Understanding Camera Metering and Exposure

Saya akan terangkan semudah mungkin bagaimana membuat metering dan memahami exposure kamera diruangan ini.

Saya jadikan thread ini sticky memandangkan inilah topik paling penting untuk memahami penggunaan kamera yang betul. Thread Kamera/Fotografi jadikanlah seperti Perbincangan Am. Semoga dengan adanya topik ini tidak lah berselerak soalan dan jawapan dimerata tempat. Tunggu dulu saya mula.

Terima kasih.


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

quote:
Originally posted by pacik
Salam! cikgu..soalan saya, keadaan yang bagaimana sesuai untuk kita menggunakan spot metering? Untuk bacaan metering yang tepat bagi mendapatkan tone terbaik, focul point mesti mengikut objek yang di fokus atau kawasan yang paling terang?

note: potraiture takleh pakai…argh! tension!


waalaikumussalam,

yang ditanya oleh pacik ialah pilihan jenis metering. kalau dlm nikon ada Matrix metering, Centre weighted dan spot metering. Ini ialah pilihan jenis metering yang ada. Dlm canon pun sama juga tetapi istilah berbeza. Memilih yang mana satu yang sesuai mengikut situasi sebenarnya terpulang kepada pengguna kamera setelah benar-benar faham tentang membuat metering. Inilah yang akan saya terangkan secara terperinci kemudian. Kena faham betul- betul dulu metering.

Sebagai permulaan disini ingin saya berkongsi pengalaman dengan semua rakan. Apabila saya menganjurkan kursus fotografi perkara yang paling penting saya titik beratkan semua peserta faham ialah membuat metering. Selagi metering tidak faham selagi itulah pengguna kamera tidak akan tahu belajar lebih lanjut tentang fotografi. Saya akan pastikan semua faham betul-betul, harapan saya disini pun sama.

Mata manusia apabila melihat sesuatu tidak sama sekiranya dirakam dengan kamera. Lain dilihat lain jadinya. Dan ada masanya jurugambar yang arif dengan membuat metering dengan sengaja pulak menghasilkan “lain jadinya” daripada “apa yang dilihat.”

Bermaksud sekiranya telah arif membuat metering seorang pengguna kamera boleh berkarya dengan bijak membuat pilihan setting di kamera. Kena mahir dulu metering barulah boleh menghasilkan seni fotografi. Kalau masih tidak faham akan jadi…kenapa hasil rakan dengan subjek yg sama tetapi hasil lain. Gambar rakan lebih cantik, gambar kita tidak cantik. Maka akan terhasillah TENSION!

Mukadimah saya disini dengan hanya penulisan tanpa contoh dan dengan bahasa mudah tanpa belum menggunakan lagi bahasa teknikal diharap jelas betapa pentingnya membuat METERING!

Pengalaman saya dari outing pertama baru-baru ini terjadi perkara yang sama. Ada peserta yang sangat baru dan tak baru belum faham membuat metering. Salah saya. Sepatutnya sebelum membuat aktiviti outing seperti itu semua peserta kena faham dulu menggunakan kamera. Belajar disini. Semasa outing hanya tumpu kepada komposisi dan bijak bermain dengan cahaya.

Cahaya adalah elemen terpenting dalam menghasilkan imej yang baik. Istilah Photography itu sendiri membawa makna “photos”(greek)-CAHAYA dan “graphy”-DRAW. Dalam erti kata lain Photography membawa maksud - Drawing the Light atau Melukis Cahaya.

Dengar pelik sikit bunyinya tetapi semakin lama mendalami fotografi semakin faham kaitan cahaya dengan fotografi ini. Sangat penting. Jurugambar kena ukur cahaya yang ada dan tahu bagaimana menterjemahkan dalam gambar. Samada melalui gambar jurugambar ingin menunjukkan sama seperti apa yang dilihat atau sedikt gelap(underexposed) atau sedikit terang(overexposed).

Saya sambung kemudian, dan saya akan terus menggunakan bahasa mudah bukan teknikal. Ayat terpaksa menjadi panjang dan jangan jemu membaca.


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

Pertama sekali biar kita faham dulu bagaimana fungsi kamera SLR merakam gambar.

Istilah SLR: Single Lens Reflex.

Apabila kita melihat melalui “Viewfinder” sebenarnya kita melihat melalui lensa kamera. Sekiranya apabila kita melihat melalui viewfinder hanya nampak hitam legam bermakna Lens Cap belum buka lagi. Buka dulu lens cap. Kelebihan SLR ialah kita merakam hampir keseluruhan apa yang kita lihat melalui viewfinder.

Beginilah bagaimana cahaya bergerak melalui lensa dan terus dilihat melalui Viewfinder.

  1. Cahaya masuk melalui lensa(1) dan terus ke 45 degree angle mirror(2).

  2. Cahaya terus bergerak dan melalui focusing screen(5) dan disinilah sebenarnya terletak focusing points.

  3. Cahaya kemudian ke pentaprism(7) (5 sided) dan terpantul dua kali sebelum berpusing sebanyak 270 darjah supaya apa yang dilihat diviewfinder(8) betul berdiri kepala atas kaki bawah(sebenarnya semasa cahaya masuk melalui lensa semuanya kelihatan terbalik.)

Pandangan keratan rentas binaan SLR:

1 - 4-element lens
2 - Reflex mirror
3 - Focal-plane shutter
4 - Sensor
5 - Matte focusing screen
6 - Condenser lens
7 - Pentaprism
8 - Eyepiece of SLR system.

Setakat ini kita belum lagi mengambil gambar dan kaca 45 darjah masih menghalang cahaya untuk dirakam oleh sensor.

Katalah setting pilihan mode ialah Fully Auto(Butang Hijau) dan komposisi telah dibuat; sekarang ialah masanya kita akan tekan Shutter Release.

Apabila kita menekan shutter release:

Fokusing, dan kamera akan mula mengira setting exposure(gabungan kelajuan shutter dan bukaan aperture yang sesuai untuk dirakam disensor.

Cermin 45 darjah akan terangkat keatas (dan dalam masa yang sama menghalang penglihatan melalui viewfinder)

Bilah shutter terbuka(3) (betul-betul dibelakang cermin 45 darjah), untuk membenarkan cahaya pergi ke sensor(4).

Bilah shutter tertutup mengikut pengaturan masa yang telah ditentukan.

Cermin 45 darjah turun semula ke posisi asal.

Data dirakam di storage card (selalunya akan ditunjukkan dengan blinking green light)

Selepas ini saya akan terangkan SHUTTER dan APERTURE. Kedua-dua komponen ini sangat penting difahami dulu sebelum memahami METERING.


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

SHUTTER SPEED

Dalam istilah fotografi SHUTTER membawa maksud alat yang mengawal kemasukkan cahaya mengikut tempoh MASA yang ditetapkan. Contoh nilai ukurannya dari paling laju hinga perlahan ialah 1/2000, 1/1000, 1/500 1/250, 1/100, 1/80, 1/60, 1/20, 1", 2" dan diakhiri dengan BULB(tempoh masa dikawal oleh jurugambar). Nilai ukurannya ialah dalam saat. Kalau 1/1 bermaksud 1 saat(simbol yg digunakan ialah "), 1/2 bermaksud setengah saat. kalau 1/2000 ialah pecahan 2000 dari 1 saat iaitu kelajuan yang sangat tinggi.

Dalam bahasa mudah bermaksud sekiranya cahaya semasa terang seperti di tepi laut maka kelajuan tinggi seperti 1/500 digunakan. Dan sekiranya mendung atau kurang cahaya kelajuan perlahan seperti 1/80 dipilih. Ini menunjukkan semasa membuat pendedahan(exposure) cahaya sekitar perlu diberi perhatian. Kalau ditempat yang cerah sekiranya menggunakan kelajuan shutter perlahan maka akan menghasilkan gambar over exposed dan begitu juga sebaliknya sekiranya cahaya mendung dan kita menggunakan kelajuan shutter tinggi maka akan terhasil pula gambar under exposed.

Selain dari itu kelajuan shutter juga digunakan untuk menghasilkan mood gambar menunjukkan kelajuan pergerakan, perlahan atau laju. Dedahan lama dengan kelajuan shutter perlahan akan menghasilkan gambar seperti pergerakan berkabus air terjun atau garisan lampu kereta dimalam hari. Kelajuan tinggi pula menghasilkan gambar pegun seperti pemain badminton sedang diudara memukul bola tangkis. Tips: Jadikan shutter speed terendah 1/60 sebagai ukuran yang mampu dipegang tangan, rendah dari ini akan menghasilkan gambar blur samada subjek atau camera shake. Naikkan ISO sekiranya kurang cahaya.

Seperkara lagi apabila bercakap dengan jumlah cahaya semasa peranan ISO sama penting. Dalam manual ISO mode inilah nilai pertama sekali diubah sebelum mengambil gambar. Nilai ISO ini selalu diubah-ubah mengikut situasi cahaya. Cahaya terang guna ISO yang rendah seperti ISO 100 dan kalau gelap guna ISO tinggi seperti ISO 400. Kualiti ISO terletak pada model kamera, salah satu aspek kamera terbaik diukur melalui kulaliti ISO, kamera yang bagus dengan nilai ISO yang tinggi tidak menunjukkan kesan ketara noise dianggap baik. Tips: Jadikan ISO 400 sebagai ukuran terbaik mengelak kesan noise pada gambar, untuk mengelak kesan ini tambahkan cahaya melalui additional light(flash)

Pada mode exposure kamera diberi pelbagai pilihan contohnya M(manual), A atau Av(Aperture Priority), S atau Tv(Shutter Speed Priority). Andaikata cahaya semasa ialah terang dan kita memilih S mode. Langkah pertama sekali ialah kita memilih ISO 100 dan Shutter Speed 1/400. Apabila lensa diarahkan kesesuatu arah dan apabila menekan half shutter apa yang berlaku ialah Light Meter yang ada dalam kamera akan mula membuat metering mengikut cahaya semasa. Pengiraan akan dibuat berdasarkan pilihan ISO dan Shutter yang dipilih dan akhirnya memberikan nilai Aperture paling ideal mengikiut mode metering seperti Matrix, Centre Weighted atau Spot.

Camera Shutter mempunyai jangka hayat atau Shutter Life. Bergantung kepada model kamera, ada dari 150,000 hinggalah ke 300,000. Boleh ditukar ganti apabila sampai masanya atau tidak berfungsi dengan baik. Nilai kamera second hand diukur kepada nilai ini. Bacaan nilai shutter boleh didapati dengan menggunakan berbagai perisian antaranya Opanda Exif Data.


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

APERTURE

Istilah Aperture dalam fotografi membawa maksud kawalan JUMLAH cahaya yang dibenarkan masuk ke sensor. Berbanding Shutter yang mana MASA cahaya pulak yang ditentukan untuk masuk ke sensor. Kedua-dua kawalan inilah menentukan dedahan atau exposure gambar selain penggunaan ISO yang bersesuaian. Secara umumnya kelajuan shutter yang tinggi memerlukan bukaan aperture yang besar(f-number yang kecil</font id=“red”>) bagi menentukan cukup cahaya dedahan manakala shutter yang perlahan pula memerlukan bukaan shutter kecil(f-number yang besar</font id=“red”>) bagi memastikan exposure yang betul.


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

METERING

Setelah memahami tentang peranan Shutter Speed dan Aperture sekarang barulah kita kena faham bagaimana metering akan kita lakukan. Ini lah topik paling penting dalam memahami dan menguasai kamera. Tak faham bahagian ini sampai bila-bila pun tak akan faham tentang kamera.

Setiap kamera sebenarnya dilengkapi dengan Light Meter yang terdapat didalam kamera. Inilah alat yang akan mengukur jumlah cahaya semasa. Bersama dengan alat ini pulak akan ditunjukkan pula pengukur seperti dibawah yang dipaparkan pada LCD dan juga didalam viewfinder. Sentiasa masa perhati perubahan meter ini apabila membuat perubahan nilai Shutter atau Aperture.

Sebelum itu pastikan setting Metering Mode pada kamera bersesuaian dengan keadaan semasa atau pemilihan dilakukan mengikut citarasa. Terdapat tiga jenis metering mode secara umumnya. Apabila memilih salah dari jenis mode yang ada, Light Meter yang terdapat dalam kamera akan memberi bacaan berpandukan jenis meter yang dipilih.

  1. Matrix atau Multi Segment memberi bacaan keseluruhan kawasan dedahan. Light Meter akan mengukur dan memberi nilai keseluruhan view dari low contrast hingga ke high contrast atau kesemua kawasan gelap dan cerah. Bacaan yang diberikan selalunya secara purata disebabkan terdapat dual contrast. Sangat sesuai untuk membuat metering pada gambar Landscape.

  2. Center Weighted pula membenarkan Light Meter mengukur hanya satu kawasan dedahan sekitar titik tengah. Nilai ini boleh diubah suai dengan mengubah value dimenu. Secara default valuenya diukur dengan nombor seperti (8). Sesuai untuk pilihan gambar potraiture dimana pendedahan yang diperlukan hanya dimuka subjek.

  3. Spot metering pula memberi bacaan pada satu titik. Boleh dipelbagaikan penggunaanya. Inilah mode yang paling banyak saya guna terutamanya mengambil gambar potraiture. Sangat penting digunakan apabila melibatkan pelbagai kontrast.

Kesemua jenis metering diatas bergantung kepada pilihan jurugambar. Setelah mencuba dan banyak membuat ekperimen lama kelamaan akan lebih faham jneis metring yang patut digunakan.

Cara membuat Metering:

  1. Setkan mode Manual pada kamera. Inilah mode yang paling banyak saya guna. Dengan belajar dan faham menggunakan mode ini akan menjadikan jurugambar faham tentang metering dan seterusnya mahir menggunakan kamera. Laraskan titik fokus kearah subjek, dititik fokus inilah Light Meter akan mengukur dedahan.

  2. Pada awalnya pengguna seeloknya pilih salah satu samada Shutter atau Aperture sebagai priority sendiri. Sebagai contohnya pada cuaca panas terik saya akan memilih shutter laju sebagai priority saya ataupun boleh juga memilih Aperture sebagai priority saya kerana ingin mengutamakan penghasilan gambar DOF.

  3. Pilihan salah satu Shutter atau Aperture sebagai priority hanya memerlukan jurugambar laras yang satu lagi sehingga betul mengikut jarum meter. Kalau pilih Shutter maka laras aperture sehingga jarum pada meter berada tengah pada kosong di meter pengukur. Begitulah sebaliknya sekiranya memilih Aperture maka laraskan Shutter pulak. Pada gambar rajah dibawah menunjukkan bacaan salah samada under atau over exposed.

Perlarasan dilakukan dengan pantas hanya melihat meter seperti diatas melalui viewfinder. Jari-jari kena pantas melaras samada metering atau titik fokus. Mata selalu dilekapkan pada viewfinder, pelarasan dibuat dengan jari.

Pilihan Mode Manual memerlukan kemahiran yang tinggi apatah lagi sekiranya situasi berlaku dengan pantas. Cadangan saya ialah pilih lah Mode lain seperti Shutter Priority(S/Tv) atau Aperture Priority(A) sekiranya takut berlaku kesilapan. Walaupun pilihan mode lain digunakan selain Manual, jurugambar sepatutnya tahu apa maksud dan caranya kamera berfungsi dengan memahami membuat Metering dengan Manual Mode.

Kebanyakkan jurugambar menggunakan Aperture Priority tetapi saya banyak menggunakan manual mode. Pengubahsuaian akan saya lakukan dengan pantas sekiranya walaupun mengikut meter tetapi hasil gambar tidak seperti diharapkan. Katalah setelah mengambil gambar mengikut meter, saya telah pilih Shutter 1/125s tetapi gambar masih over exposed, dengan pantas saya lajukan lagi shutter katalah 1/160s. Maksudnya ambil gambar pertama dan lihat hasil, seeloknya lihat Histogram. Kalau tidak dapat seeprti yang dikehendaki ubah value dan ambil lagi.

[EV +/-] Exposure Compensation yang dibina fungsinya pada kamera adakalanya masih belum cukup membantu. Malah ada kalanya value yang dipilih tidak sesuai untuk semua keadaan setelah settingnya dibuat. Terpaksa kena ubah semula. Saya akan terangkan selepas ini tentang penggunaan [EV +/-] Exposure Compensation.


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

EXPOSURE COMPENSATION.

Setelah mahir membuat metering dengan peralasan shutter atau aperture mengikut jarum penunjuk meter adakalanya hasil gambar kurang memuaskan. Boleh jadi over atau underexposed. Disinilah terletaknya perlarasan detail dengan penggunaan Exposure Compensation yang terdapat pada kebanyakkan kamera. Ia menggunakan singkatan EV.

Nilai ubah pada Exposure Compensation selalunya +2 to -2 EV dengan 1/3 step. Dengan pelarasan ini pengguna boleh mengubahsuai supaya bacaan metering akan menjadi lebih cerah(nilai positif pada EV) atau menjadi sedikit gelap(nilai negatif pada EV).

Perlu diingat bahawa penentuan paling baik untuk exposure gambar ialah dengan melihat bacaan Histogram/Highlight gambar yang terdapat pada kebanyakkan kamera. Melihat hasil gambar pada LCD terutamanya pada tempat yang terang selalunya memberi penilaian yang salah.

Contoh:

Sekiranya tanpa perubahan pada bacaan EV dan menggunakan default metering(EV 0.0) kita dapati hasil agak cerah/overexposed dengan exposure 1/125s at f/4 maka cuba tukar bacaan EV kepada -0.3. Buat metering semula seperti biasa dan perhatikan apabila membuat pelarasan metering(shutter atau aperture) tepat pada jarum penunjuk kosong kita akan dapati ada perbezaan bacaan. Sebagai contoh kalau tadi bacaan shutter 1/125s mungkin sekarang sudah menjadi 1/160s. Ini bermaksud kita melajukan lagi shutter untuk menghasilkan gambar sedikit gelap, kalau yang tadinya cerah pada bacaan EV 0.0. Ataupun kalau bacaan awal aperture ialah f/4 dan setelah membuat pelarasan maka bacaan kemudian f/4.5, juga menjadikan gambar sedikit gelap dengan aperture yang kecil. Begitulah juga kalau untuk mencerahkan gambar dengan menggunakan nilai positif EV.


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

Assalamualaikum…

Saya sangat berminat dengan dunia fotografi, tetapi masih muda dan mentah dengan dunia kamera dslr. Saya baru beli nikon D80 2nd hand dan buat masa ini saya sedang belajar tentang kreteria dan fungsi kamera ini. Selain mencuba ambil gambar, saya juga cuba baca semula posting sedia ada di dalam topik terdahulu. Tetapi saya masih lagi tidak pasti dimana saya hendak mula tumpukan bacaan saya. Kerana; 1. Posting2 terdahulu yang agak bercelaru tajuknya dan 2. sukar untuk membuka semula halaman demi halaman untuk mencari posting berkenaan kamera dan fotografi.

Jadi boleh atau tidak kiranya saya mencadnagkan agar posting lama yang mengandungi artikel tentang kamera dan fotografi itu dimuatkan ke dalam topic sticky seperti ini.

Yang kedua, dari sudut apakah atau aspek mana yang perlu saya beri perhatian dan latihan untuk permulaan dalam bidang fotografi ini.

Sekian

terima kasih epit.

Untuk permulaan saya cadangkan epit faham betul betul teknik METERING. Sekiranya tidak faham metering sampai bila pun tak akan faham kamera. Pernah malah banyak kali saya tulis tentang METERING tetapi nak mencarinya agak payah dan saya akui banyak tajuk tajuk penting berselerak merata tempat. Kat atas ada juga saya tulis topik metering.

Membaca MANUAL adalah bagus tetapi menghubungkait berbagai istilah dan teknik dalam penggunaan kamera pada yang mula agak memeningkan. belajar cara susah akan menghasilkan daya ingatan yang tidak akan dilupakan.

Secara ringkas saya terangkan sedikit sekali lagi apakah METERING.

Mata manusia melihat alam lain dari apa yang dilihat oleh kamera. Adakalanya mata manusia melihat lebih sempurna namun adamasanya dengan beberapa setting kamera mata lensa pulak boleh melihat lebih dari mata manusia.

Sebagai contohnya apabila berada ditepian pantai dengan cuaca cerah mata kita boleh melaras penglihatan supaya semua kawasan cerah gelap dapat dilihat dengan sempurna seperti cerah dipantai dan teduh dibawah pokok. Namun kamera tidak dapat merakam semuanya dengan baik. Kalau di METER pada bahagian cerah maka akan gelaplah bahagian redup. Begitu juga sebaliknya. Disinilah kena bijak membuat METERING supaya kedua dua cerah dan gelap dapat dirakam sebaik mungkin. Faham dulu istilah APERTURE dan SHUTTER SPEED.

APERTURE: Ukuruan lubang bukaan pada lensa yang di ukur dengan unit seperti f/1.4, f/1.8, f/2.8, f/3.2, f/4 dll. Nilai bacaan aperture menentuksn JUMLAH cahaya yang dibenarkan masuk untuk dirakam ke atas sensor. Penting: Bila disebut aperture besar ia merujuk kepada nombor aperture yang kecil seperti f/2.8 dan bila disebut aperture kecil ia merujuk kepada nombor aperture yang besar seperti f/11.

SHUTTER SPEED: Ukuran tempoh yang di ukur dengan unit seperi 1/2, 1/10. 1/125, 1/250 dll. Kalau 1/1 bermakna 1 saat. Nilai bacaan shutter speed menentukan JANGKAMASA cahaya yang dibenarkan masuk untuk dirakam ke atas sensor.

Perlarasan hendaklah dilakukan supaya GABUNGAN kedua dua bacaan APERTURE dan SHUTTER SPEED sesuai mengikut keadaaan cahaya semasa. Inilah dipanggil METERING.

Untuk memudahkan supaya faham cuba buat eksperimen ini. Pasang kamera pada tripod(disebabkan akan menggunakan kelajuan shutter speed yang perlahan) dan letakkan kamera didalam rumah(indoor). Setkan ISO pada 400(Guna ISO kecil seperti 100 pada kawasan cerah dan ISO besar seperti 400 kawasan gelap).

Sekarang bermula dengan setting MANUAL pada kamera, setkan bacaan aperture terbesar yang mampu diberi oleh lensa yang digunakan. Kalau guna zoom lens(yang bukan fix aperture) pusing zoom sehingga memberi focal length paling wide. Katalah 18mm. Kemudian adjust dial untuk aperture dan dapatkan nilai aperture terbesar dan katalah f/3.5.

Sekarang tekan half shutter untuk aktifkan kamera dan Light Meter(yang ada dalam kamera) akan mula membuat bacaan mengikut arah lensa kamera dihala. Tengok didalam Viewfinder(lubang tempat melihat melalui lensa) dan perhatikan didalamnya ada meter dan sepatutnya meter itu akan bergerak gerak apabila melaraskan pula dial SHUTTER SPEED. Pusing dial Shutter speed sehingga jarum pada meter ada ditengah tengah pada nilai kosong. Maka itulah bacaan yang betul pada arah lensa ditujukan. Selalunya bacaan Shutter speed akan memberi nilai yang kecil. Kalau boleh buat eksperimen ini maka sepatutnya fahamlah apa yang dikatakan METERING.

Tak habis lagi…

Cuba buat eksperimen yang sama tetapi buat outdoor(cuaca cerah). Ubah dulu nilai ISO kepada 100. Tetapi kali ini setkan pula shutter speed kepada 1/500. Seperti teknik yang sama diatas, lihat melalui viewfinder dan buat pelarasan Aperture pula supaya jarum metering berada pada bacaan kosong.

Bermaksud pelarasan boleh dilakukan dengan membuat samaada pada bacaan APERTURE atau SHUTTER SPEED pada pilihan MODE MANUAL. Tetapi menggunakan mode manual agak lambat dan memerlukan kecekapan pantas. Pada kamera diberi pilhan beberapa mode(jangan hanya guna MODE FULL AUTO) seperti Aperture Priority(A atau Av) dan Shutter Priority(S atau Tv). Pada pilihan ini hanya setkan satu pilihan dan kamera pulak akan melaraskan supaya bacaan satu lagi betul pada meter. Sebagai contohnya kalau kita pilih Aperture Priority maka kamera akan sendirinya melaras Shutter speed. Begitu juga sebaliknya apabila menggunakan Shutter Priority. Lebih cepat dan senang. Namun kalau serius photographer yang memerlukan pendedahan tertentu mereka akan menggunakan MODE MANUAL.

Sekarang baru habis…ambil gambar dan post pada thread kamera fotografi dan bagi saya komen. Ada banyak lagi kena belajar seperti White Balance dll.


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

Salam sejahtera..

Cikgu Dolah, maksudnya aperture tu macam iris pada mata yag mengawal jumlah kemasukkan cahaya pada kanta dan shutter speed pula adalah kepantasan bukaan shutter. Maksudnya metering ni adalah keseimbangan anatara dua benda inilah.

Maksudnya Bukaan aperture yang besar maksudnya nilai f yang kecil juga akan menentukan ruang fokus sepertimana yang kita mahu. Contohnya kita kecilkan bukaan aperture untuk ambil gambar potrait supaya fokus lebih tertunmpu pada subject.

Shutter speed pula kita adjust pada kelajuan tinggi untuk suasana yang cerah atau untuk merakam sesuatu pergerakan yang pantas. Manakala adjust pada kelajuan shutter yang rendah untuk suasana yang kurang pencahayaan atau untuk merakam efect kabus pada air terjun yang mengalir.

Betulkan saya kalau saya silap. Ini bagi membantu saya memahami topik cikgu ini.

Terima kasih

metering tu maksudnya mengukur atau menyukat berapa banyak cahaya yg masuk ke dlm kamera. kamera akan bagitau berapa banyak cahaya yg masuk supaya boleh diejas shutter, aperture atau iso utk mendapatkan exposure yg betul.

sini ada applikasi yg boleh dijadikan alat bantuan belajar

http://camerasim.com/camera-simulator.html

Salam sejahtera…

Cikgu Dolah, saya sudah faham penggunaan metering dan sekarang saya sedang memahirkan penggunaannya. Untuk pengetahuan sya guna manual shooting mode. Tentang gambar experimen tu nanti saya akan usahakan sebab saya belum ada tripod hehe.

Wahoo, bestlah pulak main slr simulator. Memang banyak membantu saya berlatih menggunakan dslr. Saya ingatkan kapal terbang je ada simulator. Banyak lagi yang perlu saya pelajari.

Terima kasih semua

Salam sejahtera…

Buat cikgu Dolah dan semua yang sudi memberi tunjuk ajar kepada saya, saya ada beberapa soalan kurang pandai dari saya iaitu;

  1. Saya setkan camera pada shutter priority mode (slow shutter) untuk ambik gambar air terjun berkabus. So bila guna setting ni, saya dapati metering akan indicate over exposure dan bila ambik gambar, saya dapati area air terjun yang expose pada cahaya matahari akan putih (over expose). Jadi bagaimana saya nak elakkan perkara ni?
  2. Begitu juga bila saya guna low shutter speed utk ambik gambar trail of light di tengah bandar pada waktu malam dengan ISO 100. Masalhnya, lampu2 jalan atau pada bangunan dalam gambar akan nampak kembang (over expose). Macamana saya nak atasi masalah ni atau teknik saya yang salah?
  3. Untuk ambik gambar penning (kenderaan yg bergerak) saya guna AF-C. Tapi masalah yang saya hadapi ialah, objek yang saya snap (motor atau kereta) jadi tidak sharp. Apa setting yg terbaik untuk ambik gambar teknik ini ya?

Harap ada yang sudi berkongsi dengan saya sebab dah puas saya cari dan baca dalam posting2 yang lama tapi masih juga belum berapa jelas. Terima kasih atas kesudian semua pro di sini.