Etika Berforum : Posting Asal LaPala

Posting asal oleh LaPala dalam Seksyen Bahasa Inggeris : http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=7166

Kita amat bertuah dianugerahkan dengan MFN sebagai satu wadah kepada warga pemancing untuk berkongsi pengetahuan, mencari kawan dan sebagai satu tempat untuk menyatakan keprihatinan kepada dunia berhubung dengan isu-isu berkaitan memancing dari perspektif kita. Kita sepatutnya berterima kasih kepada Vincent, webmaster yang telah menyediakan, membayar yuran hosting dan bandwidth dan tak lupa juga tugasan yang rumit untuk menyelenggarakan laman ini untuk kita semua.

Walaubagaimanapun, kadang-kadang kita alpa dengan tabiat kita dan telah menyalahgunakan forum ini. Ini telah mendorong saya, dengan besar hati untuk membawa tuan-tuan berbincang - Patutkah kita mengamalkan sedikit self-censoring (kawalan kendiri) untuk menjadikan forum ini tempat yang lebih baik untuk semua?

Bila kita turut serta dalam forum terbuka, walaupun tidak ada peraturan khusus yang dinyatakan, sepatutnya ada etika tertentu yang harus dipatuhi. Apbila kita berada dalam forum umum, apa yang kita tulis/poskan akan diikuti oleh seluruh dunia. Oleh kerana itu, kita mempamerkan imej kita sama ada baik atau buruk ke seluruh dunia. Statistik terbaru MFN menunjukkan 3 juta orang mengunjungi MFN dari seluruh dunia. Adakah kita ingin memaparkan imej buruk pemancing-pemancing Malaysia kepada dunia? Jika anda berfikir anda boleh berselindung di sebalik nama-nama samaran dan membuat sesuka hati, anda seharusnya berfikir semula.

Etika berforum adalah sesuatu yang tidak dipaksa kepada anda tetapi anda melakukakannya dengan rela hati untuk keselesaan ahli-ahli forum yang lain. Hormatilah peraturan ini dan antara satu sama lain – anda sebenarnya memilih untuk mengamalkan hak anda untuk mendapatkan layanan yang sama baik.

Sebagai permulaannya:

• MEMBUAT TINJAUAN AWAL
Buat tinjauan dahulu sebelum memberi pendapat. Apabila anda mula-mula mengikuti forum, jangan terus buat sebarang komen. Cubalah baca dahulu dan ikuti apa yang berlaku serta fahami apa yang orang lain perkatakan. Selepas anda faham dan bersedia untuk menambah komen/maklumat yang berguna kepada tajuk perbualan, barulah menulis. Jika anda mencari maklumat tertentu, anda mungkin boleh mendapatkannya daripada topik-topik yang telah diposkan sebelumnya dengan mencari di topik-topik tertentu. Cubalah gunakan kemudahan carian di forum – yang terletak di bahagian atas menu bar. Atau sekurang-kurangnya, tolonglah baca halaman topik-topik terkini sebelum mebuat sebarang posting – anda mungkin akan menjumpai persoalan-persoalan/maklumat yang anda cari yang telah terjawab atau telah dipostkan sebelumnya.

POST DALAM FORUM YANG SESUAI
Terdapat banyak forum dalam laman ini – senarai penuh ada dalam capaian “All Forums” (betul-betul di bawah gambar kecil pemancing). Tolong gunakan forum yang sesuai apabila memulakan topic yang baru.

• JANGAN TERKELUAR DARI TAJUK

Jangan memulakan perbualan peribadi atau yang tidak berkaitan dalam topik orang lain. Sekali lagi, ini kurang sopan. Cubalah untuk tidak lari dari tajuk asal yang dibincangkan. Jikalau anda ingin menimbulkan isu-isu yang baru, pertimbangkan untuk membuka topik baru yang lebih sesuai. Jawapan sepatutnya diberikan kepada persoalan yang asal/mula-mula. Cubalah untuk tidak mencipta satu isu baru dalam topik sedia ada kerana ini akan membuat perbincangan menjadi kelam kabut dan tidak menyumbangkan kepada topik itu. Jika ada isu hasil daripada perbincangan topik itu, mulakanlah topik yang baru.

• TOPIK-TOPIK PERIBADI
Topik-topik peribadi adalah topik yang dipostkan dalam forum terbuka yang sebenarnya untuk perbincangan antara beberapa orang tertentu sahaja. Sebarang topik yang ditulis sepatutnya terbuka untuk semua ahli forum. Perbincangan peribadi di antara beberapa kerat forumers sepatutnya dilakukan dalam “private message” atau pesanan peribadi – klik pada nama pengguna dan melalui halaman profil, anda boleh menghantar email kepada mereka yang berkenaan.

Tingkahlaku peribadi:

• BERTIMBANG RASA TERHADAP ORANG LAIN
Tanpa sebarang persoalan, anda sepatutnya bersikap terhadap orang lain seperti mana anda mahu orang lain bersikap terhadap anda.

• HORMATI PANDANGAN ORANG LAIN
Kadang-kadang anda akan berdepan dengan tulisan orang lain yang menyinggung perasaan anda. Sebelum membuat serangan balas secara terbuka, pertimbangkan dahulu kemungkinan mereka tidak berniat untuk menyinggung perasaan orang lain. Sangat mudah untuk membuat salah tafsiran melalui sebarang tulisan dalam sesebuah forum. Tidak perlu sama sekali untuk menyelesaikan masalah dengan menghina. Hormati pandangan orang lain walaupun mungkin pandangan mereka tidak sama dengan anda.

• SIKAP BERHEMAH
Tiada serangan peribadi. Jika anda tidak dapat mengelak untuk membuat serangan peribadi terhadap orang lain, lakukanlah melalui email. Jangan beria-ia untuk memperlihatkan sikap anda secara terbuka. Gunakan “common sense” apabila membuat posting. Kita dalam perbincangan umum dalam forum global. Kita dilawati oleh segenap lapisan masyarakat dari pelbagai tahap umur dari pelbagai negara. Apa yang anda rasakan lucu mungkin dianggap kurang sopan dan menyinggung perasaan orang lain. Ingatlah bahawa kita adalah dalam Forum Memancing. Orang melawati kita bukan untuk dihidangkan dengan kata-kata yang kurang sopan dan menyinggung perasaan.

• PERTELINGKAHAN PERIBADI
Jangan gunakan forum ini untuk menyelesaikan pertelingkahan peribadi, kutuk-mengutuk, serangan peribadi, atau untuk mencari populariti (anda sebaliknya akan dianggap kurang ajar). Diharap anda dapat menghormati antara atau sama lain dan menyelesaikan pertelingkahan peribadi secara peribadi atau di luar forum. Jikalau anda mendapati perbincangan menjadi semakin panas/hangat atau terdapat sesiapa yang terlalu emosional dengan pendapatnya, tolong bincangkannya dalam private message atau email.

• KRITIKAN
Sesuatu topik tertentu mungkin boleh mengundang kritikan daripada ahli-ahli forum yang lain. Topik sebegini amat menarik untuk dipelajari andainya dibincangkan dengan baik. Inilah proses pembelajaran sebenarnya. Jika kritikan terlalu pedas, seseorang yang lain mungkin tawar hari untuk memberi pendapatnya. Jika kritikannya pula tidak ikhlas, tiada sesiapa yang akan mendapat manfaat. Kedua-duanya akan menggagalkan tujuan sebenar forum. Jika anda dikritik hebat: Jangan jadikannya sesuatu yang peribadi. Pertimbangkannya sekiranya anda boleh menerimanya. Kalau tidak, lupakan sahaja. Kalau anda mengkritik: Lakukan hanya sekiranya anda berasakan bahawa kritikan anda dapat memberi kebaikan/menyumbang terhadap sesuatu topik, kalau tidak lebih baik diam dan biarkanlah orang lain yang melakukannya.

• JANGAN “TROLLING”
Apakah itu troll? Ia adalah orang yang suka menulis sesuatu yang dapat membangkitkan kemarahan orang tetapi kemudiannya memerhatikan sahaja orang lain berlumba-lumba datang untuk bertelingkah. Selalunya golongan ini menggunakan nama orang lain atau menulis menggunakan nama-nama yang berbeza. Umumnya mereka akan melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian umum. Jika anda melihat topik seumpamanya,janganlah memberi respon – topik itu mungkin akan dipadamkan atau dikunci akhirnya.

Jadi, intipati Etika Berforum:
• Panduan umum untuk beretika ialah: bersopan, bersikap matang, jaga tutur kata anda dan hormatilah pandangan orang lain (walaupun anda kurang bersetuju)
• Tuliskan pendapat anda dalam ruangan yang sesuai dan jangan campuradukkan dengan isu-isu yang lain.
• Yang paling penting, nikmatilah kerseronokan bersama kenalan baru yang mempunyai minat yang sama dengan anda melalui internet
• Cari kawan jangan cari lawan. Akhirnya, mereka akan seronok bertemu dengan anda – anda orang yang BERSOPAN!!

Saya pasti anda dengan jujur amat prihatian dan cukup berhemah untuk menjadikan MFN suatu tempat yang lebih baik untuk semua orang. Jika anda menemui golongan yang suka menimbulkan kekekcohan, orang yang suka menulis sesuatu yang berbentuk pertelingkahan peribadi, abaikan sahaja. Mereka akan pergi dengan sendirinya jika mereka tidak diberi perhatian.

(Sudah tentulah perbincangan kerapu merapu yang sudah sebati dengan diri kita dalam MFN adalah sesuatu perkara yang lain, semuanya dilakukan dengan tujuan yang baik dan menyeronokkan. Sebenarnya kerapu merapu memperlihatkan hubungan yang baik sesama forumers walaupun nampak macam sampah. Lagipun, perbualan kerapau merapu ini langsung tidak boleh disamakan dengan orang yang sukan menggunakan bahasa-bahasa kasar untuk menyerang orang lain yang hanya memperlihatkan bahasa yang menjijikkan.)
Tolong berikan saya sokongan yang padu. Terima kasih kerana membaca celoteh yang panjang ini.

Salam,
LaPala (diterjemahkan secara amatur oleh bwan. Mungkin ada yang tidak tepat. Sila maafkan dan betulkan mana-mana yang patut. Sebarang keseilapan adalah kelemahan saya sendiri)


http://wanruslim.multiply.com

translasi yg baik cikgu bwan

..::: Mancing Ikut Musim :::…
Terutamanya musim Tebal pipi … eh.. Tebal poket hehe</font id=“green”>

Bagois penterjemahan cikgu. Inti-patinya semua di situ. Harap semua forumer dapat “kawal-diri” untuk menjayakan lagi forum MFN kita ni.

Regards,
LaPala

LKG Member: http://longkanggang.blogspot.com/
LureMaker: http://www.pbase.com/sebarau/lure_stuff

aiyeeeeeeeeeeeeee!utk Cikgu Bwan juga..

[IMG]http://i37.photobucket.com/albums/e80/adv3333/LG.gif[/IMG] [IMG]http://i37.photobucket.com/albums/e80/adv3333/gkb1.jpg[/IMG] http://akashah.multiply.com http://longkanggang.blogspot.com/

Wah bwan, cepat juga siap, huh? Lain kali bolehlah buat banyak kerja2 translasi untuk MFN. Dah terjerut 'ni! Hehehe!

Jam

Begitu lah yang sebaik nya.

Mancing…Dulu,Kini dan selamanya.

Diharap semua ahli mfn ambil perhatian.. Jadikan ini satu panduan utk menjadikan mfn lebih baik, meriah & ber-informasi.

Cun lah cikgu and tengkiu for responding soooo quickly



http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

quote:
Originally posted by LaPala
Bagois penterjemahan cikgu. Inti-patinya semua di situ. Harap semua forumer dapat "kawal-diri" untuk menjayakan lagi forum MFN kita ni.

Regards,
LaPala

LKG Member: http://longkanggang.blogspot.com/
LureMaker: http://www.pbase.com/sebarau/lure_stuff


Fooohh… lega. Takut salah tadi. Traslation tu tak seberapa berbanding artikel asal yang lebih bernas dan original. Saya memang sokong 100% self-censorship sebab kalau ada peraturan pun akan disalahgunakan. Lebih baik disiplinkan diri dan kawal diri daripada peraturan-peraturan yang akan menjauhkan forumers.


http://wanruslim.multiply.com

quote:
Originally posted by jam
Wah bwan, cepat juga siap, huh? Lain kali bolehlah buat banyak kerja2 translasi untuk MFN. Dah terjerut 'ni! Hehehe!

Jam


Sekali-sekala boleh bang. Apa salahnya untuk kebaikan kita semua. Lagipun sekarang cuti sekolah. Cikgu pun cuti mengajar. [:D]

lannun,

Kalau bukan you yang galakkan, mungkin tak siap lagi atau tak buat teruihhh.[:D]


http://wanruslim.multiply.com

Betul-betul…

Harap² lepas ni jangan la topik ni jadi sekadar ‘bahan bacaan’ semata-mata, adalah lebih baik diamalkan.

Elok juga Vincent jadikan topik ni sebagai ‘sticky’. Semua orang wajar membaca dan mempraktikkannya, bukan saja dalam MFN bahkan mana² forum internet sekalipun.

Aiyeee utk Cikgu dan juga master LaPala!!!


Pushing the angling limits!

Ikan kita adalah warisan yang tak ternilai. Puliharalah ia demi generasi akan datang.

Member of Kangkang? Kangkung? Kongkang? LONGKANG Gang Yehaaa!!!</font id=“blue”> [:D]

Dah nama cikgu semua ulasan ada isinya.Sebab itu bila anak murid jawab soalan karangan cikgu kasi markah rendah.Anak murid angin satu badan,memberontak,bila tanya kenapa cikgu markah saya rendah,tulisan saya cantik,peranggan ada,apa silapnya cikgu,so jawablah cikgu ,hang dok melalut jauh benar…karangan cantik tulisan pun bagus,tapi isinya tawar…tiada isi langsung…[:D]

Port Rahsia pancing belut.

tahniah bwan diatas kesungguhan menterjemahkan artikel lapala…

" You Don’t Have To Be A Rocket Scientist To Fished "

Pernah abuya dengar cerita dari pelawat MFN berjumpa ngeteh dengan mr vincent dimana beliau amat seronak bila pelawat yang melawati MFN bertambah setiap hari baik dlam negeri atau luar negeri.

Komen Mr vincent Forum BM di MFN begitu menarik sekali,macam2 ada…bahasa ok…so rasanya ok lerr kot…etika pelawat di MFN bersembang sekarang ni?..Mungkinkah cikgu nak yang lebih baik etika pelawat yang melawati MFN ini???.Pelawat yang melawati website MFN terdiri pelbagai ragam manusia.So berbagai ragamlah cara mereka berforum…termasuk bahasa rojak,bahasa pasar,bahasa dearah dan negeri pun depa sapu…janji ia meriah…

Port Rahsia pancing belut.

Ada pepatah melayu yg berbunyi “Masuk kandang kambing mengebek, masuk kandang harimau mengaum”. Begitu jugalah bila kita memasuki sesuatu public forum kat Internet ini. Setiap forum tu biasanya ada peraturannya. Ada forum yang peraturannya tegas dan ada pula yang longgar. Sebagai tetamu, kita mestilah menghormati peraturan yg ditetapkan oleh tuan punya forum…jangan pakai redah aje.

Teman rasa peraturan kat MFN ni masuk dalam kategori longgar dan teman harap ianya tidak diperketatkan. Seronok berforum di mfn ni yg memberi banyak kebebasan kepada pengunjung-pengunjungnya.

quote:
Originally posted by krogoth
Ada pepatah melayu yg berbunyi "Masuk kandang kambing mengebek, masuk kandang harimau mengaum". Begitu jugalah bila kita memasuki sesuatu public forum kat Internet ini. Setiap forum tu biasanya ada peraturannya. Ada forum yang peraturannya tegas dan ada pula yang longgar. Sebagai tetamu, kita mestilah menghormati peraturan yg ditetapkan oleh tuan punya forum......jangan pakai redah aje.

Teman rasa peraturan kat MFN ni masuk dalam kategori longgar dan teman harap ianya tidak diperketatkan. Seronok berforum di mfn ni yg memberi banyak kebebasan kepada pengunjung-pengunjungnya.


Betul tu, MFN memang mempunyai kelainan terutamanya dalam bab kerapu merapu. Itulah yang merapatkan hubungan sesama ahli. Dan saya tidak fikir webmaster akan memperketatkan undang-undang yang sedia ada. Cuma kita berharap agar kita dapat mempertingkatkan etika umum yang kebiasaannya menjadi teras dalam menghasilkan perbincangan yang bermutu selain daripada menyeronokkan. Harus ada juga keseimbangan dalam keseronokan dan unsur-unsur ilmiah di dalamnya agar komuniti kita akan lebih dihormati dan dikagumi. Yang paling penting menjaga kesopanan dalam tutur kata (tak kira sama ada menggunakan bahasa rasmi, bahasa rojak, bahasa slanga, bahasa daerah dan sebagainya). Yang penting butir-butir kata kita tidak menyinggung perasaaan orang lain dan tidak menimbulkan provokasi.


http://wanruslim.multiply.com

Bagus benarlah isinya…terimakasih cikgu
tak de MFN ni, mancing main belasah aje…ada MFN barulah tau memancing ni berbagai-bagai kaedah dan berbagai-bagai lubuk…

[:)]…wak ngerti ni…[:)]

Seharusnyalah kita amalkan etika seperti yang diulas dengan panjang lebar oleh bwan. Seharusnya mempunyai intipati yang baik berinfomasi, seperti orang pepatah" Kalau nak orang lain hormati kita, jangan lupa hormati orang lain dahulu. Dalam forum inilah kita harap dapat lahirkan pemancing yang beretika tetapi juga forumer yang berhemat. Sebab dalam forum ini kita hanya menaip dan mewujudkan perkataan pada screen yang tidak dapat melahirkan perasaan keadaan inilah yang menyebabkan pembacanya membuat pelbagai tafsirannya. bagi segolongan itu hanya kata gurauan tapi mungkin kata-kata itu menyakiti perasaan orang lain. Sebab itu adalah baik seperti yang disarankan kalau ada silap dan rasa kurang senang dengan kata yang dilahirkan dalam forum janganlah cepat melatah dan membuat serangan balas sebaliknya lebih eloklah di leraikan secara peribadi dalam private mesej kepada forumer yang meluahkan perasaannya. Saya sememangnya rasa amat bertuah kerana di forum ini bukan sahaja dapat rakan sehobi memancing malar dapat juga infomasi dan bahan ilmiah yang mungkin tidak dapat diperolehi dalam majalah.

Jom Ngail Pok !! Aku bukan seorang nelayan hanya sekadar pemancing.“Kalau Ke Laut,Langgit Jangan Lupa Dipandang Dulu”</font id=“blue”>