Bro, otai dan sifu semua,
Pertama sekali saya ingin mengucap terima kasih kepada warga MFN yang akan datang ke majlis berbuka puasa KL Okt 6. Ini merupakan majlis paling berbuka puasa paling besar MFN.
Saya juga berterima kasih kepada bro Azman (Sipari-pari) yang menguruskan majlis ini.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk minta kerjasama para hadirin untuk mencepatkan bayaran untuk majlis ini (deadline 30 Sept) untuk meringankan beban Azman untuk bayaran deposit, confirmation meja, dan seterusnya, kepada restoran Titiwangsa.
Oleh kerana bro Azman merancang majlis ini secara sukarelawan, segala kerjasama yang diberi untuk meringankan beban ini dihargai.
Untuk maklumat penuh tentang bayaran sila rujuk kepada topik asal majlis ini: http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=12436
Jumpa sana!
Terima kasih bro, abang-abang, kak, adik-adik, otai, dan sifu,
Vincent
* Team Spinboyz - U1 2004 * Team MalPro - U2 2004 * Team Lucky Craft Happy Hookers - U3 2005 * Marshall - U4 2006 *</font id=“size1”>
“We (MFN forumers) are a few but together we are many. We are many among the millions of anglers yet to have their voices heard” - Majulah sukan memancing untuk negara