ada rezeki, ada la...
Cursed Angler!!!
012-6624185
Salam Ckit,
Bihkurang keadaan kolam udang Kg Delek.

Udang untuk dibeli selalunya sudah diasingkan.

Sekilo di antara RM20-RM30 (tengok saiz). Udang ini untuk pancing di Laut atau muara.
bang poji,
udang kg delek sekarang ni agak kecik, berbanding dgn yang kita bawak g dungung n pulau jemur.. baru jumaat ari tu pegi beli.. dijual dengan RM0.20 sekor.





kalau kat melaka ssh sgt nak dapatkan umpan udang hidup ni…yg ada pun hanya bole digunakan untuk memancing di kolam tersebut jer…sekor RM1!! mane boleh tahan…kalau kat tg agas yang byk org menjala tu agak ssh nak beli sbb mereka menjala untuk dijadikan lauk jer…
sebelah johor area pasir gudang pula ada banyak tempat yg menjual umpan.
disekitar kong2 laut lebih dari 5 lokasi jual udang hidup, ruat2 bakau
- en yunus - 072561488 @ udang hidup dan ruat2 bakau
- sabtu - ruat2 bakau shj
- joran bagus - ruat & perumpun
- kedai edah - udang, belanak, ruat2 dan perumpun.
- simpang kg p.putih - udang & ruat2 pasir
- wak dol sg latuh - udang & perumpun sarung.
- perling lebih 10 bangsal org asli jual perumpun pasir
- kedai akuarium..udang tasik, katak, ikan keli, cacing tanah & anak ikan.
SELAMAT BERPUASA dan penuhilah siang dan malam ramadan yang berkah ini dengan amalan mulia. bersedekah sangat dituntut dalam bulan ini supaya dapat mengurangkan beban sesama kita. atas maksud ini kawan menyeru kenkawan yang ingin mendapat pahala supaya dapat membantu kawan kita dorado02 yang sedang menderita sakit dihospital s’pore. keadaan penyakitnya memerlukan belanja yang besar.
sempena kehadiran bulan berkah ini kawan menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekira ada kesalahan kawan sepanjang berkenalan dengan kenkawan semua. sekiranya terhutang tolong bagitau kawan.
dengar cite kat Lukut P. Dickson ada pot jual udang…ada sape2 yang bole bg details x?
quote:
Originally posted by chintok
dengar cite kat Lukut P. Dickson ada pot jual udang...ada sape2 yang bole bg details x?
Pernah gi beli tapi tataw nak kasi detail. Dia jual dalam kawasan perumahan.
======================== Ada rezeki, ada la...
Cursed Angler!!!
012-6624185
emmm…kat mane ade lagi jual umpan hidup ni ek??
Kalau kat Lukut, takat nak cari perumpun, sepanjang jalan kawasan tu ada org jual. Lain2 saya tak tahu.
Ada sapa2 tahu mana nak beli udang idup kalau di Kuala Trong? Saya jumpa perumpun ja banyak.
======================== Ada rezeki, ada la...
Cursed Angler!!!
012-6624185
Hrmm…
Kalau kat belah penang island ni…
x dak org jual on the time umpan belanak ngan udang idup…cuma umpun² ada la dijual kat kedai pak itam ala sayang…
belanak ngan udang idup bolehnya ditempah dgn berjumpa saudara Mat kat jeti batu uban (jeti nak pi mancing kat bawah Penang Bridge di sebelah pulau)…no tel x dak…(cammana nak bisnes…hehehehe)
kalau nak menjala umpan pulak…
kalu nak udang slalu saya menjala kat kawasan bayan bay ngan kat depan queensbay tu…(memang banyak udang…waktu air nak pasang dan air baru beralih nak surut)
kalu nak belanak slalu saya menjala kat tepi kedai makan seagate ngan kat titi salwa teluk kumbar…(memang banyak belanak…waktu malam pada air nak pasang penuh)

wah…menarik tu kalo ado pot yg senang nak cr umpan hidup ni…untung la!! hehehehe
tq bro baung berjuntai…tp rasanye kuala selangor tu jauh sgt utk sy pergi mendapatkan umpan hidup ni kerana sy akan menggunakan umpan ni di sg linggi..kalo berada dalam peta perjalanan saya blk ke sana tiada masalah…papehal pun, TQ!!
mgkin ia info berguna untuk kaki-kaki pancing di sekitar kuala selangor…
mane lg nak cr umpan hidup ni??




