Macam mana nak upgrade drag reel spining.. saya ada tanya kat kedai kos lebih kurang RM 55±. Ade tak otai-otai yang pakar dalam bidang ni dapat beri tunjuk ajar…
kurang2 pun bagi tau la reel jenis & model apa.
cari kat internet alan tani & alan hawk, dua orang ni banyak buat servis & review reel
he..he.. minta ampun bro pukau 2002. sebenarnya saya menggunakan reel shimano aernos xt 2500.saya ade tanya satu tauke kedai pancing mana nak dapatkan washer untuk tukar yanga asalnya, katanya cuba cari kat kedai sparepart kereta.
sabre tackle cam ada carbontex drag dari smooth drag USA. kasi tau dia size(ukur2 la) and beli tukar sendiri je. klu tak bawa sana tuk check size. google smooth drag ada alamat sabre tackle. taruk grease kat carbontex drag baru smooth klu tak kuat je tp kurang smooth.
tp pendapat saya tuk spinning drag aernos tu dah memang smooth klu tambah grease. material dia “felt” kompom smooth punya and klu terlalu kuat tak patah ka rod? sama2 belajar klu ku silap.
terima kasih.. atas maklumat yang diberikan.. sebenarnya selain dari dapat menambahkan drag reel kita,apakah kesan lain terhadap reel kita seperti kesen terhadap komponen dalaman reel. otai-otai.. tolong…
contoh washer
alamak x naik gambar la, nanti cube lain..
sy dulu ada aernos xt2500 pakai setahun. bagus reel tu drag pun ok. klu ikut logik xyah tukar pun drag ok tp mungkin upgrade ni menyeronokkan. sy pun mmg suka benda upgrade upgrade ni.
lukis saiz drag atas kertas dan antar poslaju kat sabre tackle kl. tanya harga n bayar pakai maybank dan dia pos balik drag yg sesuai. sy dah pernah buat mcm ni sbb sy dok labuan kena main poslaju klu order. klu dok kl pi kedai terus settle lg senang. poslaju labuan kl rm8 je laju sehari dah sampai, harga drag runding sendiri la sy tak dpt komen org tu berniaga.
psl drag kuat reel lingkup tu mungkin klu kita kunci dan tarik ikan mega atau balak mega. klu tarik sederhana je tu mungkin ok. mcm mana pun janji hapy.
terima kasih bro old frog