Sebut saja Sebarau, pasti ramai pemancing mengenali spesies ini yang terkenal dengan keperkasaan dan kehebatan daya juangnya yang tinggi. Malah ia sentiasa menjadi buruan para pemancing yang begitu mendambakan aksi pertempuran yang mendebarkan. Ada yang sanggup meneroka dan meredah hutan semata-mata untuk memburunya. Panggilan untuk spesies ini juga berbeza-beza mengikut tempat. Di Sarawak terdapat dua spesies utama yang mendiami habitat yang sama iaitu Hampala Macrolepidota dan Hampala Bimaculata. Kedua-dua spesies ini dibezakan melalui belang yang terdapat di badan masing-masing. Hamapala Macrolepidota mempunyai satu belang di badannya, manakala Hampala Bimaculata mempunyai tiga belang di badannya. Dalam bahasa tempatan spesies satu belang dipanggil Adong manakala spesies tiga belang dipanggil Juak. Izinkan saya mengganakan terma tempatan untuk panggilan ikan ini kerana ia memudahkan saya membezakan kedua-dua spesies. Sebenarnya taburan kedua-dua spesies ini lebih tertumpu di sungai-sungai pergunungan di pedalaman Sarawak. Banyak sungai-sungai pergunungan yang telah saya terokai terutamanya di Kapit, Julau, Kanowit dan Sibu semata-mata untuk memburu ikan-ikan ini. Bagi saya, Adong dan Juak adalah spesies ikan air tawar yang memiliki keunikannya yang tersendiri. Sejak berjinak-jinak dalam dunia pancingan gewang pada 1989, ikan inilah selalu menjadi tropi idaman saya takkala saya bertandang ke sungai-sungai pergunungan.
Masih banyak lagi spesimen yang bagak-bagak yang mendiami kawasan-kawasan yang jarang-jarang dimasuki oleh homo sapien. Rekod Adong yang berjaya ditangkap menggunakan tajur di ulu Kapit pada tahun 1996 kalau saya tak lupa saya ialah 7.5 kg. Namun sayangnya tiada rekod bergambar. Saya hanya berpeluang menatapnya di pasar ikan Kapit. Sistem sungai-sungai di Sarawak yang begitu banyak dan berselirat amat berpotensi dan masih lagi menyimpan spesimen yang bersaiz monster. Kelebihan ini menjadikan sungai-sungai di Sarawak masih kaya dengan hidupan akuatik berbanding dengan Semenanjung. Hanya menunggu para pemancing untuk menerokanya dan mencipta rekod masing-masing.
Melalui pengalaman saya, tenaga dan daya juang kedua-dua Sebarau ternyata berbeza. Mungkin dari segi habitat dan fizikal badan. Kalau diperhatikan Adong memiliki bentuk badan yang agak bulat dan pendek manakala Juak memiliki bentuk badan yang lebih kurus dan panjang. Dari segi kekuatan dan daya juang, Juak memiliki kelebihan berbanding Adong. Saiz Juak sekitar 500 gram mampu menyebabkan tali pancing anda keluar walaupun drag telah dikunci hampir ke tahap maksimum. Kalau kena 1 kg ke atas, tak dapat dibayangkan, boleh berasap kekili beb. Tenaga dan stamina Juak seolah-olah tak pernah habis. Malah ikan ini saya anggap degil berbanding sepupunya Adong. Manakala Adong pula tenaga dan daya juangnya hanyalah seketika terutamanya pada strike pertama. Oleh sebab itu pemancing yang berpegalaman mampu menewaskan Adong tak kala berjaya mematahkan tenaga dan daya juangnya pada strike yang pertama. Oleh sebab itu kekili dan drag mestilah dalam keadaan tip-top jika ingin memburu Adong dan Juak
Peralatan dan Gewang
Pemilihan peralatan yang sesuai merupakan perkara yang penting untuk memburu Adong dan Juak. Biasanya joran kelas 8lb- 17lb atau 10lb – 20lb aksi cepat diregukan dengan kekili bersaiz 1000 hingga 3000 adalah senjata yang cun bila bertempur dengan Adong dan Juak. Untuk tali pilih jenis mono yang berkualiti kekuatan 15lb – 20lb untuk menyeimbangkan perlawanan. Manakala tali sulam dengan kekuatan 20lb sudah memadai. Namun yang paling penting ialah pastikan tali utama disambung dengan shock leader agar tidak berputih mata. Biasanya saya pakai perambut jenis flourocarbon kerana ia terbukti berkesan, kuat dan lasak. Kelebihan utama menggunakan flourocarbon ialah ikan tidak merasa was-was untuk menyambar gewang kerana sifat tali yang halimunan di dalam air. Jika menggunakan peralatan yang lebih berat kita tidak merasa keseronokan bertempur dengan Adong. Oleh itu peralatan perlulah seimbang dengan kekuatan Adong agar dapat merasai keseronokan aksi pertempuran. Begitu juga dengan aksesori lain seperti split ring, cili, swivel dan sebagainya. Kesemuanya menyumbang ke arah kejayan untuk menewaskan Adong idaman anda. Ada pemancing yang gemar menggunakan baitcaster untuk mengilat Adong. Banyak kelebihan mengunakan baitcaster berbanding menggunakan kekili spinning terutamanya dari segi jarak balingan dan keselesaan.
Balingan menggunakan baitcaster diakui mempunyai jarak lontaran yang lebih jauh berbanding kekili spinning. Dari aspek keselesaan pula, penggunaan baitcaster boleh membuat balingan demi balingan dengan hanya menekan butang free spool yang terdapat pada baitcaster. Kalau menggunakan kekili spinning terpaksa buka dan tutup arm bail berulang-ulang kali. Namun demikian terpulanglah kepada pemancing untuk membuat pilihan menggunakan jenis kekili.
Bagi penggunaan gewang pula, kedua-dua spesies tidak memilih sangat gewang yang digunakan. Penggunaan gewang jenis sesudu, spinner, crankbait hinggalah umpan fly dihentamnya. Namun pemancing haruslah tahu menggunakan dan mengayakan gewang-gewang tersebut mengikut keadaan padang pancing dan keadaan cuaca. Tak perlulah saya menghuraikan secara detail kerana semua telah sedia maklum. Saya pula lebih menyukai penggunaan gewang sesudu kerana ia amat paktikal dan versetail digunakan di sungai-sungai pergunungan di Sarawak. Semoga info saya ini boleh membantu anda lebih suksess untuk memburu Adong dan Juak jika bertandang ke sungai-sungai pergunungan di Sarawak.</font id=“blue”>
[img][IMG]http://i495.photobucket.com/albums/rr316/rac4971/DSC02100640x480.jpg[/IMG][/img] Contoh Spesimen Hampala Macrolepidota @ Adong @ Lans Kopral 2.5 kg yang berjaya dipancing di Ulu Kanowit.[/img]
Contoh spesimen Hampala Bimaculata @ Juak @ Sarjan 500 gm yang berjaya dipancing di Ulu Balingian.
[/img]
Spesimen Adong 1.2 kg ini berjaya dipancing di Entabai, Julau.
[/img]
Spesimen Juak yang dirakam di pasar ikan di bandar Kapit.
[/img]
Tor Duronensis @ Kelah Biru juga berkongsi habitat dengan Adong dan Juak.
[/img]
Kawasan jeram dan berarus laju, habitat potensi untuk Adaong dan Juak.
[/img]
Gewang Sesudu tetap menjadi pilihan utama untuk memburu Adong dan Juak di sungai-sungai pergunungan. </font id=“blue”>
Don’t tell fish stories where the people know you; but particularly, don’t tell them where they know the fish.
Mark Twain
SIBU HEADHUNTER FISHING TRIBE</font id=“red”>









